Monday, December 24, 2012

INTRO



              CINTAKU TERTINGGAL DI KL

INTRO


NUR TANIA SYAKILA

Malam dah semakin larut. Bunyi cengkirik dah berlagu-lagu berdendang di cuping telingaku. Nyamuk pulak dah semakin galak berterbangan di muka, mencari tempat sesuai untuk hinggap dan menghisap darahku yang manis. Manis ke? Erk...manislah kot sebab kata orang darah anak dara ni kan manis. Hehehe...sempat lagi aku tersengih kat bus stop yang mulai lengang itu. Dalam hati takut juga, manalah tahu dah tak ada teksi yang lalu pada waktu-waktu macam ni.

Tiba-tiba datang tiga orang lelaki. Mereka duduk di sebelah aku, tapi agak jauh. Aku sempat menjeling dengan ekor mata. Kelihatan mereka juga duduk menjeling-jeling ke arah aku. Aku memeluk beg tangan yang baru kubeli di pasar malam kelmarin. Walaupun hanya dibeli di pasar malam, tapi RM 30 juga telah melayang gara-gara ingin bergaya untuk ke pejabat hari ini. Maklumlah hari ini adalah hari pertama aku bekerja di Five Star Biotech.

“Err...cik adik, nak kemana malam-malam ni?”

Aku menjeling ke sebelah sambil memeluk erat beg tangan di dada. Aku tersengih, kelat sekali. Lelaki bertubuh gemuk, bermisai dan berjaket hitam itu nampak semacam merenung aku.

“ saya tunggu teksi....er...nak...nak balik!” bergetar suaraku menahan takut dan gelisah. Lelaki gemuk itu duduk di sebelahku, sangat hampir. Pantas aku menjauhkan diri, mengensot ke sebelah. Dua orang lagi rakannya kelihatan memandang ke kiri dan kanan.

“Nama siapa? Tak pernah nampak pun kat kawasan ni.” Kata lelaki itu, cuba beramah namun tidak pula aku merasa keramahannya itu melihatkan misainya yang melenting itu. Alamak, apa dia nak ni?

“Bang...saya baru kerja kat kawasan ni. Hari ni hari pertama saya kerja.” Kataku, cuba untuk tidak menjawab soalannya berkenaan namaku. Aku dapat merasakan lututku mula bergetar ketakutan. Lelaki itu semakin berani dan terus menghimpit aku. Aku perasan bila rakannya memberikan isyarat ibu jari pada lelaki gemuk itu.

Aku bingkas bangun dan berdiri di palang besi hadapan.

“Nama adik sape?” tangan lelaki itu mula merayap ke bahuku. Cepat-cepat aku menepis.

“abang, jangan kacau saya!” kataku, agak tertahan takut mereka bertindak jika aku berkasar. Aku cuba memohon simpati walaupun apa yang aku rasakan saat itu, melarikan diri adalah jalan terbaik. Tapi, melihatkan dua lagi rakannya yang bertubuh tegap dan sasa di belakang itu, aku yakin aku takkan mampu melarikan diri. Tambahan, tiada sesiapa di bus stop waktu itu melainkan kami sahaja. Teksi pun masih belum kelihatan walaupun sudah hampir sejam aku di situ.

“ adik janganlah sombong sangat. Inikan KL...kat KL ni orang tak kisahlah kalau setakat ringan-ringan tu.” Lelaki gemuk yang menjijikkan itu mula mendekatkan mukanya ke telingaku. Tapi, belum pun sempat dia nak bertindak lebih jauh, aku menolak mukanya dengan beg tanganku.

“Hei, hei, hei...janganlah main kasar sangat. Setakat ringan-ringan bukannya luak pun!” lelaki yang berbaju putih pula sudah mula naik angin. Aku mula takut campur bengang. Ringan-ringan? Dia ingat aku ni bohsia ke? Aduh...apa aku nak buat ni?

“Bang, jangan macam ni. Saya datang KL ni nak cari rezeki bukan nak buat perkara tak senonoh. Saya mohon agar abang jangan kacau saya, saya nak balik.”

“hahaha!” mereka bertiga ketawa. “ Hei pompuan, setakat kau kerja pejabat, berapa sangatlah yang kau dapat. Mari sini, biar aku bagi kau kerja part time...aku bayar kau double dari apa yang kau dapat sekarang!” tanganku ditarik, namun aku meronta-ronta melepaskan pegangan tanganku.

