Bab 5
Sofea berlari-lari anak
ke tempat parking kereta di shopping
complex itu. Panggilan telefon dari Mak Jah tadi membuatkan dia hampir
pengsan. Terus sahaja dia bangun dan meminta diri dari Encik Iskandar dan
Suraya. Belum pun sempat mereka berbincang pasal perancangan majlis kahwin
pasangan itu, dia terpaksa meminta diri pula. Sudahlah tadi hampir setengah jam
dia menunggu Encik Iskandar di Sushi King.
Namun kini ada yang
lebih penting dari perbincangan itu. Asyraf! Apa pula yang dilakukan oleh si
kecil itu kali ini? Aduii, pening kepala dia memikirkan pasal kerenah Asyraf
yang pelik-pelik sejak kebelakangan ini.
“Fea, balik cepat! Si
Asy mengamuk kat dalam bilik dia. Berdentum-dentam bunyi dari dalam bilik dia
ni. Mak Jah tak tahu mana kamu letak kunci spare. Balik aje dari sekolah tadi
dia mengamuk tak tentu pasal!”
“Mak Jah, Fea tengah
meeting ngan klien ni. Mak jah cuba tengok kunci spare dalam laci meja telefon
tu. Fea letak kat situ, rasanya.” Saat itu, dia cuba untuk bertenang. Rasanya!
Huh, memang dia tak pasti mana letaknya kunci pendua bilik Asyraf. Kali
terakhir dia melihat kunci itu ialah awal bulan lalu, sewaktu Asyraf mengunci
pintu biliknya gara-gara tidak mahu ke sekolah. Semuanya kerana dia merajuk
kerana tidak mendapat hadiah patung Transformers yang di lihatnya di Toy’s R Us
sempena hari lahirnya yang ke 5 baru-baru ini.
“Encik Is...pihak saya
boleh merealisasikan impian Encik Is dan Cik Sue untuk mengadakan majlis
persandingan dalam taman, seperti yang cik Sue request tu. Tapi saya nak minta
persetujuan Cik Sue dan Encik Is lah berkenaan tempat yang bakal diadakan tu.
Saya rasa Dewan Jubli yang dicadangkan sebelum ni kurang sesuailah. Kerana
ruang taman yang terhad. Dewan memanglah besar, tapi kita taknak gunakan
keseluruhan dewan tu, kan?”
Kelihatan Suraya
mengangguk-anggukkan kepala. “ Ha’ah...betul jugak tu. Kita kan nak gunakan
kawasan luar aje. So, awak ada idea lain?”
Sofea tersenyum.
Semalam dia sudahpun pergi melihat Dewan Jubli yang bakal digunakan sebagai
tempat persandingan pasangan ini. Tapi, kawasan taman dewan itu amatlah sempit.
Mustahil dapat memuatkan seramai seribu tetamu seperti yang dimaklumkan
padanya. Jadi dia telah mendapat satu idea untuk mencadangkan Taman Poket di
Arena Square sebagai gantinya.
“Encik Is dan cik Sue
jangan bimbang. Saya-“ belum sempat dia menyuarakan cadangannya itu, telefon
bimbitnya sekali lagi berbunyi. Mak Jah lagi. Dia pasti itu kerana nombor rumahnya
yang tertera di skrin. Pastinya Mak Jah belum menemui kunci spare bilik Asy!
“Sorry encik
Is...sekejap ye!” Tersengih, sambil menunjukkan telefon pada mereka. Tanda dia
perlu menjawab panggilan itu sekejap. Pasangan bakal pengantin itu mengangguk saja,
walaupun ada riak tidak senang pada wajah mereka.
“Fea! Fea!” suara Mak
Jah sedikit menjerit di corong sana.
“Ya Mak jah...Fea ni!”
diperlahankan sedikit suaranya, takut menganggu orang lain pula.
“Cepatlah balik! Mak
Jah tak jumpa kunci spare bilik Asy. Dan tadi Mak Jah dengar bunyi kaca pecah.
Si Asy menjerit-jerit panggil papa-“
Papa? Bunyi kaca pecah?
Ada yang tidak kena. Tentunya! Asy tak pernah menyebut perkataan P.A.P.A itu
selama ini. Dan apa yang telah berlaku sehingga anaknya itu mengamuk sambil
menjerit memanggil satu perkataan itu?
Dan dek kerana otaknya
tidak mampu berfikir apa-apa lagi selain Asyraf, dia pantas saja berdiri dan
meminta diri. Apa nak jadi pun jadilah. Dia redha saja jika Encik Iskandar Dan
Cik Suraya akan melantik orang lain sebagai wedding planner mereka.
Dan kini, dia sedang
memecut keretanya untuk pulang ke rumah. Hampir-hampir saja keretanya
berlanggar dengan kereta dibelakangnya sewaktu dia mengundur keluar dari petak
parking tadi. Dari cermin pandang belakang, dia dapat melihat kereta BMW hitam
dibelakangnya terpaksa mengundur kerana dia telah mengundurkan kereta secara
mendadak tadi. Maaflah, kereta Myvi ini tidak mempunya sensor yang
berbunyi-bunyi yang dapat mengesan jika ada kenderaan lain di belakang!
BMW hitam membunyikan
hon, tanda marah dengan kegopohannya itu, Ah, lantaklah! Aku ada hal kecemasan
la...itupun nasib baiklah aku sempat brek. Kalau tak, cium bontot Myvi aku la
jawabnya tadi.
Malas berfikir, dia
terus saja memandu laju untuk pulang. Dalam kepala hanya Asy! Asy dan Asy
saja...
No comments:
Post a Comment