Monday, April 15, 2013

3

 BAB 3 CINTAKU TERTINGGAL DI KL

Irene Nadia melangkah penuh gaya. Beg tangan LV hadiah Dato’ Razali di kelek bawah ketiak. Sempat pula dia mengirai-ngirai rambutnya yang panjang separas bahu itu. Semerbak bau syampo Pantene. Maklumlah baru aje selesai mandi tadi. Terus saja dia bersiap menemui kekasih hati.
Dia tahu hati Syafiq Firdaus pastinya terluka. Namun dia nekad ingin meminta maaf. Dia akan lakukan apa saja untuk mendapatkan maaf dari lelaki kacak itu. Gila apa dia nak lepaskan lelaki kacak macam Syafiq Firdaus. Sedangkan gadis-gadis lain berebut nak jadi girlfriend dia. Tapi Irene akui kesilapannya terjebak dengan Dato’ Razali. Nak buat macam mana, hanya Dato’ Razali saja batu loncatan untuk dia hidup mewah. Walaupun bangga menjadi teman wanita kepada Syafiq Firdaus yang kaya raya, tapi apalah yang boleh diharapkan dari lelaki itu kerana kewangannya dikawal rapi papanya, Tan Sri Mokhtaruddin.
Memang dia sayang pada Syafiq Firdaus, sangat sayang. Empat tahun menjalin kasih, mustahil dia dapat melupakan lelaki itu. Berada dalam pelukan kasih Syafiq Firdaus adalah impiannya, walaupun lelaki itu hanya akan berbuat begitu jika Irene sudi menjadi hakmiliknya yang sah. Lantaran itulah setahun yang lalu dia pernah menyuarakan keinginannya untuk menjadi isteri Syafiq. Tapi di mana silapnya, sewaktu Syafiq Firdaus menolak dengan alasan masih banyak impiannya yang belum tercapai, dia nekad menerima cinta Dato’ Razali. Walaupun dia tahu cinta lelaki tua itu hanyalah pada tubuh badannya semata-mata.
Bersama Syafiq Firdaus dia tidak mendapat apa yang diinginkan. Syafiq Firdaus terlalu baik dan tidak pernah mahu menikmati tubuhnya yang seksi. Itu yang dia terkilan sangat. Kalaulah dia mampu menewaskan nafsu Syafiq Firdaus sudah tentunya dia puas hati.
Kini, dia yakin Syafiq Firdaus sudah mengetahui rahsianya. Tapi Irene nekad akan lakukan apa saja untuk mendapatkan lelaki itu kembali. Apa saja!
“Maaf cik Irene, Tuan Firdaus tengah meeting sekarang. Saya diarahkan untuk tidak membenarkan sesiapa masuk.” Suzana, setiausaha Syafiq Firdaus pantas menghalang laluan Irene. Dia kenal benar akan perangai buah hati bosnya itu. Selalu meluru masuk tanpa keizinan. Tapi kali ini dia sudah menerima arahan keras dari Tuan Firdaus untuk tidak membenarkan pramugari seksi ini masuk!
Irene Nadia mengerutkan dahi. Pelik! Tapi dia yakin Syafiq Firdaus sengaja ingin mengelakkan diri. Sudah beberapa hari panggilan dan mesejnya tidak berbalas. Dia tahu Syafiq pastinya sengaja berbuat begitu.
“You janganlah nak tipu I...bukan I tak tahu bos You ada kat dalam tu. Bagilah I masuk, sekejap pun jadilah.” Dia masih cuba bertenang, lembut sahaja bunyi suaranya.
Suzana garu kepala yang tak gatal. “Err...maafkan saya Cik Irene, tapi memang Tuan tengah sibuk. Tengah meeting dengan client. Kalau nak saya buatkan appointment untuk Cik Irene besok.” Pujuk Suzana.
“I ada hal penting dengan bos You...sekejap aje. Benarkan I masuk, please...”
“Jangan macam ni cik Irene. Hari ni memang tak boleh, Tuan Firdaus memang sibuk hari ni, jadual dia pun full.”
