Monday, August 11, 2014

Cintaku Original Not For Sale! BAB 5

HEHE...Sebelum baca tu aku nak nasihatkan, jangan mudah terpengaruh dengan hasil khayalan aku yg kadang2 melampau ini. Ada sedikit jalan cerita yang aku belum edit lagi sbb tahap koya yang terlampau tinggi disitu. KihKihKih... So, abaikan saja jika anda semua dapat mengesan ke koya an aku yang tanpa batasan itu ye?
Peace!!
Selamat membaca!!


BAB 5

“Kau ni memang dysprexia betullah! Tengok! Macam manalah baju kau ni boleh comot macam ni? Kau jatuh kat mana ni hah?” Abang Ashraf yang hanya tua tiga tahun dari Umairah itu dah membebel macam mak nenek.
“Perkataan ‘dyspexia’ tu kau tolong jangan sebut-sebut boleh tak?” mengingatkan aku pada lelaki tinggi itu saja. Sudahlah beberapa hari ni asyik duk terbayang muka dia aje. Huh, menyampah betul! Sekarang wajah Prof azim dah tak dapat nak ingat dah…dah tenggelam dek kerana wajah dewa kayangan tu! Tolonglahhh…
“Hoi, takkan sebut perkataan tu aje pun kau dah nak angin?”
“Mana ada angin…” malas nak layan. Dahlah beg ni berat, bukan dia nak tolong angkat! Grrr…
“Dah tu, yang kau menonong ke depan tu apa kes? Kereta aku kat sini lah!” Ashraf tunjuk kereta Toyota vios dia yang elok sahaja terparking depan stesen bas itu.
Umairah tepuk dahi. Itulah…ramai sangat yang cakap aku ni dysprexia…kan dah betul-betul dyspraxia dah sekarang ni? Uwaaa…
“Angkat baju kau tu…nanti kang tak pasal-pasal kotor seat kereta aku ni.” Sempat ashraf berpesan sebaik melihat umairah dah sedia untuk duduk di kerusi keretanya yang baru sahaja dibasuh beberapa hari yeng lepas itu. Nampak macam kesan minyak hitam pada baju Umairah. Ish…tak habis-habis nak tertonggeng! Sejak kecik umairah ni agak lembik orangnya. Jalan pun selalu nak jatuh. Itulah, suruh makan calsi yum, tak nak! Huh..
“Kau ni ikhlas ke tak datang ambik aku ni abang Ash?”
“la, lagi mahu tanya? Kalau tak ikhlas, takkan aku tercongok kat sini sejak maghrib tadi lagi, tau tak?” tak mahulah dia cakap yang dia memang sengaja datang awal sebab takut ada orang yang akan ambil kesempatan kat adik dia yang comel ni kalau dia lambat sampai. Nanti, perasan pulak semek ni. Bukan dia tak tahu perangai Umairah yang perasan tahap gaban ni.
