Tuesday, August 5, 2014

CINTAKU ORIGINAL, NOT FOR SALE! Bab dua

BAB 2


“Please have a sit!”

Oh mak kau! Pakcik tua, dengan rambut beruban…bermisai melenting…dengan muka bengis, muka sombong style orang-orang kaya dalam drama melayu yang berada dalam imaginasinya sebentar tadi sudah hilang entah kemana!! MR RICH?? OMG! Kenapa Alia tak cakap pada aku awal-awal? Ini memang gila!!

“Awak ni ada penyakit Dysprexia ke Cik Fatin Umairah?”

Sekali lagi dia ditembak dengan soalan yang maha pedih oleh lelaki tua yang sudah bertukar menjadi seorang lelaki kacak di hadapan. Lelaki itu bertenggek santai di atas meja sambil kedua-dua belah kakinya yang panjang itu bersilang. Dia duduk sambil berpeluk tubuh. Sungguh rileks dan santai. Dan matanya yang tajam itu, merenung tepat ke anak mata Umairah yang masih berdiri statik di hujung bilik dingin itu.

Mereka saling bertentang mata selama beberapa saat sehinggalah Umairah menundukkan wajahnya dan pura-pura sibuk menggeledah beg sandangnya. Buku nota dan catatan yang dibekalkan oleh Alia dikeluarkan.

“Maaf, Mr Rich…boleh kita mulakan sekarang?” soalnya, dengan satu suara yang dia sendiri tak berapa cam yang itu adalah suara dia sendiri. Ah sudah…parah betul penyakit aku ni! Dysprexia…lelaki ni cakap aku ada penyakit dysprexia tadi kan? Aku tahu tentang tu sebab pernah terbaca kat dalam satu artikel tak lama dulu. Penyakit yang membuatkan seseorang tu menjadi kelam kabut. Hish…memang jahat mulut betul orang kaya ni kan?

Mr Rich membelek jam tangannya seketika. “ Ok…I bagi you sejam. Sejam I ni, you yang punya. So, jangan bazirkan sejam waktu emas I ni dengan adegan-adegan yang tak sanggup lagi I nak tengok. Please make it quick!” serius suara itu kedengaran. Tapi sumpah, suara dia sangat sedap di dengar walaupun sedikit membuatkan hati Umairah sakit.

Umairah angguk dan tunduk melihat buku nota Alia. Ops sebelum terlupa, Umairah keluarkan alat perakam suara yang Alia bekalkan tadi. Pantas dia on kan alat itu dan letak dia atas meja di sebelah lelaki itu duduk bertenggek.

Mr Rich kerut dahi. “Perlu ke you pasang alat perakam bagai?” lelaki itu bangun dengan angkuh sambil membetulkan kot kelabu yang tersarung kemas di tubuhnya yang sasa. Mak aih…walaupun dia pakai dua lapis baju, tapi masih mampu memperlihatkan tubuhnya yang sasa…

Umairah!! Jangan buat kerja gila!!

Umairah pantas tunduk lagi. “Penting untuk saya rakam segala perbualan kita nanti supaya apa yang saya tanya nanti, tak ada satu pun yang tertinggal untuk tesis tu.”

“Hmm…whatever!” perlahan lelaki itu bersuara sambil belek jam lagi. Kini, dia duudk bersandar di kerusi kulit kepunyaanya pula. Tegap dia duduk, sambil matanya terus merenung si gadis yang masih dari tadi berdiri di hadapan. “ baik you mulakan sekarang. You dah bazirkan sepuluh minit I dengan sia-sia!”

Umairah pantas buka buku nota merah hitam Alia. “ Ok…soalan pertama…”

“Awak tak letih berdiri kat situ?” suara maskulin itu kedengaran lagi.

 Ya Allah…kalau macam ni, macam mana aku nak make it quick? Dahlah wajah tampan dia tu dah hampir membunuh aku. Sekarang, suara dia pulak yang nak jerut leher aku ni…

“Duduk…” lembut pula suara dia kali ni. Hm…

Umairah patuh sahaja. Baik jangan banyak menjawab. Aku pun nak cepat sudahkan semua ni dan baliklah!