“ I tak kira, I nak masuk jugak!” terus saja dia melangkah dan memulas tombol pintu walaupun dihalang Suzana, tapi apalah yang boleh dilakukan oleh Suzana yang jauh lebih pendek darinya itu.
“Sayang...”
Syafiq Firdaus mengangkat kepala. Irene masuk dan mendekatinya. Kelihatan Suzana serba salah di muka pintu sambil membuat muka kasihan. Syafiq tahu, pastinya setiausahanya itu telah cuba menghalang. “Tak apa Sue...you boleh keluar.”
Suzana mengangguk dan pantas menutup pintu. Perempuan perasan bagus! Detak hatinya geram. Memang selama ini dia bengkak dengan sikap Irene yang mengada-ngada. Bukan dia sahaja, tapi semua staf lain pun memang tak berkenan dengan sikap buah hati bosnya yang seksi itu. Tahulah dia cantik...tapi janganlah menggedik sangat.
“Apahal you datang?” serius bunyi suara Syafiq. Langsung tak dipandang wajah Irene di sisi. Helaian kertas kerja di hadapannya, dibelek-belek lagi. Kalau ikutkan hati, memang dia taknak jumpa lagi gadis ini.
“Fir...i minta maaf. I tahu you ada datang umah i hari tu. I memang nak berterus terang dengan you.” Tangannya merayap ke bahu Syafiq Firdaus, diurutnya perlahan. Tapi syafiq Firdaus pantas menepis tangannya.
“Tangan you tu jaga sikit. Kalau you ada hal nak dibincangkan, tolong bincang dengan mulut. Bukan dengan tangan, okey!”
Irene angkat tangan, mengalah. “Sorry...tapi i nak you tahu walau apa pun yang terjadi, i tetap sayangkan you. Bagi i masa untuk fikirkan proposal you hari tu.”
“Anggap aje i tak pernah propose you. Dan i pun dah anggap i tak pernah kenal you.”
“Sampainya hati. Kita kan dah kena lama. Empat tahun i tunggu you. I janji i akan bagi keputusan dalam masa terdekat ni. Bagi i settle masalah i dulu, then kita kahwin, okey?”
Syafiq menggeleng. Matanya masih memandang pada helaian kertas di atas meja. “I dah buat keputusan, mulai hari ni, kita putus aje!”
“Fir...jangan macam ni!”
“Kenapa? You ingat i ni apa? Pak sanggup? Kambing hitam? Yang akan terima seorang gadis yang dah kotor macam you ni? I tak sangka, dan i betul betul tak sangka you macam ni Irene! Selama ni i anggap you ni special, tak macam perempuan-perempuan lain. Tapi, apa yang tersirat adalah sangat melukakan hati i!”
Ada titisan air mata jatuh di pipi Irene. Kalaulah Syafiq tahu kenapa dia jadi begini, tentu semua ni tak sesukar ini. Memang dia kotor, dirinya tak suci lagi. Tapi yang nyata, dia sangat sayangkan Syafiq Firdaus. Kalaulah tidak kerana peristiwa hitam itu, tentunya dia tidak bertindak bodoh seperti sekarang. Tentunya dia tidak menerima Dato’ Razali menjadi sugar daddy nya.
Syafiq mengetap bibir. Geram bila Irene mula berdiam diri. Kali ini dia nekad, hubungan antara dia dan Irene akan dinoktahkan. Titik! Full stop!
“Tak payahlah you nak menagis kat sini. I tak rasa hidup you akan sengsara dengan keputusan i ni. I pun dah tahu siapa diri you, so tak payahlah you nak berdrama sangat.”
“Fir...maafkanlah I. Dato’ Razali hanya menolong I dan famili I. I terhutang budi pada dia. Kalau tak kerana dia, hidup i susah Fir.”
“ inilah orang kata, terhutang budi tergadai body! Argh sudahlah Irene baik you balik aje pada Dato’ you tu...hurm, so namanya Dato’ Razali? Okeylah, you boleh get lost dengan you punya dato’! i banyak kerja!”
