Monday, January 21, 2013

JANGAN GANGGU JANDAKU! bab 12





BAB 12

20 JANUARI 2007....DAN MALAM  ITULAH BERMULA SEGALA-GALANYA...
Jam dah menunjukkan pukul 9 malam. Danish memberhentikan kereta di hadapan rumah teres itu lagi. Kalau diikutkan tadi lagi dia ingin datang menghantarkan makanan pada Liana yang sakit itu. Tapi mamanya pula sibuk nak membebel. Terpaksa dia menadah telinga sekejap.
Plastik berisi nasi goreng cina dan air carrot susu itu dicapai. Kunci rumah Liana memang sudah sedia ada di dalam kocek seluar jeansnya sejak dari rumah lagi. Kelihatannya rumah Liana gelap gelita.
Takkan tak bangun lagi kot dari tadi? Sampai tak buka lampu, tak takut ke bergelap? Dahlah duduk seorang diri. Dia pula yang naik meremang bulu roma.
Kunci dicucuk ke lubang kunci. Perlahan saja dia memulas tombol. Gelap. Tangannya meraba mencari suis lampu. Siang tadi dia tak perasan pulak dimana letaknya suis lampu. Dalam teraba-raba itu tangannya menyentuh juga suis di dinding. Sekali petik aje ruang tamu itu terang benderang. Pintu ditutup perlahan. Anak kunci diletakkan di atas almari tv.
“Amboi, takkan tak bangun lagi dari tadi ni? Tidur mati ke apa ni?” omel Danish seraya melihat sekujur tubuh Liana yang elok aje terbaring di sofa panjang. Sama sahaja sewaktu dia meninggalkan gadis itu pada jam 5 petang tadi.
“Awak...bangun. Saya datang bawak makanan ni.” Tubuh Liana digoncang. Tapi gadis itu tetap diam. Hanya kedengaran helaan nafasnya sahaja.
“Awak...kenapa tak balik lagi ni??” Liana cuba membuka mata yang terasa berat. Mindanya terasa lemah untuk berfikir apa-apa. Dia menutup kembali mata sebaik melihat Danish masih lagi tercongok di hadapan.
“Teruk sangat ke kesan ubat tu? Sampai macam ni sekali awak tidur? Kalau saya tak ambil kunci rumah awak tadi, entah siapa-siapalah yang masuk. Awak ni menakutkan betul-“
Dan belum sempat dia nak membebel, Liana dah menutup mulutnya. Danish tergamam seketika. Dia ni sedar ke tak apa yang dia buat ni?
“Awak...bangunlah, makan.” Tangan Liana yang melekap di bibirnya ditarik perlahan. Sejuk tangan dia ni. Sempat pula Danish ambil kesempatan menggengam jari jemari Liana yang sejuk itu. Kalau dia sedar, tak adanya dia dapat buat macam tu!
“Awak...kepala saya sakit ni. Awak balik ajelah.”
“Awak nak saya picitkan ke?”
Diam.
“Awak...saya picitkan kepala awak ya?” terketar-ketar pula tangannya saat menyentuh dahi Liana yang sedikit panas itu. Liana pula membiarkan saja. Kesan ubat tidur membuatkan dia tidak dapat berfikir dengan baik. Selebihnya dia memang tak sedar apa-apa.
Danish mula rasa lain macam. Tambahan pula bila Liana membiarkan saja tangannya memicit kepala gadis itu. Danish membetulkan kedudukannya agar dekat dengan kepala Liana. Terbau haruman syampo yang dipakai Liana.
