Monday, January 21, 2013

JANGAN GANGGU JANDAKU! bab 2

JANGAN GANGGU JANDAKU....taip pendek2 jee..huhuhu...versi asal sedang diedit!





                  BAB DUA

Kereta dinaiki masuk ke perkarangan banglo mewah tiga tingkat itu. Jam baru saja menginjak ke pukul 3.15 petang. Namun kepanasan saat itu di tahap maksima. Merah padam wajah Danish menahan terik panas matahari. Dia keluar dari kereta dan berdiri agak lama di porch. Keadaan sekeliling rumah masih tidak berubah. Masih seperti dulu. Udara yang sama, bau yang sama. Bau Malaysia!
“Hei sayang mama dah balik!” jeritan Datin Fatma memecah di muka pintu. Ceria sekali wajah wanita itu apabila melihat anak bongsunya yang dirindui siang dan malam.
“Mama!” Danish tersenyum. Pantas dia berjalan ke arah mamanya yang sudah mendepangkan tangan. Tubuh wanita itu dipeluk erat. “I miss you very much mama!” ucapnya sambil mencium pipi si ibu dengan genangan air mata. Tidak dapat dia menahan sebak di dada kerana sudah lama tidak memeluk mamanya. 6 tahun pemergiannya, inilah kali pertama dia pulang.
“Sayang mama...i miss u too! Don’t you ever want to leave me again ya?”
“Yes, i promise!” yakin sahaja suaranya seolah-olah dia memang benar-benar tidak ingin pergi lagi. “ Mama...i’m so sorry for what i did. I know that my decision was hurt your feeling. But i really really didn’t meant it!”
“ I know. I know sayang. Six years make you happy, so you take it! I just want my Danish Rifqi just like before. Always smile.”
“thanks mama...”
“Hey babe!” Kak Mia muncul dari balik pintu utama. Kakaknya itu anggun berkebaya. Melompat Kak mia saat memeluk dirinya.
“You look different!” ujar Kak Mia sambil memandangnya atas bawah. “Oh my Godness....you look like..”
“Oh no...” Danish menggeleng pantas. Tahu apa yang ingin di ucapkan Kak Mia seterusnya. “Like Aaron Aziz right? I don’t think so lah!”
“Hey, how do you know? U jangan bagitau I yang you still watching cerita melayu dalam youtube!”
“No! I didn’t have enough time to arrange my schedule, so i think it’s funny. Ada girls yang mintak nak ambik gambar I tadi masa kat airport. They said that my face looks like that guy!”
Datin Suraya dan Mia Izara membulatkan mata. Terperanjat barangkali dengan cerita Danish itu. Mereka juga terperasankan perkara yang sama.
“Hahaha...dulu lain skit sebab you still young. Badan pun takdelah tough macam ni. Sekarang dah matured ni dah lain sikit rupa you. Adalah iras-iras sikit macam Aaron Aziz tu. Tapi takdelah sama sangat. Mungkin that girls saje nak ngorat you, so diorang cakaplah macam tu.” Mia Izara tersengih melihat wajah adiknya. Tak adalah sama sangat pun, agaknya lagi hensem adiknya ini kot. Aish,dengar dek Aaron Aziz ni gerenti marah ni.
“Eh, yang kita ni berbual kat luar ni kenapa?jom masuk.” Tegur Datin Fatma kerana mereka masih tercegat di luar rumah. Pak Jak sudahpun selesai mengangkat beg-beg pakaian yang sarat itu dan dibawa masuk.
“Mama masak special untuk Nish ari ni.” Ujar datin Fatma. Gembira hatinya saat itu hanya Allah saja yang tahu.
“Oh ye ke? Mama masak apa?” Danish sengih. Tak sabar dia hendak merasa masakan dari hasil air tangan mama tersayang. Walau apa pun yang telah berlaku beberapa tahun sebelum ini, mama tetap ibunya. Orang yang telah melahirkan dia ke dunia ini. Makanya, dia harus cuba melupakan apa sahaja yang telah terjadi.
Mulakan hidup baru! Azam baru.


No comments:

Post a Comment