BAB SATU
Tubuh terasa sangat berbisa. Sakit dan lenguh seluruh anggota. Tekak pula kering. Kaki tak mampu digerakkan. Tania cuba mencelikkan mata. Kepalanya masih terasa berdenyut-denyut. Seolah-olah ada sesuatu yang amat berat diletakkan di atas kepalanya saat itu.
“aku kat mana ni?” bisiknya perlahan. Dia melihat sekeliling. Dia berada di dalam sebuah bilik yang luas dan cantik. Langsirnya berwarna hijau dan hitam. Ada sebuah sofa kulit berwarna hitam diletakkan di hadapan katil. Katil yang didudukinya juga besar. Bukan katil hospital. Tilamnya lembut, bantal juga lembut hinggakan kepalanya terasa tenggelam di situ. Bilik itu juga berbau wangi. Bukan berbau ubat. Sahlah aku bukan berada di hospital!
Tania cuba bangun, namun tubuhnya terasa sangat lemah. Tangannya juga masih menggeletar. Direbahkan kembali kepalanya di atas bantal lembut tadi.
“Ya Allah...apa yang dah terjadi semalam? Apakah aku...aku dah tak suci lagi?”
Air mata mengalir lebat. Bayangan wajah mak dan ayah muncul di layar mata. Satu persatu juga peristiwa semalam terbentang di hadapannya. Terasa kembali kesakitan diperutnya akibat dihentak dengan lutut oleh lelaki durjana itu. Mereka telah mengoyakkan baju yang dipakainya. Mereka juga meraba seluruh tubuhnya.
“Mak!!!!! Tolong Nia mak!!! Mak, sakit mak!!! Nia sakit mak!!” satu jeritan yang ditahan akhirnya terkeluar juga. Tania tidak lagi dapat menahan perasaanya. Dia menjerit dan menjerit macam orang terkena histeria.
“Astagfirullahalazim....awak! mengucap, wak! Mengucap!” seorang lelaki masuk dengan terpinga-pinga. Lelaki itu hanya memakai seluar pendek tanpa berbaju. Tania semakin takut. Dia bertempik macam orang gila.
“Pergi! Jangan dekat! Pergi...korang jahat! Korang nak rogol aku! Pergi! Tolong...tolong...!!”
Lelaki itu keluar. Masuk pula seorang lelaki lain yang berbaju kemeja lengkap bertali leher. Tania masih lagi meronta-ronta dan bertempik. Sebatang picagari dikeluarkan dari beg dan seketika kemudian, tania mula rebah dan terdiam sebaik sahaja satu suntikan diberi. Sewaktu matanya terpejam, masih ada lagi airmata yang merembes keluar dari sepasang mata yang bercahaya itu.
“Mak..tolong Nia mak...maafkan Nia mak. Nia tak mampu....mak...maafkan Nia...maafkan Nia....maafkan Nia...”dan gadis itu terdiam, lesu dan tidak bermaya.
“Kesian budak ni. Mana kau jumpa dia ni Fir?” doktor Farid menggeleng perlahan. Sebak pula hati lelakinya melihatkan keadaan gadis yang terbaring di hadapannya itu.
Syafiq Firdaus mengeluh. Hatinya juga terasa sakit melihatkan keadaan itu. “Kebetulan, aku hampir nak accident semalam. Kereta aku terbabas kat bahu jalan. so aku keluar nak cek keadaan kereta aku. Masa aku keluar tulah aku nampak ada tiga orang lelaki kat dalam semak belakang bus stop. Bila aku hampiri mereka, aku nampak diorang tengah kerjakan budak ni. Aku selamatkan dia, dan aku tak tahu nak bawa dia ke mana...tu yang aku bawak balik ke rumah aku tu. Dan mujurlah ada kau yang boleh datang check keadaan budak ni.”
Doktor Farid menggelengkan kepala. “Mujur setan-setan tu tak sempat apa-apakan dia. Tadi aku dah suruh pembantu aku buat pemeriksaan pada budak ni, dan didapati gadis ni selamat dari menjadi mangsa rogol. Cuma...”
“Cuma apa?” baru Syafiq hendak menarik nafas lega, kerisauan pula datang mendengar perkataan cuma itu.
“Aku rasa, dia mengalami gangguan psikologi dalam masa terdekat ni akibat dari kejadian yang dialaminya. Dia akan menjerit dan tak mahu didekati oleh sesiapa. Trauma mungkin. Satu perasaan berdosa yang dirasakan kerana merasakan dirinya dah tidak suci lagi, kotor dan perasaan malu juga. Biasanya, mereka yang mengalami gangguan psikologi akibat dari kejadian seperti ini akan diberikan rawatan pemulihan. Akan mengambil masa juga untuk pulih. Bergantung pada diri dia juga. Tapi, mengikut pemeriksaan kami tadi, tiada pendarahan gynekologi pada gadis ini. So, dia bukan mangsa rogol, tapi mangsa cabul. Kau kena buat laporan polis. Hubungi keluarganya.”
Syafiq mengangguk perlahan. Maknanya, gadis ini masih suci lagi. Kalaulah aku terlambat sampai, apa agaknya yang akan berlaku. Mungkin hari ini orang akan menemui mayatnya saja kot. Hish...tak baik aku fikir macam tu. Syukur, gadis ni selamat.
“Okeylah, nanti aku akan cuba hubungi keluarganya. Tapi, berkenaan laporan polis tu, aku rasa aku akan tunggu sehingga dia sedar dulu kot. Sebab aku tak tahu apa yang sebenarnya terjadi. Harap-harap dia cepat sembuh. Lagipun aku ada banyak kerja kat ofis ni, tak boleh nak temankan dia, nak jaga dia. Ini pun aku terpaksa ambik MC. Entah apalah yang papa dan mama aku fikir sebab aku terpaksa off kan handphone.”
Doktor Farid tersenyum. Dia faham benar tentang masalah sahabatnya itu. Lelaki yang berdiri di hadapannya ini adalah anak kesayangan keluarga. Kerana itu jugalah, dirinya dikawal ketat.
“Yang kau bawak budak perempuan ni ke penthouse kau ni, makbapak kau tak tahu ke?”
Syafiq geleng. “Tak! Aku tak bagitahu mereka pun aku nak bermalam kat sini. Dah lama jugak aku tak balik ke rumah aku ni. Aku panik betul semalam, tu yang aku bawak budak tu ke sini. Nak bawak ke hospital aku takut. Yelah, nanti aku pulak yang kena soal siasat.”
“betul jugak. Kau tahulah pihak media, belum apa-apa nanti kau pulak yang keluar paper. Anak Tan sri dituduh merogol!”
“Hah, itu yang aku takut tu...”
t- shirt putih di sarung ke badannya yang sasa. Dalam otak ligat berfikir, apa aku nak buat dengan budak perempuan ni? Dalam handbagnya cuma ada purse aje, tak ada handphone atau buku nota. Aduh, gila! Takkan aku nak simpan dia kat sini? Sampai bila?
No comments:
Post a Comment