“Fir...bagi i peluang kedua!”
“Peluang kedua?” syafiq ketawa sinis. “ I tak beri peluang kedua pada perempuan jijik macam you ni! I tak ambil sisa orang. Lagi pula sisa seorang dato’ tua terkutuk. Yuck..jijik!” rasakan, memang itupun yang selayak kau terima.
Irene mengogoi macam budak kecik. Inikah kesudahannya? Oh tidak...takkan semudah ini Syafiq melupakan dirinya?
“Keluarlah Irene! I taknak tengok muka you kat sini lagi. Baik you berambus saja. I pun tak selera tengok perempuan kotor macam you ni kat pejabat i. Apalah malang nasib i selama ni sebab berkenalan ngan you!” mak datuk ayat...memang benci habis! Kenyataannya memang saat itu dia sudah tiada apa-apa perasaan pada Irene lagi. Semuanya hilang macam angin.
Apakah semua rasa sakit hati dan kecewanya hilang kerana kehadiran Tania?? Tania...aduh, sebut nama saja pun dah membuatkan dirinya jadi biul sekejap. Lupa pulak pada Irene yang masih tercongok di hadapan.
“Dengar dulu penjelasan...”
“No! No! I tak ada masa nak dengar apa-apa dari mulut you. You ni tak faham bahasa melayu ke? Nak I cakap dalam bahasa apa supaya you faham? Keluarlah!”
Baik! Aku juga ada maruah diri. Walaupun penghinaan yang kau berikan, tapi aku akan pastikan suatu hari nanti kau akan melutut pada aku! Irene bingkas bangun dalam terpaksa. Dia tahu Syafiq marah. Dan apalah yang mampu dilakukan lagi jika kata-kata nista juga yang diterimanya.
“Thank you Fir...” Irene bangun.
Fikirnya, syafiq akan mengasihani dirinya namun lelaki itu hanya menunduk. tak langsung dipandang wajah Irene yang meminta simpati itu.
Syafiq diam. Hatinya telah tawar. Dia sendiri rasa kagum dengan dirinya yang langsung tak merasa apa-apa melihatkan wajah Irene waktu itu. Kesian tak, benci sangat pun tak! Entahlah...rasa macam tidak ada perasaan saja!
Sebaik pintu biliknya ditutup, Syafiq menarik nafas lega. Biarlah ini pertemuan terakhir antara dia dan Irene. Sungguh tak sangka, Irene sanggup menjual maruah diri hanya semata-mata untuk kemewahan duniawi.
“Tuan Firdaus... Tan Sri ada di talian sekarang. Boleh saya sambungkan?” suara Suzana lembut di corong interkom.
“Okey!”
Seketika talian bersambung.
“Assalamualaikum papa...”
“Waalaikumussalam...what happened to you? Dah seminggu tak balik rumah, your mum has start worried about you.”
“I’m sorry i did not inform you. But there are important things that i need to manage. Bila dah selesai semuanya nanti Fir balik, pa.”
“Apa yang papa cadangkan last month macamane? Kamu dah fikirkan? Kalau kamu setuju, papa nak uruskan semuanya kat sana.”
Syafiq mengeluh. Inilah yang dia tak tahu nak jawab ni. Memanglah, peluang ini adalah yang ditunggu-tunggunya, tapi memandangkan masalah dia dan Tania, dia rasa baik ditangguhan dulu.
“kita bincang malam ni ajelah papa...I ada meeting dengan client ni. Malam nanti i balik, kita discuss about it.”
“Ok.”
Talian diputuskan.
Syafiq meggosok rambutnya ke belakang. Rasa tidak sedap hati pula. Baru seminggu mengenali Tania, dia dapat rasakan sesuatu yang berlainan. Apakah kerana gadis bermata bulat itu sangat cantik, makanya dia jadi tak tentu arah begini? Atau dia memang sudah terkena panahan api cinta? Cinta? Cinta pandang pertama...


