Monday, January 21, 2013

JANGAN GANGGU JANDAKU! bab 6


BAB 6




“Asy! Bukak pintu ni sayang. Mama janji akan belikan patung tu kalau Asy bukak pintu ni. Asy kan budak baik. Asy sayang mama, kan? So, jangan buat mama risau.” Diketuk pintu bilik itu berkali-kali. Namun masih tiada sahutan.
Apa Asyraf buat kat dalam bilik ni? Senyap aje. Ditekup telinga ke pintu bilik, tapi tiada apa-apa yang kedengaran. Mak Jah mundar mandir di belakangnya.
“Pecahkan ajelah pintu ni Fea. Mak Jah risau kalau apa-apa terjadi kat Asy. Selepas bunyi kaca pecah tadi, dia terus diam.”
Sofea menggigit jari telunjuknya, sambil berfikir-fikir. Mak Jah ni terlalu terpengaruh dengan cerita dalam tv lah. Suka-suka aje nak pecahkan pintu. Dia ingat kalau dia rempuh pintu bilik ni, mesti terbuka ke? Dahlah tubuh Mak Jah tu kurus kering aje.
“Mak Jah dah tengok kat dalam kabinet dapur?”
“Tengok apa?”
“Laa...Mak Jah ni. Tengok kunci spare lah! Takkan tengok telenovela pulak kat situ.”
Mak jah garu kepala yang dah beruban. “Ooo...kunci spare! Belum. Mak Jah belum tengok kat situ.”
“Takpe. Biar Fea aje yang pergi cari. Mak Jah terus pujuk Asy ya? Mana tahu dia nak buka pintu.”
Dan Sofea terus saja berlari ke dapur. Membuka satu persatu laci kabinet. Di selak dan diselongkar segala isi laci. Namun apa yang dicari masih belum ditemui. Dia mula resah dan gelisah. Kalau tak jumpa jugak, apa yang dia perlu lakukan? Telefon polis? Atau bomba, minta diumpil pintu bilik? Atau telefon pertahanan awam, minta dihantar seorang pakar kanak-kanak untuk memujuk Asy? Ah, sungguh dia tak tahu apa yang perlu dilakukan saat itu!
Ting!!
Tiba-tiba macam keluar mentol kat atas kepala dia. Dia teringatkan seseorang. Ya, seseorang yang mungkin dapat memujuk Asy agar membuka pintu biliknya. Pantas dia berlari ke ruang tamu dan menyelongkar Carlo Rino, mencari telefon.
Dia menekan-nekan punat di telefon, mencari nama orang yang dikehendaki dalam senarai contacts. Dan, sebaik dijumpai saja terus dia menekan butang hijau.
“Abang Din!!” dia menjerit sebaik talian bersambung.
“Hei, pekak telinga abang dengar Fea bertempiklah!” Saifuddin menjarakkan sedikit telefon dan menggosok telinganya yang tuli sekejap itu.
“Abang, datang sini sekarang jugak!!” Tone suara masih tinggi walaupun telah cuba direndahkan. “Asyraf!”
Saifuddin terus duduk tegak. Reaksi terkejut yang spontan. “Kenapa dengan Asy?” serta merta dia bingkas bangun dan mencapai kunci kereta. Ditinggalkan megi asam laksa yang masih berasap di atas meja, walaupun tadi dia baru saja ingin memulakan suapan yang pertama sewaktu melihat ada panggilan dari wanita cantik manis yang sekian lama menghuni hatinya secara diam itu.
“Asyraf! Dia...dah...dah...” tergagap pula suara wanita itu.
Ah, sudah. Dah apa? “Cool lah Fea! Apasal? Cuba cerita slow-slow...” enjin Hilux dihidupkan, gear reverse ditarik. Dan tergopoh gapah dia memasukkan gear D, sambil sebelah tangan memegang telefon. Kalaulah Sofea nampak reaksinya ketika itu, tentunya wanita itu berkata dia memang COOL! Cool itu diucapkan dengan mata dijulingkan ke atas. Hah! Hah!
