Google+ Followers

Tuesday, August 5, 2014

CINTAKU ORIGINAL, NOT FOR SALE! bab satu

BAB 1

Langkah kakinya yang pendek itu dipanjangkan. Harap sempatlah dia sampai tepat pada waktunya. Jam sudah menunjukkan pukul 11 pagi. Ada lagi masa lima belas minit dari waktu perjanjian mereka. Sempat ke? Peluh dah menitis berjejeran dari dahi, turun ke kulit pipinya yang tidak sempat pun ditampal bedak. Mujurlah sewaktu turun dari rumah pagi tadi dia tak pakai kasut tumit tinggi. Kalau tak, entah macam manalah agaknya dia nak berkejar naik komuter dari Kepong ke KL Centre. Lepas tu, naik LRT ke Bukit Bintang. Kemudian cari teksi pula untuk sampai ke sini.

Kenapalah pejabat dia ni jauh sangat? Yang si Alia tu pun satu, saat-saat genting macam nilah dia nak kena cherry berry. Huh…kalaulah tak memikirkan yang Alia adalah satu-satunya sahabat yang banyak membantu dia selama ni, tak ingin dia nak berkejar ke mari. Tumit kaki dah rasa macam nak tercabut tau tak?

Tak kira, balik nanti, dia akan tuntut janji. Alia dah janji untuk belanja dia makan steamboat kuah kacang dekat restoran berhampiran kilang tempat dia kerja part time tu. Hm, Alia tu kedekut tahi hidung masin. Selama ni, mana pernah dia nak belanja kawan-kawan kalau time gaji. Kali ni, dia dah nekad nak pau Alia habis-habisan! Tunggulah…

“Tolonglah Umay… kalau aku larat ni, takkan aku nak minta tolong pada kau…” Lemah benar suara si sahabat pagi itu. Fatin Umairah, seperti biasa pagi itu sedang bersiap untuk ke tempat kerjanya. Sekarang cuti semesta. Dia buat part time di kedai dobi berhampiran rumah sewa mereka. Cuti kali ni agak panjang. Tiga bulan. Umairah tak mahu bazirkan waktu tanpa buat apa-apa. Kebetulan pula Makcik Faizah, tauke kedai dobi Aquanano itu ada buat iklan jawatan kosong. Dia tahu pun gara-gara Alia yang suruh dia hantakan toto untuk di basuh hari tu.
“Umay, aku dah siapkan semua soalan untuk temubual tu nanti. Kau tinggal baca aje. Bukan susah apa pun. Tolonglah, ni tesis akhir aku. Bukan senang aku nak buat appointment dengan dia ni…” Suara merayu lagi. Kali ini, selesai sahaja ayat itu, Alia berkejar lagi ke tandas.
Ish..ish…ish… kesian betul. Untuk kali ni, entah dah berapa ratus kali si Alia masuk tandas. Memang betul dia sakit tu.
Umairah masih duduk di meja makan, menikmati secawan kopi panas tanpa gula sebelum masuk kerja. Dia sedang membuat kira-kira dalam kepala. Kalau dia tolong alia, apa yang nak dia beritahu pada Makcik Faizah nanti? Sekarang ni dah pukul 9 pagi. Lagi sejam sepatutnya dia masuk kerja. Dia tak biasa menipu. Nak cakap sakit, dia takut nanti Allah akan turunkan balasan akibat dia menipu. Kalau sakit betul-betul nanti tak ke naya?
“Umay…please…” Alia dah terjelepok di pintu tandas. Cepat-cepat Umairah berlari mendapatkannya.
“Ya Allah…teruk betul sakit perut kau ni Lia! Aku hantar kau ke klinik ye?”

