Wednesday, February 4, 2015

Cintaku Original Not For Sale! Entry secoet jaa...

 Assalamualaikum readers yg sentiasa sabar menanti update ttg CONFOS dan juga kpd readers yg tersesat sampai ke blog i yang sentiasa terbiar tak ber-up-to-date ni...Hihi...mak sibuk sikit sejak2 msuk tahun baru ni. Harap maaflah ye. Now, baru berkesempatan nk taip entry pasal CONFOS.



Sedutan drpd Bab 40
Terimalah...Cintaku Original Not For Sale
Karya suka2 : Wan Lina Wan Ali @ Lina Hazri


“ 3 tahun I bersabar..” Luah Farish sambil bersandar pada kereta Umairah. Gadis di hadapan nampak tenang memeluk tubuh.
Umairah diam. Tak kuasa mahu bersoal jawab. Perutnya sudah kenyang dengan sikap Farish yang menjengkelkan. 
“ Dari dulu lagi I memang tak suka you rapat dengan lecturer you tu. I tahu dia sukakan you.”
Umairah masih memandang ke hadapan, gelagat beberapa orang pelawat yang nampak terburu-buru masuk ke dalam kereta itu dilihat tanpa perasaan.
“ Maira, kenapa you diam?” Soal farish sambil menarik lengan Umairah supaya berpaling padanya. Sungguh hati dia tidak tenteram apabila Umairah berdiam diri. Selalunya gadis itu akan menjawab macam bertih jagung meletup nak buat popcorn.
“ You nak I jawab apa?” Umairah menghela nafas, lemah. “I tak ada tenaga nak berbalah dengan you sekarang ni. Kepala I sakit, perut I lapar, dan I benci dengan sikap you yang tadi. You are so rude!”
Farish tarik rambut. Matanya merah. Kecut perut Umairah melihat rupa Farish yang begitu. Marahkah?
“I hate to say this, but I have to tell you I was jealous of him.” Dan farish tunduk lagi setelah menyatakan itu.
“Jealous??” Matanya dihalakan pada Jiji yang dari tadi mundar mandir tidak jauh dibelakang. Dia nampak Jiji yang berwajah masam dari kejauhan. “Untuk apa you jealous dengan I? kita bukan ada apa-apa hubungan pun, kan? I’m not your girlfriend, and I also not yor wife!”
“I ajak you couple you taknak. I ajak you kahwin pun you reject. So, you nak I buat apa sekarang ni?”
“Buat apa? Buat bodoh dahlah! I taknak harapkan apa-apa dari lelaki macam you. Selfish!” degus Uamirah kasar.
“Selfish you kata? You yang selfish! You suka I buat perkara tak elok pada you, dan bila I ajak you kahwin, you taknak.”
“ Memang I taknak kahwin dengan you. Dari dulu sampai sekarang, you selalu sakitkan hati I!”
“Apa you cakap ni? Bila masa I sakitkan hati you?”
Umairah diam. Matanya terasa panas tiba-tiba. Ada air mata yang mula bergenang. “You hurt me so much! You cakap you sayangkan I, tapi you pergi ke New York tak balik-balik. Bila you balik, you buat tak kenal I dan sakitkan hati I dengan kata-kata you. But I know, I'll be able to put up with all that thing. Tapi sampai bila? Sampai bila I nak sabar dengan perangai you tu? sekejap you buat baik pada I, kemudian you berlagak macam you tak kenal I. I pun ada hati dan perasaan!”
Farish tunduk dan memejamkan mata. “I’m sorry…” Tulus suara farish. “I never apologize to anyone for all my life. But today, I want to apologize from you on what I've done. I'm sorry…”
Dan dia tunduk, mencapai tangan Umairah dengan teragak-agak. Meraba poket seluar dan mengeluarkan sebuah kotak baldu berwarna biru. Mata Umairah sudah merembeskan cecair jernih, perlahan menuruni pipinya yang gebu. Jantungnya dari tadi sudah tidak mampu berdegup secara normal. Mata mereka bertentangan, saling merenung tanpa kata.
Farish tunduk, menjatuhkan kedua belah lutut ke aspal. Terasa tangannya yang menggeletar saat itu. Sebelah tangannya masih memegang tangan Umairah manakala sebelah lagi membuka kotak baldu biru. Sebentuk cincin dikeluarkan. Sungguh cantik dengan dihiasi sebiji mutiara berkilauan.
Umairah terkedu, menutup mulut dengan sebelah tangan. Oh my…sungguh dia tidak menyangka semua ini akan terjadi hari ini. Air mata menitis lagi, terasa hangat, sehangat hatinya saat itu.
“Sayang, with this ring, I give you my heart. I promise from this day forward, you shall not walk alone. May my heart be your shelter, and my arms be your home.” Farish mengetap bibir, menahan rasa. Sungguh dia berharap saat itu, Umairah akan berlembut dengannya. “I’m sorry to say this but…Maira, lets get married.”


TAMAT entry secoet utk kali ini. Bersambung ke next entry... Bye!!

Jeng....jeng...jeng....

Oh Tuhan, berikanlah aku,
Kekuatan menempuhi dugaanMu,
Aku percaya ada hikmahnya,
Di setiap dugaan yang ku terima.
Andainya hatiku bersuara,
Pastinya ia akan berkata,
Cukuplah sayang aku tidak berdaya,
Mengharungi segala sengsara.
Berapa kali harus aku terluka,
Barulah kan ku sedar,
Cintaku tidak layak untuk dirinya,
Mengapa masih aku setia disisinya,
Tidak ku mengerti, tidak ku fahami.
Seperti insan biasa ku ingin bahagia,
Menyintai dan dicintai tiada duanya,
Andai terlampau permintaanku ini,
Maafkanlah kasih.
Berapa kali harus aku terluka,
Barulah kan ku sedar,
Cintaku tidak layak untuk dirinya,
Mengapa masih aku setia disisinya,
Tidak ku mengerti, tidak ku fahami.
Seperti insan biasa ku ingin bahagia,
Menyintai dan dicintai tiada duanya,
Andai terlampau permintaanku ini,
Maafkanlah kasih.
Andai terlampau permintaanku ini,
Maafkanlah kasih.
Oh Tuhan, berikanlah aku,
Kekuatan menempuhi dugaanMu,
Aku percaya ada hikmahnya,
Di setiap dugaan yang ku terima.