“Argh...abang datang jelah kat sini cepat. Nanti Fea cerita! But i need you now!” sofea rasa dia tak tahu nak bercerita bagaimana kerana fikirannya tengah serabut memikirkan dimanakah letaknya kunci pendua bilik Asy. Satu yang dia perlu highlightkan saat itu ialah, dia harus menyimpan kunci pendua bilik Asy dengan baik selepas ini. Dia tidak mahu lagi kejadian seperti ini berlaku di mana dia terpaksa mengeledah seluruh isi rumah untuk mencari benda alah itu!
“Asy sayang...bukaklah pintu. Mama dah penat ni. Kalau mama ada buat salah kat Asy, mama minta maaf sayang.” Dia cuba mengingati apakah ada perjumpaan ibubapa di tadika Asyraf yang dia lupa. Tapi rasanya tiada kerana baru beberapa bulan lepas dia menghadiri mesyuarat ibubapa itu.
“Asy, mama akan belikan apa saja yang Asy nak asalkan Asy buka pintu ni.” Pujuk lagi. Tapi pintu bilik tetap tertutup. Sudah hampir 2 jam Asyraf berkurung di dalam. Hatinya makin risau.
“Fea! Hei, kenapa ni?” Saifuddin berlari-lari anak masuk ke dalam rumah. Terbeliak mata Sofea melihat lelaki itu yang hanya memakai seluar pendek dan t-shirt. Walaupun seluar pendek itu masih lagi dikira menutup aurat, tapi dia tetap terbeliak juga. Yalah, abang Din selalunya sentiasa smart. Tapi ni? Walaupun cara dia berpakaian itu tidak menjejaskan kehensemannya, tapi abang Din nampak seksi!
Ah, sudah! Sempat lagi tu nak berfikir yang bukan-bukan. Sekarang kan dah hampir pukul 7 malam. Tentunya abang Din baru pulang dari pejabat. Makanya dia berpakaian seperti itu.
“Fea! Kenapa pandang abang macam tu? Abang tanya Fea ni.”
“Hah?” dia menggigit jari. Kantoi pulak. Berkhayal lagi. “Asyraf...” dan serta merta air mukanya berubah cemas dan jari menunding ke pintu bilik Asyraf yang masih lagi tertutup rapat.
“Kenapa?” saifuddin mengerut dahi. Cuba mentafsirkan apa yang telah terjadi kepada Asyraf dan kenapa Sofea boleh jadi secemas ini.
“Dah hampir 2 jam dia berkurung dalam bilik. Kata Mak Jah, Asy mengamuk, hempas-hempas barang. Fea pujuk, tapi dia taknak buka pintu. Fea nak minta tolong abang pujuk Asy.” Dan dia memang betul-betul berharap Abang Din dapat menolongnya saat itu. Dia tahu abang Din dan Asy sangat rapat selama ni.
Lantaran itulah, dia cuba memisahkan kedua-dua mereka ini. Rasa bersalah juga kerana akhirnya setelah hampir 2 minggu dia tidak menelefon abang Din, akhirnya hari ni dia terpaksa meminta bantuan lelaki itu. Rasa macam bodoh sangat. Tapi nak buat macam mana, dia terpaksa. Terpaksa, okey?
Abang Din kelihatannya merapatkan diri ke pintu bilik Asyraf. Dia menggosok batang hidungnya beberapa kali, tengah berfikir mungkin.
“Asy...hei, uncle datang ni. Asy buat apa kat dalam tu? Jom keluar makan aiskrim nak? Dah lama kan uncle tak datang jumpa Asy? Asy tak rindukan uncle ke?”
Sofea gigit bibir. Asy rindukan abang Din ke? Sebab itu ke dia merajuk?
“Asy, hari tu uncle ada nampak transformers thundercracker Masterpieces tau kat Toys...yang Asy mintak hari tu. Uncle dah minta diorang simpankan untuk uncle. Agak-agak, bila Asy free, kita keluar pergi beli, nak?”
Transformers apa? Dia pun tak tahu kegemaran anaknya yang seorang itu. Tapi abang Din? Dia lebih tahu pasal Asy lebih dari dirinya sedangkan Asy adalah anaknya!
