Google+ Followers

Monday, January 21, 2013

JANGAN GANGGU JANDAKU! bab 8




Qwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmrtyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmrtyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmrtyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmrtyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdsdfghjklzxcvbnmqwertyuiopa                s dfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmrtyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmrtyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnm
jangan ganggu  JANDAKU!






                           taip pendek2 jer..buat lepaskan bosan....hehehe

BAB 8


“DIN, kau ni kenapa?” johan menepuk bahunya, perlahan. Jelas kelihatan di wajah sahabatnya itu ada riak pelik melihatkan dirinya yang duk termenung di hadapan tv yang tertutup itu.
Johan mencapai remote astro dan membuka chanel supersport. Namun anak mata masih saja melekap pada wajah sahabat yang berkerut seribu itu. Macam tengah memikirkan masalah negara yang entah hapa-hapa lah!
“Joe!” panggil Saifuddin, sepatah dengan mata masih di kaca tv walaupun mindanya melayang entah kemana.
“Ye bro...what’s up bro?”
“Kau rasalah kan...aku dengan Sofea tu...”
“aku dah agak dah! Memang aku dah agak dah!” pantas Johan menyampuk, tersengih sahabatnya itu. “kau memang ada apa-apa dengan Fea kan??”
Saifuddin mengeluh berat. Ini yang dia malas nak cerita ni. Belum apa-apa si Joe dah menyampuk. Habis berterbangan mood nak bercerita dia tadi. Aduii...
“Apa kes? Fea ada cakap apa-apa kat kau ke?”
Din geleng, lemah.
Johan kerut dahi. Ah sudah...pelik ni. Tadi mengeluh. Sekarang menggeleng-geleng pula. Sejak balik dari entah ceruk mana tadi, Din terus monyok duduk di sofa itu. Pelik juga dia sebab Din keluar dengan hanya memakai bermuda dan baju T aje. Santai sangat. Tak pernah sahabatnya itu keluar hatta hendak ke kedai Fatimah Baghdin di hadapan rumah dengan berpakaian seperti itu. Tambah pelik, Din bawak Hilux. Sudah pastinya dia keluar jauh dengan berpakaian begitu!
“Aku rasa, aku betul-betul sayang kat Asy lah!”
“Haih...sayang kat Asy aje ke? Kat mama dia macam mana pulak?eh, bukan dalam seminggu dua ni kau kata xde jumpa Asy ke? Fea tak bagi kau jumpa dia kan? Eh, kau ni dah rindukan budak tu ke? Ke kau rindukan mak dia yang cun tu?” bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Johan. Dah macam peluru berpandu Zionis pulak.
Masak aku nak menjawab soalan dia ni! Sudahnya Din bingkas bangun dan menuju ke biliknya. Dia sedia maklum, Johan bukanlah seorang pendengar yang baik. Hampir 2 tahun mengenali Johan, dia lebih senang menyimpan saja masalahnya sendirian dari bercerita pada Johan.
“Wei bro...apa ni? Cerita sekerat- sekerat! Tak aci lah...kenapa ngan Asy? Kau pergi jumpa dia ke tadi?”
“Tak adalah. Aku keluar ambik angin tadi!” jawabnya malas dengan pintu bilik yang sengaja tidak dirapatkan. Dia merebahkan tubuh atas katil dengan sebelah tangan di angkat ke dahi.
“Ambik angin??” bulat mata johan memandang ke pintu bilik Din. Kencing! Ambik angin apa sampai dibiarkan aje megi kembang semangkuk kat atas meja ni? Bukan tadi masa balik dari pejabat, Din kata lapar ke? Elok aje megi dah masak, dia buru-buru keluar. Dan sekarang, Din kata dia keluar ambik angin? Tak logik betul alasan mat ni!
