Monday, January 21, 2013

JANGAN GANGGU JANDAKU! bab 4


BAB 4




“Kak Mia...I penatlah! Cuba you suruh aje Pak Jak yang pergi ambik si Zack tu.”
Comforter di tarik, menutupi kepala. Dia betul-betul penat hari ini. Sudahlah beberapa hari ini, dia tidak dapat melelapkan mata gara-gara terpaksa studi balik perihal syarikat Berjaya Holdings yang bakal diterajuinya nanti. Hari ini dia minta kebenaran untuk balik awal dari papa, kerana mahu tidur. Kepala dah rasa hanyut.
Mia Izara menarik selimut yang menutupi kepala adiknya. Dia menggeleng, pelik! Tidur tengahari pun berselimut litup ke? Macam ni ke kelakuan orang yang beralih cuaca? Sudahlah suhu aircond bilik sudah mencecah ke suhu beku.
“tolonglah Nish...Pak Jak tak ada. Dia hantar mama ke Spa. Hanya Nish ajelah yang dapat tolong kak Mia sekarang ni.”
Danish mendengus, geram. Dia sudah hampir terlelap tadi sewaktu Mia datang mengejutkannya. “ Abang Farid?” harapan terakhir, moga-moga dapatlah dia menyambung tidur yang tergendala.
“Abang Farid kan outstation?”
Aduh, memang tak ada harapanlah ni. Danish mengumam, geram sudah tentunya. Sudahlah sekolah si Zakri Haikal itu sikit punya jauh!
“Please lah...Kak Mia promise takkan suruh lagi Nish pergi ambik Zack lepas ni. Hari ni Kak Mia betul-betul terdesak sebab Kak Mia ada janji dengan kawan nak attend kelas bakery. Dah siap bayar pun. Rugilah kalau tak pergi.”
“ Kelas bakery apa? Selama ni masak megi pun you tak pernah lepas! Asyik kembang semangkuk aje. Ni nanti masuk kelas bakery, I tak tahulah macam mana rupa dapur rumah you tu.” Sempat dia bagi sedas sebelum sebiji bantal tergolek di kakinya. Sambil ketawa jahat, Danish masuk ke dalam bilik air untuk cuci muka.
“ Kak Mia janji nanti Kak Mia bawa balik kek yang kitorang buat tu bagi kat you, okey? Asalkan you dapat tolong Kak Mia hari ni, you nak makan kek hari-hari pun nanti Kak Mia buatkan.” Ceh, ayat memujuk baik punya tu. Tadi dia ada juga nak marah bila Danish senang hati aje kutuk pasal kejadian 6 tahun lepas, masa dia masak megi sampai kembang seperiuk. Tapi bila diingatkan balik yang dia sekarang mengharapkan pertolongan pada adiknya yang seorang itu, dia tak jadi nak memanjangkan perbalahan itu. Walhal sebiji bantal nyaris mendarat di atas belakang si adik tadi.
“ Apa-apa ajelah!” Laung Danish dari dalam bilik air yang tertutup.
Ada-ada aje alasan Kak Mia. Dan dia jugak yang jadi mangsa. Nak buat macam mana? Itulah saja satu-satunya kakak yang dia ada kat dunia ni. Kalau tak tolong nanti kan dikata derhaka pada kakak pulak! Err...derhaka pada kakak? Ada jugak ke? Alah, dia kan kakak...
“ Balik nanti I nak singgah kat mall jap. Lambat sikitlah kot hantar si Zakri tu balik. You tak kisahkan?” ujarnya sambil memasukkan dompet ke dalam poket jeans. Alang-alang dah keluar, baik dia pergi Pavillion sekejap. Nak cari baju. Baju dan barang-barang lain yang dihantar melalui kargo tak sampai-sampai lagi. Nak masuk office pun dah tak ada baju. Baju-baju lama dalam almari langsung dah tak muat. Dulu, dia kurus aje. Sekarang ni bila dah pandai masuk gym, tubuh pun dah berisi.
“Tak apa. You bawalah Zakri tu, harap dia tak minta yang bukan-bukan dahlah. Kelas I nanti habis pukul 6, I terus datang sini ambil dia.” Senyum saja Kak Mia sambil mengekor langkah kaki Danish turun ke porch. “Thanks!” ujarnya lagi.
Danish masuk ke dalam BMW hitam. Cermin mata disarung. “Segalanya untukmu, kakakku tersayang!” Macam tak ikhlas saja bunyi ayat tu.
Mia Izara ketawa. “Mulut manis!”

