JANGAN GANGGU JANDAKU
BAB SATU
Pengumuman ketibaan
pesawat dari London bergema dari corong speaker di lapangan terbang KLIA.
Saudara mara yang siap sedia menunggu ketibaan orang tersayang mula bangun dan
tertinjau-tinjau ke arah pintu balai ketibaan antarabangsa. Mencari kelibat
orang yang di tunggu-tunggu muncul di situ.
Agak lama juga untuk melepasi
pemeriksaan imigresen sebelum mereka yang baru tiba dibenarkan keluar. Nun di
celah-celah penumpang yang baru tiba, kelihatan seorang lelaki kacak sedang
menolak troli bagasinya yang sarat. Tiada keceriaan di wajah lelaki itu. Cermin
mata gelap yang dipakai ditarik ke atas kepala sewaktu pihak imigresen meminta
pasportnya untuk diperiksa.
“Selamat pulang ke
tanahair Encik Danish Rifqi...” kata wanita yang bertugas sebagai pegawai
imigresen di pintu ketibaan. Pasport di hulurkan kembali kepada lelaki kacak
yang bergaya ala-ala model iklan itu. Senyuman nipis di hadiahkan pada wanita
yang memakai tag nama Karina itu. Muda lagi kot...mungkin umur dalam 20-an.
Menyedari itu adalah
pemeriksaan terakhir dan dia kini sudah berada di tanahair sendiri, Danish
menarik nafas panjang. Terasa satu suasana yang sungguh berlainan sekali saat
udara Malaysia menerobos ruang hidungnya dan memenuhi segenap jantungnya.
Terasa satu bebanan rindu terlepas pergi. 6 tahun lamanya, bumi Malaysia ini di
tinggalkan. Kini dia sudah kembali dalam misi mencari semula identiti dirinya
yang telah hilang sejak menetap di kota London.
Dia melangkah menuju ke
pintu keluar. Beberapa buah limosin dan teksi lapangan terbang terpakir di
sepanjang jalan. Seorang pemandu teksi menghampirinya dan menawarkan bantuan
untuk menghantar ke destinasi. Namun Danish menolak dengan lembut. Menurut
mamanya, Pak Jak akan datang menjemput. Namun lelaki tua yang telah bekerja
selama berbelas tahun dengan keluarganya itu masih belum kelihatan.
Danish yakin dia masih
mampu mengingati wajah Pak Jak sekalipun sudah 6 tahun tidak melihat lelaki tua
itu. Dari dalam tadi dia sudah mencari-cari kelibat Pak Jak. Agaknya masih
belum sampai lagi kot,fikir Danish sambil membelek Tag Heuer di tangan.
Dia memakai kembali
kaca mata hitam yang sedari tadi terselit di atas kepala. Terik matahari Kuala
Lumpur membuatkan matanya sedikit pedih dan berpinar. Lama tidak berpanas
seperti ini membuatkan dia rasa tidak selesa.
Tiga orang gadis
menghampirinya sambil tersenyum-senyum. Apa pulak budak ini mahu dari aku?
Rasanya, aku tak pernah kenal diorang ni. Tapi...kenapa diorang senyum kat aku
pulak? Fikir Danish pelik. Dia berpaling ke kiri dan kanan takut-takut orang
yang dimaksudkan oleh gadis-gadis manis itu adalah orang lain.
“Abang, abang..”
panggil seorang gadis yang memakai jeans dan t-shirt sendat itu.
Danish angkat kening.
Dia berpaling lagi ke belakang. Namun tiada sesiapa lagi melainkan dia sahaja
yang tercegat di situ.
“Abang ni artis kan?”
Ha? Bulat mata Danish
walaupun yakin gadis-gadis itu tidak melihat reaksinya itu dek kerana
terselindung di balik kaca mata hitam. Artis mana pulak lah yang di maksudkan
ni? Mengarut!