“Boleh saya tahu berapa umur Mr Rich sekarang?” alamak, ni mesti Alia pun tak tahu yang Mr Rich ni muda trang tang-tang lagi ni. Kalau tak, takkanlah dia tanya soalan macam ni, kan? Aduhai…

Lelaki itu diam seketika, melihat alat rakaman yang sedang berputar itu. La…takkan lelaki pun nak berahsia juga dengan tarikh lahir? Macam perempuan…huih…

“ Penting ke soalan tu? Ada kena mengena ke dengan kejayaan saya sekarang ni?” mak aih…sombong gila ayat dia ni.

“Penting juga! Sebab, kadang-kadang umur tu menentukan tahap kematangan yang ada pada seseorang lelaki. Saya nampak, Mr Rich ni muda lagi, so… agak pelik jugalah seorang lelaki muda yang masih agak belum matang macam Mr Rich ni boleh mempunyai sebuah syarikat yang bertaraf antarabangsa macam ni. Apa yang saya tahu lagi, Mr Rich ni jutawan muda. Hm…agak penting juga untuk saya tahu berapa umur sebenar Mr Rich agar dapat saya buat kesimpulan bahawa, umur tak menjadi penghalang untuk kejayaan seseorang itu….” Entah bila dia karang jawapan yang panjang macam tu pun dia tak tahu. Yang nyata, semua tu keluar spontan disebabkan rasa geram dan sakit hati dengan suara sombong lelaki di hadapan dia ni. Macam bagus sangat! Huh, menyampah!

Mr Rich yang tadinya duduk tegak, nampak agak terkesima dengan jawapan gadis dysprexia di hadapan.

“Apa yang budak mentah macam you tahu, apa yang dah I korbankan untuk sampai ke tahap sekarang ni hah? You ada buat research sebelum ke sini??” tajam suara itu singgah di telinga Umairah.

Umairah geleng. Dalam hati ada sedikit menyesal dengan kedatangan dia ke mari. Matilah…dia dah naik angin dah…

Mr Rich tarik nafas, terdengar ditelinga Umairah saat lelaki itu menghela nafas yang panjang. Macam ada satu bebanan yang sangat berat sahaja yang terpaksa dia piikul. Umairah menyesal kerana terlanjur berkata-kata.

“Sorry… I tak bermaksud nak rendahkan imej you. I kagum dengan kejayaan you ni. I cuma nak tahu, apa rahsia sehingga you berjaya capai kejayaan besar macam ni. Kalau you tak keberatan, boleh you share dengan I?” lembut suara Umairah, memujuk Mr Rich yang tadinya macam dah berangin seluruh badan.

Lelaki itu menghela nafas panjang lagi. Kali ini, nampak wajahnya lebih rileks.

“Banyak yang I dah korbankan untuk sampai ke tahap ini Umairah… you memang tak dapat nak bayangkan apa yang dah I lakukan untuk sampai ke sini.” Mr Rich pejam mata seketika. Di wajahnya kali ini, nampak sebuah kedukaan yang sangat dahsyat. Mungkin dia sangat menderita untuk mencapai keyjayaan seperti hari ini. Tapi, mahukan lelaki ini bercerita?

“I pernah dengar dan baca juga, bahawa tiada satu pun kejayaan yang datang tanpa usaha dan pengorbanan. Untuk sampai ketahap yang tiada sesiapa pun dapat capai ini, saya yakin, Mr Rich sudah lakukan yang terbaik. Walaupun sukar dan tidak dapat diterima akal, tapi hasilnya sangat manis untuk dirasai…kan?”

Satu senyuman ikhlas terbit dari bibir mungil itu. Bibir yang berwarna pink, yang dia yakin asli tanpa sebarang calitan gincu mahal. Sungguh hatinya rasa tenang. Dia senyum pada gadis di hadapan.

“ sweet talker!” degus lelaki itu dengan satu senyuman di bibir. Umairah hampir pitam melihat senyuman yang nyata ditujukan padanya itu. Ya ampun…dia ni dewa kayangan dari mana hah? Tembus jantung aku…

“Err..kalau macam tu, boleh saya tahu berapa umur Mr Rich?” sekali lagi dia mencuba nasib.