Wednesday, January 7, 2015

Emergency Couple

Review Drama Korea


Apa ni??? Asyik2 update pasal drama korea jek? Tak de cerita lain ke? Haha...Aku tak kira....nak update jugak. Hasil bersengkang mata sehari dua ni....duk layan mende ni, sampai semua kerja tak jalan.






Kisah kali ni pasal doktor2 jugak lagi. Huhu....asyik2 kisah pasal doktor kan? Tapi ni lebih pd kisah rumahtangga antara heroin Jin Hee dan hero dia Chang Min. Mereka ni di awal cerita dah kahwin lari mse tengah belajar di kolej kedoktoran. Chang Min memang pelajar cemerlang jugaklah...tapi mereka tak berjaya habiskan studi selepas kahwin tu. Mereka kahwin selama 3 tahun kalau x silap, lps tu bercerai. Biasalah kahwin muda...ibu Chang Min jahat pulak tu dengan Jin Hee. Chang Min anak orang kaya, semua keturunan doktor2 pakar. Ayah dia pun doktor pakar, manakala pak sedara dia adalah pengarah hospital terkenal di Korea.


Jin Hee pula anak orang miskin je. Ada adik yang dah kahwin dan malas kerja. Mereka bercerai secara bermusuhan ( bukan bercerai cara baik tau!) kerana tekanan yg dialami sepanjang berumahtangga. 3 tahun lepas bercerai, mereka tak berjumpa langsung. Buat hal masing-masing. Tapi suatu hari mereka berjumpa lagi di sebuah hospital dimana Jin Hee dan Chang Min jadi doktor pelatih kat situ. Dengan umur yang lebih tua dari doktor pelatih lain, sebab terpaksa mengulang belajar balik lps bercerai tu, maka Jin Hee selalu kena buli. Pelatih lain tak suka Jin Hee sebab dia lebih tua. Tapi seorang doktor pakar kat hospital tu yang menyelia doktor pelatih di bilik kecemasan iaitu Chief Cheon Soo minat pada Jin Hee.

Bermulah kisah Jin Hee yang akhirnya diburu oleh bekas suami dan doktor pakar tersebut. Chang Min pula memang tak boleh jumpa dengan Jin Hee, memang nak bertengkar je memanjang.


Tapi at the end, dua2 doktor tu berebutkan Jin Hee.

Klise.

Ayah Chang Min sebenarnya yang banyak membantu Jin Hee sampai lulus ujian, tapi tak ada seorang pun yg tahu sampailah ayah Chang Min mati.

Chang Min dapat tahu ayah dia sangat sayangkan Jin Hee....so lama2 dia rasa macam nak berbaik semula dengan Jin Hee, tetapi terpaksa pula bersaing dengan Cheon Soo.

Dot...dot...dot....

Kisah ni best mse kat bilik emergency tu...suspen je time ada kes bedah2.

Siapa yg dipilih oleh Jin Hee? Haa...kena tengok sendiri. Aku bg review sikit2 je...sbb bg aku cerita ni best. Tak boleh cerita byk2, nanti klau ada yg nak tgok, jadi x suspen...ye tak? hehe

Ni dia link kat dramacool klik sini eh? bagi yg nak tgok cerita ni. Ada 21 episod...Haha...sabar jelah nak habiskan semua episode tu nanti...

Its Okay, Its Love

Jeng...Jeng....Jeng....


Ni nak tukar cerita sikit dr kisah banjir kpd kisah drama korea yg membuatkan aku tak boleh nak buat kerja sehari dua baru ni. Huhu... lama giler tak meroyan tgok korean drama. Sekali dia buat hal....Huh, mmg demam! ngadap pc jelah 24 jam...non stop!

Ok, tajuk dia ialah Its Okay, Its Love... lakonan Jo In Sun sebagai Jang Jae-yeo (Jae Yeo) dan heroin Gong Hyo Jin sebagai Ji Hae So ( Hae So). Fuh, mmg best cerita ni.


Aku tgok via dramacool. Korang yang nk tgok boleh tengok kat sini, eh?? Ada english subtitle je, so korang yg failed english tu kena buka kamus dan fahami apa yg diorang cakap. Hehe...sbb xde malay subtitle tau...


Drama ni mengisahkan Jae Yeo, iaitu seorang penulis novel thriller, juga seorang DJ radio yang popular, dipertemukan dengan Hae So, seorang pakar psikiatri dalam sebuah program talk show yg membincangkan tentang buku tulisan Jae Yeo yang disifatkan tidak elok untuk pembaca kerana mengandungi unsur-unsur ganas dan kejam.


Jae Yeo, adalah seorang lelaki kaya, kacak, tetapi sangat sombong dan berlagak, manakala Hae So seorang wanita bekerjaya, hidup sederhana dengan pinjaman biasiswa setelah tamat pengajian kedoktoran yang masih bertimbun, ditambah dengan masalah keluarga dan ayah yang sakit... dipendekkan cerita Jae Yeo jatuh cinta dengan Hae So.


Kisah mereka semakin menarik apabila Jae Yeo pindah ke rumah Hae So, iaitu apartment yang disewa beramai-ramai dengan Kwang So dan Dong Min. Hae So ada penyakit tidak boleh bercium dengan lelaki...Huhu...


Bla...bla...bla...


Diorang pon couple jgk akhirnya.



