Monday, April 15, 2013

2

 BAB 2 CINTAKU TERTINGGAL DI KL



Sudah seminggu berlalu. Tania masih trauma. Walaupun dia sudah tidak menjerit-jerit lagi, namun dia akan terjaga di tengah-tengah malam kerana bermimpi buruk. Dan setiap kali itu juga, Syafiq akan bangun menenangkannya.

Mulanya dia tidak membenarkan Syafiq mendekati dirinya. Namun lama kelamaan Tania dapat menerima kenyataan bahawa Syafiqlah orang yang telah menyelamatkan dirinya malam itu. Dia masih mengingati wajah penjahat-penjahat itu, dan dia yakin Syafiq bukanlah salah seorang di antara mereka. Rasanya memang tidak ada wajah kacak Syafiq di kalangan penjahat itu. memang tidak syak lagi.

Jika manusia dibenarkan menyembah selain Allah, sudah lama dia sujud di kaki Syafiq sebagai tanda terima kasihnya. Namun, dia sedar tanpa izin Allah juga dia takkan mampu untuk bernafas lagi pada hari ini. Baginya, Syafiq adalah seorang hero! Superhero....ultraman, superman, spiderman...semuanyalah! hahaha...

“Hei...termenung!” satu cuitan hinggap di pipi. Tania berpaling dan satu senyuman di hadiahkan buat lelaki yang berada di sebelahnya saat itu.

“Eh, awak dah balik? Kenapa awal sangat, selalu kan awak balik pukul 6 petang?” dia sudah berani bermesra dengan lelaki bernama Syafiq Firdaus itu. Dah berani juga benarkan lelaki kacak tahap putera kayangan itu mencuit-cuit dirinya. kacak tahap putera kayangan? wah, metafora punya ayat!

Briefcase diletakkan di tepi sofa. Tali leher dilonggarkan. “Saya saja nak balik awal hari ni. Nak tengokkan awaklah!”

Tania tersenyum dan menggeleng perlahan. “Saya dah sihatlah!” tania diam. “Saya rasa, esok saya nak balik ke rumah sewa saya. Boleh awak tolong hantarkan?”

Syafiq membetulkan duduknya. Hatinya tiba-tiba resah. Resah? Kenapa ya? Macam rasa tak syok pula kalau tak dapat melihat lagi senyuman manis Tania. Aduh...apa aku nak buat supaya dia tak balik ya? Argh...gila! tapi kenapa aku nak halang dia balik pulak? Bukankah dia juga ada keluarga? Tapi...dalam seminggu ni aku rasa macam aku dah jatuh...

“Awak...saya cakap dengan awak ni!”

Syafiq tersentak. “Hah? Err...haa ya, ya...saya dengar.”

“Habis tu, macam mana?”

Mata Tania yang memandangnya itu ditatap penuh minat. Besarnya mata hitam dia! Eh, takkan pakai contact lense kot. Tapi sumpah, cantik sungguh mata budak ni. Bulu mata dia pun lentik macam pakai bulu mata palsu! Rupa Tania ni macam aku pernah nampak la...tapi macam muka siapa ya? Err... Salena Gomez la! Ha’ah...sebijik macam Salena Gomez...Salena Gomez Malaysia. Hahaha!

“Awak penat erk?” pipinya terasa di tepuk. Syafiq tersedar lagi. Masuk yang ini sudah berapa kali dia berkhayal. Ah gila!

“Apa kata kita bincang esok aje? Saya rasa awak belum sihatlah. Nanti kalau ada apa-apa jadi kat awak sape yang nak tengok-tengokkan awak? Lagipun saya tak fikir, bos tempat awak kerja tu nak ambik awak bekerja lagi memandangkan awak dah seminggu tak datang kerja, kan?”

Ha tu dia...alasan yang konkrit tetiba telah muncul. So tak ada sebab untuk Tania balik. Kau akan duduk kat sini temankan aku. Tak payah buat apa-apa pun tak apa, asalkan kau ada cukuplah! Aku pun tak faham kenapa aku dah jadi macam orang gila sejak akhir-akhir ni! Gilakan Tania??

Memang aku akui, gadis ini cukup cantik. Malah lebih cantik dari Irene yang sentiasa bermake up tebal. Tania sangat berlainan dari Irene. Walaupun aku cuma mengenalinya baru seminggu, tapi aku dapat rasakan sesuatu yang istimewa dalam diri Tania. Tania...nama dia pun cantik! Macam pelakon Mexico...mungkin mak dia minat tengok cerita Rosalinda kot. Sebab tu mak dia kasi nama Tania masa lahirkan dia! Hehehe....

