JANGAN GANGGU JANDAKU
BAB 11
20
JANUARI 2007....KESILAPAN SEKALI,
KESANNYA SAMPAI KE AKHIR HAYAT...
Petang itu dia datang
lagi. Baru semalam dihalau, hari ni dia buat muka tembok lagi. Dia yakin Liana
ada di rumah kerana skuter elok aje terparking di bawah garaj.
Loceng di pintu ditekan
dua kali. Tapi tak ada sesiapa yang membuka. Ditekan lagi, tapi tetap sama.
Sudahnya, dia tak sedar berapa kali dia menekan loceng kerana tetap tiada yang
membuka pintu itu.
Setengah jam sudah
berlalu. Dia tak ada kat rumah ke? Tapi motor ada ni. Danish mula gelisah dan
resah.
Tak lama kemudian,
kedengaran pintu dibuka. Danish menarik nafas lega. Dapat juga dia tengok Liana
hari ini. Seharian dia tak dapat nak fokus pada pelajaran gara-gara Liana.
“Awak....” suara Liana
lemah saja. Nampak terketar-ketar dia memegang gril pintu.
“Eh, awak kenapa ni??”
Danish cemas. Nampak macam tubuh Liana akan melorot jatuh ke lantai bila-bila
masa saja.
Gril pintu ditarik. Dia
tak kisah kalau nanti Liana akan memarahinya kerana masuk. Dia sendiri tahu
yang Liana benar-benar sakit. Kalau tidak, masakan wajah gadis itu pucat dan
tangannya terketar-ketar.
Dan dia sempat
menyambut tubuh Liana yang hampir rebah itu. “Awak! Apa dah jadi ni? Awak dah
makan ubat ke?”
Liana geleng. Matanya
dah kelabu, hanya kelihatan mata Danish yang memandang tepat ke wajahnya. Dan
dia tak sedar apa-apa lagi selepas itu.
“Terima kasih awak!”
ucap Liana.
“Tak payah lah awak nak
berterima kasih kat saya. Saya tolong awak ikhlas tau. Lagipun ini semua salah
saya jugak. Saya sepatutnya bawak awak ke klinik lepas accident hari tu.”
Ya, menurut Doktor
Nadia tadi, Liana demam kerana kesan dari kemalangan hari itu. Tubuhnya
lebam-lebam. Memanglah masa kena hari tu, dia boleh bangun, tapi kesannya
selepas itu baru terasa. Demam urat. Dan Danish menyalahkan dirinya kerana itu.
“Awak pun tak payahlah
nak salahkan diri sendiri pulak. Penyakit datang sebab Allah nak bagi. Mungkin
nak hapus dosa-dosa kecil saya tak?” positif bunyinya ayat si Liana ini. Dia
ketawa kecil.
Danish senyum. “Awak
ada banyak dosa ke?”
“Tak ada manusia kat
dunia ni yang tak pernah buat dosa walau sebesar zarah sekalipun. Kita ni bukan
sempurna, walaupun kita rasa diri kita cukup sempurna.”
Danish angguk, setuju.
Liana cukup mempesonakan padanya. Apa saja yang dikatakan gadis itu akan
dianggukkan saja. Macam dah terkena ubat guna-guna pulak! Hish...
“Awak, dah lama awak
kat dalam rumah saya ni. Tak manis lah. Nanti timbul fitnah pulak. Awak tahu
kan, saya duduk sorang aje kat sini. Saya taknak terpaksa kahwin dengan awak
pulak nanti!”
“Awak ni...selalu cakap
macam tu. Nanti kalau satu hari nanti awak terpaksa kahwin dengan saya, padan
muka!”
“Janganlah masin mulut
awak tu! Taknaklah saya....”
Tapi saya nak
aje...bisik Danish dalam hati.
“Pergilah balik. Saya
nak tidur ni.”
“Okey. Ada apa-apa awak
call aje saya. Mana telefon awak?”
Liana menunding jarinya
ke arah almari tv. Pantas Danish bingkas bangun, dan mencapai telefon nokia
yang entah apa model itu. Yang nyata, tak ada
kamera atau 3G! Aduh, tak dapatlah dia nak berwassup dengan Liana.
“Awak buat apa tu?”
“Saya simpan nombor
saya dalam fon awak ni. Awak tu bukan boleh percaya sangat, kad nama saya hari
tu entah manalah awak buang.” Rungut Danish.
Liana ketawa. Entah apa
yang geli hati sangat. Tang buang kad nama tu kot? Entah-entah memang betul pun
dia buang!
“Nah, letak aje kat
sebelah awak ni. Kalau ada apa-apa, awak tekan lama kat butang satu. Saya dah
buat speed dial kat fon awak. Tapi nombor satu sampai sembilan ni semua saya
letak nombor saya. Hahaha...awak tekan aje nombor apa pun, terus aje sampai kat
saya!”
Liana ketawa lagi.
“Macam-macamlah awak ni. Kelakar betul.”
“Jangan lupa kunci
pintu. Nanti kalau penjahat masuk, susah pulak! Awak tu dahlah cantik.”
“Yelah, banyak betul
pesanan. Sakit kepala saya ni.”
Danish akhirnya
mengalah bila melihat Liana dah mula pejam mata. Kesan ubat tidur tadi kot. Dia
terus melangkah ke muka pintu, dan saat pintu hendak di tutup, kelihatan anak
kunci tergantung di tombol. Dia ni...memang sengaja nak suruh penjahat masuk
ke? Ditarik kunci dari tombol, dan dikunci pintu gril dari luar.
Malam ni dia akan
datang lagi. Tentu gadis itu tak larat nak masak atau keluar beli makanan.
Hmm...
No comments:
Post a Comment