Friday, August 8, 2014

CINTAKU ORIGINAL, NOT FOR SALE! Bab 4

 BAB 4


Farish Razak, seorang lelaki yang sempurna. Everything about him is pecfecto! Tak ada satu pun yang kurang. Baik dari segi kekacakan, penampilan, personaliti dia yang berwibawa, aura dia yang membuatkan semua orang kagum dan tunduk hormat padanya. Juga dari segi kecekapan dia menguruskan perniagaan dan syarikatnya. Sangat membanggakan untuk punya seoarang adik macam dia!
Namun, si budak tinggi yang angkuh dan sombong itu sangat pendiam. Sukar untuk kami sekeluarga dapat tembak apa yang ada dalam hati dan perasaan dia. Nak kata tak cukup duit, dia dah jadi billionaire sekarang ni. Nak apa lagi? Semua benda dia mampu beli, apa? Nak kata tak ada girlfriend, dia nampak yang budak tinggi tu selalu juga bertukar-tukar pasangan sewaktu ke luar negara.
Sejak kecil lagi, Farish sangat berahsia. Susah betul nak bercakap-cakap dengan dia. Bahkan, mereka boleh dikatakan tak pernah bersembang normal macam adik beradik yang lain. Apa yang budak lelaki tinggi tu rahsiakan ye?
Johan duduk berteleku di meja pejabatnya. Mata merenung sekeping gambar keluarga, di ambil beberapa tahun yang lalu sewaktu mereka menyambut aidilfitri bersama. Seingatnya, itulah aidilfitri terakhir yang dia dapat jumpa farish. Selepas itu, setiap kali hari raya, Farish selalu sahaja berada di Eropah. Baru-baru ini kata Umi, Farish ada balik ke rumah. Sekadar nak jumpa Jiji, adik angkat bongsu mereka yang sekarang menuntut di tahun akhir di Uitm Shah Alam. Dia sedia maklum yang hanya Jiji sahaja yang paling rapat dengan Farish. Dengan Jiji, boleh pulak si Rich ni, panggilan semua orang untuk adiknya yang bernama Farish itu, bermesra dan bergelak ketawa. Dengan aku? Haram!
Mungkin kerjaya aku sekarang sebagai pakar psikologi yang membuatkan budak tu takut. Aku dah suspect dia ni ada kecelaruan emosi dan identiti. Maklumlah…muda-muda lagi dah handle bisnes billion-billion ringgit, kot-kotlah dia stress melampau. Aku tak boleh nak baca apa yang ada dalam hati dia, tapi aku dapat baca ada sesuatu yang cuba dirahsiakan dari geri geri budak itu.
Johan bersandar di kerusi. Mata dipejamkan. Mungkinkah, Farish masih menyimpan dendam itu dalam hatinya? Dah dapatkah dia lupakan semua tu? Sudah agak lama semua tu terjadi, mustahil peristiwa itu masih membakar jiwa adiknya itu? Hampir tiga puluh empat tahun yang lalu… tiga puluh empat tahun juga umur Farish.
Sebagai seorang abang, juga seorang pakar psikologi, rasanya dia kena membantu. Tapi bagaimana? Dia tahu ada sesuatu yang tak kena. Tengok dari mata si adik pun dia tahu, satu beban yang sangat berat sedang dipikul di bahunya itu.
Bagaimana nak bantu, kalau dari semalam dia call Farish tak angkat? Oh, geramnya. Takkan nak jumpa adik sendiri pun nak kena buat appointment kot?
“Doktor, saya dah dapat hubungi pejabat Mr Rich, tapi setiausaha dia cakap, dia sekarang ada di Brunei. Kalau doctor nak, saya akan buat appointment dengan Mr Rich.”
Johan mengeluh. “Tak apa. Nanti saya cuba call dia sendiri. Thanks Emma.”


