Irene Nadia melangkah
penuh gaya. Beg tangan LV hadiah Dato’ Razali di kelek bawah ketiak. Sempat
pula dia mengirai-ngirai rambutnya yang panjang separas bahu itu. Semerbak bau
syampo Pantene. Maklumlah baru aje selesai mandi tadi. Terus saja dia bersiap
menemui kekasih hati.
Dia tahu hati Syafiq
Firdaus pastinya terluka. Namun dia nekad ingin meminta maaf. Dia akan lakukan
apa saja untuk mendapatkan maaf dari lelaki kacak itu. Gila apa dia nak
lepaskan lelaki kacak macam Syafiq Firdaus. Sedangkan gadis-gadis lain berebut
nak jadi girlfriend dia. Tapi Irene akui kesilapannya terjebak dengan Dato’
Razali. Nak buat macam mana, hanya Dato’ Razali saja batu loncatan untuk dia
hidup mewah. Walaupun bangga menjadi teman wanita kepada Syafiq Firdaus yang
kaya raya, tapi apalah yang boleh diharapkan dari lelaki itu kerana kewangannya
dikawal rapi papanya, Tan Sri Mokhtaruddin.
Memang dia sayang pada
Syafiq Firdaus, sangat sayang. Empat tahun menjalin kasih, mustahil dia dapat
melupakan lelaki itu. Berada dalam pelukan kasih Syafiq Firdaus adalah impiannya,
walaupun lelaki itu hanya akan berbuat begitu jika Irene sudi menjadi
hakmiliknya yang sah. Lantaran itulah setahun yang lalu dia pernah menyuarakan
keinginannya untuk menjadi isteri Syafiq. Tapi di mana silapnya, sewaktu Syafiq
Firdaus menolak dengan alasan masih banyak impiannya yang belum tercapai, dia
nekad menerima cinta Dato’ Razali. Walaupun dia tahu cinta lelaki tua itu
hanyalah pada tubuh badannya semata-mata.
Bersama Syafiq Firdaus
dia tidak mendapat apa yang diinginkan. Syafiq Firdaus terlalu baik dan tidak
pernah mahu menikmati tubuhnya yang seksi. Itu yang dia terkilan sangat.
Kalaulah dia mampu menewaskan nafsu Syafiq Firdaus sudah tentunya dia puas
hati.
Kini, dia yakin Syafiq
Firdaus sudah mengetahui rahsianya. Tapi Irene nekad akan lakukan apa saja
untuk mendapatkan lelaki itu kembali. Apa saja!
“Maaf cik Irene, Tuan
Firdaus tengah meeting sekarang. Saya diarahkan untuk tidak membenarkan sesiapa
masuk.” Suzana, setiausaha Syafiq Firdaus pantas menghalang laluan Irene. Dia
kenal benar akan perangai buah hati bosnya itu. Selalu meluru masuk tanpa
keizinan. Tapi kali ini dia sudah menerima arahan keras dari Tuan Firdaus untuk
tidak membenarkan pramugari seksi ini masuk!
Irene Nadia mengerutkan
dahi. Pelik! Tapi dia yakin Syafiq Firdaus sengaja ingin mengelakkan diri.
Sudah beberapa hari panggilan dan mesejnya tidak berbalas. Dia tahu Syafiq
pastinya sengaja berbuat begitu.
“You janganlah nak tipu
I...bukan I tak tahu bos You ada kat dalam tu. Bagilah I masuk, sekejap pun
jadilah.” Dia masih cuba bertenang, lembut sahaja bunyi suaranya.
Suzana garu kepala yang
tak gatal. “Err...maafkan saya Cik Irene, tapi memang Tuan tengah sibuk. Tengah
meeting dengan client. Kalau nak saya buatkan appointment untuk Cik Irene
besok.” Pujuk Suzana.
“I ada hal penting
dengan bos You...sekejap aje. Benarkan I masuk, please...”
“Jangan macam ni cik
Irene. Hari ni memang tak boleh, Tuan Firdaus memang sibuk hari ni, jadual dia
pun full.”
“ I tak kira, I nak
masuk jugak!” terus saja dia melangkah dan memulas tombol pintu walaupun
dihalang Suzana, tapi apalah yang boleh dilakukan oleh Suzana yang jauh lebih
pendek darinya itu.