“Boleh kitorang nak
ambik gambar dengan abang tak?” pinta gadis yang satu lagi sambil menyuakan
kamera digitalnya.
Ah sudah...kerja gila
apa pulak nak ambik gambar aku ni? Namun belum sempat dia berkata apa-apa,
kedua-dua gadis itu sudah bertempek di sisinya sambil yang seorang lagi mula
menekan butang snap.
“Hei, wait! Wait!” Danish angkat tangan pantas
belum pun sempat si gadis bertudung hijau itu merakam gambarnya. Dia membuka
kaca mata hitam. “sorry, i think you’re
wrong person. I’m not anyone else and i’m not an artist! Sorry girls.”
“eh, muka abang ni
macam Aaron Aziz la...abang jangan la sombong pulak.” Rungut si gadis yang
bertudung hijau. Mulutnya dimuncungkan. Dua lagi rakannya memandang Danish atas
bawah. Macam tak puas hati dengan penjelasannya sebentar lagi.
“Aaron Aziz which one that you’re talking about? Don’t waste your time.
Correct me if this is the person you mean, i would never walk alone. I must
bring my PA or anyone alse. Right?” Bersungguh-sungguh Danish menerangkan
hal yang sebenar. Takut pula gadis-gadis manis itu berkecil hati. Kan tak
pasal-pasal Aaron Aziz yang dimaksudkan
mereka tadi tu dilabelkan sombong. Tapi betul ke aku ni ada rupa artis?? Ah
sudah...perasan pulak!
“Hm...ye jugak kan
Mila.” Kata salah seorang dari gadis itu.
“Alah...takpelah bang.
Kalau bukan pun, kitorang nak ambik jugak gambar dengan abang. Boleh kan? Sebab
abang ni hensem sangat!”
Adess...kembang pulak
lubang hidung mendengarnya!
“Eh, janganlah macam ni
dik. Abang bukan sape-sape lah.” Malu pulak dengan orang yang lalu lalang, ada
yang tertoleh-toleh sambil menunjukkan tangan ke arahnya. Macam dialah artis
yang gadis bertiga tadi maksudkan. Masalah betul!
“Please lah abang....sekeping je!” rayu mereka lagi.
“Okay.
Okay.” Akhirnya dia terpaksa bersetuju juga. Dalam hati
tak dapat nak dipastikan apakah perasaannya saat itu. Malu, segan dan bengang
pun ada jugak...yelah terpaksa menumpang glamour
si Aaron Aziz yang entah siapa tu. 6 tahun hidup di kota London membuatkan
dia terputus hubungan dengan dunia hiburan Malaysia. Namun dalam hati tak sabar
nak balik, nak surf dalam google nak tengok siapakah Aaron Aziz.
Hensem ke? Kalau hensem si Aaron Aziz tu takpelah jugak nak cakap muka aku ni
sama dengan dia kot! hahaha...
Selesai sesi fotografi
tak glamour itu, gadis-gadis tadi pun berlalu. Cepat-cepat Danish memakai balik
kaca mata hitamnya dan memandang ke kiri. Melarikan mata daripada wajah mereka
mereka yang masih memerhatikannya.
Aduh...manalah Pak Jak
ni? Dah berjanggut aku tunggu ni. Kalau tak dapat datang, cakap la awal-awal.
Takde lah aku terpacak kat sini macam artis tak glamour!
Seketika kemudian,
sebuah Mercedes Benz warna hitam berkilat berhenti betul-betul di hadapannya.
Seorang lelaki tua kurus berbaju kemeja putih dan berslack hitam turun dari tempat duduk pemandu. Kalut sekali lagaknya
macam dikejar hantu.
“Tuan! Tuan Danish...maafkan
Pak Jak! Pak Jak berkejar dari pejabat datang sini sebab terpaksa hantar Dato’
ke pejabat dulu tadi. Ada masalah kat pejabat, jadi Dato’ terpaksa masuk jugak
hari ni.” Terang Pak Jak sambil tangannya pantas memasukkan bagasi ke dalam but
kereta.
