Saturday, September 21, 2013

CINTAKU TERTINGGAL DI KL

CINTAKU TERTINGGAL DI KL

BAB SATU



Tubuh terasa sangat berbisa. Sakit dan lenguh seluruh anggota. Tekak pula kering. Kaki tak mampu digerakkan. Tania cuba mencelikkan mata. Kepalanya masih terasa berdenyut-denyut. Seolah-olah ada sesuatu yang amat berat diletakkan di atas kepalanya saat itu.

“aku kat mana ni?” bisiknya perlahan. Dia melihat sekeliling. Dia berada di dalam sebuah bilik yang luas dan cantik. Langsirnya berwarna hijau dan hitam. Ada sebuah sofa kulit berwarna hitam diletakkan di hadapan katil. Katil yang didudukinya juga besar. Bukan katil hospital. Tilamnya lembut, bantal juga lembut hinggakan kepalanya terasa tenggelam di situ. Bilik itu juga berbau wangi. Bukan berbau ubat. Sahlah aku bukan berada di hospital!

Tania cuba bangun, namun tubuhnya terasa sangat lemah. Tangannya juga masih menggeletar. Direbahkan kembali kepalanya di atas bantal lembut tadi.

“Ya Allah...apa yang dah terjadi semalam? Apakah aku...aku dah tak suci lagi?”

Air mata mengalir lebat. Bayangan wajah mak dan ayah muncul di layar mata. Satu persatu juga peristiwa semalam terbentang di hadapannya. Terasa kembali kesakitan diperutnya akibat dihentak dengan lutut oleh lelaki durjana itu. Mereka telah mengoyakkan baju yang dipakainya. Mereka juga meraba seluruh tubuhnya.

“Mak!!!!! Tolong Nia mak!!! Mak, sakit mak!!! Nia sakit mak!!” satu jeritan yang ditahan akhirnya terkeluar juga. Tania tidak lagi dapat menahan perasaanya. Dia menjerit dan menjerit macam orang terkena histeria.

“Astagfirullahalazim....awak! mengucap, wak! Mengucap!” seorang lelaki masuk dengan terpinga-pinga. Lelaki itu hanya memakai seluar pendek tanpa berbaju. Tania semakin takut. Dia bertempik macam orang gila.

“Pergi! Jangan dekat! Pergi...korang jahat! Korang nak rogol aku! Pergi! Tolong...tolong...!!”

Lelaki itu keluar. Masuk pula seorang lelaki lain yang berbaju kemeja lengkap bertali leher. Tania masih lagi meronta-ronta dan bertempik. Sebatang picagari dikeluarkan dari beg dan seketika kemudian, tania mula rebah dan terdiam sebaik sahaja satu suntikan diberi. Sewaktu matanya terpejam, masih ada lagi airmata yang merembes keluar dari sepasang mata yang bercahaya itu.

“Mak..tolong Nia mak...maafkan Nia mak. Nia tak mampu....mak...maafkan Nia...maafkan Nia....maafkan Nia...”dan gadis itu terdiam, lesu dan tidak bermaya.

“Kesian budak ni. Mana kau jumpa dia ni Fir?” doktor Farid menggeleng perlahan. Sebak pula hati lelakinya melihatkan keadaan gadis yang terbaring di hadapannya itu.

Syafiq Firdaus mengeluh. Hatinya juga terasa sakit melihatkan keadaan itu.  “Kebetulan, aku hampir nak accident semalam. Kereta aku terbabas kat bahu jalan. so aku keluar nak cek keadaan kereta aku. Masa aku keluar tulah aku nampak ada tiga orang lelaki kat dalam semak belakang bus stop. Bila aku hampiri mereka, aku nampak diorang tengah kerjakan budak ni. Aku selamatkan dia, dan aku tak tahu nak bawa dia ke mana...tu yang aku bawak balik ke rumah aku tu. Dan mujurlah ada kau yang boleh datang check keadaan budak ni.”

Doktor Farid menggelengkan kepala. “Mujur setan-setan tu tak sempat apa-apakan dia. Tadi aku dah suruh pembantu aku buat pemeriksaan pada budak ni, dan didapati gadis ni selamat dari menjadi mangsa rogol. Cuma...”

“Cuma apa?” baru Syafiq hendak menarik nafas lega, kerisauan pula datang mendengar perkataan cuma itu.