“Sayang...”
Syafiq Firdaus
mengangkat kepala. Irene masuk dan mendekatinya. Kelihatan Suzana serba salah
di muka pintu sambil membuat muka kasihan. Syafiq tahu, pastinya setiausahanya
itu telah cuba menghalang. “Tak apa Sue...you boleh keluar.”
Suzana mengangguk dan
pantas menutup pintu. Perempuan perasan bagus! Detak hatinya geram. Memang
selama ini dia bengkak dengan sikap Irene yang mengada-ngada. Bukan dia sahaja,
tapi semua staf lain pun memang tak berkenan dengan sikap buah hati bosnya yang
seksi itu. Tahulah dia cantik...tapi janganlah menggedik sangat.
“Apahal you datang?”
serius bunyi suara Syafiq. Langsung tak dipandang wajah Irene di sisi. Helaian
kertas kerja di hadapannya, dibelek-belek lagi. Kalau ikutkan hati, memang dia
taknak jumpa lagi gadis ini.
“Fir...i minta maaf. I
tahu you ada datang umah i hari tu. I memang nak berterus terang dengan you.”
Tangannya merayap ke bahu Syafiq Firdaus, diurutnya perlahan. Tapi syafiq
Firdaus pantas menepis tangannya.
“Tangan you tu jaga
sikit. Kalau you ada hal nak dibincangkan, tolong bincang dengan mulut. Bukan
dengan tangan, okey!”
Irene angkat tangan,
mengalah. “Sorry...tapi i nak you tahu walau apa pun yang terjadi, i tetap
sayangkan you. Bagi i masa untuk fikirkan proposal you hari tu.”
“Anggap aje i tak
pernah propose you. Dan i pun dah anggap i tak pernah kenal you.”
“Sampainya hati. Kita
kan dah kena lama. Empat tahun i tunggu you. I janji i akan bagi keputusan
dalam masa terdekat ni. Bagi i settle masalah i dulu, then kita kahwin, okey?”
Syafiq menggeleng.
Matanya masih memandang pada helaian kertas di atas meja. “I dah buat
keputusan, mulai hari ni, kita putus aje!”
“Fir...jangan macam
ni!”
“Kenapa? You ingat i ni
apa? Pak sanggup? Kambing hitam? Yang akan terima seorang gadis yang dah kotor
macam you ni? I tak sangka, dan i betul betul tak sangka you macam ni Irene!
Selama ni i anggap you ni special, tak macam perempuan-perempuan lain. Tapi,
apa yang tersirat adalah sangat melukakan hati i!”
Ada titisan air mata
jatuh di pipi Irene. Kalaulah Syafiq tahu kenapa dia jadi begini, tentu semua
ni tak sesukar ini. Memang dia kotor, dirinya tak suci lagi. Tapi yang nyata,
dia sangat sayangkan Syafiq Firdaus. Kalaulah tidak kerana peristiwa hitam itu,
tentunya dia tidak bertindak bodoh seperti sekarang. Tentunya dia tidak
menerima Dato’ Razali menjadi sugar daddy nya.
Syafiq mengetap bibir.
Geram bila Irene mula berdiam diri. Kali ini dia nekad, hubungan antara dia dan
Irene akan dinoktahkan. Titik! Full stop!
“Tak payahlah you nak
menagis kat sini. I tak rasa hidup you akan sengsara dengan keputusan i ni. I
pun dah tahu siapa diri you, so tak payahlah you nak berdrama sangat.”
“Fir...maafkanlah I.
Dato’ Razali hanya menolong I dan famili I. I terhutang budi pada dia. Kalau
tak kerana dia, hidup i susah Fir.”
“ inilah orang kata,
terhutang budi tergadai body! Argh sudahlah Irene baik you balik aje pada Dato’
you tu...hurm, so namanya Dato’ Razali? Okeylah, you boleh get lost dengan you
punya dato’! i banyak kerja!”
“Fir...bagi i peluang
kedua!”
“Peluang kedua?” syafiq
ketawa sinis. “ I tak beri peluang kedua pada perempuan jijik macam you ni! I
tak ambil sisa orang. Lagi pula sisa seorang dato’ tua terkutuk. Yuck..jijik!”
rasakan, memang itupun yang selayak kau terima.
