Friday, November 16, 2012

Adam dan hawa


Melayan cerita adam dan hawa kat astro mustika HD walaupon hanya siaran ulangan tapi best jugak daripada duduk sesaja.

catatan dalam keboringan....


hari ni tak ada apa-apa yang special aku nak buat. tido ajelah sepanjang hari. lagipun cuti kan...so enjoy la! enjoy tido...bukan selalu boleh buat kerja yang satu ni selain berangan yang sudah menjadi tabiat aku tu.

khayalanku yang dahsyat....

hari ni aku berangan ntah hapa-hapa. berangan nak jadi novelis la pulak. dulu memang aku pernah bercita-cita ke arah itu. tapi oleh kerana banyak hal yang terjadi dalam hidup aku ni, makanya aku dah campak ke laut cita-cita aku yang satu itu. hehehe...

namun, tetiba je dalam duk berkhayal hari ni, timbul pulak keinginan aku nak berkarya. waduh2...rasa macam terfeeling pulak ni. itulah yang aku paste kan kat blog ni apa yang aku khayalkan kejap tadi. tetiba je aku buka lappy dan menaip...hahaha...CINTAKU TERTINGGAL DI KL...

walaupun banyak kekurangannya, tapi aku saje je nak kongsi kat sini. bukan nak harapkan apa-apa pun. just nak habiskan masa...masa yang tak berapa nak suka kat aku. sebab bila aku dah start berkhayal je, cepat aje nak malam. so, tadi aku dah share apa yang aku tulis.

opss...lupa nak bagitahu, aku ni baru je buat blog! tak pandai sangat. so kalau ada kekurangan tu, harap di maafkan lah ye.

kalau sudi nak komen, pon okey jugak! lagilah di alu-alukan oleh aku insan yang baru nak mengenal dunia IT ni...hehehe...sebelum ni aku ni tergolong dalam golongan orang yg buta IT gitu...tapi sekarang macam baru tersedar. itu yang baru terhegeh-hegeh nak buat blog tuh!