Google+ Followers

Monday, January 21, 2013

JANGAN GANGGU JANDAKU! bab 5


Bab 5




Sofea berlari-lari anak ke tempat parking kereta di shopping complex itu. Panggilan telefon dari Mak Jah tadi membuatkan dia hampir pengsan. Terus sahaja dia bangun dan meminta diri dari Encik Iskandar dan Suraya. Belum pun sempat mereka berbincang pasal perancangan majlis kahwin pasangan itu, dia terpaksa meminta diri pula. Sudahlah tadi hampir setengah jam dia menunggu Encik Iskandar di Sushi King.
Namun kini ada yang lebih penting dari perbincangan itu. Asyraf! Apa pula yang dilakukan oleh si kecil itu kali ini? Aduii, pening kepala dia memikirkan pasal kerenah Asyraf yang pelik-pelik sejak kebelakangan ini.
“Fea, balik cepat! Si Asy mengamuk kat dalam bilik dia. Berdentum-dentam bunyi dari dalam bilik dia ni. Mak Jah tak tahu mana kamu letak kunci spare. Balik aje dari sekolah tadi dia mengamuk tak tentu pasal!”
“Mak Jah, Fea tengah meeting ngan klien ni. Mak jah cuba tengok kunci spare dalam laci meja telefon tu. Fea letak kat situ, rasanya.” Saat itu, dia cuba untuk bertenang. Rasanya! Huh, memang dia tak pasti mana letaknya kunci pendua bilik Asyraf. Kali terakhir dia melihat kunci itu ialah awal bulan lalu, sewaktu Asyraf mengunci pintu biliknya gara-gara tidak mahu ke sekolah. Semuanya kerana dia merajuk kerana tidak mendapat hadiah patung Transformers yang di lihatnya di Toy’s R Us sempena hari lahirnya yang ke 5 baru-baru ini.
“Encik Is...pihak saya boleh merealisasikan impian Encik Is dan Cik Sue untuk mengadakan majlis persandingan dalam taman, seperti yang cik Sue request tu. Tapi saya nak minta persetujuan Cik Sue dan Encik Is lah berkenaan tempat yang bakal diadakan tu. Saya rasa Dewan Jubli yang dicadangkan sebelum ni kurang sesuailah. Kerana ruang taman yang terhad. Dewan memanglah besar, tapi kita taknak gunakan keseluruhan dewan tu, kan?”
Kelihatan Suraya mengangguk-anggukkan kepala. “ Ha’ah...betul jugak tu. Kita kan nak gunakan kawasan luar aje. So, awak ada idea lain?”
Sofea tersenyum. Semalam dia sudahpun pergi melihat Dewan Jubli yang bakal digunakan sebagai tempat persandingan pasangan ini. Tapi, kawasan taman dewan itu amatlah sempit. Mustahil dapat memuatkan seramai seribu tetamu seperti yang dimaklumkan padanya. Jadi dia telah mendapat satu idea untuk mencadangkan Taman Poket di Arena Square sebagai gantinya.
“Encik Is dan cik Sue jangan bimbang. Saya-“ belum sempat dia menyuarakan cadangannya itu, telefon bimbitnya sekali lagi berbunyi. Mak Jah lagi. Dia pasti itu kerana nombor rumahnya yang tertera di skrin. Pastinya Mak Jah belum menemui kunci spare bilik Asy!
“Sorry encik Is...sekejap ye!” Tersengih, sambil menunjukkan telefon pada mereka. Tanda dia perlu menjawab panggilan itu sekejap. Pasangan bakal pengantin itu mengangguk saja, walaupun ada riak tidak senang pada wajah mereka.
“Fea! Fea!” suara Mak Jah sedikit menjerit di corong sana.
“Ya Mak jah...Fea ni!” diperlahankan sedikit suaranya, takut menganggu orang lain pula.
“Cepatlah balik! Mak Jah tak jumpa kunci spare bilik Asy. Dan tadi Mak Jah dengar bunyi kaca pecah. Si Asy menjerit-jerit panggil papa-“
Papa? Bunyi kaca pecah? Ada yang tidak kena. Tentunya! Asy tak pernah menyebut perkataan P.A.P.A itu selama ini. Dan apa yang telah berlaku sehingga anaknya itu mengamuk sambil menjerit memanggil satu perkataan itu?
Dan dek kerana otaknya tidak mampu berfikir apa-apa lagi selain Asyraf, dia pantas saja berdiri dan meminta diri. Apa nak jadi pun jadilah. Dia redha saja jika Encik Iskandar Dan Cik Suraya akan melantik orang lain sebagai wedding planner mereka.
Dan kini, dia sedang memecut keretanya untuk pulang ke rumah. Hampir-hampir saja keretanya berlanggar dengan kereta dibelakangnya sewaktu dia mengundur keluar dari petak parking tadi. Dari cermin pandang belakang, dia dapat melihat kereta BMW hitam dibelakangnya terpaksa mengundur kerana dia telah mengundurkan kereta secara mendadak tadi. Maaflah, kereta Myvi ini tidak mempunya sensor yang berbunyi-bunyi yang dapat mengesan jika ada kenderaan lain di belakang!
BMW hitam membunyikan hon, tanda marah dengan kegopohannya itu, Ah, lantaklah! Aku ada hal kecemasan la...itupun nasib baiklah aku sempat brek. Kalau tak, cium bontot Myvi aku la jawabnya tadi.
Malas berfikir, dia terus saja memandu laju untuk pulang. Dalam kepala hanya Asy! Asy dan Asy saja...