Danish mendekatkan hidung ke rambut Liana. Wanginya rambut dia! Aduh..apa yang aku buat ni? Gila ke apa ni? Memang aku dah gila. Sejak 5 hari ni, aku rasa macam otak aku ni dah tak boleh nak set benda lain. Asyik duk ingat kat dia aje. Entah kenapa, ada sesuatu dalam diri gadis bernama Liana Sofea ini yang bisa menggegarkan jantung hatiku. Aku dah jatuh cintakah? Jatuh cinta? Erk...
Namun, akal fikiran yang waras telah dikuasai suara-suara halus yang entah datang dari mana. Tangan putih itu diusap lembut dan perlahan.
Tak apa kot. Bukan buat apa-apa pun. Kalau dia sedar, belum tentu dia dapat peluang macam ni lagi. Entah-entah mati aku dikerjakan. Lagipun, aku dapat rasakan aku dah jatuh hati dengan dia. Bukan main-main ni. Aku memang betul-betul dah sayang kat dia. Aku sanggup je kalau terpaksa kahwin dengan dia ni.
Walaupun aku tak kenal siapa dia. Siapa ibubapanya, tapi aku yakin, aku akan terima dia seadanya. Tak kisahlah siapa dia yang sebenarnya. Aku rasa, aku dah memang gila sekarang ni.
Tangannya menyentuh lembut pipi Liana. Timbul pula keinginan untuk mencium pipi putih gebu itu. Sekali ni je pun. Bukan luak apa-apa. Dia tak sedar kan?
Dan Danish tak dapat nak mengawal perasaanya saat Liana mencengkam lehernya kuat. Tersembam dia ke dada gadis itu. Terasa tubuhnya ditolak, tapi Danish dah tak dapat nak berfikir dengan waras lagi.
“Awak maafkan saya. Saya rasa saya dah jatuh hati kat awak.” Luah Danish dengan suara yang perlahan.
Diam saja. Dengkuran halus kedengaran.
“Awak...” dan Danish tidak sedar saat dia mencempung tubuh kecil Liana masuk ke dalam bilik tidur. Tubuh Liana diletakkan di atas tilam di bilik kecil Liana. Wangi sekali bilik dia. Bisik hati kecil Danish. Wangi macam tuan dia juga.
“Awak...kalau diberi peluang, saya nak jaga awak. Boleh tak?”
Liana berkalih baring. Sedap pula dia tidur. Danish berbaring disebelah Liana. Terkebil-kebil dia dalam suram lampu tidur itu. Danish berpaling, menatap wajah Liana yang lena macam baby itu. Comel sungguh dia.
Pinggang Liana dirangkul. Liana diam juga. Danish mula berani. Dikemaskan rangkulannya. Mungkin, Liana takkan sedar pun kalau dia buat apa-apa pada gadis itu. Lagipun, dia akan bertanggungjawab atas apa yang dia lakukan.
Bertanggungjawab? Ya...aku akan bertanggungjawab. Aku akan terima aje apa yang akan berlaku nanti. Yang penting, aku berjaya dapatkan Liana Sofea ini!
Sudahnya malam itu, dia telah melakukan apa yang tidak sepatutnya dia lakukan. Memang dia rasa bersalah, kerana mengambil kesempatan pada seorang gadis yang tak berdaya itu. Tapi, apakan daya dia seorang manusia biasa yang lemah iman dan takwanya. Bila berdua-duan tu, yang ketiga adalah syaitan. Memang benarlah. Dan dialah yang berdosa kerana membenarkan syaitan bermaharajalela di minda dan perasaanya saat itu.