“Awak, pergilah mandi. Saya dah siapkan makan malam untuk awak.” Laungan Tania dari dapur itu menyebabkan Syafiq bingkas bangun. Aduh...dah rasa macam bini yang panggil pulak!









Selesai makan malam, Syafiq duduk di sofa. Rancangan sukan dari channel Astro Supersport dibuka. Tak ada perlawanan malam ini. Remote ditekan-tekan lagi, mencari siaran yang menarik. Tapi hampa. Matanya mencari kelibat Tania. Dah masuk dalam bilik kot.

Syafiq bangun dan menuju ke bilik Tania. Pintu bilik diketuk. Sudah kebiasaannya, dia akan melihat keadaan Tania jika malam tiba. Kadang-kadang gadis itu akan menjerit tanpa sebab. Syafiq mulanya agak bingung dengan keadaan Tania. Tapi lama kelamaan dia sudah biasa dengan keadaan itu. Dia tahu, tania akan menjerit ketakutan jika malam tiba. Dia fobia jika bergelap atau memandang ke luar melihat langit malam. Parah betul!

Tiada sahutan dari dalam bilik.

“Nia! Nia! Awak buat apa? Awak okey ke?”

Senyap.

Aik? Takkan dah tidur kot? Tadikan baru dia selesai kemas meja?

“Nia! Nia!” ketukan dikuatkan ke pintu. Tapi tetap tiada sahutan. Diketuk lagi lebih kuat, tapi tetap tidak dibuka. Tombol dipulas, tapi berkunci. Apa dia buat ni? Okey ke tak?

Pantas syafiq menuju ke dapur. Lagi kabinet dibuka untuk mencari kunci spare. Ada pun! Segugus kunci dikeluarkan. Pantas lubang kunci dijolok dengan anak kunci. Elok saja Syafiq masuk ke bilik yang dulunya adalah bilik dia, Tania keluar dari bilik air. Bulat matanya memandang Syafiq yang tercegat di muka pintu.

“Opps....sorry!” pantas saja dia keluar dan menutup pintu. Tangan diletakkan ke dada. Terasa debaran di jantungnya saat melihat Tania tadi. Aduhh...mesti dia fikir aku sengaja nak tengok dia mandi! Tapi kenapa aku merasa berdebar-debar pulak ni? Lagipun bukan dia tak pakai apa-apa.

Ini memang kerja gila. Aku tak kenal siapa dia, tapi aku tak benarkan dia balik. Entah mak bapak dia risaukan dia entah tidak. Aku pun lupa nak tanya pasal famili dia. Seminggu dia tinggal kat sini, aku tak pernah nak tanya pasal apa sebenarnya yang berlaku. Tapi yang pastinya aku rasa sangat gembira bila Farid kata, yang Tania selamat dari menjadi mangsa rogol. Aku rasa lega sangat. Tak tahu kenapa. Macamlah Tania ni awek aku pulak! Ciss...

Ada satu rahsia lagi...aku masih tak beritahu pasal keadaan diri Tania. Aku tak beritahu dia yang dia sebenarnya masih suci. Pendek kata, masih dara! Rasa macam segan pulak nak bagitahu. Dia pulak masih trauma, jadi aku ambil keputusan untuk tidak membuka cerita tentang kejadian malam itu walaupun aku teringin hendak tahu.

Tiap-tiap malam Tania akan menjerit, histeria. Meracau dalam tidur dan kadang-kadang dia akan menangis sepanjang malam. Dan dalam tempoh seminggu ini juga aku sudah mencemar duli menjadi orang gaji pada Tania yang entah siapa-siapa ini. Aku telah memberikan bilik tidurku pada Tania. Hahaha...memang aku dah menjadi mereng. Selepas putus cinta dengan Irene, aku terus jadi gila dan hilang identiti diri. Tapi peliknya, aku tak rasa sedih pula dengan kehilangan Irene. Rasa biasa-biasa saja, walaupun pada malam kejadian aku ke apartment Irene, aku rasa macam nak bunuh saja perempuan itu!

Terima kasih juga pada Irene, kerana jika tidak kerana dia aku takkan terbabas sampai ke Jalan Duta dan bertemu dengan Tania.





No comments:

Post a Comment