“Aku nak tidur jap. Kejutkan aku isyak nanti joe!”
Ini lagi pelik ni...tidur lepas maghrib? Ini bukan Din yang aku kenal ni. Setidak-tidaknya bukan Saifuddin bin Mokhtar yang dia kenali dalam 2 tahun ni!
“Kau kenapa Din? Tersampuk apa sampai macam ni sekali teruk muka kau?” entah bila Johan muncul di pintu biliknya. Din mendengus, malas nak bersoal jawab.
“Aku penatlah.”
“Penat kenapa pulak? Tadi aku tengok kau elok aje masa balik kerja tadi?”
“Tu tadi...sekarang aku penat!” dia berkalih baring, membelakangkan Johan yang masih setia berdiri di muka pintu.
Johan jungkit bahu. “Okeylah...kalau kau perlu apa-apa aku ada je kat luar tu.” Dia tahu, silapnya juga tadi sebab tak beri peluang Saifuddin bercerita dulu. Bukan dia tak arif perihal Din. Pantang dia kalau belum apa-apa orang dah menyampuk. Tapi tulah, dia excited terlebih tadi. Yang Din pulak, nak sentap lebih-lebih pulak ni apasal? Aduii...
Elok aje Johan nak tutup pintu, Din bersuara. “Esok aku nak balik Kuantan jap. Kalau ada orang cari, kau cakap je aku ada kerja luar.”
“Orang mana?”
Din diam sekejap. Dia tahu Johan memang maklum siapa yang selalu mencarinya di rumah ini. “ siapa-siapa ajelah.” Dan dia terus mematikan kata. Mata dipejam rapat.
“Uncle, Asy rindu kat uncle. Uncle dah tak sayang Asy ke? Dah...” si kecil atas ribanya itu mula mengira-ngira dengan jari. “ Dah 12 hari uncle tak datang ambik Asy dari sekolah.”
“Sorry Asy...uncle ada banyak sangat kerja. Dah mama cakap dia boleh aje amik Asy dari sekolah, so uncle ingat Asy okey.”
Asyraf muncung. “Tapi mama tak ambik pun Asy dari sekolah.”
Din kerut dahi. “Habis tu? Siapa ambik Asy dari sekolah?”
“Asy balik dengan van sekolah. Mama cakap, mulai sekarang Asy dah tak boleh nak balik ngan uncle dan jumpa uncle lagi. Mama cakap lagi, kita jangan susahkan uncle sebab uncle banyak kerja. Uncle juga-“
“ Asy...” tetiba je Sofea muncul di situ, menarik tangan Asy dari ribaannya di ruang tamu. Asyraf dah semakin okey dari rajuknya. Rupanya si kecil ini merinduinya selama 12 hari ini. “Mak Jah, suapkan Asy makan ye? Fea ada hal nak cakap ngan abang Din.” Dan Asyraf bertukar tangan kepada Mak Jah yang setia berdiri di sisi Sofea.
Mak Jah mengangguk. “Jom Asy, kita ke dapur.” Dan saat mereka berlalu ke dapur, Sofea mengambil tempat duduk di sofa bertentangan dengan abang Din.
“Kenapa Fea macam cuba nak jauhkan Asy dengan abang?”
“Bukan macam tu niat Fea.” Mendatar saja suara Sofea di hadapan. “Fea tak nak susahkan abang. Lagipun, cukuplah selama ni abang berkorban untuk Asy dan Fea.”
“abang tak pernah rasa terbeban dengan kehadiran Fea dan Asy dalam hidup abang selama ni pun.”
Sofea tunduk memandang karpet bulu di kaki. Sesekali dia menguis bulu-bulu itu dengan jari-jari kakinya. “Mungkin dah sampai masanya abang fikirkan tentang hidup abang sendiri pulak. Fea selama ni dah banyak susahkan abang...”
“Boleh tak Fea jangan mention pasal perkataan susahkan abang tu?” Din mendengus. “Abang dah cakap, abang tak pernah rasa terbeban dengan kehadiran Fea ngan Asy kan? So, maknanya abang tak kisah. Lagipun, abang dah anggap Asy tu macam anak abang juga. Fea dah lupa siapa yang ada kat sisi Asy selama ni? Abang kan?”