“Dah kalau ikhlas tu, senyumlah sikit! Ni tak, sejak aku sampai lagi kau tak habis-habis nak marah aku. Ni yang aku malas balik ni…” rajuk umairah. Dia suka kalau Abang ashraf pujuk dia. Untung-untung dapat makan ikan bakar kat medan selera nanti! Huhu…best nya!
“Abang kau ni, bukan taknak senyum Umairah oi. Tapi aku takut ada perempuan lain yang tengok aku senyum nanti, kang tak lena tidur pulak malam nanti. Kesian jugaklah!”
Ceh, ayat perasan tahap tak ingat!
“kau bukan tak tahu abang kau ni kacak. Tadi pun aku perasan satu awek ni sampai tertinggal bas sebab syok sangat duk tengok aku. Adui, kesian pulak aku tengok dia tadi.” Kereta membelok masuk ke jalan Yahya Ahmad.
“Uwekk…nak muntak aku dengar cerita epic kau tu abang Ash!”
“Weh, cerita epic apa ke bendanya? Cerita benar ni oi.”
“Ah, malas layan kau abang Ash. Aku penat tau tak? Enam jam dalam bas, macam nak tercabut pinggang aku ni.” Umairah menggeliat. Perjalanan dari KL ke Dungun hari ni amat perlahan. Beberapa kali bas berhenti di terminal Kuantan dan beberapa RnR. Setiap kali berhenti tu, sikit punya lama! Sakit jiwa Umairah yang tak boleh nak turun sebab baju kotor. Malu pula nak turun. Mujurlah segala pundi-pundi pembuangan air dia tidak buat hal. Kalau tak…tak tahulah macam mana.
“Eh, jalan kat sini bila siap baiki?” mata Umairah meliar ke luar tingkap kereta. Melihat pembangunan Bandar Dungun yang sudah beberapa bulan dia tinggalkan. Last dia balik, masa hari raya hari tu. Ada dalam setengah tahun jugak tu. Lama jugaklah. Sampaikan jalan yang dulu dalam proses pembinaan sudah siap sepenuhnya. Projek jalan yang terbengkalai agak lama juga.
“Tulah kau dik…kalau cuti, bukan kau nak balik jenguk mama. Sibuk nak kerja part time! Macam tak cukup aje duit yang aku ngan Kak Farah kirim kat kau setiap bulan tu.” Kereta berhenti di traffic light berhampiran TM Point. Wah, kat sini pun dah ada traffic light? Kelass…
“Bukan tak cukup, aku nak belajar berdikari. Kau pun tahu yang aku ni jenis yang tak suka bergantung kat orang, kan? Duit yang kau ngan kak farah tu kirim, ada je aku simpan. Nanti aku nak buat tambah untuk sambung belajar kat oversea pulak!”
Ashraf diam. Dia tahu cita-cita umairah. Nak belajar tinggi-tinggi dan jadi pereka grafik terkenal. Adiknya memang berbakat dalam seni reka. Dia juga berbakat dalam melukis. Semoga impian kau tu akan jadi kenyataan dik!