“Tolong! Tolong! Tolong!” jeritku kuat sekali. Dengan harapan ada kereta yang lalu akan berhenti menolongku. Peluh sudah merenek di dahi. Aku mula takut bila tanganku ditarik mereka.

Ya Allah! Ya Allah! Apa yang aku harus lakukan ni?

Mulutku ditekup oleh seorang lagi lelaki yang berbaju hitam. “Jangan menjerit, kalu tak aku rogol dan bunuh kau!”

Rogol? Bunuh? Ya Allah Ya Tuhanku...tolonglah hamba Mu ini. Kau jauhkanlah aku dari malapetaka ini Ya Allah.

Aku di seret ke dalam semak di belakang bus stop itu. Mulutku ditekup, kaki dan tanganku di pegang kuat oleh lelaki-lelaki bertubuh besar itu. Dengan tubuhku yang kecil, mustahil aku mampu melawan tenaga mereka. Aku meronta-ronta mohon dilepaskan.

Teringat nasihat mak sewaktu aku melangkah keluar dari rumah dua hari lepas untuk ke Kuala Lumpur. “Jaga diri elok-elok Nia...jangan malukan mak dan ayah. Mak yakinkan ayah agar benarkan Nia ke KL sebab mak percayakan Nia. Nia jangan sia-siakan kepercayaan mak dan ayah tau!” lembut wajah mak mengharapkan aku dapat menjaga diri di kota besar ini.

Tiba-tiba aku mendapat satu kekuatan. Tangan yang mrnutup mulutku itu ku gigit sekuat hati. Lelaki berjaket hitam menjerit kuat. Berdarah tapak tangannya. Dua rakannya mula bertindak agresif. Baju kurung yang kupakai direntap. Beg tangan juga sudah jatuh entah dimana.

Ya Allah kau selamatkanlah aku dari syaitan bertopengkan manusia ini!

“Bang, lepaskan saya bang! Tolonglah....Ya Allah, jangan buat macam ni bang!” rayuku dengan deraian air mata yang melebat. Baju kurung dah koyak di bahu, menampakkan sebahagian dada.

Kedengaran desahan nafas dari mereka bertiga.

“Tak guna punya perempuan! Berdarah tangan aku kau gigit! Tak guna!” lelaki yang kugigit tangannya itu merengus marah. Kedua-dua rakannya pula membuat isyarat mata agar si lelaki tadi bertindak padaku. Aku sudah tidak berdaya kerana kaki dan tanganku dipegang mereka. Apalah sangat kudrat aku seorang gadis dibandingkan dengan mereka bertiga yang bertubuh besar dan gemuk pula.

Berita di akhbar yang pernah aku baca tentang kejadian rogol dan bunuh mula terpampang di ruang mata. Ya Allah, apakah aku juga akan mengalami nasib yang sama. Ayah...kalaulah Nia dengar cakap ayah tentu semua ni takkan terjadi.

Aku meronta-ronta agar dilepaskan, namun makin aku meronta semakin galak mereka bertiga bertindak. Akhirnya aku semakin lemah dan lemah. Bunyi cengkirik sudah tidak lagi kedengaran. Yang kedengaran kini adalah bunyi nafas dari binatang buas di hadapanku. Aku sudah tidak sedar apa-apa lagi bila terasa pakaian yang kupakai direntap kasar. Aku tidak mampu melawan lagi. Hanya air mata yang mengalir lebat dan semakin lebat.

Beginikah yang dilalui oleh mangsa rogol? Menderita dan sakit? Kemudia di bunuh kejam. Mak ayah...esok mungkin mak dan ayah akan membaca tentang berita kematian anakmu ini di dada akhbar. Ya Allah...

Aku mengucap dua kalimah syahadah, kerana ku pasti, mungkin nyawaku akan di ambil sebentar lagi.

“Cantik budak ni! Biar aku cuba dulu, korang cover line! Jangan kantoi pulak!”

“Cepatlah! Takkan kau nak makan sorang...aku pun nak!”

“Sabarlah...kau bukak semua dulu, baru best! Dia dah tak sedar tu...senang kerja kita! Eh, kau Jal, tengok belakang sama...kang ada orang pulak kat bus stop tu, mati kita! Aku taknak masuk jail lagi!”