Irene mengogoi macam
budak kecik. Inikah kesudahannya? Oh tidak...takkan semudah ini Syafiq
melupakan dirinya?
“Keluarlah Irene! I
taknak tengok muka you kat sini lagi. Baik you berambus saja. I pun tak selera
tengok perempuan kotor macam you ni kat pejabat i. Apalah malang nasib i selama
ni sebab berkenalan ngan you!” mak datuk ayat...memang benci habis!
Kenyataannya memang saat itu dia sudah tiada apa-apa perasaan pada Irene lagi.
Semuanya hilang macam angin.
Apakah semua rasa sakit
hati dan kecewanya hilang kerana kehadiran Tania?? Tania...aduh, sebut nama
saja pun dah membuatkan dirinya jadi biul sekejap. Lupa pulak pada Irene yang
masih tercongok di hadapan.
“Dengar dulu penjelasan...”
“No! No! I tak ada masa
nak dengar apa-apa dari mulut you. You ni tak faham bahasa melayu ke? Nak I
cakap dalam bahasa apa supaya you faham? Keluarlah!”
Baik! Aku juga ada
maruah diri. Walaupun penghinaan yang kau berikan, tapi aku akan pastikan suatu
hari nanti kau akan melutut pada aku! Irene bingkas bangun dalam terpaksa. Dia
tahu Syafiq marah. Dan apalah yang mampu dilakukan lagi jika kata-kata nista
juga yang diterimanya.
“Thank you Fir...”
Irene bangun.
Fikirnya, syafiq akan
mengasihani dirinya namun lelaki itu hanya menunduk. tak langsung dipandang
wajah Irene yang meminta simpati itu.
Syafiq diam. Hatinya
telah tawar. Dia sendiri rasa kagum dengan dirinya yang langsung tak merasa
apa-apa melihatkan wajah Irene waktu itu. Kesian tak, benci sangat pun tak!
Entahlah...rasa macam tidak ada perasaan saja!
Sebaik pintu biliknya
ditutup, Syafiq menarik nafas lega. Biarlah ini pertemuan terakhir antara dia
dan Irene. Sungguh tak sangka, Irene sanggup menjual maruah diri hanya
semata-mata untuk kemewahan duniawi.
“Tuan Firdaus... Tan
Sri ada di talian sekarang. Boleh saya sambungkan?” suara Suzana lembut di
corong interkom.
“Okey!”
Seketika talian
bersambung.
“Assalamualaikum
papa...”
“Waalaikumussalam...what
happened to you? Dah seminggu tak balik rumah, your mum has start worried about
you.”
“I’m sorry i did not
inform you. But there are important things that i need to manage. Bila dah
selesai semuanya nanti Fir balik, pa.”
“Apa yang papa
cadangkan last month macamane? Kamu dah fikirkan? Kalau kamu setuju, papa nak
uruskan semuanya kat sana.”
Syafiq mengeluh. Inilah
yang dia tak tahu nak jawab ni. Memanglah, peluang ini adalah yang
ditunggu-tunggunya, tapi memandangkan masalah dia dan Tania, dia rasa baik
ditangguhan dulu.
“kita bincang malam ni
ajelah papa...I ada meeting dengan client ni. Malam nanti i balik, kita discuss
about it.”
“Ok.”
Talian diputuskan.
Syafiq meggosok
rambutnya ke belakang. Rasa tidak sedap hati pula. Baru seminggu mengenali
Tania, dia dapat rasakan sesuatu yang berlainan. Apakah kerana gadis bermata
bulat itu sangat cantik, makanya dia jadi tak tentu arah begini? Atau dia
memang sudah terkena panahan api cinta? Cinta? Cinta pandang pertama...
********************************************************************
Malam itu Tania
menjerit nyaring lagi. Meracau dan meminta tolong. Bersilat Syafiq di atas
katil mententeramkan Tania yang macam sudah dirasuk itu.
“Nia...jangan menjerit.
Awak selamat dengan saya. Awak kat rumah saya ni. Saya kan dah selamatkan awak.