Tapi cerita tak hbs lagi, part paling sedih, Jae Yeo sebenarnya mengalamai tekanan mental akibat didera oleh bapa tiri dan abangnya semasa kecil. Abang dia yang baru keluar penjara pon mmg jahat dan cuba nak bunuh Jae Yeo. Jae Yeo selalu berjumpa dengan Kang Woo, seorang pelajar yang juga mangsa dera dan mempunyai minat menulis macam dia jugak. Mereka sangat rapat dan Jae Yeo cuba membantu Kang Woo sebagai menebus apa yg dialaminya sejak kecil.

Tapi, siapakah Kang Woo? Kenapa orang lain tak pernah jumpa dia?

Jeng...jeng...jeng...itulah yg misterinya. Klau nak tahu, korang kena tengok sdri. Ok? Apa2 pon cerita ni mmg best!

Kalau rse nak download, boleh masukkan link dari dramacool kat sini DramaDownloader...









Cintaku Original Not For Sale! Bab 7


Assalamualaikum...
Huhu...sorry everybody sbb lama gila x update blog, kan? I busy yg amat. Komen2 pon berbulan baru reply. Hihi...sorry sekali lagi. Bagi yg nak tahu kisah Umairah dan Farish tu, ni i bagi sikit ubat untuk bab 7. Pembukaan utk tahun 2015...semoga terhibur.
p/s : di P2u, hanya update setakat bab 4 je setakat ni. Xada masa nk online...
Sesiapa yg nak baca dari bab 1-4 di P2u, boleh klik kat sini. TQVM

BAB 7

“Nick...semua yang aku nak tu, kau dah siapkan?”
Nick dihujung talian, mengangguk. “Yes, Mr Rich.”
“Hantarkan ke mari as soon as possible!”
“Yes, Mr Rich!”
“And one more thing, sebelum aku lupa... buatkan appointment aku dengan Doktor johan sebaik aku balik dari bercuti nanti.”
“Doktor Johan?”
Yes, Johan Razak”
Oh...Nick angguk. Abang dia tu! Hai, nak jumpa adik beradik pun nak kena buat appointment sekarang ni. Susah betul jadi orang kaya.
Talian Mr Rich sudah dimatikan. Nick melihat segala butiran surat perjanjian yang sudah siap itu. Tinggal untuk dihantar pada Mr Rich saja. Sekejap lagi dia akan berlepas ke Kuala terengganu. Surat ini mesti sampai segera ke sana. Kalau tidak, parah!
Nick merenung lagi sampul surat besar berwarna coklat itu. Private And Confidential! Ya, sesungguhnya...ini memang sulit dan persendirian! Tak boleh ada sesiapa yang tahu pasal ini. Dan tidak akan sesekalipun dia akan pecahkan rahsia ini walaupun nyawanya bercerai dari badan... itu perjanjian taat setia antara dia dan Mr Rich!

“Awak!” umairah menggamit lelaki yang sedang berdiri di sisi kereta sport merah menyala itu. Lelaki itu hanya tunduk sambil membelek telefon bimbit. Tengahari ini, lelaki itu hanya memakai seluar denim hitam, kemeja biru laut, dan berkaca mata hitam. Sangat seksi! Rambutnya yang lurus dan ditata rapi itu jatuh ke dahi saat dia tunduk begitu.
Umairah melangkah ke depan. Yakin, panggilannya sebentar tadi tidak didengari oleh lelaki seksi itu. Seksi? Erk...melampau betul metafora kau Umairah. Lelaki mana ada yang seksi?
Hei, siapa kata tak ada? Ada! tu...lelaki kat depan tu sangat seksi. Renungan matanya sangat seksi. Hidung, mulut dan suara dia pun seksi!
“Hei, Umairah...” Farish pura-pura terkejut. Bukan dia tak nampak Umairah yang masuk ke perkarang chalet itu tadi. Sebelum Umairah nampak dia berdiri di situ, dia dahulu yang nampak kelibat Umairah. Gadis itu sampai dengan menaiki skuter merah jambu. Comel sangat skuter dia tu, macam tuannya juga!
“Amboi...sibuk betul. Tak perasan saya panggil ye?”
Farish diam sahaja. Mana boleh tak perasan? Gadis cantik ini sudah membuatkan hidupnya tidak lagi tenteram.
“Kalau awak sibuk, tak apalah. Saya pun saja singgah. Nak tengok betul ke  Mr Rich tinggal kat sini.” Umairah ketap bibir, terasa hati. Rasa macam kehadirannya tidak disenangi. Tengoklah cara dia merenung tadi. Macam nak tembus kepala aku ni.
“Eh, kenapa cakap macam tu?” tangan Umairah dicapai, sebelum gadis itu cuba untuk beredar. “ Saya tak sibuk pun. Actually, sedang tunggu awak.”
tangannya sudah berada dalam genggaman lelaki itu. Ada satu rasa yang tak tahu muncul dari mana. Umairah gelisah. Memanglah chalet ini agak terselindung dari pandangan, tapi dia tidak berhak berkelakuan sumbang macam ni. Lebih-lebih lagi di kampung sendiri. Nak kena hempuk dengan abang Ash? Matilah...
Tangannya ditarik, perlahan.
“Ops, sorry...” Farish angkat tangan, tanda minta maaf. Tindakan refleks, luar jangkaan. Dia sendiri tidak sedar, kenapa dia boleh bertindak seperti itu. Yang nyata, dia mula yakin dengan rasa yang sedang berputik dalam hatinya saat itu. Satu rasa indah yang belum pernah dia rasakan sebelum ini. Pelik sungguh.
“ Awak dari mana Umairah?”
“Dari rumah.” Sepatah sahaja yang keluar dari mulut itu
“Nak keluar lunch dengan saya tak?”
Ya Allah, berbunganya rasa hati. Tapi, bila teringatkan pajeri nenas mama, spontan dia serba salah.
“Err…tak boleh...”
“Why? Tak sudi makan dengan saya?”
“Bukan tak sudi...” Sudi sangat! “ Tapi... mama saya dah masak.”
“Oh...mesti best, kan?” ada satu nada yang kurang sedap kedengaran di situ.
“Eh, kalau awak sudi, marilah lunch kat rumah saya.” beriya-iya pula Umairah mengajak. Dia yakin mama takkan marah. Lagipun, selalu sahaja kawan-kawan abang Ash dan kak Farah datang bertandang makan nasi kat rumah. Tinggal dia saja yang belum pernah bawa kawan. Mungkin sebab dia adik paling kecik, dan dia memang tak pernah nak berkawan baik dengan siapa-siapa kat kampung ni.
Bukan tak ada kawan, ada. Tapi tak adalah baik sangat sampai nak dipelawa makan di rumah. Time-time raya tu biasalah. Tapi dengan Mr rich ni lain. Dia pelancong kat sini. Mungkin dia tak tahu nak lunch kat mana. Dan sebagai anak jati kampung ni, dia rasa ada patut juga dia mempelawa lelaki itu makan tengahari di rumah.
“Tak apalah Umairah...mungkin lain kali saja.” Segan pula Farish.
“Lah, janganlah macam tu. Saya ikhlas mengajak ni. Tak baik tolak rezeki tau. Lagipun mama saya masak sedap.”
sorotan mata bundar itu menikam hatinya. Farish nampak keikhlasan di situ. Spontan, dia senyum dan mengangguk. “Ok. Untuk umairah, apa-apa saja saya turutkan!”
Yeay! Hati Umairah bersorak riang. Tak pasti kenapa hatinya rasa begitu. Yang nyata, dia rasa bagai dunia ini dia yang punya!! 


