Google+ Followers

Monday, January 21, 2013

JANGAN GANGGU JANDAKU! bab 9


JANGAN GANGGU JANDAKU
BAB 9

6 tahun sudah berlalu sejak peristiwa itu. Tapi tak pernah walau sehari pun dia melupakan detik-detik itu dari hidupnya. Walaupun memang itulah yang dia cuba lakukan selama ini. Sehinggalah akhirnya dia pulang semula ke bumi Malaysia yang sekian lama ditinggalkan.
Danish bersandar lemah di tempat duduk pemandu BMW hitam miliknya itu. Satu keluhan dilepaskan. Fikiran melayang pada sebuah memori yang banyak kali cuba dihapuskan dari minda ingatannya. Tapi setiap kali dia mencuba, setiap kali itu jugalah dia gagal.
15 JANUARI 2007...Musim bunga cinta kembang mengharum...
“Bob! Aku nak pinjam nota Prof Razak. Kau ada bawak?”
Bob angguk. Seketika nota yang diminta bertukar tangan. Bob angkat wajah dari iPad. Hidungnya menghidu bau sesuatu. Kembang kempis lubang hidungnya yang sedia besar itu jadinya.
Zaid yang duduk dihadapan pun mula menghidu-hidu. Danish kerut dahi, pelik dengan gelagat dua sahabatnya itu.
“Asal dengan korang ni? Buang tebiat?” air limau nipis ais dalam gelas disedut perlahan. Kafeteria agak riuh waktu itu.
“Eh, bau gapo ni?” Bob membetulkan cermin matanya melorot akibat terlalu lama tunduk mengadap iPad tadi.
“Eh, bau kaulah Nish! Amboi aih....wangi semerbak kau nah?”
Danish mengangkat lengan dan mula mencium bau badannya. “Mana ada! Korang jangan nak mengarutlah! Biasa je...”
Hahaha...sejok mung jadi laki ore nih, aku tengok muko pun doh lain mace lah! Happy jah memanje...bau pong wangi semerbok. Weh, bini mung buwi mung pakai minyok wangi dio ko?” (Hahaha...sejak kau jadi suami orang ni, aku tengok muka pun dah lain macamlah! Happy memanjang...bau pun wangi semerbak. Weh, bini kau bagi kau pakai minyak wangi dia ke?
Danish sengih. “Tak adalah. Tadi aku nak cepat, tu yang tersalah sembur minyak wangi dia tu. Hahaha...”
“Sedap pulok aku dengor. Raso supo nok nikoh etek jah. Hahaha...” Bob gelak. Tumpang gembira bila tengok sahabatnya yang sorang itu. Satu kolej dah sedia maklum perihal Danish Rifqi yang telah menamatkan zaman bujang a.k.a zaman playboynya itu. Tak sangka kerana seorang gadis yang ditemui sewaktu balik dari kolej beberapa bulan yang lalu, Danish boleh berubah sedemikian rupa. Hilang terus sifat playboy dalam diri anak dato’ ini. Ramai jugaklah student perempuan kolej mereka yang frust menonggeng dan gigit jari. Ada tu yang terus jatuh demam. Dahsyat betul penangan anak dato’ Hazri ini.
“Nak buat macam mana, dah jodoh aku kot! Apa-apa pun aku bersyukur sangat sebab ditemukan dengan Liana Sofea binti Ibrahim, my wife, my heart, my sweetheart!” alamak, jiwanglah pulak.
Zaid mencebik, jealous barangkali. “Kau sepatutnya berterima kasih kat aku. Yelah, kalau tak kerana aku, kau takkan jumpa your wife tu.”
“Tak baik kau cakap macam tu. Semuanya terjadi dengan takdir Allah. Kau tu penyebab je. Apa-apa pun aku nak berterima kasih kat kaulah, sebab bawak kereta secara melulu hari tu. Lain kali kau jangan buat macam tu lagi.” Danish ketawa. Masih terbayang di hadapan mata bagaimana kalut dia hari itu, sewaktu kereta swiff miliknya tersondol belakang Ego milik seorang gadis.
“Woi, motor kat depan tu! Brek! Brek!” jerit Danish dari tempat duduk penumpang hadapan. Tercampak terus iPhone dari tangan. Berkeriut bunyi tayar bergeser dengan tar. Bob dibelakang terhumban ke depan.
