Google+ Followers

Monday, January 21, 2013

JANGAN GANGGU JANDAKU! bab 1



JANGAN GANGGU JANDAKU

BAB SATU


Pengumuman ketibaan pesawat dari London bergema dari corong speaker di lapangan terbang KLIA. Saudara mara yang siap sedia menunggu ketibaan orang tersayang mula bangun dan tertinjau-tinjau ke arah pintu balai ketibaan antarabangsa. Mencari kelibat orang yang di tunggu-tunggu muncul di situ.
Agak lama juga untuk melepasi pemeriksaan imigresen sebelum mereka yang baru tiba dibenarkan keluar. Nun di celah-celah penumpang yang baru tiba, kelihatan seorang lelaki kacak sedang menolak troli bagasinya yang sarat. Tiada keceriaan di wajah lelaki itu. Cermin mata gelap yang dipakai ditarik ke atas kepala sewaktu pihak imigresen meminta pasportnya untuk diperiksa.
“Selamat pulang ke tanahair Encik Danish Rifqi...” kata wanita yang bertugas sebagai pegawai imigresen di pintu ketibaan. Pasport di hulurkan kembali kepada lelaki kacak yang bergaya ala-ala model iklan itu. Senyuman nipis di hadiahkan pada wanita yang memakai tag nama Karina itu. Muda lagi kot...mungkin umur dalam 20-an.
Menyedari itu adalah pemeriksaan terakhir dan dia kini sudah berada di tanahair sendiri, Danish menarik nafas panjang. Terasa satu suasana yang sungguh berlainan sekali saat udara Malaysia menerobos ruang hidungnya dan memenuhi segenap jantungnya. Terasa satu bebanan rindu terlepas pergi. 6 tahun lamanya, bumi Malaysia ini di tinggalkan. Kini dia sudah kembali dalam misi mencari semula identiti dirinya yang telah hilang sejak menetap di kota London.
Dia melangkah menuju ke pintu keluar. Beberapa buah limosin dan teksi lapangan terbang terpakir di sepanjang jalan. Seorang pemandu teksi menghampirinya dan menawarkan bantuan untuk menghantar ke destinasi. Namun Danish menolak dengan lembut. Menurut mamanya, Pak Jak akan datang menjemput. Namun lelaki tua yang telah bekerja selama berbelas tahun dengan keluarganya itu masih belum kelihatan.
Danish yakin dia masih mampu mengingati wajah Pak Jak sekalipun sudah 6 tahun tidak melihat lelaki tua itu. Dari dalam tadi dia sudah mencari-cari kelibat Pak Jak. Agaknya masih belum sampai lagi kot,fikir Danish sambil membelek Tag Heuer di tangan.
Dia memakai kembali kaca mata hitam yang sedari tadi terselit di atas kepala. Terik matahari Kuala Lumpur membuatkan matanya sedikit pedih dan berpinar. Lama tidak berpanas seperti ini membuatkan dia rasa tidak selesa.
Tiga orang gadis menghampirinya sambil tersenyum-senyum. Apa pulak budak ini mahu dari aku? Rasanya, aku tak pernah kenal diorang ni. Tapi...kenapa diorang senyum kat aku pulak? Fikir Danish pelik. Dia berpaling ke kiri dan kanan takut-takut orang yang dimaksudkan oleh gadis-gadis manis itu adalah orang lain.
“Abang, abang..” panggil seorang gadis yang memakai jeans dan t-shirt sendat itu.
Danish angkat kening. Dia berpaling lagi ke belakang. Namun tiada sesiapa lagi melainkan dia sahaja yang tercegat di situ.
“Abang ni artis kan?”
Ha? Bulat mata Danish walaupun yakin gadis-gadis itu tidak melihat reaksinya itu dek kerana terselindung di balik kaca mata hitam. Artis mana pulak lah yang di maksudkan ni? Mengarut!
“Boleh kitorang nak ambik gambar dengan abang tak?” pinta gadis yang satu lagi sambil menyuakan kamera digitalnya.
Ah sudah...kerja gila apa pulak nak ambik gambar aku ni? Namun belum sempat dia berkata apa-apa, kedua-dua gadis itu sudah bertempek di sisinya sambil yang seorang lagi mula menekan butang snap.
“Hei, wait! Wait!” Danish angkat tangan pantas belum pun sempat si gadis bertudung hijau itu merakam gambarnya. Dia membuka kaca mata hitam. “sorry, i think you’re wrong person. I’m not anyone else and i’m not an artist! Sorry girls.”
“eh, muka abang ni macam Aaron Aziz la...abang jangan la sombong pulak.” Rungut si gadis yang bertudung hijau. Mulutnya dimuncungkan. Dua lagi rakannya memandang Danish atas bawah. Macam tak puas hati dengan penjelasannya sebentar lagi.
Aaron Aziz which one that you’re talking about? Don’t waste your time. Correct me if this is the person you mean, i would never walk alone. I must bring my PA or anyone alse. Right?” Bersungguh-sungguh Danish menerangkan hal yang sebenar. Takut pula gadis-gadis manis itu berkecil hati. Kan tak pasal-pasal  Aaron Aziz yang dimaksudkan mereka tadi tu dilabelkan sombong. Tapi betul ke aku ni ada rupa artis?? Ah sudah...perasan pulak!
“Hm...ye jugak kan Mila.” Kata salah seorang dari gadis itu.
“Alah...takpelah bang. Kalau bukan pun, kitorang nak ambik jugak gambar dengan abang. Boleh kan? Sebab abang ni hensem sangat!”
Adess...kembang pulak lubang hidung mendengarnya!