“Aku rasa, dia mengalami gangguan psikologi dalam masa terdekat ni akibat dari kejadian yang dialaminya. Dia akan menjerit dan tak mahu didekati oleh sesiapa. Trauma mungkin. Satu perasaan berdosa yang dirasakan kerana merasakan dirinya dah tidak suci lagi, kotor dan perasaan malu juga. Biasanya, mereka yang mengalami gangguan psikologi akibat dari kejadian seperti ini akan diberikan rawatan pemulihan. Akan mengambil masa juga untuk pulih. Bergantung pada diri dia juga. Tapi, mengikut pemeriksaan kami tadi, tiada pendarahan gynekologi pada gadis ini. So, dia bukan mangsa rogol, tapi mangsa cabul. Kau kena buat laporan polis. Hubungi keluarganya.”

Syafiq mengangguk perlahan. Maknanya, gadis ini masih suci lagi. Kalaulah aku terlambat sampai, apa agaknya yang akan berlaku. Mungkin hari ini orang akan menemui mayatnya saja kot. Hish...tak baik aku fikir macam tu. Syukur, gadis ni selamat.

“Okeylah, nanti aku akan cuba hubungi keluarganya. Tapi, berkenaan laporan polis tu, aku rasa aku akan tunggu sehingga dia sedar dulu kot. Sebab aku tak tahu apa yang sebenarnya terjadi. Harap-harap dia cepat sembuh. Lagipun aku ada banyak kerja kat ofis ni, tak boleh nak temankan dia, nak jaga dia. Ini pun aku terpaksa ambik MC. Entah apalah yang papa dan mama aku fikir sebab aku terpaksa off kan handphone.”

Doktor Farid tersenyum. Dia faham benar tentang masalah sahabatnya itu. Lelaki yang berdiri di hadapannya ini adalah anak kesayangan keluarga. Kerana itu jugalah, dirinya dikawal ketat.

“Yang kau bawak budak perempuan ni ke penthouse kau ni, makbapak kau tak tahu ke?”

Syafiq geleng. “Tak! Aku tak bagitahu mereka pun aku nak bermalam kat sini. Dah lama jugak aku tak balik ke rumah aku ni. Aku panik betul semalam, tu yang aku bawak budak tu ke sini. Nak bawak ke hospital aku takut. Yelah, nanti aku pulak yang kena soal siasat.”

“betul jugak. Kau tahulah pihak media, belum apa-apa nanti kau pulak yang keluar paper. Anak Tan sri dituduh merogol!”

“Hah, itu yang aku takut tu...”

t- shirt putih di sarung ke badannya yang sasa. Dalam otak ligat berfikir, apa aku nak buat dengan budak perempuan ni? Dalam handbagnya cuma ada purse aje, tak ada handphone atau buku nota. Aduh, gila! Takkan aku nak simpan dia kat sini? Sampai bila?



Tuesday, September 17, 2013

FILEM JANGAN TONTON

VIKINGDOM... sebuah filem yang membosankan!






Alamak, matilah aku kalau Yusry KRU baca entri aku ni. Tapi itulah yang aku dan keluargaku rasakan sesudah selesai menonton Vikindom di TGV cinema Mesramall semalam.

Untuk aku yang membawa dua orang anak kecil berusia 9 dan 7 tahun, agak seksa jugalah untuk menutup mata mereka apabila adanya adagen agak keterlaluan yang dipaparkan dalam filem ini. Antaranya ialah adagen apabila Eirick ditarik oleh perempuan2 seksi tak pakai baju yang sibuk duk menggetel buah dada masing2 tu...aduii, kenapalah tak letak filem tu 18 SX? Tak payahlah aku bawak anak2 masuk sekali.

Memanglah filem ini untuk pasaran antarabangsa, tapi untuk tayangan di Malaysia ni...tolonglah sensor part tu. Bagi aku, filem ni tak ada masej yang baik pun. Just filem epik yang memang bodoh. Tak ada nilai2 murni apatah lagi pengajaran yang boleh di ambil.

Kisah pasal Eirik the bloodletter, seorang pemburu beruang yang asalnya seorang raja yang telah mati, tapi dihidupkan semula oleh dewi cinta. Dia hidup dihutan, kemudian didatangi oleh seorang dewa yang pakai gaun kuning( dewa pondan) yang membawa khabar perang. Eirik disuruh mencari tanduk heilim. Dan disuruh pula berlawan dengan Thor, dewa petir untuk menyelamatkan bumi dari dimusnahkan oleh Thor.