“Eh, aku nampak kereta ni semalam masa aku nak ke Mydin. Fuh, sikit punya berkilat! Cuba kau tengok plat kereta dia...MR1. Aku agaklah, nombor plat pun mesti ribu riban ni.” Zahar menunjukkan gambar kereta BMW model terbaru yang sempat dia tangkap semalam masa nak pergi beli pampers anak dia kat Mydin.
Ashraf melihat beberapa ketika. “Kalaulah aku dapat sebiji, memang aku tak naik tidur atas rumahlah gamaknya.”
“Dah tu? Kau nak tidur kat mana pula?”
“Tidur kat dalam kereta nilah. Dah ada kereta mahal, tentulah tak lena tidur beb! Fuhh...kaya betul orang ni. Cuba kau google cari berapa harga kereta ni sebijik!” ewah...macamlah dia mampu nak beli.
“Jap.” si sahabat pantas pula membuka aplikasi google menggunakan telefon pintarnya. “ aku rasa ini model M6 ni...kejap ya...tengah loading ni. Lambat sikitlah, sebab internet dah habis limit ni. Lupa pula aku nak gi bayar bil semalam.” bebel Zahar pada sahabatnya yang nampak berminat sangat itu.
Dia tahu, Ashraf memang suka cuci mata tengok kereta mewah. Kalau tak, takkan tiap-tiap bulan dia sanggup beli buku motor trader, semata-mata nak cuci mata?
“Wah..RM 999,800. loan bulanan RM9535 sebulan. Mati kebulurlah kau Ash kalau kau pakai yang ni sebijik!”
Ashraf buat muka seposen. Matanya sahaja yang terkebil-kebil. Mati hidup balik pun dia tak mampu nak beli waima sebiji tayar kereta itu pun. Nak harapkan bisnes restoran yang dia sedang uruskan sekarang ni, memang tak merasalah. Itupun restoran mama, dia cuma uruskan saja. Dapat jugalah dia merasa bawak vios. Itupun, sakit kepala nak lunaskan ansuran bulanan yang dekat 1K tu.
“Aku rasa ada orang kaya yang masuk kampung kita ni. Entah bisnes apalah yang dia buat, sampai mampu bawa kereta macam tu.” Ulas Zahar lagi. Dia memang dah lama pelik dengan orang yang bawa kereta mewah-mewah. Mana diorang dapat duit ya? Dia yang kerja siang malam ni pun, hanya mampu setakat pakai wira saja. Musykil betul.
Ashraf mengeluh panjang. Angin sepoi-sepoi bahasa di beranda rumahnya itu terasa membosankan. Hari dah nak tengahari, kejap lagi kena keluar pergi beli barang untuk restoran pula. Pukul 3 petang, restoran masakan panas yang diusahakannya itu akan dibuka, hinggalah pukul 3 pagi. Begitulah setiap hari. Penat gila! Entah bila dapat pakai BMW sebiji.
Bukan dia tak bersyukur dengan nikmat yang sudah diberikan oleh Allah, tapi dia rasa macam tak puas dengan apa yang dah dia capai.
“Mama kau mana?”
“Ada kat dapur tu..” malas dia nak jawab.
“Eh, aku dengar Maira ada balik. Betul ke?” Bunyi macam suara gatal pun ada, si Zahar ni.
“Hei, kau jangan nak cari pasal. Kau tu anak dah empat, kang aku bagi sebiji kang, balik nanti makan berkongsi nasi bubur anak kau pula kang...” sebiji penumbuk dikepal tepat depan muka Zahar. Bukan Ashraf tak tahu, dulu Zahar memang ada hati dengan Umairah. Mujurlah adiknya itu dapat tawaran sambung belajar kat KL. Terbantut niat sahabatnya itu. Padan muka!
Zahar ketawa. Dia nampak Umairah kat kedai pak Mail pagi tadi. Cantik pula budak tu sekarang. Yang dia geram, mulut kecik dia tu. Nampak macam comel, tapi kalau dia menjerit, habislah! Bergegar satu kampung! Hehe...kenangan lama. Dulu, dia suka bertandang kemari gara-gara nak tengok lesung pipit Maira. Entah kat mana comelnya budak tu, dia tak boleh nak jelaskan. Tapi sesiapa sahaja yang tengok Maira, gerenti jatuh hati. Sebab dia comel sangat. Manis, dan seksi dengan cara dia sendiri! Kadang-kadang gedik juga time dia merajuk dengan Ashraf. Suka je   dia tengok...tapi itu dululah. Sekarang dia dah ada bini dan anak empat. Kena sedar diri sikit.
“Maira bila nak habis belajar?” soal dia lagi.
“Eh, yang kau sibuk-sibuk pasal adik aku tu kenapa? Dah gatal sangat ke? Jangan kau mimpi nak buat adik aku tu jadi bini nombor dua kau! Dahlah, pergi baliklah!” marah Ashraf. Dia memang pantang kalau orang nak mengorat adik dia. Nak-nak jantan macam Zahar ni. Dah ada bini pun gatal nak tanya adik orang lagi. Heee... ringan saja tangan ni nak luku muka miang tu!
“ Abang Ash...”
umairah tersenyum pada abangnya yang sedang melepak di beranda rumah. Gerun pula dia nak bayangkan bagaimana rupa abang ash kalau nampak dia bawa Farish ke mari. Alahai...kenapalah abang ada kat rumah hari ni?
“Haa...dah balik pun. Baru disebut-sebut tadi...” Ashraf kerut dahi. Eh, tapi kenapa lembut benar suara Umairah memanggil namanya tadi? Biasa kalau tak bertempik panggil dia, tak sah. Tersampuk angin pantai kot!
“Maira...er, lama cuti?” zahar bangun, sempat dia melirik ke luar pagar rumah Ashraf. Matanya dah mula bulat, tapi masih mampu cover lagi. Dia tengok Ashraf masih tak perasan pada objek yang sedang bersinar kat luar pagar rumah dia tu. Yang nilah aku nampak semalam. Kejap....
Zahar keluarkan telefon dari poket seluar jeans. Gambar yang ditunjukkan pada Ashraf tadi dicari semula. Eh, sebijik samalah!
“Maira cuti empat hari je abang Har...” lembut suara Umairah, sudah tidak dipedulikan oleh Zahar. Matanya sibuk menilik gambar dengan apa yang ada diluar pagar itu. Segera, ashraf digamitnya.
“Hah, kau ni dah kenapa ni?” pelik pula Ashraf tengok kelakuan zahar itu. Duk tertoleh-toleh ke luar. “Kau, kalau nak balik, pergi balik cepat-cepatlah! Meluat pula aku tengok!” entah angin gatal apa pula si zahar ni? Ish...
“ ash...cuba kau bangun kejap.”
“Ah, malaslah aku.”
“Hoi, bangunlah!” tangan Ashraf ditarik.
Buang tebiat apa pula ni?
“Abang, maira nak kenalkan abang dengan kawan Maira...” belum pun sempat Umairah habiskan ayatnya, kedua-dua sahabat itu sudah meluru keluar pagar.
Ya Allah, takkan belum ajak masuk lagi pun si abang dah meluru nak pergi tumbuk? Dia bukan tak biasa dengan perangai Ashraf yang suka bertumbuk. Pantang ada yang nak mengorat Umairah, mahu lebam biji mata.
Mr Rich tu kawan ajelah! Mahu rasanya Umairah bertempik, tapi mengenangkan yang farish ada kat dalam kereta itu, niatnya mati. Oh tidak!! Umairah hanya mampu membulatkan mata dan terkaku di situ.