“No!” pantas pula Alia menggeleng. “Aku perlukan kau untuk ke Rich Corp. kalau kau hantar aku ke klinik, sape nak ke sana? Dua bulan aku ulang alik ke pejabat mereka untuk dapatkan appointment dengan Mr Rich. Takkan kau sampai hati nak tengok segala usaha aku tu sia-sia? Kaulah satu-satunya sahabat yang aku ada, kalau kau tak tolong, siapa lagi nak tolong aku Umay?”
Umairah mengeluh kuat. Bosan dia dengan permintaan Alia itu. “Yelah! Yelah!” akhirnya…
Alia sedikit ceria. “Betul ni?”
Umairah jeling mata. “ Atau kau nak aku hantar kau ke klinik??” ugutnya.
Alia cepat-cepat geleng kepala. “ Betul kau nak tolong aku ni?”
“Ish kau ni…berapa kali nak Tanya daaa? Kalau aku ubah fikiran nati, kau jangan salahkan aku pulak!”
“Kejap! Kejap!” dalam susah payah, Alia bingkas bangun ke bilik tidurnya. Umairah mengekor dari belakang.
Sebuah buku nota berkulit merah hitam dan beberapa helai kertas siap berconteng yang sudah disusun dan di stepler dihulur padanya. Mak Aih…banyaknya catatan! Matilah aku…
“Apa aku kena buat ni?” Mata Umairah dah membulat melihat sebegitu banyak catatan pada buku dan kertas kajang yang diberikan oleh Alia itu.
“Ni tesis aku yang terakhir. “ Ulang Alia sekali lagi. Kali ni, suaranya penuh pengharapan. Umpama wasiat terakhirnya yang sangat penting. “ Rich Corp adalah sebuah syarikat yang sangat Berjaya. Syarikat ni tersenarai dalam BSKL, dan tersenarai dalam indeks saham antarabangsa. Sebuah syarikat yang menjalankan urusan import eksport ke serata dunia. Macam-macam bisnes diorang buat. Details ada dalam buku nota tu.” Alia sempat menunjuk kearah buku nota merah hitam yang sekarang sedang dibelek oleh Umairah.
“Dalam thesis aku ni, aku kena dapatkan seorang mentor…. Ikon…untuk aku jadikan bahan tesis ni. Kejayaan ikon tu adalah penentu kejayaan tesis aku ni. Mr Rich tu adalah orang paling susah untuk ditemui. Dan aku bertuah, berkat usaha aku selama dua bulan, aku akhirnya dapat buat appointment untuk menemu bual dia secara personal. Kau bayangkan, seorang jutawan, billionaire… orang yang tersenarai antara orang terkaya di dunia… nanti, akan masuk dalam tesis aku. Dan aku berjaya dapatkan temubual eksklusif dengan dia. OMG! Itu sangat membanggakan Umay!” bersinar mata Alia saat menuturkannya.
Ok. Sekarang dia faham. Sesuailah tesis ini untuk seorang penuntut jurusan perniagaan macam Alia. Dia tak berapa tahu itu, kerana dia tidak mengambil course yang sama dengan Alia. Dia juga di tahun akhir, tapi bidang yang dia ambil lagi senang. Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Grafik. Tak perlu nak pergi interview siapa-siapa. Cukup sekadar siapkan kerja kursus akhir sahaja.
“Ni, kau on aje sewaktu nak mulakan interview tu nanti. Aku takut kau tak sempat nak catat semua yang dia cakap. Maklumlah, bisnesman yang Berjaya macam dia tu, mesti cakap laju-laju. Kau pastikan, jangan tertinggal satu pun poin yang keluar dari mulut dia tu nanti, ok?” sebuah alat rakaman suara dihulurkan kepada Umairah.
Macam robot sahaja lagaknya, Umairah menyambut huluran itu. Sungguh dia tidak tahu, yang dia sudah menempah satu bala hari itu.. kalaulah dia tahu…sikit punya jauh syarikat yang perlu dia terjah pagi itu, memang dia tak sanggup hanya semata-mata kerana sepinggan steamboat kuah kacang yang dijanjikan Alia. Oh…

*************
Pukul 11.45 pagi.

Alamak, matilah aku… macam manalah boleh tersalah tingkat pula tadi! Dah terang-terang Alia tulis kat sini tingkat 15, tapi dia tersalah pula naik ke tingkat 19. Sudahnya, terpaksalah dia turun tangga kerana lif yang lambat terbuka tadi. Kalau nak tunggu lagi, dia takut terlambat semakin banyak pula. Sekarang pun dia dah terlambat setengah jam.
Matilah…kata Alia, Mr Rich tu sangat tepat waktu. Secretary lelaki tua itu dah maklumkan sewaktu memberi tarikh temujanji hari tu yang Mr Rich sangat punctual orangnya. Masa ibarat emas bagi lelaki itu. Ah, matilah…

