Google+ Followers

Monday, January 21, 2013

JANGAN GANGGU JANDAKU! bab 11


JANGAN GANGGU JANDAKU



BAB 11


20 JANUARI 2007....KESILAPAN SEKALI, KESANNYA SAMPAI KE AKHIR HAYAT...

Petang itu dia datang lagi. Baru semalam dihalau, hari ni dia buat muka tembok lagi. Dia yakin Liana ada di rumah kerana skuter elok aje terparking di bawah garaj.
Loceng di pintu ditekan dua kali. Tapi tak ada sesiapa yang membuka. Ditekan lagi, tapi tetap sama. Sudahnya, dia tak sedar berapa kali dia menekan loceng kerana tetap tiada yang membuka pintu itu.
Setengah jam sudah berlalu. Dia tak ada kat rumah ke? Tapi motor ada ni. Danish mula gelisah dan resah.
Tak lama kemudian, kedengaran pintu dibuka. Danish menarik nafas lega. Dapat juga dia tengok Liana hari ini. Seharian dia tak dapat nak fokus pada pelajaran gara-gara Liana.
“Awak....” suara Liana lemah saja. Nampak terketar-ketar dia memegang gril pintu.
“Eh, awak kenapa ni??” Danish cemas. Nampak macam tubuh Liana akan melorot jatuh ke lantai bila-bila masa saja.
Gril pintu ditarik. Dia tak kisah kalau nanti Liana akan memarahinya kerana masuk. Dia sendiri tahu yang Liana benar-benar sakit. Kalau tidak, masakan wajah gadis itu pucat dan tangannya terketar-ketar.
Dan dia sempat menyambut tubuh Liana yang hampir rebah itu. “Awak! Apa dah jadi ni? Awak dah makan ubat ke?”
Liana geleng. Matanya dah kelabu, hanya kelihatan mata Danish yang memandang tepat ke wajahnya. Dan dia tak sedar apa-apa lagi selepas itu.



“Terima kasih awak!” ucap Liana.
“Tak payah lah awak nak berterima kasih kat saya. Saya tolong awak ikhlas tau. Lagipun ini semua salah saya jugak. Saya sepatutnya bawak awak ke klinik lepas accident hari tu.”
Ya, menurut Doktor Nadia tadi, Liana demam kerana kesan dari kemalangan hari itu. Tubuhnya lebam-lebam. Memanglah masa kena hari tu, dia boleh bangun, tapi kesannya selepas itu baru terasa. Demam urat. Dan Danish menyalahkan dirinya kerana itu.
“Awak pun tak payahlah nak salahkan diri sendiri pulak. Penyakit datang sebab Allah nak bagi. Mungkin nak hapus dosa-dosa kecil saya tak?” positif bunyinya ayat si Liana ini. Dia ketawa kecil.
Danish senyum. “Awak ada banyak dosa ke?”
“Tak ada manusia kat dunia ni yang tak pernah buat dosa walau sebesar zarah sekalipun. Kita ni bukan sempurna, walaupun kita rasa diri kita cukup sempurna.”
Danish angguk, setuju. Liana cukup mempesonakan padanya. Apa saja yang dikatakan gadis itu akan dianggukkan saja. Macam dah terkena ubat guna-guna pulak! Hish...
“Awak, dah lama awak kat dalam rumah saya ni. Tak manis lah. Nanti timbul fitnah pulak. Awak tahu kan, saya duduk sorang aje kat sini. Saya taknak terpaksa kahwin dengan awak pulak nanti!”
“Awak ni...selalu cakap macam tu. Nanti kalau satu hari nanti awak terpaksa kahwin dengan saya, padan muka!”
“Janganlah masin mulut awak tu! Taknaklah saya....”
Tapi saya nak aje...bisik Danish dalam hati.
“Pergilah balik. Saya nak tidur ni.”
“Okey. Ada apa-apa awak call aje saya. Mana telefon awak?”
Liana menunding jarinya ke arah almari tv. Pantas Danish bingkas bangun, dan mencapai telefon nokia yang entah apa model itu. Yang nyata, tak ada  kamera atau 3G! Aduh, tak dapatlah dia nak berwassup dengan Liana.
“Awak buat apa tu?”
“Saya simpan nombor saya dalam fon awak ni. Awak tu bukan boleh percaya sangat, kad nama saya hari tu entah manalah awak buang.” Rungut Danish.
Liana ketawa. Entah apa yang geli hati sangat. Tang buang kad nama tu kot? Entah-entah memang betul pun dia buang!
“Nah, letak aje kat sebelah awak ni. Kalau ada apa-apa, awak tekan lama kat butang satu. Saya dah buat speed dial kat fon awak. Tapi nombor satu sampai sembilan ni semua saya letak nombor saya. Hahaha...awak tekan aje nombor apa pun, terus aje sampai kat saya!”
Liana ketawa lagi. “Macam-macamlah awak ni. Kelakar betul.”
“Jangan lupa kunci pintu. Nanti kalau penjahat masuk, susah pulak! Awak tu dahlah cantik.”
“Yelah, banyak betul pesanan. Sakit kepala saya ni.”
Danish akhirnya mengalah bila melihat Liana dah mula pejam mata. Kesan ubat tidur tadi kot. Dia terus melangkah ke muka pintu, dan saat pintu hendak di tutup, kelihatan anak kunci tergantung di tombol. Dia ni...memang sengaja nak suruh penjahat masuk ke? Ditarik kunci dari tombol, dan dikunci pintu gril dari luar.
Malam ni dia akan datang lagi. Tentu gadis itu tak larat nak masak atau keluar beli makanan. Hmm...