“Thirty four…BUT!...” ada semacam amaran dalam nada suara terakhir Mr Rich. Mata lelaki itu memandang lagi pada alat rakaman suara yang ligat berputar. “dalam tesis you tu nanti jangan masukkan secara details berapa umur I… just say I’m 30th. Ok?

Hampir dia nak tergelak tapi cepat-cepat dia pekup mulut. “OK!” umairah angkat tangan separa bahu. Berjanji. “ Still muda sangat lagi tu Mr Rich... I tak sangka, muda-muda lagi orang dah boleh jadi jutawan. Hmm…bertuah betul Mr Rich ni…” Puji Umairah.

“Bertuah?” ulang lerlaki itu denagn suara jengkel. “ I tak percaya pada tuah. Bagi I tak ada yang bernasib baik, atau bernasib malang kat dunia ni. Semua orang sama sahaja. Yang penting usaha. Tuah tak membawa kita kemana. Yang menentukan siapa diri kita…disini!” jari telunjuk lelaki itu menunjuk ke kepalanya. “ kita semua ada otak kan? Binatang pun ada otak, kan?”

Umairah angguk. Mendengar ideology dari lelaki jutawan di hadapan. Hm…

“So, fikir! Kalau you malas…nak berfikir, tempat you memang kat bawah. Dipijak-pijak oleh orang lain sesuka hati. Dijadikan kain alas kaki. I dah pernah rasa semua tu… pengalaman mematangkan I sebagai manusia dalam kelas bisnes. Waktu kita diatas, semua akan menghampiri, tapi bila you kat bawah, you akan dipijak Umairah….” Entah macam mana nak terangkan tentang nada suara lelaki di hadapan Umairah itu. Sangat sukar nak jelaskan suasana waktu itu. Sangat syahdu dan sendu…sama seperti suara lelaki itu.

Benarlah, dia mempunyai satu cerita yang pahit disebalik kejayaannya. Semua orang berjaya akan ada cerita macam tu, kan?

“I tak mewarisi semua ni dari sebuah keluarga yang kaya raya. I bukan seperti dalam novel atau drama tv yang selalu you tonton…”

Eh, mana dia tahu aku suka baca novel dan tonton drama tv? Huk…

“I berusaha dengan sepenuh jiwa raga I untuk sampai ke sini.” Dia ulang lagi sekali…

“Boleh I ucapkan tahniah untuk you Mr Rich?”

Lelaki itu diam sambil anak matanya sahaja merenung gadis manis di hadapan. Mr Rich agak lama berkelakuan begitu sampaikan Umairah tertunduk lagi. Takkan marah lagi kot? Ah, susah betul cakap dengan dia ni. Kalau dia tak main renung-renung aku macam tu tak boleh ke? Dia tak tahu kot, yang jantunmg aku ni dari tadi dah pam darah tak stabil…kejap laju…kejap berhenti pam. Matilah aku…

Mr Rich senyum, bangun dan membuka sedikit bidai yang menghalang pandangan mereka untuk melihat ke bawah.

“You masih mentah…banyak lagi yang you perlu belajar.”

Umairah angguk lagi. Ya, aku memang masih banyak yang perlu dipelajari. Pengalaman dan kejayaan aku memang tak mampu nak dibandingkan dengan lelaki ini. Aku ni belum ada apa-apa yang boleh dibanggakan. Argh…sedih betul!

“Mr Rich…berapa cawangan yang Rich Corporation Sdn Bhd ada di dalam dan luar negara setakat hari ni?” pantas sahaja dia menyoal…setiap soalan yang sudah ditanyakan, dia pangkah dan bulatkan dengan pen merah yang sedia ada dalam buku merah hitam Alia itu.

“ 92 cawangan di serata dunia.”

Hampir ternganga mulut umairah. “Wow…banyak tu. Hm..apa bisnes yang Mr Rich jalankan?”

“Well, terlalu banyak yang perlu I senaraikan. Antaranya, I jalankan bisnes import eksport minyak, getah, bijih besi. I ada syarikat perkapalan I sendiri.”

Umairah catat juga dalam buku nota apa yang diberitahu oleh Mr Rich walaupun dia yakin yang alat perakam suara itu berfungsi dengan baik.

“Apa hobi Mr Rich sewaktu lapang?”