“Alamak!” Zaid menutup mulut yang ternganga sebaik melihat muncung swiff dah mengenai motor di hadapan. Di pandang wajah Danish di sebelah yang cemas. Tulah, tadi dia dah bagitahu yang dia memang tak cekap memandu senja-senja macam ni. Rabun ayam kot! Tapi Danish paksa jugak. Sebab dia sibuk nak berchatting dengan Suzie, budak Mass Comm yang baru berjaya diushanya.
“Guano ni? Mati ko budok tu? Acu mung tubik tengok, Jaid!” arah Bob, sambil kepalanya dijongolkon ke hadapan kereta. Kelihatannya sebuah ego merah sudah terbalik di atas jalan.
“Macam mana ni Nish? Tadi aku dah cakap, aku tak cekap drive waktu-waktu macam ni. Dah kau suruh jugak aku drive.” Cemas betul muka Zaid waktu itu. Pucat. Kalau ditoreh pun rasanya tak keluar darah merah dah, keluar darah biru kot.
“Rileks lah. Tak ada apa-apa tu. Tu tengok, dia boleh bangun lagi tu.” Mata mereka menghala ke sesusuk tubuh di hadapan. Seorang awek! Awek itu tercegat di hadapan kereta mereka, sambil matanya dibulatkan, macam marah benar saja riaknya. Kedua-dua belah tangan dicekak ke pinggang.
“Kan....betul aku cakap?” Danish melepaskan nafas lega bila melihat awek tu mampu bangun pun. “Siap nak ajak bertumbuk lagi tu! Maknanya tak ada apa-apalah tu.” Dia buka pintu kereta, dalam hati dah berkira-kira untuk menghulur aje seratus dua. Diamlah awek tu nanti kalau dah nampak duit.
“Macam mana kawan awak bawa kereta ni? Tak nampak ke orang kat depan? Main langgar-langgar pulak! Nasib tak jadi apa-apa. Kalau patah riuk tubuh saya ni, macam mana? Siapa nak bertanggung jawab?”
Terus saja dia disembur. Dan saat bibir comel itu membebel, terasa waktu itu dia disembur dengan gas pemedih mata. Terkebil-kebil dia di hadapan awek comel bermata bulat itu. Kelu lidah.
“Saya!” dia menjawab di luar sedar.
“Apa saya saya?”
“Err...dah tadi awak tanya, siapa yang nak bertanggungjawab kalau jadi apa-apa kat awak, kan? Saya jawablah, saya! Saya akan bertanggung jawab. Awak ada cedera kat mana-mana ke?” hah, berjaya juga dia menjawab akhirnya. Rasa gembira yang tidak terhingga pula bila dah berjaya bersuara tu. Hah, gila. Entah apa-apa!
“Awak ada nampak saya cedera ke?” sinis awek itu bertanya.
“Saya tak tahu sebab itulah saya tanya.”
Awek itu menjeling tajam padanya. Terhinjut-hinjut dia berjalan dan cuba mengangkat skuternya yang terbalik. “Aduh!” mengaduh pula awek tu sambil sebelah tangan memegang lengan kiri.
“Eh, awak...awak okey tak ni?” Danish bagai baru tersedar. Dari tadi dia tercegat kaku di situ. Dia menghampiri awek yang sedang cuba mengangkat skuter itu.
“Aduh, lengan saya sakitlah.” Kelihatan siku awek itu berdarah.
Spontan dia menarik tangan kiri awek cun itu.
“Aduh, sakitlah! Awak ni gila ke? Patah tangan saya ni.”
“Ops...sorry!” dia menggaru kepala. “Sekejap ye.” Danish bergegas ke keretanya. “Id, buka boot kereta.” Dan Zaid patuh. Boot kereta dibuka. Pantas tangan Danish menyelongkar barang dalam bonet keretanya. Mencari bekas first aid yang memang sentiasa ada di situ jika berlaku apa-apa. Dan mujurlah ada.
“Awak nak buat apa ni?”
“Buat apa? Bubuh ubatlah!” dan dia sendiri tak tahu apa yang sedang dilakukannya saat itu. Semuanya macam mimpi pula. Padahal boleh je dia bagi duit kat awek tu suruh dia pergi klinik. Lagipun memang itu yang difikirkannya tadi. Tapi sekarang dia macam orang yang sedang dipukau. Orang yang diluar sedar.