Awak selamat sekarang...ssyy...” jari telunjuk dilekapkan ke bibir gadis yang
masih menangis hiba itu. Walaupun dia sudah tidak menjerit-jerit lagi, namun
Syafiq khuatir Tania akan bertindak agresif lagi. Tubuh gadis itu dipeluk erat,
takt kalau Tania bangun dan melompat macam tadi lagi.
“Kenapa buat saya macam
ni? Apa salah saya?”
Syafiq bungkam. “awak
tak salah Tania...awak baik. Tapi, bukan semua orang baik kat dunia ni. Awak
tak tahu KL ni macam mana, awak kena kuat. Jangan mengalah.” Syafiq
tergagap-gagap. Sesungguhnya dia memang failed kalau dalam bab-bab memujuk dan
memberi nasihat kerana dirinya sendiri tidak ternasihat.
Tania menarik
tangannya. “Terima kasih kerana awak selamatkan saya walaupun maruah diri saya
dah tercemar, tapi saya bersyukur saya masih diberi peluang bernafas. Saya tahu
diri saya kotor dan hina, tapi saya mohon pada awak, jangan bawa saya ke balai
polis. Saya tak mahu mak dan ayah saya tahu...mereka akan malu jika tahu
keadaan diri saya macam ni.”
Syafiq angguk. “Saya
janji, saya takkan bawa awak ke balai polis. Lagi satu, sebenarnya saya nak
beritahu awak yang awak...” patutkah aku beritahu bahawa dia sebenarnya selamat
dari menjadi mangsa rogol? Yang dirinya masih suci lagi?
“Beritahu apa?”
“Err...saya nak
beritahu, yang awak boleh tinggal kat sini selama mana yang awak mahu. Saya tak
kisah.” Oh, damn it! Kenapa susah sangat aku nak terangkan hal yang sebenarnya
ni?
“Terima kasih....”
perlahan saja suara Tania. Mata dipejamkan. Ada butiran airmata yang jatuh
kepipi. Airmata sekarang sudah jadi terlalu murah kerana saban waktu dia
menangis dan menatap hiba.
“Tidurlah, wak...saya
temankan awak. Itupun kalau awak tak kisah...”
Dan malam itu dia tidur
nyenyak sekali. Walaupun hanya dapat tidur di sofa, tapi lenanya bagaikan dapat
tidur disamping Tania...hehehe...crazy man!
********************************************************************************
“Saya dah mula risau ni
bang...Tania dah banyak hari tak menelefon saya.” Faridah menyuarakan rasa
bimbangnya pada suami yang baru pulang dari kerja. Hashim diam seribu bahasa.
Bukan dia tak risaukan
anaknya yang seorang itu. Cukup risau. Malah dalam setiap doanya sesudah solat,
akan dititipkan doa agar Allah melindungi anaknya itu. Biar selamat walau di
mana dia berada.
Tapi, dia yakin
keizinan yang diberikan pada Tania untuk ke Kuala Lumpur tempoh hari adalah
tepat. Dia yakin anaknya itu mampu menjaga diri. Di kampung ini bukan tak ada
kerja yang boleh dibuat, namun dia terpaksa mengalah dengan kehendak Tania. Dia
faham hati anak gadisnya itu terluka dengan kejadian sebulan yang lalu.
Makanya, dia membuat keputusan untuk membenarkan Tania keluar dari kampung ini.
Kalau dia sendiri
berada kat tempat Tania, pasti dia juga tak betah lagi tinggal di kampung ini.
Tak sanggup mendengar fitnah orang kampung. Benarlah mulut manusia tak boleh
ditutup macam mulut tempayan. Kalau boleh tutup dah lama dia tutup mulut orang
kampung yang saban hari duduk bercakap pasal anaknya yang sorang itu. Apalah
malang nasib Tania...
“Awak dah pulangkan
periuk belanga si Kiah tu, Idah?” soal Hashim pada si isteri yang termenung di
serambi rumah.
“Dah, bang...tiga hari
lepas lagi saya dah pulangkan.” Lemah saja suara Faridah. Matanya masih lagi
tertancap di pintu pagar. Ternampak-nampak Tania pulang ke rumah. Rindu sungguh
dia pada satu-satunya anak perempuan dia itu. 20 tahun usia Tania, belum
sekalipun mereka berjauhan.
