BAB 7
“Mama...betul ke Asy ni
anak luar nikah, ma?”
Anak luar nikah??
Sofea terkedu di situ.
Hampir-hampir dia rebah bila soalan itu terpacul keluar dari mulut si kecil
kesayangannya itu. Ya Allah! Ya Allah!
“Mama...kenapa mama
diam? Betul ke Asy ni-“
Cepat-cepat mulut
Asyraf ditutup dengan tapak tangannya. Sofea menggeleng. Tidak sanggup
mendengar perkataan itu keluar sekali lagi. Ya Allah! Ya Allah! Dia tidak mahu
mendengar apa-apa saat itu. Dia cuma ingin meraung dan menangis. Tidak tahu
untuk menjawab apa pada soalan Asyraf itu.
Air mata gugur di tubir
matanya. “Kenapa tanya macam tu sayang? Tak baik cakap macam tu.” Airmata
diseka pantas. Dan dia menarik keluar kain kasa dari peti first aid di atas meja dapur itu. Dikeluarkan minyak gamat, dicuah
pada kain kasa. Terketar-ketar tangannya saat itu dan hampir saja minyak gamat
itu tertumpah ke lantai. Matanya kelabu dengan airmata yang mula bergenang.
“Mama...kenapa mama
nangis?” tangannya ditarik Asyraf, lembut. Sofea duduk, menghadap Asyraf yang
masih memandang tepat ke anak matanya. Tangan kecil Asyraf mengesat air mata di
pipi siibu itu.
Sofea menarik tangan
Asyraf. Dicium lembut dan diletakkan dipipinya. “Bukan, sayang. Asy bukan anak
luar nikah. Asy anak papa dan mama.”
Mata Asyraf bersinar.
“Maknanya, Asy ada papa?” jelas kedengaran ceria suara si anak kecil itu.
“Ada sayang. Papa Asy
hensem sangat. Hidung dia sama macam Asy. Senyuman dia pun sama macam Asy.
Erm...dia pun ada lesung pipit kat pipi kanan dia tau!” suaranya cuba
diceriakan sambil mencubit pipi kanan Asyraf. Asyraf senyum. Kelihatan lesung
pipit di situ. Sofea terpana seketika. Seraut wajah itu menjelma dilayar mata.
“Betul ke ma?”
Sofea angguk. Kain kasa
yang dicuahkan minyak gamat tadi ditekap ke dagu Asyraf yang lebam dan hampir
terluka itu. “Iya sayang...papa Asy hensem macam Asy!”
“Jadi, papa ada lah
mama??”
“mestilah ada. Kalau
papa tak ada, macam mana Asy boleh ada dengan mama sekarang ni?” wajah si anak
berubah, mungkin keliru dengan penjelasan itu. Sofea menghela nafas. “Asy lahir
bila papa dan mama saling menyayangi satu sama lain, okey? Papa + mama = Asy.”
Kedua-dua jari telunjuk diangkat, perlahan lahan dan di satukan. Kemudian
kedua-dua jari itu ditujukan kedada Asyraf.
Asyraf ketawa. Yes! Dia ada papa. Maknanya apa yang
dikatakan Zakri tadi tidak benar. Tapi...siapa papa? Mana dia?
“Mama!” tangan mamanya
ditarik lagi. Kali ini lebih kuat. “ Mana papa Asy, mama? Asy nak jumpa papa!”
Sofea terdiam. Kaku.
Dia terjerat dengan ceritanya sendiri. Apa dia nak jawab pada Asyraf? Bagaimana
dia nak terangkan pada anaknya itu sedangkan dia sendiri tidak tahu dimanakah
lelaki itu sekarang ini. Entah hidup atau mati!
Mati? Ah...mungkinkah
itu alasan yang patut pada ketika ini? Berdosa tak kalau dia berkata bahawa
papa Asy dah mati? Huh, dia tak ada masa nak berfikir pasal dosa dan pahala
pada ketika ini. Tambahan pula apabila melihat sinar mata yang penuh
pengharapan dari mata bulat di hadapannya itu. Lagi berdosa kalau dia memberi
harapan palsu pada anak sekecil Asy, sedangkan dia sendiri tak pasri di manakah
lelaki bergelar papa pada Asyraf itu!
“Sorry to tell you
sayang, but i think, this is the best time to tell you. Even they also crush my
heart,” dia berhenti seketika. Memandang ke lantai. Tak sanggup melihat ke mata
anaknya yang penuh dengan tanda tanya dan rasa ingin tahu itu. Boleh ke dia
menyatakan bahawa papa Asy dah mati? Boleh ke?
“Tell
me, mama! I want to know where is papa. I want to meet him, and ask him, why he
doesn’t come to see me and you!”
Sofea menggeleng.
Airmata merembes laju. “No! It’s
because...”
“Because
what?”
“Because...your
papa is no longer in this world sayang!”
Bulat mata Asyraf
memandang ke arahnya. “You mean?”
“Your
papa is dead!”
Asyraf menggeleng
kepala. “No! It’s not true!” jerit
Asyraf.
“It’s
true, sayang!”
“No!” tubuhnya yang ingin mendakap Asyraf ditolak. Sofea jatuh
terduduk. Tubuhnya tertolak meja. Botol kaca minyak gamat jatuh ke lantai
marmar. Berkecai. Asyraf sudah berlari entah ke mana sambil menjerit, ‘You’re liar! You’re liar!’ berkali-kali
sehinggalah suara kecil itu hilang dari pendengarannya.
Mak Jah muncul di muka
pintu dapur. Terkejut dia dengan bunyi bising tadi. Dan matanya bulat melihat
Sofea terduduk di bawah meja sambil menekup mulut dan tubuh terhinjut-hinjut
menahan esakan.
“Fea!! Fea, kenapa ni?”
mak Jah berhenti seketika bila melihat kaca dari botol minyak yang bersepai di
lantai. Ya Allah, apa lagilah yang si Asy ni dah buat?
“Mak Jah...Fea jahat!
Jahat sangat! Fea dah cuba nak jadi ibu yang baik pada Asy, tapi Fea dah gagal
Mak Jah! Fea rasa Fea dah tak mampu nak tanggung semua ni sorang-sorang. Fea
dah tak tahan!” tubuh mak jah didakap dan sofea terus mengongoi macam budak
kecik yang baru kematian kucing kesayangan.
Mak Jah mengusap perlahan
bahu anak angkatnya itu. Dia faham. Faham sangat dengan apa yang dirasai dan
dilalui oleh Sofea sekarang ini. Selama 6 tahun dia mengenali Sofea, tidak
pernah gadis itu menagis beria-ia seperti sekarang. dia tahu, gadis manis yang
sentiasa tersenyum pada sesiapa sahaja itu menyimpan satu perasaan yang sarat
dengan kesedihan.
No comments:
Post a Comment