Filem ni banyak mengisahkan pasal agama Kristian, yang mana kononnya Thor hendak memusnahkan agama Kristian kerana manusia sudah tidak menyembah dewa dewi lagi. Jadi Eirik tu konon adalah penyelamat agama Kristian la...

kemudian di akhir cerita, Eirik adalah anak Thor...maka, dia berjaya menyelamatkan dunia ni dari dimusnahkan. Sebab itulah kita hidup aman damai sekarang ni...sebab dunia ni dijaga oleh dewa dewi...

Haha...itulah serba sedikit sinopsis menurut pengamatan aku. Orang lain punya pendapat, aku tak tahu. Tapi bagi aku, KRU punya filem memang failed dari sudut keagamaan. Memanglah ini filem epik, cerita dogeng....tapi dah habis cerita dogeng lain ke yang korang nak buat filem?aduiii...

Patutlah, KRU membantah keras sekiranya pihak pembangkang bakal mengambil alih pentadbiran negara.... kerana filem begini bakal ditentang kerana boleh merosakkan akidah dan pemikiran anak2 bangsa.

Untuk ibu bapa yang bercadang nak bawa anak menonton filem ini, baik anda hentikan niat murni itu! Kerana anda pasti akan menyesal...percayalah!

Aku taknak bagi bintang untuk filem ini. KRU production jangan marah. Aku ada hak nak komen sebab aku bayar tiket untuk menonton. Jadi aku harap, orang lain jangan tertipu macam aku...HUHUHU

Apa2 pon, aku sokong usaha pihak panggung wayang menyuruh semua penonton untuk bangun menghormati lagu negaraku sewaktu sebelum tayangan dimulakan.

Walaupun dikhabarkan filem ini sudah mencecah jutaan dolar dengan tayangan di luar negara, bagi aku tiada apa yang patut dibanggakan oleh kita sebagai penonton beragama Islam.

Thursday, September 5, 2013

Minyak Naik Lagi...membebankan rakyat!

MINYAK NAIK LAGI...



Di copy paste dari Fb Dato' Dr azizan Osman

saya sangat setuju dengan hujah DAO ini...

Kenaikan RON 97 Pula...

Mungkin dah jadi kebiasaan pihak kerajaan untuk buat "Suprise" kepada Rakyat Malaysia dan saya faham, ia mungkin untuk mengelakkan spekulasi harga minyak dan mengimbangi kos perbelanjaan kerajaan, tapi apa kata cuba pihak Kerajaan yang memerintah mengelakkan atau jangan jadikan kenaikan minyak sebagai solusi utama kerana Minyak kenderaan merupakan medium paling utama di dalam pengangkutan darat, udara dan laut di dunia. Dan semua barangan atau perkhidmatan hampir semua akan melibatkan kos minyak, makanya ini memberi peluang kepada ramai peniaga untuk menaikkan harga produk atau perkhidmatan mereka secara melampau Contoh, Rona Rona 95 & 97 naik 20 sen tetapi harga teh tarik yang biasanya RM1.50 pun akan dinaikkan ada yang 50 sen. Apakah korelasinya kenaikan minyak 20sen dengan kos teh tarik mamak naik harga? Bukan sekadar kerana supplier teh cap kubur yang hantar teh semalam naikkan harga teh kerana minyak naik tetapi sebab mamak tu nak balik kampung di india nanti, kos kapalterbang telah meningkat, kos bas sekolah meningkat, kos saraan cikgu ke sekolah meningkat, kos buku sekolah meningkat kerana kos minyak nak hantar buku meningkat dan masalah rasuah pun mungkin meningkat.

Apa kata, ini cakap sahaja, sebagai saya Pemuda yang belum jejak umur 40-tahun dan rakyat Malaysia yang kesian melihat kos sara hidup pasti akan mencanak-canak dengan segera ini, saya mencadangkan pihak kerajaan melakukan 3 perkara dibawah ini:-

1- Kurangkan kos lain-lain yang merugikan atau tidak menguntungkan rakyar secara direct, biasa pegawai naik biz class, mungkin turunkan jadi ekonomi. Maksud saya, cari dan perketatkan cara kerajaan berbelanja supaya tidak perlu naikkan harga minyak atau bahasa lain, tidak perlu kurangkan subsidi minyak kerana kesannya secara economic of scale adalah terlalu obvious kepada sekalian rakyat.
2- Naikkan cukai harga rokok, arak dan pusat perjudian atau yang sewaktu dengannya
3- Tangani kebocoran wang yang mungkin ada disebabkan masalah rasuah atau over price untuk sesuatu projek, jika ada.

