Saturday, November 9, 2013

Rupanya, susah nak jadi seorang novelis!


Rupanya susah nak jadi seorang novelis ni...haha

Aku yang dulu, bukanlah yang sekarang. Dulu, aku single...sekarang aku ada anak empat orang. Dulu, aku ada banyak masa nak berangan, sekarang nak rilek pun dah tak senang.

Masa beli laptop baru ni dulu, punyalah berangan nak siapkan satu novel. Yelah, cita-cita aku sejak dibangku sekolah lagi tu. Dulu, masa menulis kat dalam buku latihan, rasa mcm senang je. sekarang, dicampur dengan kekangan waktu nak menulis, dah bertahun impian aku tu berkubur begitu sahaja.

Anak-anak pun manja kemain. Nak menulis je, dia datang tidur kat atas buku. Buka laptop je, dia cepat je tutup kat suis. Sayang kat Macbook punya pasal, aku mls nak buka laptop. So, idea dan terbang melayang entah kemana.

Aku tabik la kat semua penulis2 yang dah berjaya hasilkan buku sendiri. Dulu, bila aku baca novel orang, cepat je aku kondem kalau jalan cerita tak best ke apa ke....Sekarang, baru aku tahu betapa susahnya nak hasilkan sebuah buku tu.

Untuk orang yang suka kondem hasil kerja orang lain tu, aku nak nasihat... Kalau ko pandai sgt, cuba ko hasilkan buku sendiri, tengok! best ke tak? haha...

rasanya, sekarang aku lebih suka baca novel kot...
















1 comment:

  1. AsSalam.

    Usia saya yg sebegini dah tak berselera sangat nak baca novel cintan-cintun jika dibandingkan semasa usia saya belasan sehingga awal 20-an. Takbik spring Lina Ayie boleh layan dan kumpul novel2 cinta.

    ReplyDelete