“Yelah-yelah...cepatlah bro! Aku dah tak tahan ni! Ayam kampung fresh ni!”

Lelaki berjaket hitam membuka seluar dan mula menghampiriku. Suara ketawa mereka kedengaran memecah kesunyian malam.

Aku pengsan dengan jeritan yang hanya bergema dalam hati. Ya Allah, selamatkanlah aku, hambaMu yang lemah ini....




SYAFIQ FIRDAUS- Kesunyian itu membunuh diriku....


Mercedes Benz SLR McLarren warna silver metalik meluncur laju di jalanraya.  Dengan kelajuan yang maksimum itu agaknya AES pun tak berjaya merakam imej kereta itu. Pemandunya menekan pedal rapat hingga ke lantai. Matanya memandang tepat ke hadapan, tangan pula kejap memegang stereng. Saat itu jika dia terlalai walau sesaat, alamat mautlah yang menjemput.

Syafiq Firdaus mengetap bibir. Hatinya benar-benar sakit.

“Kenapa tiba-tiba you ajak I kahwin Fir?” pertanyaan Irene Nadia itu diiringi dengan senyuman manis. Kalau dulu sewaktu gadis kecil molek itu mengajaknya berkahwin, dia menolak dengan alasan masih terlalu awal untuk melangkah ke arah itu, kini dia yakin dia sudah cukup bersedia. Lagipula kehendak papanya yang mahu dia menguruskan syarikat di London, menyebabkan dia terpaksa mengambil keputusan itu. Dia tak mahu meninggalkan si buah hati di Malaysia jika dia terpaksa ke sana.

“Kenapa you tanya I macam tu? You tak sudi? Kita dah kenal hampir 4 tahun, I rasa sudah sampai masanya kita serius.”  Tangan si gadis jelita yang bekerja sebagai pramugari MAS itu digenggam. Sebuah kotak dikeluarkan dari jaket. Dibuka dan sebentuk cincin berlian dikeluarkan. 

“Nanti dulu, Fir...” Irene menarik tangannya. Terus dia menegakkan badan, menjauhkan sedikit tubuh dari meja makan di hotel mewah itu.

“Why? You’re not willing to accepted me? This is not what you want? Or..do you now have someone else already?” bertalu- talu soalan yang keluar dari mulutnya. Ini bukanlah reaksi dari Irene yang dia harapkan. Sangkanya gadis manis itu akan gembira dan menitiskan airmata gembira dengan lamarannya itu. Bukankah ini yang diharapkan Irene selama ini? Menjadi hakmiliknya yang halal?

Irene mengelap bibirnya dengan napkin. Kelu lidahnya saat itu. Memang selama ini dia ingin sekali menjadi isteri kepada Syafiq Firdaus Bin Tan Sri Mokhtaruddin ini. Siapa yang tak bangga jika berjaya berdampingan dengan jejaka kacak bertubuh tegap dan sasa seperti Syafiq Firdaus. Bukan saja aset berjuta-juta, tapi lelaki ini juga kaya dengan kasih sayang. Tapi, tubuh dan dirinya bukan  milik Syafiq Firdaus. Sekalipun lelaki kacak ini menakluki hatinya, namun dia tidak mampu menjadi suri dalam hidup lelaki ini.

“I....I tak boleh terima lamaran You Fir. Setidak-tidaknya buat masa sekarang.  Beri I sedikit masa, I kena fikir dulu Fir...” lirih suaranya memujuk si kekasih hati. Dia tahu Syafiq Firdaus berkecil hati. Dia nampak perubahan wajah lelaki itu.

“Nak fikir apa lagi? Dulu You jugak yang ajak I kahwin. Sekarang bila I ajak You, You nak fikir pulak! Ke You sebenarnya dah ada orang lain?” tembak Syafiq. Dia perasan juga akan perubahan pada diri Irene akhir-akhir ini. Gadis itu sering mengelak jika diajak berjumpa. Dia juga tidak mengizinkan Syafiq untuk ke apartmennya seperti dulu lagi.

“You jangan tuduh I macam tu Fir...I setia pada You. I kena fikirkan pasal kerjaya I. Kalau I kahwin, I terpaksa berhenti kerja.” Dalih Irene. Bagaimana dia boleh menerima lamaran Syafiq jika tubuhnya sekarang sudah dibeli oleh Dato’ Rizal? Dia sebenarnya tidak dibenarkan menjalinkan cinta, tapi dia yakin Dato’ Rizal tidak mengetahui sejauh mana hubungannya dengan Syafiq. Lagipun dia mengenali Syafiq lebih dahulu dari Dato’ Rizal. Dia sendiri tidak tahu bagaimana dia boleh terjebak dengan perangkap Dato’ Rizal.