“Yes? May I help you…miss?” seorang wanita cantik, berbaju korporat dengan senyum anggun, menyapa Umairah sebaik dia tiba di tingkat 15. Ya Allah, udara yang sejuk dengan penyaman udara yang terpasang pun tidak mampu menghapus peluh yang membasahi seluruh tubuhnya.
Umairah senyum senget, sambil membetulkan beg sandangnya yang maha berat. Sakit bahu dia dengan segala macam buku dan catatan dari Alia. Entah apa-apa aje…dia hanya sempat membelek sekejap sewaktu dalam komuter tadi.
“Err…saya ada appointment dengan Mr Rich pukul 11.15 pagi tadi. Tapi saya terlambat sebab saya tersesat. Err…apponintment tu masih available lagi tak?” fuh…harap-harap orang tua tu masih nak jumpa dia. Kalau tak, masaklah dia nak menjawab dengan Alia nanti.
Ada kerutan pada wajah wanita cantik di hadapan. “You ni…bukan yang datang hari tu, kan?” Tanya wanita cantik berbibir merah menyala itu. Pelik juga dia, kerana gadis yang sepatutnya datang hari ni bukan selekeh macam ni. Dia dah ingatkan kepada gadis hari tu supaya memenuhi etika berpakaian sekiranya ingin menemui Mr Rich. Mr Rich tak suka orang yang selekeh. Ini? Dengan t shirt dan kemeja jeans luntur. Seluar jeans dia pun warna luntur senada dengan warna kemeja yang dia pakai di bahagian luar, menutup lekuk tubuh di dalam yang hanya memakai t shirt putih sendat. Sneakers di kaki tu pula agak lusuh. Sebiji beg kulit bertali panjang disilangkan ke bahu. Rambut perang yang sedikit berkerinting itu pula hanya ditocang ekor kuda. Ya Allah, apa aku nak jawab pada Mr Rich nanti? Wanita yang sudah 15 tahun berkhidmat sebagai setiausaha Mr Rich itu geleng kepala.
“Err…kawan saya sakit. Dia minta saya tolong gantikan dia. Katanya temujanji ni penting. Antara hidup dan mati dia. Kalau saya tak datang, dia lebih rela mati. Err…so, cik boleh tolong saya kan? Kesian kawan saya tu…” Pujuk umairah sambil tersengih. Dia pantas membetulkan ikatan rambutnya yang agak longgar kerana berkejaran ke sana sini tadi. Peluh dah mula kering. Air cond yang terpasang agak kuat itu menyebabkan peluhnya terus rasa sejuk serta merta. Hati Umairah pun dah mula rasa seram sejuk. Ngeri menbayangkan sekiranya appointmernt hari ni terbatal.
Agak lama juga wanita berbibir seksi merangkap sekretari Mr Rich itu bercakap di telefon. Sesekali mata wanita itu mengerling pada pakaian Umairah. Umairah sedar yang dia pakai tangkap muat sahaja tadi. Dah dia memang tak jangka akan ke sini. Ini memang pakaian dia ke tempat kerja. Alah, dia bukan tak biasa pakai high heels…biasa juga dia ke kelas pakai bergaya ala-ala model. Tapi, tak ke naya kalau dia pakai macam tu sewaktu nak ke sini tadi? Alamaknya, memang tak sampailah. Ya Allah…ada hikmah di sebalik semua tu. Hanya dia sahaja yang tahu.
“Cik…”
“Umairah. Fatin Umairah….” Pantas dia menyebut nama penuhnya sewaktu sekretari Mr Rich menatap ke arahnya.
“Hm…cik Umairah bernasib baik. Lagi lima minit cik Umairah lewat, Mr Rich akan berlepas ke Brunei. Now, he’s waiting for you at his room. Cik umairah jalan terus, sampai hujung sekali, belok kanan. Bilik Mr Rich di hadapan. “
Jalan terus…hujung sekali belok kanan…biliknya di hadapan… argh, harap-harap aku tak sesat lagi kali ni! Umairah merungut dalam hati.
“Oh…Ok! Thanks!” Umairah menghadiahkan satu senyuman paling manis buat wanita itu. Wah, kaulah penyelamat hari ku! Jerit Umairah dalam hati saja. Ceria tiba-tiba bila mengingatkan beberapa detik sahaja lagi, urusan alia ini akan selesai! Fuh…steamboat kuah kacang dah terbayang depan mata!