“YA ALLAH!!”
Danish terpisat-pisat bangun dari lenanya lewat pagi itu.
“Awak!! Kenapa awak ada kat sini? Apa awak dah buat ni? Sampai hati awak!!”
Danish pegang kepala. Terasa bingung sekejap bila terbangun secara mendadak begitu. Dia memandang ke arah gadis yang hanya berselimut dengan cadar putih itu. Liana! Ya...gadis itu sedang menangis.
“Awak, saya minta maaf!” tangan Liana cuba dicapai. Tapi gadis itu menepisnya. Tangisannya makin kuat. Wajahnya pucat tak berdarah.
“Baik awak pergi dari sini! Awak ingat maaf awak tu dapat kembalikan maruah saya ke? Awak ni memang jahat! Saya sangkakan awak ni baik, tapi awak tak ubah macam syaitan bertopengkan manusia! Awak jahat!” Liana dah mula nak meraung. Tubuhnya juga terasa sakit yang amat.
“Awak, saya betul-betul minta maaf. Saya tahu saya yang bersalah dalam hal ni. Saya minta maaf.” Tak ada perkataan lain lagi yang mampu dia ucapkan saat itu selain perkataan maaf sahaja.
“ Pergi!! Baik awak pergi sekarang. Saya taknak tengok muka awak lagi kat sini. Sebelum saya...”
Belum sempat Liana nak meneruskan katanya, Danish pantas menekup mulut gadis yang kelihatan sedang bingung dan terperanjat itu. Dia tahu semua ini salahnya. Terlentang Liana di atas tilam apabila Danish menekup mulutnya secara spontan itu.
“Awak, saya akan bertanggungjawab atas apa yang saya dah lakukan ni. Saya minta maaf. Saya sayangkan awak. Saya tak tahu kenapa saya jadi macam ni. Memang kita baru kenal. Tapi saya dapat rasakan, saya dah jatuh hati kat awak. Saya minta maaf!”
Liana menggeleng. Sahlah lelaki di hadapannya ini sudah gila! Mereka belum mengenali antara satu sama lain, tetapi tengoklah apa yang telah terjadi sekarang? semuanya gara-gara ubat tidur itu. Kalaulah dia tidak menelan ubat itu, tentunya dia sedar apa yang telah terjadi semalam. Tentunya dia takkan benarkan lelaki ini masuk ke rumahnya.
Selama ini dia cukup menjaga kehormatan diri. Tidak pernah ada lelaki yang berani menyentuh dirinya. Saat itu dia rasa dirinya sangat kotor. Ya Allah, ampunkanlah hambaMu ini. Dosa zina itu adalah satu dosa besar. Hukumannya adalah rejam sampai mati! Ya Allah, itu adalah apa yang pernah diajarkan Ayah Man sewaktu di Darul Falah. Sekarang, apa yang perlu dia lakukan? Bertaubat? Dapatkah taubatnya itu mengembalikan kesucian diri yang telah ternoda ini? Liana bingung dan ketakutan.
“Awak, saya akan kahwin dengan awak.”
“Awak dah gila ke?” air mata turun laju tanpa dipinta.
“Saya nak jaga awak! Izinkan saya bertanggungjawab pada awak.”
Liana memejamkan mata. Lebat air mata yang turun di pipinya saat itu. Dia tidak tahu apa yang perlu dia lakukan sekarang. menjeritkah? Meraung? Biar semua orang tahu yang dia telah diperkosa? Biar polis datang dan menangkap lelaki yang entah siapa-siapa ini? Humban lelaki ini ke penjara? Atau terima saja maaf dari dia? Liana benar-benar buntu.
“Saya akan bawa awak jumpa keluarga saya.” Kali ini suara Danish kedengaran tegas walaupun bernada perlahan. “Saya akan bertanggungjawab. Sumpah! Dengan nama Allah...”
“Jangan awak nak bermain dengan nama Allah! Masa awak nak buat, awak tak fikir Allah ke? Awak tak fikir dosa ke? Awak dah tak tahu halal haram? Awak dah gila ke?”
“Memang saya yang bersalah. Saya mengaku. Tapi sekarang saya sedar, dan saya minta maaf. Saya akan bertaubat.” Danish tarik rambut, benar dia menyesal dengan apa yang telah berlaku. Sekarang baru dia tersedar betapa imannya senipis kulit bawang. Bertaubat? Boleh ke dia bertaubat? Zina tu kan dosa besar? Taubatnya akan diterima ke? Ya Allah...apa aku dah buat ni?
“Liana, saya janji saya akan nikah dengan awak. Saya sayangkan awak. Kita nikah?”
Dan bermulalah suka duka dalam hidup seorang Liana Sofea....

No comments:

Post a Comment