Syafiq Firdaus ketawa. “ Kalau kita kahwin, I takkan paksa You berhenti kerja sayang... I faham You sayangkan kerja you...”

Irene mengeluh, berat. “ i nak ke ladies kejap, I’m sorry.” Irene bangun dan melangkah penuh gaya ke tandas wanita. Sampai di tandas, dia menghadap cermin. Kalaulah perkara ini berlaku setahun yang lalu, mungkin dia boleh menerima Syafiq Firdaus dengan hati yang berbunga bahagia. Kini, dia terikat dengan Dato’ Razali. Sudah banyak dia mendapat habuan dari Dato’ itu. Orang tua bergelar dato’ itu juga yang telah mengirimkan duit pada keluarganya di kampung sehinggalah ibubapanya kini sudah boleh memiliki rumah mewah di kampung. Sebagai balasannya, Irene terpaksa menggadaikan tubuhnya pada Dato’ Razali. Sugar Daddy! Ya memang itulah gelaran yang tepat buat Dato’ Razali kini.

Syafiq bersandar di kerusi. Satu keluhan dilepaskan. Berat sekali. Memang dia tidak berniat memberitahu tentang rancangannya untuk berhijrah ke London pada Irene. Dia ingin mendengar persetujuan dari mulut gadis itu dahulu. Jika Irene setuju untuk menjadi isterinya, dia akan membawa Irene bersamanya. Memang itulah impiannya.

Irama lagu Love you like a love song bergema dari tas tangan Irene. Syafiq membetulkan duduknya. Dia tahu, bunyi itu dari telefon bimbit Irene. Lama juga dia membiarkan telefon berbunyi tanpa diangkat. Malas dia mahu mengambil tahu siapakah gerangan yang menelefon itu. Namun, semakin lama semakin galak telefon itu berbunyi.

Syafiq mengambil tas tangan Irene dan membukanya. Galaxy Note II dikeluarkan. Telefon masih tetap berdering minta diangkat.


MY LOVE

My Love?? Sape pulak ni? Syafiq Firdaus mengetap bibir. Api cemburu mula bertiup kencang dalam hati. Memang aku dah agak. Patutlah dia buat tak tahu aje masa aku melamar dia tadi!

Telefon yang berdering tiba-tiba diam. Syafiq menutup mata dan bersandar lemah. Memang selama ini dia percaya seratus peratus pada Irene. Dia yakin memang Irenelah yang akan menjadi suri di hatinya. Tapi, reaksi Irene ketika dia melamar gadis itu tadi amat melukakan hatinya.

Beep! Beep! Beep!

Sekeping SMS masuk. Pantas tangan Syafiq menekan kunci di telefon dan membuka masej yang di hantar.

Darling, malam ni I bermalam kat appartmen you. Get ready...i miss you!

Kali ini hati Syafiq dah panas. Tak guna! Selama ni aku tertipu. Macam manalah selama ni aku tak tahu yang kau pun sama aje dengan betina lain? Rasa macam nak lempar aje telefon itu biar pecah berkecai.

“Fir....kenapa ni?” irene mengerutkan dahi. Terkejut dia melihat Syafiq yang mencerlung padanya. Kerusi di tarik dan dia duduk dengan teragak-agak. “What’s wrong? Kenapa you pandang i macam tu?”

“Tak ada apa-apa. I just feel tired. Jom balik!” Telefon Irene dimasukkan ke dalam kocek seluar. Dia yakin Irene tidak nampak telefon itu di tangannya tadi. “You tunggu sini, i pergi settle bil jap!” sampai di reception, telefon irene dikeluarkan dan di offkan. Dia ada rancangan malam ini!

Tepat jam 11 malam....sesudah menghantar Irene ke apartmennya, Syafiq mengekori gadis itu. Dia ingin tahu, siapakah yang telah berjaya merampas Irene darinya. Akan dihentak kepala lelaki itu biar berkecai, sepertimana hatinya yang berkecai saat itu!