Saya beri pandangan ini bukan kerana saya pandai tetapi makcik basuh yang cuci pejabat kami yang cakap macam tu. Saya sampaikan jer.#DrAzizanOsman #NajibRazak
P/S

1. Saya bersyukur Malaysia aman dan saya percaya pemimpinnya perihatin dengan rakyat. 2. Tolong jangan komen tentang politik atau provikasi politik kerana ini bukan masanya untuk kempen pilihanraya. Cukuplah komen "Bantulah kami rakyat Malaysia!".
3. Saya tahu apa yang saya tulis atau komen serta pandangan rakyat Malaysia mungkin tidak penting kerana pakar ekonomi yang menasihati DS Perdana Menteri bukan ada Facebook kot. Tapi nak suarakan sahaja simpati sebab saya usahawan dan saya juga pernah bekerja serta ada anak-anak dan keluarga, kesian sebenarnya kepada mereka.



Monday, September 2, 2013

SEHARI DI I-City...

Kami akhirnya sampai ke I-City!!

Sebelum ni, hanya tengok gambar yang kawan-kawan post kat FB. Nampak macam seronok aje. Ambik gambar dengan background pokok-pokok yang bercahaya.

Jadinya, aku pon terpaksalah membodek encik suami untuk bercuti ke sana. Sebenarnya, encik suami aku tu tak adalh susah sangat kalau nak di ajak berjalan. Kalau kena gayanya, mudah aje dia ikut.

Nasib aku baik, dia setuju nak ke sana. Waktu kami pergi tu, hari Ahad. Tapi tak ramai orang sebab masa tu masih dalam mood cuti raya. Orang lain sibuk beraya ke rumah sanak saudara, tapi kami beraya kat I-city.


along haziq

angah dan rambut afro

kak Farhana 

naik kereta kuda



kak farhana dan danish

papa dan danish dalam snowalk

seronoknya diorang main meluncur salji...

 bersama mak saudara dan sepupuku...

along n kak farhana
















Kek Karamel Pelangi Hatiku...

KEK KARAMEL ( loyang 8 )




karamel pelangi


BAHAN BAHAN

GULA HANGUS
  4 sudu besar gula kasar
Masak atas api hingge gula mencair dan biarkan seketike.

BAHAGIAN ATAS  ( KARAMEL )
 1 cawan  susu cair FN ( tin biru pink )
70 gm gula castor
1/2 tsp esen vanilla
3 kuning telur
kacau sebati perlahan
* untuk menebal sedikit lagi karamelnye ( seperti dalam gambar )  tambah 1/3 cawan susu cair dan sebiji kuning telur 

LAPISAN KEK ( A )
140 gm tepung gandum
70 gm gula castor
3 kuning telur
135 gm / ml air
1 /2 tsp baking powder 
50 ml minyak  jagung @ minyak masak
Putar kuning telur, air, gula dan minyak hingge kembang
Masukkan tepung yang di campur baking powder.Kacau sebati

MERINGUE  ( B )
6 telur putih ( jangan ade  walaupun setitik kuning telur ) nanti meringue nye tak menjadik
70 gm gula castor
1 /2 tsp krim of tar tar
Putar hingge adunan menjadi kental dan tak jatuh jike di terbalikkan.

* CAMPURKAN A DAN B DENGAN KAEDAH KAUP BALIK SAHAJA ( adunan kek )



1. Masukkan karamel kedalam loyang berisi gula hangus tadi
2. Masukkan adunan kek yang telah di warnekan dan dan diperise kan ( paste pandan contohnye )( adunan takkan tenggelam dalam karamel )berselang seli dengan cara ( marble )
3.Panas kan oven selame 10 minit
4.Masukkan air panas gelegak kedalam loyang yang lebih besar dan masukkan loyang kek tadi ( bakar kaedah steambake untuk mengelakkan karamelnye hangus )
5. 45 minit pertame bakar gune api bawah sahaja dan 15 minit lagi api atas dan bawah dengan suhu 180 C.
6. Bile kek dah masak biarkan sejuk dan kek akan turun dan mengecut dengan sendirinye dari loyang.
7. Terbalikkan kek perlahan lahan dan lihat hasilnye pasti anda akan tersenyum sebab kek menjadik dengan jayenye atau meraung sebab karamelnye melekat, wakaka....
8. Selepas di terbalikkan akan ade lebihan air gula yang banyak,,lap aje air gula perlahan lahan  menggunakan tisu di sekeliling kek dan di atas karamelnye.

SELAMAT MENCUBE YE...