Kereta vios putih berhenti di hadapan sebuah rumah batu setingkat. Rumah terang benderang. Macam hari raya pula. Dengan lampu berlip lap yang sengaja dipasang, dan halaman rumah yang terang benderang dengan lampu pagar.
“Mama mana?” soal Umairah sebaik kaki melangkah masuk ke rumah peninggalan arwah papanya itu.
“Ada kat dapurlah tu. Dari siang tadi duk memasak, suka hati sangat anak bongsu dia nak balik.” Ashraf terus landing atas kerusi panjang depan tv. Ada sedikit suara orang cemburu di situ. Mana tidaknya, dengar sahaja Umairah nak balik, mama dah sibuk suruh dia ke pasar beli ikan tongkol untuk di buat lauk kegemaran adiknya itu. Singgang ikan aya! Huh…dahlah dia tak suka ikan singgang!
Umairah berlari macam budak kecik ke dapur. Nampak sangat macam orang belum matang. Ashraf geleng kepala. Remote Xbox dicapai dan dia meneruskan game lumba kereta yang tergendala sejak maghrib tadi.
“Assalamualaikum mama…!!” umairah menjerit. Sambil tubuh ibunya yang kurus itu dipeluk erat. Mama dah masuk umur 48 tahun ini. Tapi body maintain slim macam anak dara.
“Maira…kenapa menjerit kuat-kuat macam tu? Tak elok anak dara buat perangai macam tu tau tak?” mama sempat pura-pura ingin mengetuk kepala Umairah dengan senduk di tangannya. Umairah pula pura-pura mengelak, walhal dia tahu mamanya saja mengertak.
“Maira teruja tengok mama!” pipi ibunya itu dicium, berkali-kali. Dasar anak manja!
“Hei, budak ni..jangan cium mama macam tu. Mama busuk ni tau?”
“Mana ada busuk…wangi aje maira bau…” Umairah masih memeluk pinggang mamanya. “Ma masak apa ma?” sambil terjenguk-jenguk dalam periuk yang sudah ditutup api oleh mamanya tadi.
“ Singgang ikan tongkol lah! Ke ada lauk lain lagi yang Maira nak request?”
“Hm…ada!” maira teringat pula pada pajeri nenas hasil tangan mama. Fuh sedap memang tak ada yang boleh lawan. Kuahnya pekat dan cukup rasa, masam, manis, masin.
“Maira nak makan apa?”
Tapi teringat pula yang hari dah jauh malam. Mana nak cari santan, kan? “ Er…menu yang tu Maira nak request untuk esok. So, esok sajalah Maira bagitau, ye?”
Puan Norsiah menggeleng kepala. “Macam-macamlah kamu ni Maira…Eh, ni kenapa dengan baju kamu ni Maira? Macam kerbau berkubang dalam lumpur saja?”
Umairah mencebik bibir. “Apa mama ni? Cakap Maira kerbau pulak…”
“Kan tadi mama cakap macam…”
“Mana boleh….mama samakan Maira dengan kerbau…Maira ni kan anak manja mama yang comel. Mana boleh mama samakan Maira dengan kerbau!”
Puan Norsiah menggeleng kepala tanda malas nak layan perangai manja Umairah itu. Dari dulu lagi, anak bongsu yang sorang ni selalu saja terjatuh. Itu, entah terjatuh kat manalah pula tu.
“Maira masuk bilik mandi dululah!” suara merajuk.
“Aik? Merajuk?” Puan Norsiah ketawa melihat muncung Umairah yang panjang sedepa itu.
“Tak ada maknanya nak merajuk. Maira nak mandi, solat!”
“Hah, baguslah tu. Suruh abang Ash kamu tu imamkan solat isyak kita nanti.” Laung Puan Norsiah sebaik melihat umairah sudah membuka pintu untuk masuk ke bilik tidurnya.
“Abang Ash, mama suruh imamkan solat isyak nanti!” lagi kuat laungan Umairah, kedengaran sampai ke dapur.
 Puan Norsiah usap dada, terkejut. Apa nak jadi dengan anak dara aku tu. Tak habis-habis nak menjerit. Kalau tahu Umairah nak menjerit macam tu, baik dia sahaja yang bagitahu ashraf nanti! Huh…maira…Maira…bilalah kau nak jadi dewasa, nak?