********************************************************************

Malam itu Tania menjerit nyaring lagi. Meracau dan meminta tolong. Bersilat Syafiq di atas katil mententeramkan Tania yang macam sudah dirasuk itu.
“Nia...jangan menjerit. Awak selamat dengan saya. Awak kat rumah saya ni. Saya kan dah selamatkan awak. Awak selamat sekarang...ssyy...” jari telunjuk dilekapkan ke bibir gadis yang masih menangis hiba itu. Walaupun dia sudah tidak menjerit-jerit lagi, namun Syafiq khuatir Tania akan bertindak agresif lagi. Tubuh gadis itu dipeluk erat, takt kalau Tania bangun dan melompat macam tadi lagi.
“Kenapa buat saya macam ni? Apa salah saya?”
Syafiq bungkam. “awak tak salah Tania...awak baik. Tapi, bukan semua orang baik kat dunia ni. Awak tak tahu KL ni macam mana, awak kena kuat. Jangan mengalah.” Syafiq tergagap-gagap. Sesungguhnya dia memang failed kalau dalam bab-bab memujuk dan memberi nasihat kerana dirinya sendiri tidak ternasihat.
Tania menarik tangannya. “Terima kasih kerana awak selamatkan saya walaupun maruah diri saya dah tercemar, tapi saya bersyukur saya masih diberi peluang bernafas. Saya tahu diri saya kotor dan hina, tapi saya mohon pada awak, jangan bawa saya ke balai polis. Saya tak mahu mak dan ayah saya tahu...mereka akan malu jika tahu keadaan diri saya macam ni.”
Syafiq angguk. “Saya janji, saya takkan bawa awak ke balai polis. Lagi satu, sebenarnya saya nak beritahu awak yang awak...” patutkah aku beritahu bahawa dia sebenarnya selamat dari menjadi mangsa rogol? Yang dirinya masih suci lagi?
“Beritahu apa?”
“Err...saya nak beritahu, yang awak boleh tinggal kat sini selama mana yang awak mahu. Saya tak kisah.” Oh, damn it! Kenapa susah sangat aku nak terangkan hal yang sebenarnya ni?
“Terima kasih....” perlahan saja suara Tania. Mata dipejamkan. Ada butiran airmata yang jatuh kepipi. Airmata sekarang sudah jadi terlalu murah kerana saban waktu dia menangis dan menatap hiba.
“Tidurlah, wak...saya temankan awak. Itupun kalau awak tak kisah...”
Dan malam itu dia tidur nyenyak sekali. Walaupun hanya dapat tidur di sofa, tapi lenanya bagaikan dapat tidur disamping Tania...hehehe...crazy man!