Wednesday, September 17, 2014

SINOPSIS - Cintaku Original Not For Sale By Wan Lina

CINTAKU ORIGINAL NOT FOR SALE
BY WAN LINA

SINOPSIS

Dunia yang berbeza antara Umairah dan Farish menggoyahkan perasaan cinta yang baru terbit. Masing-masing punya sikap angkuh dan tidak mahu mengalah. Farish, si kaya duit tak habis. Manakala Umairah budak setengah masak yang belajar tak tamat. Keduanya berjumpa dalam satu situasi yang kurang menyenangkan, dalam keterpaksaan.

Tapi siapa kita untuk menghalang cinta yang lahir dari hati paling dalam?  Seteruk mana umairah menidakkan, namun hatinya sakit juga saat Farish pergi tanpa pesan.
Bagi Umairah, hidup itu perlu diteruskan. Walau dalam hati, dia tetap berharap masih diberi peluang dan berjumpa kembali dengan si jejaka bak dewa kayangan itu.

Setelah 3 tahun berlalu, mereka akhirnya dipertemukan. Tapi keduanya saling melukakan. Bahagiakah mahligai yang dibina jika ramai yang berdendam? Antara Jiji dan Adila, siapakah yang berjaya memusnahkan cinta merpati dua sejoli ini? Dan, apakah cinta Azim yang menderita sakit buah pinggang itu berjaya meraih simpati Umairah?

Cinta atas dasar simpati atau cinta original yang lahir dari hati…yang mana mampu bertahan?

Kisah cinta suspen, ditulis dengan santai supaya pembaca mudah faham. Semoga terhibur!

Thursday, September 11, 2014

Jatuh Cinta Lagi???

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Entri pada petang Khamis yang sibuk.

Sangat busy menyiapkan tempahan banner dan banting dari pelanggan. Alhamdullilah, bisnes semakin maju jaya.

Sungguh aku tidak pernah menyangka hatta membayangkan bahawa aku akan terjebak dalam perniagaan percetakkan ini. Memang pada awalnya, aku kurang berminat. Kerana kerja-kerja men design ini adalah diluar kemahiran yang aku ada.

Sejak dibangku sekolah rendah lagi, cikgu dah 'mug' aku ni adalah pengguna otak kanan. Masa matapelajaran matematik, aku boleh bantai buat esei. Wahaha... aku memang tak suka buat perkara yang aku tak nak buat.