Keluar dari pintu lif, Syafiq berjalan perlahan keluar. Tapi belum pun sempat dia ingin membuka pintu apartment Irene dengan kunci pendua miliknya, tubuhnya ditolak ke dinding.

“Siapa kau? Apa kau buat kat sini?” lelaki bertubuh agak besar dengan rupa yang bengis mencekak leher t-shirt yang dipakai Syafiq.

“korang pulak siapa? Aku ni abang Irene!” tangan lelaki itu ditepis kasar.

“Abang? Kami dimaklumkan, cik Irene takde abang! Baik kau berambus dari sini kalau kau tak mahu dia apa-apakan!”

Syafiq mengerling ke sebelah. Kelihatan dua orang lagi lelaki bertubuh besar mula menghampirinya. Siapa lelaki yang bersama Irene sekarang ni? Tak guna! Entah dato’ mana yang simpan kau! Kalau aku berkeras, alamatnya nahaslah aku malam ni. Lagipun aku keseorangan, mereka pula ramai.

Syafiq mengangkat tangan tanda mengalah. Baiklah, biar aku aje yang pergi! Tak guna aku bergadai nyawa kerana perempuan macam Irene! Sekalipun saat ini hati aku hancur berkecai, tapi takkan sesekali aku bertindak bodoh sehingga membahayakan nyawaku sendiri. Tapi, syukurlah aku mengetahui siapa diri Irene sebelum aku benar-benar menaruh harapan padanya.

“Tolong bagi ni pada Cik Irene. Dia tertinggal phone ni masa makan malam tadi. Kirim salam pada dia. Saya Syafiq Firdaus. Assalamualaikum.” Sengaja dia memperkenalkan dirinya. Biarlah Irene tahu yang tembelangnya sudah pecah. Kini, dengan rasminya nama gadis itu akan dibuang dari kamus hidupnya!

Kereta dipandu masuk ke susur jalan Ampang. Ditekan lagi pedal minyak rapat ke lantai. Menderum bunyi enjin. Dia mencilok ke kiri dan kanan, seperti pemandu kereta lumba pula lagaknya. Hatinya masih membungkam. Sakit sekali. Rasa tertipu dan diperbodohkan sekian lama. Dia punyalah setia bagai nak rak. Semua gadis yang diperkenalkan padanya ditolak mentah-mentah. Konon, setia pada yang satu. Akhirnya, aku juga yang diperbodohkan!

Pong! Pong! Pong!

Bunyi hon dari arah bertentangan mengejutkan lamunanya. Sebuah lori minyak membunyikan hon dan memberi lampu tinggi isyarat supaya dia ketepi. Entah bila dia melencong ke jalan sebelah kanan dia pun tidak sedar. Stereng dipulas pantas. Berdecit bunyi tayar bergeser dengan tar akibat brek mengejut. Mujr jalan lengang. Kereta terbabas ke birai jalan. Syafiq Firdaus menarik nafas panjang. Terkejut dan gementar. Nyawanya bagai dihujung tanduk. Kalaulah dia tidak sempat mengelak tadi, pastinya dah jadi arwahlah dia!

“Ya Allah....” mukanya diraup. Ada peluh dingin yang memercik di dahi dan seluruh wajah. Kaki mula menggeletar, mungkin kerana kejutan sebentar tadi.

Pintu kereta dibuka dan Syafiq melangkah keluar. Aku di mana ni? Sunyinya jalan. Matanya meliar ke kiri dan kanan, tiada kereta yang lalu lalang. sempat dia melirik ke badan kereta, mujur tak ada apa-apa.

Elok sahaja dia ingin masuk semula ke dalam kereta, matanya menangkap sesuatu di atas jalan. handbag? Handbag sape pulak la yang tercicir ni?

Dihampiri benda alah yang tergeletak di atas tar berdekatan pondok menunggu bas itu. Baru sahaja dia ingin mengutip tas tangan berwarna coklat itu satu suara kedengaran di cuping telinganya. Matanya meliar ke arah semak samun di belakang pondok menunggu bas. Kelihatan tiga orang lelaki sedang bergelak ketawa.

Apahal tu?

Dengan perasaan ingin tahu, dia melangkah pantas ke arah manusia-manusia itu dan jantungnya berdegup kencang melihat seorang gadis sedang terbaring kaku di dalam semak.

