Google+ Followers

Monday, January 21, 2013

JANGAN GANGGU JANDAKU! bab 7


BAB 7





“Mama...betul ke Asy ni anak luar nikah, ma?”
Anak luar nikah??
Sofea terkedu di situ. Hampir-hampir dia rebah bila soalan itu terpacul keluar dari mulut si kecil kesayangannya itu. Ya Allah! Ya Allah!
“Mama...kenapa mama diam? Betul ke Asy ni-“
Cepat-cepat mulut Asyraf ditutup dengan tapak tangannya. Sofea menggeleng. Tidak sanggup mendengar perkataan itu keluar sekali lagi. Ya Allah! Ya Allah! Dia tidak mahu mendengar apa-apa saat itu. Dia cuma ingin meraung dan menangis. Tidak tahu untuk menjawab apa pada soalan Asyraf itu.
Air mata gugur di tubir matanya. “Kenapa tanya macam tu sayang? Tak baik cakap macam tu.” Airmata diseka pantas. Dan dia menarik keluar kain kasa dari peti first aid di atas meja dapur itu. Dikeluarkan minyak gamat, dicuah pada kain kasa. Terketar-ketar tangannya saat itu dan hampir saja minyak gamat itu tertumpah ke lantai. Matanya kelabu dengan airmata yang mula bergenang.
“Mama...kenapa mama nangis?” tangannya ditarik Asyraf, lembut. Sofea duduk, menghadap Asyraf yang masih memandang tepat ke anak matanya. Tangan kecil Asyraf mengesat air mata di pipi siibu itu.
Sofea menarik tangan Asyraf. Dicium lembut dan diletakkan dipipinya. “Bukan, sayang. Asy bukan anak luar nikah. Asy anak papa dan mama.”
Mata Asyraf bersinar. “Maknanya, Asy ada papa?” jelas kedengaran ceria suara si anak kecil itu.
“Ada sayang. Papa Asy hensem sangat. Hidung dia sama macam Asy. Senyuman dia pun sama macam Asy. Erm...dia pun ada lesung pipit kat pipi kanan dia tau!” suaranya cuba diceriakan sambil mencubit pipi kanan Asyraf. Asyraf senyum. Kelihatan lesung pipit di situ. Sofea terpana seketika. Seraut wajah itu menjelma dilayar mata.
“Betul ke ma?”
Sofea angguk. Kain kasa yang dicuahkan minyak gamat tadi ditekap ke dagu Asyraf yang lebam dan hampir terluka itu. “Iya sayang...papa Asy hensem macam Asy!”
“Jadi, papa ada lah mama??”
“mestilah ada. Kalau papa tak ada, macam mana Asy boleh ada dengan mama sekarang ni?” wajah si anak berubah, mungkin keliru dengan penjelasan itu. Sofea menghela nafas. “Asy lahir bila papa dan mama saling menyayangi satu sama lain, okey? Papa + mama = Asy.” Kedua-dua jari telunjuk diangkat, perlahan lahan dan di satukan. Kemudian kedua-dua jari itu ditujukan kedada Asyraf.
Asyraf ketawa. Yes! Dia ada papa. Maknanya apa yang dikatakan Zakri tadi tidak benar. Tapi...siapa papa? Mana dia?
“Mama!” tangan mamanya ditarik lagi. Kali ini lebih kuat. “ Mana papa Asy, mama? Asy nak jumpa papa!”
Sofea terdiam. Kaku. Dia terjerat dengan ceritanya sendiri. Apa dia nak jawab pada Asyraf? Bagaimana dia nak terangkan pada anaknya itu sedangkan dia sendiri tidak tahu dimanakah lelaki itu sekarang ini. Entah hidup atau mati!
Mati? Ah...mungkinkah itu alasan yang patut pada ketika ini? Berdosa tak kalau dia berkata bahawa papa Asy dah mati? Huh, dia tak ada masa nak berfikir pasal dosa dan pahala pada ketika ini. Tambahan pula apabila melihat sinar mata yang penuh pengharapan dari mata bulat di hadapannya itu. Lagi berdosa kalau dia memberi harapan palsu pada anak sekecil Asy, sedangkan dia sendiri tak pasri di manakah lelaki bergelar papa pada Asyraf itu!
“Sorry to tell you sayang, but i think, this is the best time to tell you. Even they also crush my heart,” dia berhenti seketika. Memandang ke lantai. Tak sanggup melihat ke mata anaknya yang penuh dengan tanda tanya dan rasa ingin tahu itu. Boleh ke dia menyatakan bahawa papa Asy dah mati? Boleh ke?
“Tell me, mama! I want to know where is papa. I want to meet him, and ask him, why he doesn’t come to see me and you!”
Sofea menggeleng. Airmata merembes laju. “No! It’s because...”
“Because what?”
“Because...your papa is no longer in this world sayang!”
Bulat mata Asyraf memandang ke arahnya. “You mean?”
“Your papa is dead!”
Asyraf menggeleng kepala. “No! It’s not true!” jerit Asyraf.
“It’s true, sayang!”
No!” tubuhnya yang ingin mendakap Asyraf ditolak. Sofea jatuh terduduk. Tubuhnya tertolak meja. Botol kaca minyak gamat jatuh ke lantai marmar. Berkecai. Asyraf sudah berlari entah ke mana sambil menjerit, ‘You’re liar! You’re liar!’ berkali-kali sehinggalah suara kecil itu hilang dari pendengarannya.
Mak Jah muncul di muka pintu dapur. Terkejut dia dengan bunyi bising tadi. Dan matanya bulat melihat Sofea terduduk di bawah meja sambil menekup mulut dan tubuh terhinjut-hinjut menahan esakan.
“Fea!! Fea, kenapa ni?” mak Jah berhenti seketika bila melihat kaca dari botol minyak yang bersepai di lantai. Ya Allah, apa lagilah yang si Asy ni dah buat?
“Mak Jah...Fea jahat! Jahat sangat! Fea dah cuba nak jadi ibu yang baik pada Asy, tapi Fea dah gagal Mak Jah! Fea rasa Fea dah tak mampu nak tanggung semua ni sorang-sorang. Fea dah tak tahan!” tubuh mak jah didakap dan sofea terus mengongoi macam budak kecik yang baru kematian kucing kesayangan.
Mak Jah mengusap perlahan bahu anak angkatnya itu. Dia faham. Faham sangat dengan apa yang dirasai dan dilalui oleh Sofea sekarang ini. Selama 6 tahun dia mengenali Sofea, tidak pernah gadis itu menagis beria-ia seperti sekarang. dia tahu, gadis manis yang sentiasa tersenyum pada sesiapa sahaja itu menyimpan satu perasaan yang sarat dengan kesedihan.