Friday, August 22, 2014

Takziah buat semua penumpang dan waris MH17

Assalamualaikum Wbt

Hari ni, xde mood nak menaip. Sedih bila buka fb/ blog dan baca berita tentang ketibaan jenazah penumpang pesawat malang MH17. Mereka bukan siapa-siapa pada aku. Aku tidak pernah mengenali mereka. Namun, kisah mereka begitu menyayatkan hati. Hiba. Sebagai seorang manusia, ibu, isteri, anak...aku turut merasa betapa pedihnya kehilangan orang2 yang tersayang dengan cara seperti itu.

Sungguh, seharian aku mencari2 di google...kisah mereka2 yang terlibat dalam nahas itu. Mereka juga, semuanya...adalah sama seperti kita. Punya keluarga yang menyayangi mereka sepenuh hati. Yang mengharapkan kepulangan orang tersayang dalam dakapan hangat.

Namun, apa yang terjadi? Kepulangan mereka hari ini...adalah sekujur jasad kaku tak bernyawa.

Namun, aku yakin...semua ahli keluarga mereka redha dan tabah menghadapi dugaan ini. Sungguhpun berat mata kita yang memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Salam takziah buat semua penumpang dan keluarga mangsa. Semoga mereka yang beragama Islam, ditempatkan dalam golongan orang2 yang beriman. Amin.


Al- Fatihah....






Lirik Lagu Bila Tiba - Ungu


Saat tiba nafas di ujung hela
Mata tinggi tak sanggup bicara
Mulut terkunci tanpa suara

Bila tiba saat berganti dunia
Alam yang sangat jauh berbeda
Siapkah kita menjawab semua
Pertanyaan

Bila nafas akhir berhenti sudah
Jatung hatipun tak berdaya
Hanya menangis tanpa suara
Ooo

Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri

Mati tinggal menunggu saat nanti
Kemana kita bisa lari
Kita pastikan mengalami
Mati

Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri

Mati tinggal menunggu saat nanti
Kemana kita bisa lari
Kita pastikan mengalami
Mati

Monday, August 11, 2014

Cintaku Original Not For Sale! BAB 5

HEHE...Sebelum baca tu aku nak nasihatkan, jangan mudah terpengaruh dengan hasil khayalan aku yg kadang2 melampau ini. Ada sedikit jalan cerita yang aku belum edit lagi sbb tahap koya yang terlampau tinggi disitu. KihKihKih... So, abaikan saja jika anda semua dapat mengesan ke koya an aku yang tanpa batasan itu ye?
Peace!!
Selamat membaca!!