“Hoi setan! Apa korang buat ni hah?” satu tendangan padu dihadiahkan pada seorang lelaki berbaju hijau. Lelaki itu jatuh tertiarap. Dua orang lagi bangun dan mula mengepal penumbuk. Syafiq memasang kekuda dan bersedia untuk bertindak. Satu flying kick diberikan pula tepat keperut lelaki berjaket. Segala ilmu mempertahankan diri yang dipelajarinya digunakan sebaik mungkin. Sia-sia sahaja jika dia berjaya mendapatkan black belt tae kwan do jika tidak mampu membantu orang yang memerlukan.

“Tak guna! Setan!” kemarahan yang dipendam sejak tadi dilepaskan kepada lelaki-lelaki durjana yang entah dari mana ini. Tak sampai lima minit mereka sudah bertempiaran lari kerana tidak mampu lagi menahan setiap serangan darinya. Syafiq mendapatkan si gadis yang terlentang di atas tanah itu.

“Awak! Awak! Bangun....buka mata.” Jari diletakkan di bawah hidung. Masih bernafas! Baju yang dipakai gadis itu sudah koyak rabak. Pipinya lebam dan bibir berdarah. Ya Allah...apa aku nak buat ni?

Syafiq menarik rambut. Dia bingung melihatkan keadaan gadis itu. Pantas jaket kulit yang dipakai dibuka dan diletakkan di atas tubuh gadis tadi. Tidak sanggup dia melihat keadaan gadis itu yang hampir telanjang.

Tanpa pilihan lain, tubuh gadis yang tidak sedarkan diri itu dicempungnya dan dibawa masuk ke dalam kereta. “Awak kena bertahan. Saya akan selamatkan awak!”




BAB SATU


Tubuh terasa sangat berbisa. Sakit dan lenguh seluruh anggota. Tekak pula kering. Kaki tak mampu digerakkan. Tania cuba mencelikkan mata. Kepalanya masih terasa berdenyut-denyut. Seolah-olah ada sesuatu yang amat berat diletakkan di atas kepalanya saat itu.

“aku kat mana ni?” bisiknya perlahan. Dia melihat sekeliling. Dia berada di dalam sebuah bilik yang luas dan cantik. Langsirnya berwarna hijau dan hitam. Ada sebuah sofa kulit berwarna hitam diletakkan di hadapan katil. Katil yang didudukinya juga besar. Bukan katil hospital. Tilamnya lembut, bantal juga lembut hinggakan kepalanya terasa tenggelam di situ. Bilik itu juga berbau wangi. Bukan berbau ubat. Sahlah aku bukan berada di hospital!

Tania cuba bangun, namun tubuhnya terasa sangat lemah. Tangannya juga masih menggeletar. Direbahkan kembali kepalanya di atas bantal lembut tadi.

“Ya Allah...apa yang dah terjadi semalam? Apakah aku...aku dah tak suci lagi?”

Air mata mengalir lebat. Bayangan wajah mak dan ayah muncul di layar mata. Satu persatu juga peristiwa semalam terbentang di hadapannya. Terasa kembali kesakitan diperutnya akibat dihentak dengan lutut oleh lelaki durjana itu. Mereka telah mengoyakkan baju yang dipakainya. Mereka juga meraba seluruh tubuhnya.

“Mak!!!!! Tolong Nia mak!!! Mak, sakit mak!!! Nia sakit mak!!” satu jeritan yang ditahan akhirnya terkeluar juga. Tania tidak lagi dapat menahan perasaanya. Dia menjerit dan menjerit macam orang terkena histeria.

“Astagfirullahalazim....awak! mengucap, wak! Mengucap!” seorang lelaki masuk dengan terpinga-pinga. Lelaki itu hanya memakai seluar pendek tanpa berbaju. Tania semakin takut. Dia bertempik macam orang gila.

“Pergi! Jangan dekat! Pergi...korang jahat! Korang nak rogol aku! Pergi! Tolong...tolong...!!”

Lelaki itu keluar. Masuk pula seorang lelaki lain yang berbaju kemeja lengkap bertali leher. Tania masih lagi meronta-ronta dan bertempik. Sebatang picagari dikeluarkan dari beg dan seketika kemudian, tania mula rebah dan terdiam sebaik sahaja satu suntikan diberi. Sewaktu matanya terpejam, masih ada lagi airmata yang merembes keluar dari sepasang mata yang bercahaya itu.

