Monday, January 21, 2013

JANGAN GANGGU JANDAKU! bab 10


ketandusan idea...nah ini dia bab 10...pon pendek juga!




BAB 10
19 JANUARI 2007.....MENGULIT KENANGAN

Danish berhenti dihadapan rumah teres satu tingkat itu. Sudah empat hari dia berulang alik dari kolej ke kawasan itu. Kebiasaannya dia akan berhenti jauh di seberang jalan sana. Hanya memerhati dari jauh sahaja. Tapi hari ini dia nekad. Sejak semalam, dia tak nampak kelibat Liana keluar seperti kebiasaannya. Mana dia?
Lama dia berdiri di hadapan pintu pagar. Agak-agak adalah dalam tiga puluh minit dia tercegat seperti pengawal tak bergaji di situ, dia pun menekan loceng pintu. Tapi tak ada sesiapa yang membukanya. Dalam dia berkira-kira untuk membatalkan saja niatnya dan balik, kedengaran selak pintu dibuka dari dalam.
Liana terjongol di muka pintu. Kepalanya bertampal dengan koyok. Sweeter tebal membalut tubuhnya. Dia sakit ke? Patutlah tak nampak dia keluar pagi tadi. Petang ini pun tak nampak dia balik dari kerja.
“Awak cari siapa?” soal Liana, mencerunkan sedikit matanya cuba mengenali siapakah yang menekan loceng rumahnya pada senja-senja begini.
“Awak...ni saya lah!” macamlah Liana kenal dia. Pertemuan di tepi jalan hari tu pun, Liana tak berapa nak pandang muka hensem dia ni. Perasan betul!
“Awak siapa? Saya kenal awak ke?”
Hah, kan dah kena! Danish menggosok telinga, malu sekejap. “Saya Danish. Yang hari tu kita jumpa kat tepi jalan tu. Kawan saya terlanggar awak...ingat tak?”
Liana diam sekejap. Sebenarnya dia ingat, tapi saja buat-buat tak kenal. Pelik pula bila lelaki itu tiba-tiba muncul hari ini. “Ha, awak nak apa? Kereta kawan awak rosak ke? Saya tak ada duit nak ganti. Lagipun bukan salah saya. Kawan awak yang langgar saya....”
Dia ni, belum sempat orang nak cakap, dia dah membebel. Bisik Danish dalam hati. “Tak adalah. Kereta saya okey.” Saja ditekankan perkataan saya itu, biar Liana tahu itu kereta dia. Berlagak pulak! Hehehe...
“Dah tu, apahal awak datang sini? Maaflah, saya tak boleh ajak awak masuk sebab saya duduk sorang aje kat sini. Nanti kalau ada orang nampak, saje je kita kena tangkap basah.”
Danish tersengih. Perempuan. Walau sakit, tapi mulut tetap sihat je nak membebel. “Saya datang nak jenguk awak je. Nampaknya awak tak sihat. Dah makan ubat?”
“Dah!” sepatah aje dijawabnya. Kelihatan Liana memicit kepalanya. Mungkin sakit kepala kot.
“Mak awak mana?” matanya meliar ke dalam rumah, manalah tahu kalau ada sesiapa di dalam.
“Eh, kan tadi saya dah bagitahu saya duduk sorang aje kat sini. Awak ni ada sound trouble ke?”
Ya tak ya jugak. Aduii... “Awak, er...kalau ada apa-apa....” diraba poket seluar jeansnya. Dompet dikeluarkan dan sekeping kad ditarik. “Awak call saya ye...”
Kad bertukar tangan. Hah, tak sia-sia dia letak kad nama di dalam wallet. Tak ada apa pun yang tercatat kat situ, cuma nama dan no fon aje. Digunakan kalau nak berkenalan dengan awek-awek cun jika dia berkenan. Memang playboy habis. Tapi saat itu dia benar-benar berharap Liana akan menghubunginya.
“Ada apa-apa lagi ke?” soal Liana bila dia masih lagi tercegat di situ.
“Err...tak ada!” dan dia tidak tahu kenapa dia jadi macam orang bodoh aje setiap kali berhadapan dengan Liana. Tak pernah dia jadi begitu selama ini. Rasa macam nak hantuk kepala sendiri kat dinding.
“Saya nak tutup pintu ni. Awak jangan tercegat kat situ pulak. Dah nak malam ni. Assalamualaikum.” Dan Liana menutup pintu sebelum sempat dia menjawab salam. Salam bergema dalam hati sahaja. Dia pun masuk ke dalam kereta dan memandu pulang.
Sepanjang perjalanan dia asyik ternampak muka Liana aje. Asal berselisih dengan perempuan naik skuter aje mesti dia tertoleh-toleh. Aish, gila! Dan yang lebih parah, dia terpaksa mengambil pusingan U sebanyak 3 kali kerana terlepas simpang balik ke rumah!

No comments:

Post a Comment