Tapi, semua itu tidak mustahil dengan adanya usaha yang berterusan. Aku banyak mengikuti kursus dan latihan dalam bidang rekaan grafik. Walaupun taklah sehebat mana, tapi aku akan tetap berusaha untuk memberikan hasil yang terbaik kepada semua pelanggan.

Okeylah... mukaddimah panjang2 tu sebenarnya bukan apa. Aku nak bagitau yg aku skrg ni dah mula jatuh cinta balik dengan dunia penulisan aku dulu tu. Nak pendekkan cerita lagi, semua itu berlaku apabila aku terjumpa gambar mamat ni kat google. Wahaha..terus aku berangan sampai pengsan.




Kerana dialah sekarang hidup aku kucar kacir. Tengah mendesign kad kahwin, aku teringat kat dia. tengah buat banner, aku nampak muka dia. Wah, aku dah jatuh cinta kat hero aku nilah. Nama dia Farish Razak. Kalau korang nak baca pasal dia boleh klik kat sini : http://azlinahazri.blogspot.com/2014/08/cintaku-original-not-for-sale.html

Dan kalau korang rasa korang pun dah jatuh cinta kat dia macam aku skrg ni, korang bolehlah klik link2 kat sidebar tu ek?? Aku hanya update setakat hari ni sampai bab 6 sahaja kerana aku dalam proses menyiapkannya.

So, harap korang2 yg baca ni akan enjoy membaca karangan aku yang byk typo sbb keadaan aku menaip masa tu sangatlah tidak selesa. Tak sempat nk edit2 sebab masa yg sgt terhad. Maklumlah buat banyak kerja dlm satu masa.

Insya Allah, aku nak jadikan impian aku suatu masa dahulu untuk menjadi seorang novelis menjadi kenyataan kali ini. Aku akan mencuba nasib dengan menyiapkan manuskrip ini dalam masa terdekat.

Doakan aku berjaya ek?

Bye!


Nah, layan lagi beberapa gambar hero aku ni. 






Handsome, kan?? Huhu... 