Dan abang din nampaknya berjaya. Tidaklah lama kemudian, pintu bilik berwarna biru itu pun terbuka. Wajah comel Asy yang bengkak mata itu terjongol di situ. Asy mendepangkan tangan dan memeluk kaki abang Din sambil teresak-esak. Abang Din duduk, merendahkan dirinya agar dapat dia melihat wajah comel yang sedang beria-ia menangis itu.
“Kenapa? Apa yang dah jadi kat Asy? There’s something you’d like to share with me?” ditarik wajah comel Asy yang menunduk dan menangis itu. Sebak pula dia melihat. Entah apalah yang berlaku hinggakan wajah comel yang sentiasa ceria itu sangat sedih hari ini?
“Asy nak papa! Asy taknak transformers or the other things! Uncle...boleh ke uncle jadi papa Asy??” digoncang bahu saifuddin, menanti jawapan. Ah, sudah. Apa punya soalan ni? Apa patut aku jawab dalam keadaan sekarang ni? Yes, or no? Kalau kata yes nanti nampak macam perasan pulak. Kalau kata no nanti Asy akan merajuk lagi. Entah-entah budak kecil itu akan mengunci diri lagi dalam bilik.
Sofea yang berdiri dibelakang pula sudah hampir rebah. Tak sangka Asyraf akan bertanya begitu pada abang Din. Tapi apalah yang kanak-kanak macam Asyraf tahu. Mungkin dia merindui kasih sayang seorang ayah macam orang lain. Hampir-hampir Sofea meraung saat itu dek kerana sedih dan menyesal.
Sedih kerana tidak sanggup melihat keadaan Asyraf yang bengkak mata kerana menangis. Dan menyesal kerana selama ini dia tidak pernah memikirkan perasaan anak kecilnya itu yang merindukan belaian seorang ayah. Dia terlalu sibuk. Sibuk melupakan permasalahan hati dan perasaan sendiri sehingga terlupa perasaan anaknya yang perlu diambil perhatian.
Tanpa sedar Sofea menangis. Terduduk dia dibelakang abang Din yang sedang memeluk Asyraf. Mak jah pula sudah berjejeran air mata. Sesekali dia mengesat air hidung yang terkeluar dengan hujung lengan baju kurung kedahnya. Tidak pernah Mak Jah melihat Asyraf sesedih ini selama hampir 5 tahun dia menjaga kanak-kanak itu.
“Asy...uncle boleh jadi papa Asy! Tak perlulah Asy nak nangis macam ni. Uncle kan sentiasa ada untuk Asy. Uncle minta maaf sebab akhir-akhir ni uncle sibuk sikit dan tak ada masa nak datang jenguk Asy. Tapi tu tak bermakna uncle tak rindukan Asy.” Diusap belakang Asyraf yang masih tersedu-sedu itu. Dapat dia rasakan pelukan Asyraf yang kejap di tengkuknya walaupun tangan kecil itu amatlah kecil. Saifuddin tidak dapat menahan sebak. Sebutir airmata jatuh juga tapi cepat-cepat dia seka agar tidak dilihat oleh Sofea. Sungguh, dia sayangkan Asyraf. Selama 5 tahun ini, dia sudah menganggap Asyraf macam anaknya sendiri, tanpa sedar.
Dialah yang menyambut Asyraf dari tangan doktor sewaktu Sofea selamat melahirkan Asyraf dulu. Dialah juga yang mengazankan kanak-kanak kecil ini. Dia yang mengajar Asyraf berjalan dan menunggang basikal. Pendek kata, Asyraf telah membesar di hadapan matanya. Tapi satu yang dia tak faham. Sofea seolah-olah tidak dapat meneka suara hatinya walaupun telah acapkali dia memberi hint pada wanita cantik itu.
Sofea! Seorang wanita yang keras hatinya.
“Asy! Kenapa dagu Asy lebam ni?” bulat mata Sofea melihat wajah anaknya yang lebam di dagu itu. Waktu itu Asyraf sedang memeluk abang Din. Dan dia yang duduk dibelakang abang Din dapat melihat dengan jelas wajah anaknya yang punya kesan lebam itu.

No comments:

Post a Comment