“Hobi I agak sukar untuk diberitahu secara umum. Memandangkan I agak susah untuk punya waktu lapang…”

“So, boleh I simpulkan yang Mr Rich doesn’t have a social life?”

“NO…tak adalah sampai macam tu. Itu menipu namanya…I ada hobi…hobi biasa yang semua lelaki nak lakukan jika ada waktu dan peluang…”

Ah…kenapa aku dapat rasaakan pelik benar hobi dia ni? Kenapalah alia nak tanya soalan-soalan peribadi macam ni? Kalau tipu aje cakap yang hobi dia ni membaca dan main badminton, kan senang? Normallah macam tu kan? Buat penat tanya aje…

“ I suka belayar dan terbang di awan biru… that’s my favourite hobby.” Bersinar-sinar mata lelaki itu saat memberitahunya. Nampak sangat dia memang menggemari hobinya itu. Hm…apa-apa sahajalah Mr Rich! Kau kan RICH…

“Mr Rich ada berapa orang adik beradik?”

Kali ini lelaki dihadapannya diam lagi. Ada sedikit kesukaran untuk dia menjawab soalan itu. “ I anak tunggal. The only one…” namun, macam ada sesuatu yang dirahsiakan sahaja. Umairah malas ambik tahu…yang dia kisahkan sekarang adalah untuk cepat-cepat menghabiskan sesi interview ini dan balik.

“You ada berapa orang adik beradik, Umairah?”

Aik, dia pula yang kena soal sekarang? Tapi, untuk membuatkan suasana jadi selesa, Umairah senyum dan menjawab juga. “ I ada seorang abang, dan seorang kakak. I anak bongsu dalam keluarga. My mum yang jaga kami adik beradik setelah my dad meninggal sewaktu I kecil lagi. Tapi I bersyukur, sebab kami adik beradik sentiasa bersama sehinggalah masing-masing dah besar dan punya kerjaya sendiri sekarang ni…”

Hm…tetiba pula rasa rindu kat mama, abang Ash dan Kak Farah. Ingatnya, nak balik hujung minggu ni. Tapi itupun kalau Makcik Faizah bagi cuti tambahan sampai hari Isnin. Dapatlah duduk kat kampong lama sikit…lagipun perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu agak panjang juga. 5-6 jam dalam bas. Kalau cuti dua hari, tak berbaloi rasanya untuk dia balik. Tak lepas rindu…

“Alhamdulillah…tak semua orang ada keluarga bahagia macam you Cik Umairah.” Sedih. Sumpah suara dia waktu tu sangat menyentuh hati. Macam suara orang baru kematian bini pun ada.

“Kenapa Mr Rich cakap macam tu? Mr Rich… ada keluarga yang bahagia juga kan? Semua orang berhak mendapat sebuah keluarga yang bahagia…” Duit berkepok-kepok…takkan tak bahagia lagi? Huhu…macam-macam lah manusia ni. Yang miskin, nak jadi kaya… yang kaya, hidup tak bahagia pula. Huh…baik jadi macam aku. Bersederhana itu lebih baik. Mama pun banyak kali cakap macam tu. Tak kaya tak apa…asalkan hidup bahagia.

Tengok dari air muka Mr Rich yang kacak kat depan ni, rasanya dia ni ada banyak masalah. Banyak sangat…sampaikan sekejap aku tengok muka dia macam ceria…sekejap tu, nampak sedih pula. Dan anak mata warna hazel dia tu…err, macam menyimpan suatu beban di saat dia memandang aku yang duduk tegak macam patung kat depan ni. Saat mata kami bertentang…ada macam satu aura yang tak dapat nak dipastikan. Ada satu tarikan yang sangat aneh…mata dia merenung aku, dalam…

Hoi, jangan nak perasan boleh tak? Cepat habiskan soalan kat buku tulah! Grrr…Umairah telan liur. Pantas dia mengalihkan anak mata kepada tulisan Alia yang cantik di kertas. Soalan no 25…apakan Mr Rich sudah berkahwin? Hoi…soalan personal macam ni pun nak kena masukkan dalam tesis juga kah? Adoi… kena tanya jugak ke? Rasa macam tak sesuai pula.

“Teruskan Umairah…atau awak dah tak ada apa-apa soalan lagi untuk I?”