Saturday, September 6, 2014

Cintaku Original, Not For Sale Bab 6

BAB 6


PANTAI TELUK BIDARA.
Matahari pagi sangat ceria pada hari ini. Galak dia bersinar dan memancarkan haba ke segenap ruang alam. Bagai mengerti perasaan aku pada hari ini. Ceria! Satu perkataan sudah cukup untuk aku gambarkan betapa aku sangat gembira dapat melihat suasana di tepian pantai tempat aku membesar ini. Melihat sinaran matahari pagi yang baru terbit, membuatkan aku sangat teruja!
Alhamdulillah Ya Allah...aku bersyukur kerana masih diberi peluang untuk menghirup udara nyaman di sini. Ya Allah, masih banyak yang ingin aku capai dalam hidup ini. Walaupun nampak sukar jalan hidupku ini, tapi aku benar-benar mengharapkan pertolongan dari Mu Ya Allah... bantulah aku mencapai cita-citaku!
Umairah berteleku menghadap laut china selatan di hadapan. Banyak yang ingin dia luahkan pada laut yang setia menjadi temannya itu. Namun, dia rasa malu. Kerana sudah lama dia tidak pulang, dan merasakan bahawa laut dan alam ini sudah mula lupa akan dia.
Buktinya, dia mula alah pada udara sejuk pagi ini. Dulu, dia selalu sahaja ke pantai subuh-subuh hari dengan hanya bertshirt dan berseluar track. Okay sahaja, tidak pula badannya menggeletar begini. Tapi kali ini, udara pagi ini tidak mesra lagi dengannya. Laut pula seakan memandang sepi pada kehadirannya. Sunyi!
Mungkin kerana dia hanya berseorangan di situ.
Mana pergi orang lain ya? Dulu, pantai ini sentiasa dipenuhi orang-orang kampung yang akan beridah pada pagi hari. Ada juga pakcik-pakcik yang akan keluar memukat dipantai. Sekarang, semuanya sudah tiada. Mungkin juga kerana nelayan sudah tidak menggunakan laluan pantai ini untuk memukat. Mereka keluar menagkap ikan dengan bot menggunakan jeti yang telah disediakan oleh LKIM di kuala Dungun.
Huu...sunyi! Bisik hati Umairah.
Dia mencapai ranting kayu, dan mula mencoret sesuatu di atas pasir pantai. Agak lama dia berbuat begitu. Daripada duduk bersila, dia bangun mencangkung, kemudian membongkok pula.
Haha...siap pun.
Umairah senyum puas hati. “ Kenapa aku lukis muka dia kat sini? Ah, gila! Agaknya, dia pun sedang rindu kat aku kot?” Umairah gelak sorang-sorang. Perasanlah kau ni! Kau ingat kau tu cantik sangat? Huh...
cepat-cepat dia menyapu lakaran pasir yang sudah siap itu. Matilah kalau ada orang tengok!
Aku tak pasti, dia tu keturunan apa. Melayu ke? Kacukan mat saleh ke? Sebab muka dia tu lain sangat. Nak kata melayu tulen, nampak macam ada rupa mat saleh jugak. Hm... yang nyata, dia sangat kacak dan perfect!
Siapa kata tak ada manusia yang sempurna dalam dunia ni? Aku rasa dia tu sempurna. Kaya, kacak...apa lagi yang kurang? hm...
kalaulah alia tahu yang aku duk angau pasal Mr kaya tu, matilah aku...
dah beberapa hari aku duk ternampak muka dia kat sini. Kat rumah...kat kedai Pak mail... dan yang paling parah, aku ternampak juga muka dia masa nak mandi subuh tadi. Tak ke parah tu?
Namun aku sedar, aku hanya mampu nak berangan saja. Dia tu sekarang ni entah di bumi mana. Orang kayalah katakan. Sampaikan nak naik flight pun boleh suruh delay tunggu dia sampai. Ah, gila kaya!
Aku bukan kemaruk sangat dengan kekayaan dia tu. Dah namanya billionaire, kan? Tapi aku sungguh teruja nak tahu bagaimana dia boleh capai kejayaan macam tu dalam umur yang boleh dikatakan masih muda. Dia tak nampak macam orang berumur 34 tahun...nampak macam 24! eh, 24 tu umur akulah! Hmm...sepuluh tahun juga beza umur aku dengan dia. Banyak juga beza tu. Tapi aku belum pun lagi mulakan langkah untuk jadi jutawan. Dia pula? Sejak umur berapa dia dah terlibat dengan dunia perniagaan agaknya ya? Sejak lahir kot? Ahaha...patutlah....
kalaulah aku jumpa dia sekali lagi, banyak yang aku nak tanyakan pada dia. Kenapa mata dia tu nampak sedih? Ada duit banyak pun nak sedih-sedih juga ke? Itu soalan pertama....
soalan nombor dua, aku nak tanya macam mana dia handle syarikat yang beratus cawangan di seluruh dunia tu? Kepala dia tak sakit ke? Tak pening ke? Aku yang nak handle satu assignment pon dah migrain sekerat bulan.
Soalan seterusnya.... aku nak tanya kat dia...Eh, yang aku sibuk-sibuk duk pikir pasal Mr Kaya tu apa pasal? Bukan aku nak pergi jumpa dia pun. Buat penat otak pikir aje.
“Hai...”
Satu suara menegur dari belakang. Suara yang lunak, macam pernah di dengar. Umairah berpaling ke belakang, melihat makhluk yang berkaki panjang itu.
“Astagfirullah halazim..!” Umiarah pejam mata. Apa yang berdiri kat belakang aku ni? Jin mana? Jin islam ke? Jin memang boleh menyerupai manusia ke? Ya Allah...menyesal aku tak dengar pesan mama. Jangan berangan kat tepi pantai, nanti dikacau zombi!ARghhh...
“ Cik Fatin...”
Fatin? Fatin mana pula ni?
“Cik Fatin Umairah, kan?”
Haa...ya! Itu memang nama aku! Umairah bangun. Rasanya, yang berdiri kat belakang ni bukan zombi dan bukan juga jin! Manusia tu! Dia tahu nama penuh aku...
Umairah mengecilkan matanya. Melihat tepat pada lelaki yang sedang berdiri santai kat belakang dia. Pagi-pagi pun nak pakai spek hitam ke? Melampau mamat ni! Siapa dia ni? Kenapa dia nampak macam Mr Kaya tu? Ah sudah...penyakit apa pula ni sampai aku nampak semua orang macam dia?
“Hai...” tangan lelaki itu diayunkan beberapa kali di hadapan muka umairah. “ Hai darling...are you still dreaming?”
“Siapa awak ni?” Umairah ketap bibir, geram. Berani dia panggil aku darling? Sudahlah muka dia tu nampak sama pula dengan si dewa kayangan tu. Huk...memang sakit dekat jantung aku saat ni!
“Ops, lupa nak kenalkan diri...saya Farish. Farish Razak!” tangan dihulur, tapi tidak bersambut.
“Err...sorry ya. Mak saya marah bersalam dengan lelaki kecuali abang saya saja...” Jujur.
Farish ketawa. “Oh, sorry. Cemburu pula saya kata bang awak tu. Hm...nice view ya?” lelaki melangkah ke hadapan sedikit, membiarkan Umairah dibelakangnya. Dia menghadap ke laut dengan kedua belah tangan dimasukkan kedalam poket seluar jeans biru yang dipakai.
Err...stail dia sama macam Mr Rich hari tulah. Tapi kali ni, kelihatannya dia sangat stylo dengan jeans dan t shirt putih begitu. Stylo? Opps! Macam tu pun nak stylo ke Maira?