Dan kini sudah hampir setengah jam dia berdiri di hadapan Tadika Aulad itu, namun kelibat Zakri Haikal masih belum kelihatan. Danish mula gelisah. Bilangan kanak-kanak yang masih ada di perkarangan tadika juga sudah mula berkurangan. Jam sudah menunjukkan pukul 3 petang. Sepatutnya Zack pulang pukul 2 petang. Itu yang Kak Mia beritahu tadi.
Danish berjalan mundar mandir di hadapan pintu pagar. Sambil mata melilau ke dalam kawasan tadika, manalah tahu ternampak kelibat si Zack berlari atau bermain-main. Namun, tiada.
“encik tunggu siapa?” seorang lelaki yang berseragam pengawal mengerutkan dahi di hadapannya. “Saya tak pernah nampak pun encik sebelum ni. Encik ni, tunggu siapa?” memang itu sudah menjadi tugasnya, untuk memastikan keselamatan kanak-kanak di tadika ini. Lagipula, rata-rata kanak-kanak yang dihantar ke sini adalah anak orang-orang berada. Jadi, dia kena lebih berwaspada jika ada orang yang mencurigakan di kawasan ini.
Danish garu kepala yang tak gatal. “ Saya tunggu anak saudara saya. Zakri Haikal. Sebelum ni saya dah pernah datang sekali ambik anak saudara saya tu. Selalunya dia tunggu aje kat bawah pokok tu.” Jari telunjuk di halakan ke arah bangku di bawak pokok besar. “ Ini dah dekat sejam saya tunggu, bayang dia pun tak nampak.” Adunya lagi.
Pengawal itu masih ragu-ragu. Ditoleh sekilas pada kereta yang tersadai di bahu jalan. BMW hitam, bernombor pendafartaran WWW 16. Di simpan maklumat itu di dalam memorinya. Manalah tahu jika terjadi apa-apa.
“Encik tunggu sini. Saya pergi tanya cikgu kat dalam.” Dan pengawal itu pun berlalu ke dalam kawasan tadika yang mulai lengang.


“Kami benar-benar minta maaf atas kejadian yang berlaku ini. Kami dah cuba hubungi ibu zakri tadi, tapi tak dapat.” Kata Guru besar yang memakai nametag Nazilah itu. Jelas kelihatan kekesalan diwajahnya.
Danish mengeluh. Dijeling sekilas pada anak saudaranya di sebelah yang menikus sejak tadi. Sebelah kanan bibirnya bengkak. Kemeja biru berpetak-petak yang dipakai juga koyak di lengan. Apa nak jadilah ni? Kecik-kecik dah jadi samseng.
“Diorang mungkin off phone sebab ada hal. Ini pun diorang minta tolong saya ambilkan Zakri.”
“Budak yang seorang lagi tu pendiam budaknya. Tak sangka hari ni boleh bertinju pulak kat dalam kelas. Saya dah soal siasat tadi. Kata guru yang mengajar, Zakri ada mengejek budak yang seorang lagi tu. Dan guru tu tak sempat nak menghalang.”
Aduh, sakit kepala aku! Rasa nak sekeh aje kepala Zack ni. Macam-macam hal.
“Buat semetara waktu ni, kami akan asingkan kelas mereka berdua bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang lagi.” Janji cikgu Nazilah.
Dia mengangguk saja. Malas nak berlama-lama di situ. Panas! Biarlah Kak Mia saja yang settle kan perihal anak dia ni. Lagipun, tugas dia hanyalah datang menjemput Zakri pulang. Bukan menjadi kaunselor kanak-kanak atau guru disiplin yang perlu menjatuhkan hukuman pada kesalahan budak ini.
Dan sewaktu dia mengheret tangan Zakri keluar dari bilik guru besar, dia terlihat seorang budak lelaki duduk sambil memeluk lutut di hujung koridor. Leher bajunya juga terkoyak. Wajahnya masam saja.
Sewaktu Danish melintasi budak lelaki itu, dia mengangkat wajah dan memandang ke arahnya. Lama mata mereka bertemu. Bagai ada satu kuasa yang menariknya untuk terus melihat ke anak mata budak lelaki itu. Mata yang kesedihan dan berkaca-kaca.
“Apa pandang-pandang?!” jerit Zakri pada budak yang duduk itu. Namun budak itu hanya berdiam diri. Pantas Danish menarik lengan Zakri.
“Behave yourself Zack!” keras suaranya walaupun perlahan dituturkan. Zakri terdiam. Sahlah, inilah budak lelaki yang bertumbuk dengan Zakri tadi. Dan dia yakin, bukan budak lelaki itu yang memulakan pergaduhan ini.
Danish meneruskan langkah dengan sebelah tangan terus mencengkam lengan Zakri yang mengeraskan diri. Kepala Zakri terteleng ke belakang, membuat muka pada budak lelaki itu. Sesekali dia mengacukan penumbuk.
“Jangan sampai uncle bagitahu mummy dan daddy kamu, Zack!” suara berbaur ancaman.
“Don’t!!” jerit Zakri Haikal. “I promise not to do that again...” mengendur suaranya, mungkin takut jika dia melaporkan bahawa Zakri Haikal lah yang memulakan pergaduhan itu.
Danish berpaling ke belakang, terasa mahu melihat sekali lagi pada budak lelaki yang terduduk di tepi koridor itu. Dan sekali lagi mereka bertemu pandang. Lama.
Aneh. Rasa macam kenal aje budak tu! Cute sungguh. Matanya bulat dengan mata hitam yang agak besar. Dan cara budak itu melihatnya dengan pandangan yang sayu dan mata yang berkaca-kaca. Rasa macam dia pernah melihat seseorang dengan pandangan yang sama seperti itu. Sungguh! Rasa macam familiar sangat. Tapi siapa? Entahlah.

No comments:

Post a Comment