Nick melangkah penuh yakin ke bilik Mr Rich. Sebaik sahaja diminta oleh Mr Rich untuk menjalankan tugas ini pagi tadi, dia terus sahaja menjalankan misi menjejak Mat. Nyata, si pemandu teksi itu memang bermata duitan. Minta maklumat sikit sahaja pun dah sibuk nak pau orang!
“Sebagai seorang pemandu teksi, aku tak boleh dedahkan maklumat pelanggan aku kepada orang. Itu menyalahi etika aku sebagai seorang pemandu teksi berwibawa. Kau tahu tak?”
Ceh, rasa nak bagi pelempang free aje kat mamat gigi kuning ni. Pemandu teksi berwibawa konon! Macamlah aku baru sehari dua kenal mamat nombor ekor ni!
Dua keeping not seratus diletak atas meja. Nick masih tetap buat muka selamba, walaupun dalam hati dah berbakul-bakul sumpah seranah dia hadiahkan buat Mat yang sedang duduk di hadapan. Bukan dia tak tahu ‘makanan’ mamat ni. Bagi duit, selesailah masalah.
“Kau nak rasuah aku ke? Aku tak buat kerja-kerja macam nilah!”
Hak ena… kalau aku tembak kepala dia ni dengan pistol kat dalam jaket ni, mahu mampus kat sini jugak nanti! Sejak bila pula Mat jadi solehah macam ni? Babi betul…
Empat keping not seratus ditambah lagi. “ Aku bukan nak rasuah kau. Aku cuma nak bagi ganjaran kalau kau dapat bagi maklumat yang aku nak tu. “
Mata Mat dah bulat. “ Hm..macam nilah, tambah sikit lagi…boleh?”
Ish…gila babi betul! Kan tak pasal-pasal aku mencarut pula. Tapi Nick keluarkan juga dua keeping lagi not seratus. Alah, apalah sangat nak dibandingkan dengan gaji bulanan yang dia terima dari Mr Rich setiap bulan itu. Dicampur dan didarab dengan segala pertolongan Mr rich pada diri dia dan keluarga selama ini, memang tak dapat dia nak balas semua tu. Apa yang dia dapat bantu Mr Rich, dia akan cuba bantu. Sekalipun nyawa dia sendiri yang menjadi galang gantinya!
Sejak peristiwa lima tahun yang lalu itu, dia dah nekad untuk berkhidmat sepenuh jiwa dan raga kepada Mr Rich. Takkan sesekali kesetiannya berbelah bahagi! Takkan!
Mat sengih dan terus merebut not-not warna ungu di atas meje kedai makan itu.
“Bagi aku alamat dia!” Nick selak sedikit jaket kulit warna hitam yang dipakai, kelihatan di pinggangnya tersisip sepucuk pistol.
Mat telan liur. Dia angguk laju. Pen dan kertas yang sentiasa ada di poket baju seragam putih yang dipakainya itu dikeluarkan. Dan dia terus mencoretkan alamat gadis manis yang dia hantarkan ke rumah tempoh hari. Alamak…kesian pula kat budak comel rambut ekor kuda tu. Apa bala lah yang kau buat sampai orang-orang kaya ni cari kau dik oii? Apa-apa pun aku tak dapat nak tolong. Duit lebih penting dari segala-galanya!
Nick capai kertas yang sudah siap bertanda itu. Di masukkan ke dalam poket jaket hitamnya. “ kalau maklumat yang kau beri ni salah, tahulah nasib kau! Aku cari kau sampai lubang cacing!”
Nick bangun dan menuju kea rah BMW X6 yang sedia menunggu di hadapan kedai makan itu. Masuk sahaja ke dalam kenderaan itu, dia terus menghidupkan enjin kereta. Alamat yang ditulis Mat tadi dibuka. Kalau benarlah kat sini, budak tu tinggal… senanglah kerja dia nanti. Dia akan selidik siapa budak tu seperti yang diminta!