“tak sangka jumpa awak kat sini, Umairah...”
Umairah? Grr...sebutan dan nada yang sama. Tembus ke jantung!
“Eh, kenapa muka awak pucat, Umairah? Awak sakit?”
Umairah lagi! Boleh tak kau jangan sebut nama aku dengan lenggok nada macam tu? Romantik sangat pula bunyinya! Jantung aku dah berhenti berdegup dah ni. Uwaa...
“Hei, whats wrong with you? Sejuk? Kenapa tak pakai sweater? hm...wait a minute!” lelaki itu berlari ke keretanya yang elok sahaja terpakir tidak jauh dari tempat mereka berdiri.
OMG! Kereta apa tu? Wow...sangat sporty. Orang kaya mana pula lah yang sesat masuk kampung aku ni? Kalaulah terlenyek tahi lembu nanti, memang menyesal tak sudahlah kau orang kaya!
Kaya? Orang kaya? Mr Rich kan memang kaya. Err...so, memang sahlah itu adalah Mr Rich? Apa dia buat kat sini? Ke aku yang dah gila? Berangan entah apa-apa aje!
Umairah pijak kaki sendiri. Ouch, sakit! Sakit aku berada di alam yang nyata! Bukan alam khayalan atau alam bunian.
“Nah, pakai ni.”
semerbak bau yang mendarat di tubuh kecilnya seraya jaket kulit berwarna coklat tua itu dipakaikan ketubuhnya oleh lelaki yang masih tidak dapat dipastikan identitinya itu.
“Who are you?” susah payah umairah cuba untuk mendongak sedikit melihat anak mata lelaki yang tinggi berada di hadapannya itu. Mata yang sama. Mata warna hazel yang mempunyai satu pandangan yang sendu. Oh my...
“saya farish...”
“Farish?” Umairah diam. Farish? Mr Rich? Orang yang samakah?
“Awak tak kenal saya?” sedih pula suara itu kedengaran.
“Mr Rich?”
Farish ketawa lagi. “YOU can call me Farish...” sengaja dia menekankan perkataan YOU itu menunjukkan bahawa panggilan itu hanya untuk orang tertentu sahaja. Tidak ada yang berani memanggilnya dengan nama itu selain keluarganya sahaja. Dan sekarang, dia memberikan hak itu pada seorang gadis kecil dihadapannya ini?kenapa? Apa yang membezakan gadis ini dengan orang lain?
Sungguh dia tiada jawapan itu sekarang.
“Jadi betullah awak ni Mr Rich??”
Farish sedang berkira-kira, samaada mahu mengangguk atau menggeleng. Tapi apabila tapak tangan gadis itu sudah melekap ke pipinya, Farish jadi kelu. Sejuk tapi hangat pula hatinya terasa. Oh wow...satu perasaan yang aneh mula mengalir di satu sudut hati yang paling dalam...
“Eh sorry...terpegang pulak. Eh, betullah awak ni manusia, kan? Awak ni memang Mr Rich, kan? Kan?” gadis itu sengih. Kelihatan lesung pipit di kedua-dua belah pipinya.
Farish angguk, perlahan.
Umairah ketawa, agak kuat. Aku tak gila! Haha...memang aku tak gila! Memang aku dapat jumpa dia lagi. Tapi yang anehnya, jumpa kat sini? Macam tak percaya pula. Apa dia buat kat sini? Tersesatkah dia?
“Apa awak buat kat sini Mr Rich?”
“Kan saya dah cakap tadi, panggil saya farish saja...”
“Farish? Err...rasa macam susah pula nak sebut nama tu...” komen Umairah, sambil dia duduk kembali di atas pasir pantai yang memutih. Kakinya pantas pula memadamkan sisa lakaran yang telahpun dipadam tadi di atas pasir. Fuh, nasib baik aku dah padam awal-awal tadi. Kalau tak... apa aku nak jawab kalau si tuan empunya gambar pada lakaran itu nampak? Mampuslah jawabnya...
“ Mr Rich tu lebih sesuai untuk awak...” kata Umairah lagi, berpaling ke sisi sebelah kanan, di mana lelaki yang mengenalkan dirinya sebagai Farish itiu sedang duduk.
“ awak belum cuba panggil saya dengan nama tu...mana nak tahu sesuai ke tidak?”
ya tak ya juga. Umairah sengih.
“Apa awak buat kat sini, farish?”
“Haa...macam tulah. Sedap juga nama saya bila awak yang sebut, kan?”
Ya Allah... senyuman dia tu...bikin hati aku penasaran dong! Ewah...ewah...tersasul dialog sinetron lah pulak! Cis! Memang dah sewel dah aku ni... Umairah ketuk kepala sendiri.
“ saya ada bisnes trip kat sini.”
“Bisnes trip?” Umairah pandang sekeliling. “Trip apa? Tak nampak orang lain pun?”
“bisnes trip, tak bermaksud yang saya kena berjalan ramai-ramai, kan?” farish senyum melihat Umairah yang memandangnya dengan wajah pelik. Pelik? Ya, dia pun pelik dengan diri dia sendiri. Apakah dia terlampau stress sampaikan dah tak dapat nak berfikir dengan betul? Mungkin....
Umairah buat muka selamba, walaupun banyak yang dia rasa tak kena dengan situasi sekarang ini. Ya Allah, takdir apakah ini?
“Awak pulak, apa awak buat kat sini? Makan angin?”
“makan angin?” Umairah menyoal, macam berani saja. “ Tak adalah. Saya holiday...” jujur lagi. Dia memang tak pandai menipu.
“Oh...holiday? So, you tinggal kat hotel mana?” Sekejap saya, sekejap awak...sekejap tu I and you pula. Ah, dia sendiri pun dah pening dengan pertemuan ini.
“Hotel? Nak buat apa tinggal kat hotel? Rumah saya kat sana tu aje... this is my hometown!!” menjerit, tapi dengan nada yang penuh ceria! Hometown? Ya, dia bangga dengan tempat kelahirannya ini.
Farish hanya memerhati. Berbunga hatinya melihat keceriaan itu. Bagaimana dia boleh senyum begitu? Sungguh cantik! Ya Tuhan...apa yang ada pada gadis ini? Tanpa secalit mekap, tanpa pakaian yang seksi, tapi senyuman dia mampu menggetarkan jantungku! Oh God.. tarikan apakah yang dia punya? Sampai aku sudah gagal memikirkan apa yang akan aku lakukan.
“ Farish... awak berapa lama kat sini?”
“Kenapa awak nak tahu? Penting ke?”
“Eh, tak adalah...saja je saya tanya. Sebab tak sangka boleh jumpa awak kat sini. Ini kampung, bukan bandar. Err, agak janggal pula saya tengok awak boleh tersesat kat sini.”
“Tersesat? What do you mean?” aku memang dah tersesat. Sesat dalam pencarian yang entah apa-apa ini. Tak tahu apa yang aku cari sampai aku tercampak kat sini, hari ini.
“Are you sure yang you memang ada bisnes trip kat sini?”
Farish angguk. “Yes!”
“Oh...ok.” Umairah menarik nafas yang terasa bagai tersekat dari tadi. “ Mesti ada projek besar sampaikan you sendiri yang datang ke mari.”
Yes. Definitely true! Projek yang besar...sampaikan aku rasa tak dapat nak beli dengan wang berjuta pun. Tapi, aku akan pastikan aku akan berjaya mendapat apa yang aku mahu!
Aku adalah Mr Rich...yang kemahuannya tidak dapat dibantah oleh sesiapa pun! Aku sudah terbiasa mendapat apa yang aku mahukan! Dan aku akan pastikan semuanya dibawah kawalanku.
Yes, sure!