BMW M6 warna merah metalik sudah sedia di perkarangan banglo mewah itu. Beberapa orang lelaki dengan pakaian sut hitam dengan kaca mata hitam, berdiri di samping kereta itu. Wajah mereka serius sahaja.
Seketika, mereka semua menunduk hormat di saat seorang lelaki berkaki panjang melangkah ke arah mereka.
“Selamat petang, Tuan!” Ucap Nick, selaku ketua di situ.
“Hm..” beg baju dicampak ke tempat duduk belakang. Hari ni dia hanya mengenakan jeans dan t shirt polo putih. Rayban yang dipakai menunjukkan dia dalam mood santai.
“Aku taknak di ganggu untuk seminggu ni. Apa-apa hal kau contact Felina kat pejabat.” Suara yang keluar sangat serius tapi sedap didengar. Semua yang berdiri, angguk. Mereka yang berada di situ adalah ketua unit pengurusan syarikatnya. Juga adalah pengawal peribadi dan drivernya.
“ Boleh aku ikut Mr Rich?” Nick menyoal. Bimbang rasa hatinya membiarkan bos kesayangannya itu keluar bercuti sendirian. Selama ini, sekalipun Mr Rich ke luar negara untuk bercuti, dia pasti akan dibawa bersama. Selama lima tahun ni, dia setia berkhidmat tanpa pernah sehari pun dia meninggalkan bosnya itu. Bukan dia suka sangat pergi bercuti, tapi dia bimbangkan keselamatan Mr Rich. Bukan dia tak tahu zaman sekarang ni banyak kes jenayah yang berlaku. Dan dia tak mahu sesuatu yang buruk berlaku pada bosnya.
Farish tepuk bahu Nick. “ Tak payah. Kali ni aku nak bercuti sendirian sahaja. Kau pun dah lama tak balik jenguk keluarga kau kan? Apa kata masa seminggu ni kau balik jumpa mereka? Aku akan ok-ok saja… apa-apa hal nanti, aku roger kau. Kau tahu apa nak buat kan?”
Nick angguk. Dia tahu yang semua kenderaan Mr rich dilengkapi dengan alat pengesan. Dan menjadi tugasnya untuk mengetahui ke mana Mr Rich pergi setiap masa, setiap saat!
Farish berpaling pula kepada Zul yang bekerja sebagai driver di darat untuknya. “ Kau pun tak payah ikut. Aku nak drive sendiri.”
Zul terpinga-pinga. Begitu juga yang lain-lain. Drive sendiri? Ah, apa ke pelik benar kelakuan Mr Rich kali ni? Ini memang tak pernah tercatat dalam sejarah. Hari ni sudahlah Mr Rich lumpuhkan semua system kawalan keselamatan peribadi untuknya, dia juga nak pandu kereta sendiri? Ini bukan Mr Rich mereka…
“Tapi tuan…”
Farish angkat tangan. Tanda dia tak mahu mendengar sebarang bantahan. Semua kecut perut, dan tunduk.
“kau dah buat reservation kat hotel untuk aku?”
“Dah Mr Rich!” Nick angguk. “ Semuanya under control, mengikut rancangan.”
“Bagus!” dan Farish terus masuk ke dalam kereta. Enjin dihidupkan, mengaum bak harimau yang garang. Dia melaraskan tempat duduk, agar selesa dengan kakinya yang panjang itu. Gps sudah sedia terpasang dan siap di setting oleh Nick. Farish lihat cermin sisi, dan terus memasang seat belt. Dia memang seorang yang mengutamakan keselamatan.
Wah, sudah terlalu lama dia tidak mempraktikkan skil pemanduan di jalan raya. Waktu lapang dia lebih suka belayar dengan kapal persendirian ke pulau-pulau yang terpencil. Dia amat sukakan keindahan alam, suka bersendirian. Namun, ini adalah buat julung-julung kalinya dia benar-benar bersendirian! Tanpa sesiapa menemaninya.
Farish angkat tangan, dan kereta terus menderum pergi meninggalkan perkarangan banglo mewah miliknya yang agak terlindung dari pandangan mata manusia di kota KL ini. Didirikan atas tanah persendirian seluas 12 ekar, agak jauh dari kesibukan Kuala Lumpur. Mempunyai lapangan pendaratan pesawat persendirian di belakang rumah, dan mempunyai padang golf sendiri. Tidak ramai yang tahu terbinanya sebuah istana di sini, walhal sudah berbelas tahun ianya tersergam di situ.
Farish Razak, adalah seorang lelaki yang sukar diramal. Pemikiran dan tindakan yang diambil, bukan boleh dipersoal oleh orang lain. Semua keputusan dan kata-kata yang keluar dari mulutnya adalah umpama arahan yang tidak boleh dibantah.