********************************************************************************


“Saya dah mula risau ni bang...Tania dah banyak hari tak menelefon saya.” Faridah menyuarakan rasa bimbangnya pada suami yang baru pulang dari kerja. Hashim diam seribu bahasa.
Bukan dia tak risaukan anaknya yang seorang itu. Cukup risau. Malah dalam setiap doanya sesudah solat, akan dititipkan doa agar Allah melindungi anaknya itu. Biar selamat walau di mana dia berada.
Tapi, dia yakin keizinan yang diberikan pada Tania untuk ke Kuala Lumpur tempoh hari adalah tepat. Dia yakin anaknya itu mampu menjaga diri. Di kampung ini bukan tak ada kerja yang boleh dibuat, namun dia terpaksa mengalah dengan kehendak Tania. Dia faham hati anak gadisnya itu terluka dengan kejadian sebulan yang lalu. Makanya, dia membuat keputusan untuk membenarkan Tania keluar dari kampung ini.
Kalau dia sendiri berada kat tempat Tania, pasti dia juga tak betah lagi tinggal di kampung ini. Tak sanggup mendengar fitnah orang kampung. Benarlah mulut manusia tak boleh ditutup macam mulut tempayan. Kalau boleh tutup dah lama dia tutup mulut orang kampung yang saban hari duduk bercakap pasal anaknya yang sorang itu. Apalah malang nasib Tania...
“Awak dah pulangkan periuk belanga si Kiah tu, Idah?” soal Hashim pada si isteri yang termenung di serambi rumah.
“Dah, bang...tiga hari lepas lagi saya dah pulangkan.” Lemah saja suara Faridah. Matanya masih lagi tertancap di pintu pagar. Ternampak-nampak Tania pulang ke rumah. Rindu sungguh dia pada satu-satunya anak perempuan dia itu. 20 tahun usia Tania, belum sekalipun mereka berjauhan.
“Ada lagi ke barang-barang orang kampung yang kita tak pulangkan, Idah?” Hashim memejam mata dan menyandarkan ke sofa. Terdengar bunyi berdecit lantai kayu, tanda isterinya itu berjalan masuk ke ruang tamu.
“Dah pulangkan semuanya bang. Kenapa abang tanya?”
Hashim masih pejam mata. Suara Faridah terdengar dekat di sisinya. Tentu Faridah dah tercongok kat depan.
“Kenapa bang?” tanya Faridah lagi. Kali ini nadanya benar-benar ingin tahu.
“Tak ada apa. Saya malas nak dengar orang kampung duk bercakap, mengata yang bukan-bukan.” Hashim mencelikkan matanya. Memang Faridah dahpun tercongok di hadapan. Pandangan matanya sarat dengan kesedihan.
“Apalagilah  yang diorang duk canangkan tu? Saya tak fahamlah. Kalau anak diorang yang kena macam tu, apa yang diorang akan rasa? Bukan salah Nia, si Adam tu lari sebab dia tu yang tak bertanggungjawab! Anak dengan bapak dia pun sama saja.” Marah Faridah. Pandangan matanya jatuh pada gubahan hantaran yang terletak elok di lantai. Bekas par dah dipulangkan, makanya hantaran itu terpaksalah diletak disitu.
“Sudahlah Idah...dah tak ada jodoh, nak buat macam mana?”
“Saya faham bang...saya redha. Tapi hati saya sakit bila orang duk canang kononnya Adam lari sebab dapat tahu Tania tu dah ditebuk tupai! Saya tahu anak saya macam mana, bang. Saya yang asuh dan didik dia sejak dari kecil. Saya tahu semua tu fitnah! Saya tak rasa Adam tu bodoh sangat nak percaya cerita macam tu.” merah muka Faridah. Marah benar dia. Iyalah, mak mana yang akan tahan kalau anak perempuan dia dituduh macam tu?
“Sabar sajalah Idah...mulut orang, bukan mulut tempayan. Manalah kita dapat nak tutup. Lambat laun nanti, diamlah diorang tu.”
Faridah merengus. “Abang, yang diorang duk fitnah tu anak saya, bang...”
“Anak awak, anak saya jugak!” pintas Hashim, tenang. Kepalanya masih lagi terdongak ke atas memandang atap zink yang dah mula bertukar warna coklat berkarat.
“Adam tu memang tak layak untuk Nia....saya tak fahamlah, kenapa kita boleh terima pinangan dia dulu tu.”
“Nia yang terima. Tu pilihan dia. Mereka tu dah kenal lama. Berkawan sejak kecil lagi.”
“Habis, kenapa Adam buat macam tu kat anak kita bang?”
“Dia pun termakan fitnah orang kampung....”
“Apa?” bulat mata Faridah saat itu. “Maknanya, maknanya memang sebab itulah si Adam lari?”
“Macam tulah ceritanya...”
“ Mana abang tahu?”
“Semalam, abang jumpa si Razak kat masjid. Dia minta maaf dengan tindakan anak dia si Adam tu. Adam pun sampai sekarang ni tak tahu ke mana menghilang.”
Faridah bungkam di kerusi. Nafasnya macam tersekat. Siapalah yang sanggup buat hura-hara macam ni? Adam lari di saat akad nikah. Di saat orang kampung dah memenuhi khemah dan rumahnya. Di saat Tania sedang tersenyum, anggun dengan pakaian nikahnya yang serba putih. Di saat tok kadi dah bersila menunggu pengantin tiba.
Adam lari! Lari di hari pernikahan dia dan Tania...
Hancur hatinya melihat Tania yang jatuh terjelepok di lantai saat dikhabarkan bahawa Adam lari. Dia tahu bagaimana perasaan Tania, walaupun selepas itu kelihatannya Tania tenang dan diam. Walaupun Tania tak menangis, tapi dia tahu jauh di sudut hati Tania, anaknya itu terluka parah.
Ya Allah, Kau lindungilah anakku dari bencana dan fitnah. Kau selamatkanlah dia walau dimana pun dia berada...





No comments:

Post a Comment