Danish diam seribu
bahasa. Bukan dia marah tapi moodnya
sudah hilang akibat berpanas tadi. Pantas dia membuka pintu belakang dan masuk
ke dalam perut kereta. Rimas dengan pandangan orang yang lalu lalang.
Pak Jak memakai seat
belt dan meneruskan perjalanan. Dalam hati Pak Jak bimbang Tuannya itu marah
kerana dibiarkan menunggu lama. Yelah, Tuan Danish memang terkenal garang. Dulu
dia sering dimarahi kalau lambat mengambilnya di kolej. Tapi itu dulu. Sekarang
mungkin Tuannya itu sudah berubah. Pak Jak curi-curi melihat Tuannya dari
cermin pandang belakang. Semakin kacak Tuan Danish, desis hati tua Pak Jak.
“Sekarang siapa yang
tolong papa kat office?”
“Abang ipar tuan, Encik
Farid. Dia sekarang jadi pengurus syarikat.”
“ Kak Mia? Dia tinggal
kat mana sekarang? Still umah papa
lagi ke?” soalnya lagi. Banyak yang dia tidak tahu sepanjang pemergiannya
selama ini. Seingatnya, dia terlalu sibuk menguruskan hidup di London tanpa
mempedulikan apa yang terjadi di sini. Pemergiannya dulu membawa sekeping hati
yang parah dan hancur berkecai. Kerana itu dia seboleh-bolehnya tidak mahu
ambil tahu lagi apa yang terjadi di sini.
“Mia dah lama pindah
rumah sendiri. Dekat area Damansara
aje. Dari rumah Dato’ adalah dalam setengah jam kalau tak jammed.”
“Oh...” Danish
mengangguk perlahan. Baguslah kalau Kak Mia dah duduk rumah sendiri. Kalau
tidak, bukan dia tak tahu perangai mama yang tak sukakan abang Farid. Terimbas
kembali kenangan suatu masa dahulu. Mama juga tak sukakan Liana. Macam-macam
yang terjadi sepanjang hubungan singkat dia dan Liana. Ah, Liana...nama itu
muncul kembali setelah bertahun lamanya dia cuba menghapuskan sebaris nama itu
dari otaknya. Kenapa tiba-tiba dia teringatkan gadis itu lagi? Walhal selama
ini nama itulah yang dibenci dan diharamkan singgah di copeng telinganya?
“Tuan, dah lama tuan
tak balik, jalan kat KL ni dah banyak berubah.” Pak Jak tersenyum. Dia yakin
tuannya di belakang sibuk melihat perubahan kota Kuala Lumpur. Dia dapat
melihat Tuan Danish tertinjau-tinjau ke luar tingkap kereta.
“Hm...betul tu.
Jalan-jalan pun dah makin besar. Flyover
pon banyak sangat, sampai tak tahu jalan nak balik rumah dah ni..” terpegun dia
melihat kepesatan pembangunan Kuala Lumpur. Baru 6 tahun, kalau 16 tahun tak
balik mahu dia sesat kat KL ni!
“Syukurlah tuan dah
balik. Pak Jak rasa dato’ amat-amat memerlukan bantuan tuan Danish kat syarikat
dia. Katanya banyak masalah sekarang ni. Kesian kat dato’, kesihatannya agak
merosot sekarang ni.”
Danish menghela nafas
panjang. Dia tahu. Kerana itulah dia akur pada rayuan papa kali ini. Syarikat
papa sekarang sedang jatuh. Dan sebagai seorang anak, wajar rasanya dia
membuang segala permasalahan hatinya yang tiada kesudahan ini. Dia telah
mengambil keputusan untuk pulang dan membantu papa. Dikorbankan segala yang
dimiliki di Kota London, hanya untuk papa tersayang.
Malaysia, kini aku pulang!
No comments:
Post a Comment