“Er..ada! hm…soalan seterusnya, Mr Rich ni dah berkahwin ke?”

Spontan lelaki yang sedang bersandar tenang di kerusi itu ketawa. Agak kuat tapi terkawal. Nampak kewibawaannya walaupun dia ketawa begitu. Ah sudah…ketawa pun boleh nampak wibawa juga ke Umairah? Ah…apa-apa jelah kau ni!

“ itu soalan awak sendiri atau memang ada dalam skema soalan?” selepas agak lama dia ketawa. Suaranya sedikit bercampur dengan sisa ketawa tadi.

“Ini memang ada kat sini. Saya cuma bacakan saja Mr Rich…but you don’t have to answer if you don’t!” sakit hati umairah. Memang dia dah rasa dah..yang soalan tu tadi akan membuatkan suasana jadi macam ni. Tebal muka dia waktu itu. Mesti Mr Rich ni perasan yang aku suka kat dia. Ceh!

“It’s okay…I akan jawab. Tapi jawapan I ni special untuk You…I belum berkahwin lagi umairah…And I belum ada calon untuk isi kekosongan itu. Maybe, I akan mula mencari bakal isteri hari ini. Dan calon pertama I adalah…YOU!” Mr Rich tersenyum kacak. Macam serius kata-kata dia tadi. Tapi dalam masa yang sama, macam saja nak mengena pun ada.

Umairah kelam kabut membelek helaian nota seterusnya. Ah gila…dia ni kenapalah suka buat lawak bodoh macam ni? Ingat kelakar ke? Jantung aku ni dah jadi lemah sebaik masuk ke bilik ni tadi. Dan sekarang, kau nak buat aku mati sebab kegagalan jantung aku berfungsi pulak? Waaa…ini memang melampau!

“Mr Rich…apa rahsia kejayaan you?”

Suasana kembali normal dan tenang.

“Usaha. Kan you yang cakap tadi, usaha itu tangga kejayaan? Semua orang kena berusaha. Itulah rahsia I… Nothing special, right? Like others…I juga bermula dari bawah… I juga kena maki, kena hina…untuk sampai ke tahap ini. Tak ada yang senang dalam hidup ni Umairah…”

Kena maki? Woi…ada ke orang yang sanggup nak maki lelaki kacak macam kau ni? Haha…dah mula balik dah… Tapi sumpah, setiap kali dia sebut nama Umairah tu…rasa sedap sangat. Rasa tembus kat jantung. Tak pernah aku dengar orang sebut nama aku dengan begitu best dan lembut macam dia sebut… wuhuu

“Akhir kata…Boleh tak Mr Rich bagi sedikit kata-kata motivasi untuk seseorang yang hendak mulakan perniagaan?” umairah tutup buku nota merah hitam Alia. Semua soalan sudah ditanya dan dijawab oleh Mr Rich. 42 soalan semuanya. Namun hanya sebahagian sahaja jawapan yang diberikan Mr Rich yang dia catat. Selebihnya, dia berharap yang alat perakam suara Alia itu tidak rosak. Malas nak tulis-tulis bagai. Lagipun Mr Rich ni kalau nak menjawab tu…banyak yang dia kenakan aku dulu baru nak jawab. Macam mana nak tulis, kalau hati aku dah tak ada kat situ. Dah jatuh bergolek-golek entah bawah meja mana!

“Untuk berjaya, seseorang tu tak boleh mengalah. Jangan takut untuk gagal. Gagal bukan bermakna kalah. Kegagalan adalah kunci kejayaan seseorang tu. Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah. Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah rancangan untuk gagal. Awak faham Umairah?” lembut suara itu menerjah copeng telinga Umairah.

Pantas gadis itu mengangguk. Wah…hebat kata-kata dia tu. Jutawan…dia memang banyak pengalaman.

“ Umairah…you pernah dengar nama Richard Brinsley Sheridan?”

Umairah geleng. Siapa tu? “No…”

“Dalam satu buku karangan Richard Brinsley Sheridan, I pun lupa apa nama buku tu..tapi I suka pada satu ayat yang dia tulis dalam buku tu.. Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia. Usia bukan penentu kejayaan seseorang itu umairah…yang menjadi penentu adalah usaha dan pengorbanan kita.”