Namun, dari satu sudut yang berbeza, dia punya sekeping hati yang penyayang. Baik hati! Hanya orang-orang tertentu sahaja yang tahu itu. Mungkin, ramai yang tahu lelaki itu sangat sombong dan ego. Tapi itu adalah lumrah bagi seorang ahli perniagaan sepertinya. Dia harus berpewatakan seperti itu untuk mempertahankan dirinya. Tanpa dia sedar, perwatakan seperti itu yang berterusan, telah menenggelamkan sifat baik dalam dirinya.
Nick terus bergegas ke bilik kawalan, tempat dia banyak menghabiskan masa dalam tugasnya. Dia telah diberi kepercayaan oleh Mr Rich untuk menjadi ketua pengawal peribadinya.satu tugas yang sangat berat, tidak boleh dipandang sebelah mata.
“Testing...testing...123...” Nick bercakap sesuatu pada microfon kecil yang terpasang pada skrin. Keadaan bilik itu agak sibuk. Bilik yang luas itu dipenuhi dengan skrin dan alat elektronik yang bermacam jenis. Sebiji macam bilik kawalan udara. Berpuluh orang pekerja sedang menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.
“Roger and out!” satu suara kedengaran di sana.
Nick kerut dahi. Aik? Terus roger and out? “Mr Rich, wait!!” tahu yang Mr Rich sedang cuba mematikan alat pengesan satu. “ Aku just nak pastikan alat tu berfungsi dengan baik. Please jangan...” belum sempat dia habiskan ayat, kedengaran bunyi berdesir yang kuat, tanda bahawa alat pengesan satu sudah dimatikan. Ya Allah, kenapa budak ni jadi degil macam ni?
“Jalil, kau check alat pengesan dua,” arah Nick pada lelaki yang sedang memerhatikannya. Bukan Jalil sahaja, semua yang ada di situ terkesima dengan tindakan Mr Rich.
Jalil menjalankan tugasnya dengan baik. “ Ok tuan. Saya dapat kesan yang Mr Rich sekarang baru melepasi plaza tol karak.”
“Karak? Plaza tol?” Nick pejam mata. Tak dapat nak bayangkan orang paling kaya itu sedang membayar tol di situ. Ya Tuhan...kenapalah lelaki itu berdegil untuk memandu sendirian? Kalau naik air wolve, agaknya sekarang mereka dahpun sampai ke sana.
Tapi, benarkah Mr Rich sekarang dah melepasi Tol Karak? Tidakkah itu terlalu laju untuk sampai ke sana hanya dalam masa 20 minit? Jarak rumah rahsia ini dengan karak, adalah dalam 50 km!
“Sambungkan aku pada pengesan dua!” Nick dah gelabah. Dia tahu yang Mr Rich sekarang sedang dalam kelajuan maksimum. Dia dapat lihat di skrin yang kereta dipandu sedang bergerak laju dengan lampu merah sedang berkelip-kelip.
“ Mr Rich, i'm so sorry for disturbing you now. But please reduce your speed, now.”
“Kau mengarah aku ke, Nick?”
“No, but...” Nick garu kepala. “I'm just give my advice.”
“Just go back and sleep!”
“Kelajuan itu mampu membunuh, Mr Rich.”
“Gangguan kau yang akan membunuh aku! So please stop disturb me!” kereta membelok di selekoh genting sepah. Farish mencabut alat yang menyala di bawah stereng keretanya. Dicampak keluar tingkap. Berkecai.
Farish fokus pada pemanduan. Sudah lama dia tidak memandu begini. Rasa sangat teruja! Rasa seperti sedang berlumba di litar!
Namun, sampai ke saat ini dia masih belum dapat percaya pada tindakan yang diambil oleh diri dia sendiri. Membahayakan nyawanya sendiri kerana seorang budak kecik? Err...apa yang ada pada gadis itu? Teringin sekali untuk lihat bagaimana suasana kampungnya.
“I ada seorang abang, dan seorang kakak. I anak bongsu dalam keluarga. My mum yang jaga kami adik beradik setelah my dad meninggal sewaktu I kecil lagi. Tapi I bersyukur, sebab kami adik beradik sentiasa bersama sehinggalah masing-masing dah besar dan punya kerjaya sendiri sekarang ni…”
terngiang-ngiang di telinganya suara ceria yang menuturkan ayat itu. Ada senyuman lebar yang terukir di bibir sesudah menyatakannya tempoh hari. Dia mungkin punya sebuah keluarga yang bahagia. Bertuahnya!
Sesaat, riak wajah farish bertukar. Sedih dan hiba. Keluarga yang bahagia? Kenapa dia tak mampu memiliki perkara yang satu itu? Kenapa? Apa yang kurang dalam hidupnya? Kenapa perkara yang terlalu ingin dia dapat itu, tidak dapat dibeli dengan wang yang dia punya?

Ah, hidup ini memang tidak adil!

No comments:

Post a Comment