Dia melangkah dengan ceria. Sampai di hadapan sebuah bilik, kaki umairah berhenti melangkah. Dia berpaling semula ke belakang. Jalan terus…belok kanan. Bilik mr Rich di hadapan. Hmmm….Umairah ketuk dagu beberapa kali. Dah betul dah ni. Sempat dia memerhati sekeliling. Wah…sikit punya besar pejabat! Cuma ada satu bilik aje kat sini? Melampau ni… melampau kaya orang tua ni! Huhu… umairah sengih lagi sambil geleng kepala.
Alamak, baru teringat tentang soalan sewaktu sesi temubual tu nanti. Apa aku nak tanya kat orang tua tu? Aku tak sempat nak prepare apa-apa pun sepanjang perjalanan tadi. Ah, lantak lah. Aku baca ajelah apa yang si Alia ni tulis. Sempat sebelah tangannya mengetuk pintu.
“Come in!” satu suara menjawab dari dalam. Tanpa fikir panjang, Umairah menolak daun pintu.
Dan satu insiden tidak diduga tiba-tiba berlaku yang terus mencacatkan imejnya yang sudah sedia nampak cacat di mata orang tua yang berada di dalam bilik itu….
Kaki kanan Umairah terpijak tali kasut di sebelah kaki kirinya yang entah bila terungkai dari ikatan. Dan seperti nangka busuk, tubuh dia jatuh tersembam di lantai bilik. Uwaaa…sakit! Nasib baiklah bilik lelaki tua kaya ni dihampar dengan karpet bulu. Sakit pun, masih mampu bertahan.
Mak aih…malu jangan cakaplah. Kalau ada cermin, mahu aku nampak muka aku yang dah bertukar warna merah kat dalam cermin tu. Grrr… malu campur sakit…sangat ‘indah’ perasaan tu!
Umairah pantas bangun dan membetulkan ikatan rambutnya. Kemudia dia tunduk pula melihat penampilannya yang memang nampak macam orang tengah berserabut itu. Ya Allah, memang hancur! Hancur imej aku hari ni! Semua ni gara-gara Alia! Arghhh…
“Tolong ikat tali kasut awak tu, cik Fatin Umairah. Saya taknak awak jatuh tersembam lagi buat kali ke dua!” satu suara menegur dia dari belakang. Sangat sarkastik dan kedengaran sangat serius juga.
Zasss! Umairah berpaling ke belakang. Seorang lelaki sedang berdiri menghadap tingkap kaca di belakangnya. Dia nampak ke adegan buah nangka jatuh berdebuk tadi? Uwaaa… dah sah-sahlah dia nampak! Kalau tak, takkan dia cakap macam tu Umairah oiii! Umairah duduk, dan dengan pantas mengikat tali kasutnya yang terungkai dari ikatan itu.
“Tak guna punya kasut! Kau makan tuan ye…” sempat dia mengomel sendirian. “Balik nanti, siaplah kau!” ugutnya, macamlah kasut tu faham apa yang dia perkatakan. Ah, gila! Aku memang dah gila hari ni!
Selesai, Umairah bangun dan terus memandang kearah lelaki tua yang bersuara sombong tadi. Tapi, err…mana dia? Dah…takkkan halimunan pulak pakcik tu? Umairah berjalan perlahan kearah dimana kali terakhir dia nampak lelaki tua tinggi tadi berdiri. Sempat dia menghendap ke luar jendela kaca. Mak Aih, tinggi tu! Takkan pakcik tu dah lompat ke bawah kot! Ah sudah….matilah aku! Tentu aku yang kena soal siasat nanti! Agaknya, pakcik tu stress sangat kot nak handle duit berjuta-juta, tu yang dia lompat ke bawah tu! Aduhai…
“Cik Fatin Umairah…tolong jangan lompat ke bawah. Saya takkan beritahu sesiapa pasal kejadian tadi. Tak payahlah nak malu sangat ye…”
Gulp! Haa…tulah, kuat sangat kau tengok cerita CSI. Kan tak pasal-pasal kau dah terfikir yang bukan-bukan! Kutuk suara hati sendiri.
Umairah berpaling ke belakang, mencari si lelaki tua yang bersuara dengan ayat membunuh jiwa raga tadi. Amboi…pakcik memang tak sayang mulut! Tahulah kaya…tapi takkanl-

Umairah ternganga. Puas suara hatinya menyuruh dia menutup mulut, tapi dia tak mampu nak menutupnya. Sehinggalah kedua-dua belah tangannya menjadi penyelamat dengan menekup mulutnya yang ternganga tadi. Fuh…nasib tak ada lalat kat sini. Kalau tak, mahunya lalat tu berjoget tango sambil berlari dan buat pusingan U kat dalam mulut dia tadi. Wahahaha….jangan nak buat kelakar time-time macam ni okey? Ini memang tak kelakar L.A.N.G.S.U.N.G!!