“Mak..tolong Nia mak...maafkan Nia mak. Nia tak mampu....mak...maafkan Nia...maafkan Nia....maafkan Nia...”dan gadis itu terdiam, lesu dan tidak bermaya.

“Kesian budak ni. Mana kau jumpa dia ni Fir?” doktor Farid menggeleng perlahan. Sebak pula hati lelakinya melihatkan keadaan gadis yang terbaring di hadapannya itu.

Syafiq Firdaus mengeluh. Hatinya juga terasa sakit melihatkan keadaan itu.  “Kebetulan, aku hampir nak accident semalam. Kereta aku terbabas kat bahu jalan. so aku keluar nak cek keadaan kereta aku. Masa aku keluar tulah aku nampak ada tiga orang lelaki kat dalam semak belakang bus stop. Bila aku hampiri mereka, aku nampak diorang tengah kerjakan budak ni. Aku selamatkan dia, dan aku tak tahu nak bawa dia ke mana...tu yang aku bawak balik ke rumah aku tu. Dan mujurlah ada kau yang boleh datang check keadaan budak ni.”

Doktor Farid menggelengkan kepala. “Mujur setan-setan tu tak sempat apa-apakan dia. Tadi aku dah suruh pembantu aku buat pemeriksaan pada budak ni, dan didapati gadis ni selamat dari menjadi mangsa rogol. Cuma...”

“Cuma apa?” baru Syafiq hendak menarik nafas lega, kerisauan pula datang mendengar perkataan cuma itu.

“Aku rasa, dia mengalami gangguan psikologi dalam masa terdekat ni akibat dari kejadian yang dialaminya. Dia akan menjerit dan tak mahu didekati oleh sesiapa. Trauma mungkin. Satu perasaan berdosa yang dirasakan kerana merasakan dirinya dah tidak suci lagi, kotor dan perasaan malu juga. Biasanya, mereka yang mengalami gangguan psikologi akibat dari kejadian seperti ini akan diberikan rawatan pemulihan. Akan mengambil masa juga untuk pulih. Bergantung pada diri dia juga. Tapi, mengikut pemeriksaan kami tadi, tiada pendarahan gynekologi pada gadis ini. So, dia bukan mangsa rogol, tapi mangsa cabul. Kau kena buat laporan polis. Hubungi keluarganya.”

Syafiq mengangguk perlahan. Maknanya, gadis ini masih suci lagi. Kalaulah aku terlambat sampai, apa agaknya yang akan berlaku. Mungkin hari ini orang akan menemui mayatnya saja kot. Hish...tak baik aku fikir macam tu. Syukur, gadis ni selamat.

“Okeylah, nanti aku akan cuba hubungi keluarganya. Tapi, berkenaan laporan polis tu, aku rasa aku akan tunggu sehingga dia sedar dulu kot. Sebab aku tak tahu apa yang sebenarnya terjadi. Harap-harap dia cepat sembuh. Lagipun aku ada banyak kerja kat ofis ni, tak boleh nak temankan dia, nak jaga dia. Ini pun aku terpaksa ambik MC. Entah apalah yang papa dan mama aku fikir sebab aku terpaksa off kan handphone.”

Doktor Farid tersenyum. Dia faham benar tentang masalah sahabatnya itu. Lelaki yang berdiri di hadapannya ini adalah anak kesayangan keluarga. Kerana itu jugalah, dirinya dikawal ketat.

“Yang kau bawak budak perempuan ni ke penthouse kau ni, makbapak kau tak tahu ke?”

Syafiq geleng. “Tak! Aku tak bagitahu mereka pun aku nak bermalam kat sini. Dah lama jugak aku tak balik ke rumah aku ni. Aku panik betul semalam, tu yang aku bawak budak tu ke sini. Nak bawak ke hospital aku takut. Yelah, nanti aku pulak yang kena soal siasat.”

“betul jugak. Kau tahulah pihak media, belum apa-apa nanti kau pulak yang keluar paper. Anak Tan sri dituduh merogol!”

“Hah, itu yang aku takut tu...”

t- shirt putih di sarung ke badannya yang sasa. Dalam otak ligat berfikir, apa aku nak buat dengan budak perempuan ni? Dalam handbagnya cuma ada purse aje, tak ada handphone atau buku nota. Aduh, gila! Takkan aku nak simpan dia kat sini? Sampai bila?