“ Ya, Fea tahu.” Sofea angguk, setuju dengan kata-kata Din walaupun dia agak berdebar bila abang Din cakap yang dia dah anggap Asy macam anak dia juga. “ Tapi, Fea ada alasan  Fea kenapa Fea terpaksa buat macam ni.”
“Then tell me what’s your reason, now. I want to know.”
Patutkah dia beritahu abang Din yang dia tak betah lagi menyusahkan lelaki baik seperti abang Din. Bukan dia tak tahu perasaan abang Din padanya selama ini. Dia cukup faham, walaupun kadang-kadang tu dia saja buat tak faham. Dan dia sedar kini setelah 5 tahun, yang dia tak seharusnya bergantung hidup pada abang Din sedangkan hatinya tak ada pada lelaki itu. Dia tak mahu abang Din terus mengharap. Abang Din seharusnya memikirkan tentang dirinya sendiri juga.
“Fea...”
Sofea mengangkat wajah, memandang Saifuddin yang duduk di hadapan. Lelaki itu cukup sempurna. Perfect! Bukan seperti dia yang serba kekurangan. Anak yatim piatu yang tercampak entah dari ceruk mana. Dan kini, ada pula seorang anak yang tidak berayah. Ah, dia tak layak untuk lelaki sebaik abang Din.
“Fea, abang nak tahu kenapa? Kenapa Fea buat abang macam ni?”
“Macam mana?”
“yes. Fea jauhkan Asy dari abang. Fea tak benarkan abang pick up Asy dari sekolah dia. Tak benarkan abang bawa Asy keluar jalan-jalan. Fea tak benarkan dia telefon abang.”
“Fea minta maaf. Tapi, memang itu yang sepatutnya Fea lakukan sejak dulu lagi.”
“Fea nak cakap yang Fea dah tak perlukan abang sekarang?”
“Abang jangan fikir yang bukan-bukan, okey? Fea ni bukan orang yang tak mengenang budi. Fea berterima kasih kat abang yang selama ni dah banyak tolong Fea dan Asy. Hinggalah ke detik sekarang ni, Fea tahu Fea takkan dapat nak pisahkan abang dengan Asy, walaupun memang itu yang Fea nak lakukan.”
Saifuddin menghela nafas yang terasa tersekat di kerongkong.
“Fea taknak bagi harapan kat abang.”
“Maksud Fea?”
“Fea nak abang fikirkan pasal hidup abang sendiri. You have your own life! Dan Fea terlupa tentang itu selama ni. Fea minta maaf.”
Saifuddin bersandar lemah. Mungkinkah ini masa yang sesuai untuk dia berterus terang? “Fea, abang nak Fea tahu...yang abang dah anaggap Fea dan Asy sebahagian dari hidup abang.”
“Fea dah pernah cakap pada abang dulu, kan?”
Ya, Saifuddin ingat tu.
“Hati Fea bukan untuk sesiapa. Hanya untuk Asy. Fea taknak fikirkan pasal ni. Cukuplah bang, abang fahamkan, apa yang Fea maksudkan?”
Dia bukan bodoh untuk tidak memahami apa yang ingin Sofea katakan. “Abang faham...tapi abang nak berterus terang dengan Fea. Abang nak Fea tahu, abang memang sayangkan Asy dan...Fea!”
“Fea pun sayangkan abang. Tapi...Fea sayangkan abang just as my friend. My bestfriend. Fea pun dah anggap abang macam abang Fea sendiri.” Dan Sofea bingkas bangun. “ Fea nak sapu ubat kat dagu Asy!”
Sofea berlalu ke dapur, diiringi dengan panahan anak mata dari Saifuddin yang kaku di sofa. Lama juga dia terdiam di situ sebelum akhirnya bingkas bangun dan mencapai kunci Hilux.
Apakah itu bermakna Sofea menolak dirinya?
Sudahnya dia pulang dengan muka monyok hinggalah dia akhirnya membuat keputusan untuk pulang ke Kuantan esok.