“Eh, janganlah macam ni dik. Abang bukan sape-sape lah.” Malu pulak dengan orang yang lalu lalang, ada yang tertoleh-toleh sambil menunjukkan tangan ke arahnya. Macam dialah artis yang gadis bertiga tadi maksudkan. Masalah betul!
Please lah abang....sekeping je!” rayu mereka lagi.
“Okay. Okay.” Akhirnya dia terpaksa bersetuju juga. Dalam hati tak dapat nak dipastikan apakah perasaannya saat itu. Malu, segan dan bengang pun ada jugak...yelah terpaksa menumpang glamour si Aaron Aziz yang entah siapa tu. 6 tahun hidup di kota London membuatkan dia terputus hubungan dengan dunia hiburan Malaysia. Namun dalam hati tak sabar nak balik, nak surf dalam google nak tengok siapakah Aaron Aziz. Hensem ke? Kalau hensem si Aaron Aziz tu takpelah jugak nak cakap muka aku ni sama dengan dia kot! hahaha...
Selesai sesi fotografi tak glamour itu, gadis-gadis tadi pun berlalu. Cepat-cepat Danish memakai balik kaca mata hitamnya dan memandang ke kiri. Melarikan mata daripada wajah mereka mereka yang masih memerhatikannya.
Aduh...manalah Pak Jak ni? Dah berjanggut aku tunggu ni. Kalau tak dapat datang, cakap la awal-awal. Takde lah aku terpacak kat sini macam artis tak glamour!
Seketika kemudian, sebuah Mercedes Benz warna hitam berkilat berhenti betul-betul di hadapannya. Seorang lelaki tua kurus berbaju kemeja putih dan berslack hitam turun dari tempat duduk pemandu. Kalut sekali lagaknya macam dikejar hantu.
“Tuan! Tuan Danish...maafkan Pak Jak! Pak Jak berkejar dari pejabat datang sini sebab terpaksa hantar Dato’ ke pejabat dulu tadi. Ada masalah kat pejabat, jadi Dato’ terpaksa masuk jugak hari ni.” Terang Pak Jak sambil tangannya pantas memasukkan bagasi ke dalam but kereta.
Danish diam seribu bahasa. Bukan dia marah tapi moodnya sudah hilang akibat berpanas tadi. Pantas dia membuka pintu belakang dan masuk ke dalam perut kereta. Rimas dengan pandangan orang yang lalu lalang.
Pak Jak memakai seat belt dan meneruskan perjalanan. Dalam hati Pak Jak bimbang Tuannya itu marah kerana dibiarkan menunggu lama. Yelah, Tuan Danish memang terkenal garang. Dulu dia sering dimarahi kalau lambat mengambilnya di kolej. Tapi itu dulu. Sekarang mungkin Tuannya itu sudah berubah. Pak Jak curi-curi melihat Tuannya dari cermin pandang belakang. Semakin kacak Tuan Danish, desis hati tua Pak Jak.
“Sekarang siapa yang tolong papa kat office?”
“Abang ipar tuan, Encik Farid. Dia sekarang jadi pengurus syarikat.”
“ Kak Mia? Dia tinggal kat mana sekarang? Still umah papa lagi ke?” soalnya lagi. Banyak yang dia tidak tahu sepanjang pemergiannya selama ini. Seingatnya, dia terlalu sibuk menguruskan hidup di London tanpa mempedulikan apa yang terjadi di sini. Pemergiannya dulu membawa sekeping hati yang parah dan hancur berkecai. Kerana itu dia seboleh-bolehnya tidak mahu ambil tahu lagi apa yang terjadi di sini.
“Mia dah lama pindah rumah sendiri. Dekat area Damansara aje. Dari rumah Dato’ adalah dalam setengah jam kalau tak jammed.”
“Oh...” Danish mengangguk perlahan. Baguslah kalau Kak Mia dah duduk rumah sendiri. Kalau tidak, bukan dia tak tahu perangai mama yang tak sukakan abang Farid. Terimbas kembali kenangan suatu masa dahulu. Mama juga tak sukakan Liana. Macam-macam yang terjadi sepanjang hubungan singkat dia dan Liana. Ah, Liana...nama itu muncul kembali setelah bertahun lamanya dia cuba menghapuskan sebaris nama itu dari otaknya. Kenapa tiba-tiba dia teringatkan gadis itu lagi? Walhal selama ini nama itulah yang dibenci dan diharamkan singgah di copeng telinganya?
“Tuan, dah lama tuan tak balik, jalan kat KL ni dah banyak berubah.” Pak Jak tersenyum. Dia yakin tuannya di belakang sibuk melihat perubahan kota Kuala Lumpur. Dia dapat melihat Tuan Danish tertinjau-tinjau ke luar tingkap kereta.
“Hm...betul tu. Jalan-jalan pun dah makin besar. Flyover pon banyak sangat, sampai tak tahu jalan nak balik rumah dah ni..” terpegun dia melihat kepesatan pembangunan Kuala Lumpur. Baru 6 tahun, kalau 16 tahun tak balik mahu dia sesat kat KL ni!
“Syukurlah tuan dah balik. Pak Jak rasa dato’ amat-amat memerlukan bantuan tuan Danish kat syarikat dia. Katanya banyak masalah sekarang ni. Kesian kat dato’, kesihatannya agak merosot sekarang ni.”
Danish menghela nafas panjang. Dia tahu. Kerana itulah dia akur pada rayuan papa kali ini. Syarikat papa sekarang sedang jatuh. Dan sebagai seorang anak, wajar rasanya dia membuang segala permasalahan hatinya yang tiada kesudahan ini. Dia telah mengambil keputusan untuk pulang dan membantu papa. Dikorbankan segala yang dimiliki di Kota London, hanya untuk papa tersayang.
Malaysia, kini aku pulang!