“tak payahlah. Sikit aje ni.” Awek itu dah mula menurunkan nada suaranya, mungkin agak terharu kot dengan keikhlasan Danish sebentar tadi yang beria-ia mahu membantunya.
“Tapi siku awak berdarah tu.” Ditunjukan siku awek itu yang berdarah. Macam lah awek tu tak nampak pula siku dia berdarah sampai dia perlu memberitahu pula.
“Eh, yang kawan awak tu buat apa kat dalam? Dah langgar orang tak reti-reti nak keluar dan minta maaf ke? Tak ada sivik langsung!” marah lagi.
“Ha’ah kan?” digamit Zaid dan Bob yang masih di dalam kereta. Seronok aje melihat drama ala-ala korea dihadapan mata. Bob dan Zaid keluar. Menunduk aje muka Zaid.
“Yang korang ni dah buat salah, tak reti-reti nak mintak maaf ke?” Danish membulatkan mata kepada dua sahabatnya itu.Adui, dah macam cikgu disiplin pulak dia masa tu.
Zaid ketap bibir. Eh dia ni...lebih-lebih pulak. Pantang tengok awek cun sikit. Kawan pun nak dimarahnya. “Yelah, yelah...saya minta maaf.”
“Aih, macam tak ikhlas je bunyinya.” Bebel awek itu lagi.
Bob mengangkat skuter awek itu dan ditongkat di bahu jalan. skuter cuba dihidupkan, dan mujurlah hidup enjinnya.
“Motor awak tak rosak.” Lapor Bob.
“Yelah. Terima kasih.” Awek itu tersenyum pada Bob. Bob pun tersengih-sengih.
Danish mula tak sedap hati. Dekat Bob boleh pula dia senyum! Huh...geram pulak rasanya. Waktu itu dia mula menimbang-nimbang kewajaran untuk dia menghulurkan duit pada awek itu.
“Eh, lupa nak tanya. Siapa nama awak?” tu dia, Bob lebih pantas. “Saya Bob!” bob hulur tangan. Tapi haram tak bersambut. Dalam hati Danish dah ketawa terbahak-bahak. Padan muka! Dia mula tak faham perasaannya waktu itu. Boleh pula Bob dibuat seteru.
“sorry, saya tak bersalam dengan lelaki bukan muhrim. Nama saya Liana Sofea.”
Mak aih, cantiknya nama!
“Oh...Liana Sofea!” ulang Bob.
“panggil je Liana.”
Dia pula yang mengangguk. “ Saya Danish.”
“Hmm..okeylah. saya nak balik ni. Lain kali bawak kereta elok-elok.” Awek bernama Liana itu pun menuju ke arah skuternya. Zaid diam aje. Mungkin masih terkejut dan trauma dengan kejadian sebentar tadi.
Dan sebaik sahaja Liana berlalu dengan skuternya, Danish cepat-cepat masuk e dalam kereta. Enjin swiff dihidupkan. “Woi, cepatlah masuk!” laungnya pada Bob dan Zaid yang masih tercegat kat birai jalan.
“Apahal bro?”
“ikut jelah!” tali pinggang keledar ditarik. Pedal minyak ditekan dan kereta meluncur laju di jalanraya. Dan Danish lega sebaik melihat skuter Liana berada tak jauh dihadapan kereta mereka.
“Huh...aku dah agak dah!” Bob ketawa sinis. “Pantang nampak awek cun, tak menyempat-nyempat aje dia ni!”
“Aku nak tahu mana dia tinggal, nanti kalau jadi apa-apa senanglah aku cari dia.” Alasan yang langsung tak kukuh. Bob dan Zaid ketawa sinis. Faham benar dengan fiil perangai mat buaya kat depan itu.
“Aku tak rasa akan jadi apa-apa kat dia. Tapi kalau jadi apa-apa kat kau, tu aku tak tahulah!”
“what do you mean by that?” dah terkeluar pulak ayat omputih.
“Yelah...mana lah tahu kalau nanti ada yang mandi tak basah makan tak kenyang pulak. Senanglah aku nak pi tolong cari apa yang buat sahabat aku ni jadi macam tu. Ha dah...tu awek tu dah belok kanan tu!” Zaid tunjuk ke depan, macamlah dia aje yang nampak.
Pantas aje kereta dibelokkan ke kanan. Dan yang pasti Liana tak perasan yang dia diekori.