Ambik kau! Itulah, tadi sedap mulut kau mengata dia.

Umairah bingkas bangun, berdiri dan tunduk sebagai tanda terima kasih. Tangan kanannya diletakkan ke dada kiri. Dia tidak bersalaman dengan lelaki bukan mahram. Jadi, dia mamang sudah biasa buat begitu sebagai tanda ingin minta diri.

“Terima kasih kerana Mr Rich sudah bazirkan…” matanya melirik jam dipergelangan tangan. Ya allah…hampir dua jam dia berada di bilik itu? “Dua…jam yang berharga untuk saya. I really appreciate that. Dan saya juga minta maaf kerana ambil masa yang panjang untuk soalan-soalan (bodoh! Kalaulah dia boleh kata begitu. Namun hanya bergema dalam hati sahaja.) yang tak penting tu tadi.” Sekadar berbasa basi sebelum dia melangkah pergi.

Mr Rich bangun dan berjalan menghampiri tempat dia berdiri. Lelaki itu berhenti betul-betul dihadapannya.

“Nice to meet you Umairah.” Alat perakam dihulur pada Umairah. “ I dah off kan.”

“Oh!” hampir dia terlupa. “Thank you…” Huluran itu bersambut. Dan kelam kabut Umairah buka beg silang, dan alat perakam itu dihumban ke dalam sana.

Mr Rich sedikit tergelak. Gelak-gelak manja. Uik…lelaki pun ada yang gelak-gelak manja ke Umairah? Haha..

“Harap dapat jumpa you lagi.”

Amboi…lelaki ni boleh tahan gatal juga. Huh, memang adat orang kaya. Jangan mudah percaya pada kata-kata manis orag kaya Umairah! Fuh…macam terdengar-dengar pula suara mama menasihati dirinya tadi.

“Me too!” sekadar ambil hati. Umairah sengih, menampak lesung pipit kecil di kiri dan kanan pipinya. Dia sedar, yang Mr rich masih merenungnya, tapi dia buat-buat tak nampak.

“Kalau ada apa-apa soalan yang you tertinggal nak tanya I…you boleh contact I.”

“Ok.” Itu bukan kerja aku dah lepas ni. Rasanya, Alia dah baik kot bila aku balik nanti. Kalau dia rasa tak puas hati, baik dia contact Mr Rich sendiri. Lagipun Mr Rich dah offer tadi, kan? Boleh contact dia…

“Ini kad I… you boleh contact I direct. Jangan call nombor office…you takkan dapat cakap dengan I kalau call ke sini.”

Sekeping kad nama yang sangat unik dihulur. Kad berbentuk sepersalinan baju kot hitam, kemeja putih dengan bow merah. Nama dan maklumat diri ditulis dengan tulisan gold yang timbul. Kad itu mungkin diperbuat daripada plastik. Hmm…sangat cantik! Aku akan simpan untuk koleksi peribadi. Balik nanti nak try design bisnes kad macam ni. Hm…unik ni!

“Thanks Mr Rich!” suara yang ceria. Dia ni baik jugak! Ingatkan pandai berlagak saja.

“Sorry sebab ganggu You Mr Rich… I rasa dah tak ada apa-apa lagi. And I have to go now. Bye! Take care.” Dia menggamit sebelum memulas tombol untuk keluar. Mr rich hanya melangkah perlahan di belakang. Kaki dia panjang, dah tentu-tentulah walaupun dia melangkah perlahan, tapi masih dapat menyaingi langkah kaki Umairah yang pendek.

Sewaktu berdiri di hadapan Mr Rich tadi pun, umairah terpaksa mendongak sedikit untuk melihat wajah kacak tu. Tinggi betul dia. Agaknya banyak makan Calsi-yum kot. Abang Ash selalu cakap dia pendek sebab tak makan Calsi-yum. Dia bukan tak nak, tapi memang tak boleh nak telan menda alah yang lembek macam susu masam tu! Yak…mengingatkannya saja, dia memang dah nak muntah. Masam…lembek!

“ I hantar you kebawah.” Mr Rich masih berjalan di sisinya. Langkah Umairah terhenti sebaik menyedari Lelaki itu masih berada di sebelah.