“Ada lagi ke
barang-barang orang kampung yang kita tak pulangkan, Idah?” Hashim memejam mata
dan menyandarkan ke sofa. Terdengar bunyi berdecit lantai kayu, tanda isterinya
itu berjalan masuk ke ruang tamu.
“Dah pulangkan semuanya
bang. Kenapa abang tanya?”
Hashim masih pejam
mata. Suara Faridah terdengar dekat di sisinya. Tentu Faridah dah tercongok kat
depan.
“Kenapa bang?” tanya
Faridah lagi. Kali ini nadanya benar-benar ingin tahu.
“Tak ada apa. Saya
malas nak dengar orang kampung duk bercakap, mengata yang bukan-bukan.” Hashim
mencelikkan matanya. Memang Faridah dahpun tercongok di hadapan. Pandangan
matanya sarat dengan kesedihan.
“Apalagilah yang diorang duk canangkan tu? Saya tak
fahamlah. Kalau anak diorang yang kena macam tu, apa yang diorang akan rasa?
Bukan salah Nia, si Adam tu lari sebab dia tu yang tak bertanggungjawab! Anak
dengan bapak dia pun sama saja.” Marah Faridah. Pandangan matanya jatuh pada gubahan
hantaran yang terletak elok di lantai. Bekas par dah dipulangkan, makanya
hantaran itu terpaksalah diletak disitu.
“Sudahlah Idah...dah
tak ada jodoh, nak buat macam mana?”
“Saya faham bang...saya
redha. Tapi hati saya sakit bila orang duk canang kononnya Adam lari sebab
dapat tahu Tania tu dah ditebuk tupai! Saya tahu anak saya macam mana, bang.
Saya yang asuh dan didik dia sejak dari kecil. Saya tahu semua tu fitnah! Saya tak rasa Adam tu bodoh sangat nak percaya cerita macam tu.”
merah muka Faridah. Marah benar dia. Iyalah, mak mana yang akan tahan kalau
anak perempuan dia dituduh macam tu?
“Sabar sajalah
Idah...mulut orang, bukan mulut tempayan. Manalah kita dapat nak tutup. Lambat
laun nanti, diamlah diorang tu.”
Faridah merengus.
“Abang, yang diorang duk fitnah tu anak saya, bang...”
“Anak awak, anak saya jugak!”
pintas Hashim, tenang. Kepalanya masih lagi terdongak ke atas memandang atap
zink yang dah mula bertukar warna coklat berkarat.
“Adam tu memang tak
layak untuk Nia....saya tak fahamlah, kenapa kita boleh terima pinangan dia
dulu tu.”
“Nia yang terima. Tu
pilihan dia. Mereka tu dah kenal lama. Berkawan sejak kecil lagi.”
“Habis, kenapa Adam
buat macam tu kat anak kita bang?”
“Dia pun termakan
fitnah orang kampung....”
“Apa?” bulat mata
Faridah saat itu. “Maknanya, maknanya memang sebab itulah si Adam lari?”
“Macam tulah
ceritanya...”
“ Mana abang tahu?”
“Semalam, abang jumpa
si Razak kat masjid. Dia minta maaf dengan tindakan anak dia si Adam tu. Adam
pun sampai sekarang ni tak tahu ke mana menghilang.”
Faridah bungkam di
kerusi. Nafasnya macam tersekat. Siapalah yang sanggup buat hura-hara macam ni?
Adam lari di saat akad nikah. Di saat orang kampung dah memenuhi khemah dan
rumahnya. Di saat Tania sedang tersenyum, anggun dengan pakaian nikahnya yang
serba putih. Di saat tok kadi dah bersila menunggu pengantin tiba.
Adam lari! Lari di hari
pernikahan dia dan Tania...
Hancur hatinya melihat
Tania yang jatuh terjelepok di lantai saat dikhabarkan bahawa Adam lari. Dia
tahu bagaimana perasaan Tania, walaupun selepas itu kelihatannya Tania tenang
dan diam. Walaupun Tania tak menangis, tapi dia tahu jauh di sudut hati Tania,
anaknya itu terluka parah.
Ya Allah, Kau
lindungilah anakku dari bencana dan fitnah. Kau selamatkanlah dia walau dimana
pun dia berada...
No comments:
Post a Comment