BAB DUA


Sudah seminggu berlalu. Tania masih trauma. Walaupun dia sudah tidak menjerit-jerit lagi, namun dia akan terjaga di tengah-tengah malam kerana bermimpi buruk. Dan setiap kali itu juga, Syafiq akan bangun menenangkannya.

Mulanya dia tidak membenarkan Syafiq mendekati dirinya. Namun lama kelamaan Tania dapat menerima kenyataan bahawa Syafiqlah orang yang telah menyelamatkan dirinya malam itu. Dia masih mengingati wajah penjahat-penjahat itu, dan dia yakin Syafiq bukanlah salah seorang di antara mereka.

Jika manusia dibenarkan menyembah selain Allah, sudah lama dia sujud di kaki Syafiq sebagai tanda terima kasihnya. Namun, dia sedar tanpa izin Allah juga dia takkan mampu untuk bernafas lagi pada hari ini. Baginya, Syafiq adalah seorang hero!

“Hei...termenung!” satu cuitan hinggap di pipi. Tania berpaling dan satu senyuman di hadiahkan buat lelaki yang berada di sebelahnya saat itu.

“Eh, awak dah balik? Kenapa awal sangat, selalu kan awak balik pukul 6 petang?” dia sudah berani bermesra dengan lelaki bernama Syafiq Firdaus itu.

Briefcase diletakkan di tepi sofa. Tali leher dilonggarkan. “Saya saja nak balik awal hari ni. Nak tengokkan awaklah!”

Tania tersenyum dan menggeleng perlahan. “Saya dah sihatlah!” tania diam. “Saya rasa, esok saya nak balik ke rumah sewa saya. Boleh awak tolong hantarkan?”

Syafiq membetulkan duduknya. Hatinya tiba-tiba resah. Resah? Kenapa ya? Macam rasa tak syok pula kalau tak dapat melihat lagi senyuman manis Tania. Aduh...apa aku nak buat supaya dia tak balik ya? Argh...gila! tapi kenapa aku nak halang dia balik pulak? Bukankah dia juga ada keluarga? Tapi...dalam seminggu ni aku rasa macam aku dah jatuh...

“Awak...saya cakap dengan awak ni!”

Syafiq tersentak. “Hah? Err...haa ya, ya...saya dengar.”

“Habis tu, macam mana?”

Mata Tania yang memandangnya itu ditatap penuh minat. Besarnya mata hitam dia! Eh, takkan pakai contact lense kot. Tapi sumpah, cantik sungguh mata budak ni.bulu mata dia pun lentik macam pakai bulu mata palsu! Rupa Tania ni macam aku pernah nampak la...tapi macam muka siapa ya? Err... Salena Gomez la! Ha’ah...sebijik macam Salena Gomez...Salena Gomez Malaysia. Hahaha!

“Awak penat erk?” pipinya terasa di tepuk. Syafiq tersedar lagi. Masuk yang ini sudah berapa kali dia berkhayal. Ah gila!

“Apa kata kita bincang esok aje? Saya rasa awak belum sihatlah. Nanti kalau ada apa-apa jadi kat awak sape yang nak tengok-tengokkan awak? Lagipun saya tak fikir, bos tempat awak kerja tu nak ambik awak bekerja lagi memandangkan awak dah seminggu tak datang kerja, kan?”

Ha tu dia...alasan yang konkrit tetiba telah muncul. So tak ada sebab untuk Tania balik. Kau akan duduk kat sini temankan aku. Tak payah buat apa-apa pun tak apa, asalkan kau ada cukuplah! Aku pun tak faham kenapa aku dah jadi macam orang gila sejak akhir-akhir ni! Gilakan Tania??

Memang aku akui, gadis ini cukup cantik. Malah lebih cantik dari Irene yang sentiasa bermake up tebal. Tania sangat berlainan dari Irene. Walaupun aku cuma mengenalinya baru seminggu, tapi aku dapat rasakan sesuatu yang istimewa dalam diri Tania. Tania...nama dia pun cantik! Macam pelakon Mexico...mungkin mak dia minat tengok cerita Rosalinda kot. Sebab tu mak dia kasi nama Tania masa lahirkan dia! Hehehe....

“Awak, pergilah mandi. Saya dah siapkan makan malam untuk awak.” Laungan Tania dari dapur itu menyebabkan Syafiq bingkas bangun. Aduh...dah rasa macam bini yang panggil pulak!

No comments:

Post a Comment