“Eh, tak apa Mr Rich… I boleh turun sendiri. You boleh teruskan kerja you. You sibuk kan?”

Lelaki itu senyum sahaja.

“I hantarkan.”

Dalam terpaksa, Umairah angguk sahaja. Apa kuasa yang lelaki ni ada? Semua kata-kata dia aku hanya boleh angguk sahaja? Oh no…

Sampai di hadapan, mereka di hampiri oleh wanita berbibir merah tadi. Matanya bulat sebaik terpandang bosnya berdiri di sebelah budak kecik berbaju selekeh tadi.

“Mr Rich? Err…” bagai hendak menyatakan sesuatu, tapi terhalang apabila Mr Rich lebih pantas mengankat tangan separa dada.

“Tangguhkan penerbangan I setengah jam lagi. I akan berangkat in thirty minutes. Siapkan semua barang I.” tegas tapi penuh dedikasi. Wanita berbibir merah tadi angguk dan tunduk, sungguh hormat pada bosnya.

“Bos nak kemana?” soalnya lagi sebaik melihat Mr Rich sudah menekan butang lif untuk turun? Mata wanita berbibir merah itu nampak kehairanan sambil melihat Umairah atas dan bawah. Nampak pelik benar. Apa hal dengan dia ni?

“I turun bawah sekejap.” Mr Rich berbicara tanpa memandang wanita itu. Matanya melihat ke hadapan sahaja, dan sebaik pintu lif terbuka, pantas lengan Umairah ditariknya untuk masuk ke dalam. Hampir-hampir Umairah tersembam untuk kali kedua. Wah, dia main kasar.

“Sorry…” hanya sepatah kata sebaik mereka sudah masuk dalam lif. Pintu lif yang tetutup menyebarkan udara sejuk ke sekeliling. Mr Rich beriak selamba sambil kedua-dua tangannya di masukkan ke dalam kocek seluar. Sesekali anak matanya jatuh pada kasut Umairah. Umairah pantas merapatkan kakinya sebaik menyedari kakinya diperhatikan.

Tahulah kasut aku buruk! Kasut buat pergi kerja ni… janganlah nak pandang sampai macam tu. Kan tembus pula kasut buruk aku ni! Omel Umairah dalam hati.

Ting!

Lif terbuka di tingkat paling bawah. Mereka keluar beriringan. Huh…macam kambing dengan zirafah!

Semua yang berpapasan dengan mereka, berhenti dan menunduk hormat. Umairah lihat muka Mr Rich serius sahaja apabila beberapa orang pekerja menyapanya. Woho…dia juga terkena tempias glamour. Rasa macam semua orang tunduk hormat padanya pula. Perasan sekejap macam Kate Middleton yang berjalan di sisi Prince William. Haha…

Tapi ada suatu yang pelik, semua yang melihat mereka nampak macam terperanjat sahaja. Tapi kenapa ya? Mereka tak pernah nampak bos mereka sendiri ke? Hm…pelik-pelik orang kat bangunan ni, kan? Entah kenapa, umairah rasa macam mahu cepat-cepat pulang.

“You park kereta kat mana?” soal Mr Rich.

Kereta? Kereta apa? Kereta kuda? Aku mana pandai bawak kereta. Lesen pun tak ada… soalan apalah mamat ni bagi kat aku ni?

“I datang naik teksi. Hmm…I akan jalan je sampai pintu depan tu, nanti adalah teksi yang lalu. Anyway…thanks a lot sebab dah banyak susahkan you Mr Rich. I rasa baik I pergi sekarang. You tentu banyak kerja, kan?”

Nampak ada riak terkejut di wajah Mr Rich. “Oh…”


“Bye!” umairah angkat tangan dan kaki pendeknya terus melangkah ke hadapan. Turun tangga, dan terus berlalu. Wah, semacam ada satu rasa yang terlepas pergi. Nak kata beban, tak juga. Ni ada satu lagi bala nak kena tempuh ni. Bala nak kena berjalan keluar dari kawasan ruang legar pejabat yang maha besar ni. Nak ke pintu hadapan sana tu pun…sikit punya jauh! Nasib kaulah umairah…

No comments:

Post a Comment