“ Kau pasti?”
Nick angguk, yakin. “ I’m sure…very sure. Aku yang ikut dia sendiri tadi Mr Rich.”
Farish angguk, puas hati. Memang benar, dia yakin nick dah buat kerja dengan betul sebab gambar gadis yang berbaju kurung ini memang sama dengan gadis tempoh hari.
Tidak lepas matanya melihat pada beberapa keeping gambar yang diambil oleh Nick secara curi itu. Kelihatan seorang gadis sedang berjalan sambil membimbit sebuah beg pakaian. Dia memakai baju kurung entah apa fesyen, bercorak polkadot dengan latar belakang putih. Rambutnya yang panjang itu dikat ekor kuda seperti biasa. Sama seperti tempoh hari juga.
Hmm…apa yang ada pada gadis ini agaknya ya? Sampaikan aku tak boleh nak lelap mata kerana dia? Masih terbayang bagaimana dia senyum dan tertawa. Macamlah aku tak pernah tengok perempuan senyum selama ni. Dah terlalu ramai perempuan yang aku jumpa, tapi tak ada seorang pun yang punya senyuman macam dia. Senyuman yang ikhlas dan polos. Ya, gadis ini sangat polos. Gadis mentah yang selalu kelam kabut.
Mata Farish melekat pula pada sekeping gambar gadis tadi terjatuh di tangga bas. Ya Allah…macam manalah dia melangkah? Mata dia letak kat mana agaknya?
Farish ketawa melihat gambar itu. Idiot! Dan ketawanya makin kuat saat terimbau kembali peristiwa di mana kali pertama dia melihat gadis itu di muka pintu. Cermin pintu hadapan pejabatnya yang lutsinar itu membolehkan dia melihat betapa kelam kabutnya gadis itu sewaktu sampai di muka pintu tempoh hari. Gadis itu tidak menyedari gelagatnya diperhatikan. Sampailah masa dia tersembam di muka pintu, Farish awalnya ingin menolong. Tapi apabila melihat gadis itu pantas pula bangun, dia terus berpaling ke belakang. Taknak gadis itu malu jika tahu yang dia diperhatikan. Tapi dia memang tak dapat menahan ketawa sewaktu pesawat persendirian yang dia naiki berlepas ke brunei selepas kejadian itu.
Nick senyum puas. Gembira hatinya dapat mendengar bunyi ketawa itu keluar dari mulut Mr Rich nya yang sentiasa serius. Ini adalah kali kedua dia melihat wajah Mr Rich yang ceria begini. Kali pertama di atas pesawat dua hari yang lalu. Setelah hampir lima tahun dia berkhidmat dengan Mr Rich. Inilah saat yang paling bermakna. Melihat bos yang sentiasa diam itu ketawa.
Apa yang ada pada gadis itu agaknya ya? Mungkinkah gadis ini yang akan dapat menukar personaliti Mr Rich yang pendiam dan serius itu menjadi lebih baik? Mr rich yang sentiasa bersedih kala bersendirian…
“dia nak kemana ni Nick?” soalan itu tiba-tiba keluar dari mulut Farish. Baru sedar yang gadis itu sedang membimbit sebiji beg yang agak besar. Beg pakaian. Dan dia sedang menaiki bas? Bas? Ya tuhan… apa dia buat atas kenderaan panjang yang sesak itu?
“Menurut apa yang aku selidik, dia naik bas ke kuala Terengganu. Balik kampung.”
“What?? Naik bas yang kotor macam ni?” matanya tertancap pada gambar bas yang mempunya tangga yang hitam itu, tempat di mana gadis itu terjatuh tadi.
“Bukan semua orang mampu ada pesawat peribadi, bos!” kata Nick, sarkastik.
Farish terdiam. Dalam otak dia sibuk berfikir!
“kau siapkan kereta aku. Aku keluar dalam sejam lagi!"



No comments:

Post a Comment