BAB 5

“Kau ni memang dysprexia betullah! Tengok! Macam manalah baju kau ni boleh comot macam ni? Kau jatuh kat mana ni hah?” Abang Ashraf yang hanya tua tiga tahun dari Umairah itu dah membebel macam mak nenek.
“Perkataan ‘dyspexia’ tu kau tolong jangan sebut-sebut boleh tak?” mengingatkan aku pada lelaki tinggi itu saja. Sudahlah beberapa hari ni asyik duk terbayang muka dia aje. Huh, menyampah betul! Sekarang wajah Prof azim dah tak dapat nak ingat dah…dah tenggelam dek kerana wajah dewa kayangan tu! Tolonglahhh…
“Hoi, takkan sebut perkataan tu aje pun kau dah nak angin?”
“Mana ada angin…” malas nak layan. Dahlah beg ni berat, bukan dia nak tolong angkat! Grrr…
“Dah tu, yang kau menonong ke depan tu apa kes? Kereta aku kat sini lah!” Ashraf tunjuk kereta Toyota vios dia yang elok sahaja terparking depan stesen bas itu.
Umairah tepuk dahi. Itulah…ramai sangat yang cakap aku ni dysprexia…kan dah betul-betul dyspraxia dah sekarang ni? Uwaaa…
“Angkat baju kau tu…nanti kang tak pasal-pasal kotor seat kereta aku ni.” Sempat ashraf berpesan sebaik melihat umairah dah sedia untuk duduk di kerusi keretanya yang baru sahaja dibasuh beberapa hari yeng lepas itu. Nampak macam kesan minyak hitam pada baju Umairah. Ish…tak habis-habis nak tertonggeng! Sejak kecik umairah ni agak lembik orangnya. Jalan pun selalu nak jatuh. Itulah, suruh makan calsi yum, tak nak! Huh..
“Kau ni ikhlas ke tak datang ambik aku ni abang Ash?”
“la, lagi mahu tanya? Kalau tak ikhlas, takkan aku tercongok kat sini sejak maghrib tadi lagi, tau tak?” tak mahulah dia cakap yang dia memang sengaja datang awal sebab takut ada orang yang akan ambil kesempatan kat adik dia yang comel ni kalau dia lambat sampai. Nanti, perasan pulak semek ni. Bukan dia tak tahu perangai Umairah yang perasan tahap gaban ni.
“Dah kalau ikhlas tu, senyumlah sikit! Ni tak, sejak aku sampai lagi kau tak habis-habis nak marah aku. Ni yang aku malas balik ni…” rajuk umairah. Dia suka kalau Abang ashraf pujuk dia. Untung-untung dapat makan ikan bakar kat medan selera nanti! Huhu…best nya!
“Abang kau ni, bukan taknak senyum Umairah oi. Tapi aku takut ada perempuan lain yang tengok aku senyum nanti, kang tak lena tidur pulak malam nanti. Kesian jugaklah!”
Ceh, ayat perasan tahap tak ingat!
“kau bukan tak tahu abang kau ni kacak. Tadi pun aku perasan satu awek ni sampai tertinggal bas sebab syok sangat duk tengok aku. Adui, kesian pulak aku tengok dia tadi.” Kereta membelok masuk ke jalan Yahya Ahmad.
“Uwekk…nak muntak aku dengar cerita epic kau tu abang Ash!”
“Weh, cerita epic apa ke bendanya? Cerita benar ni oi.”
“Ah, malas layan kau abang Ash. Aku penat tau tak? Enam jam dalam bas, macam nak tercabut pinggang aku ni.” Umairah menggeliat. Perjalanan dari KL ke Dungun hari ni amat perlahan. Beberapa kali bas berhenti di terminal Kuantan dan beberapa RnR. Setiap kali berhenti tu, sikit punya lama! Sakit jiwa Umairah yang tak boleh nak turun sebab baju kotor. Malu pula nak turun. Mujurlah segala pundi-pundi pembuangan air dia tidak buat hal. Kalau tak…tak tahulah macam mana.
“Eh, jalan kat sini bila siap baiki?” mata Umairah meliar ke luar tingkap kereta. Melihat pembangunan Bandar Dungun yang sudah beberapa bulan dia tinggalkan. Last dia balik, masa hari raya hari tu. Ada dalam setengah tahun jugak tu. Lama jugaklah. Sampaikan jalan yang dulu dalam proses pembinaan sudah siap sepenuhnya. Projek jalan yang terbengkalai agak lama juga.
“Tulah kau dik…kalau cuti, bukan kau nak balik jenguk mama. Sibuk nak kerja part time! Macam tak cukup aje duit yang aku ngan Kak Farah kirim kat kau setiap bulan tu.” Kereta berhenti di traffic light berhampiran TM Point. Wah, kat sini pun dah ada traffic light? Kelass…
“Bukan tak cukup, aku nak belajar berdikari. Kau pun tahu yang aku ni jenis yang tak suka bergantung kat orang, kan? Duit yang kau ngan kak farah tu kirim, ada je aku simpan. Nanti aku nak buat tambah untuk sambung belajar kat oversea pulak!”
Ashraf diam. Dia tahu cita-cita umairah. Nak belajar tinggi-tinggi dan jadi pereka grafik terkenal. Adiknya memang berbakat dalam seni reka. Dia juga berbakat dalam melukis. Semoga impian kau tu akan jadi kenyataan dik!


Kereta vios putih berhenti di hadapan sebuah rumah batu setingkat. Rumah terang benderang. Macam hari raya pula. Dengan lampu berlip lap yang sengaja dipasang, dan halaman rumah yang terang benderang dengan lampu pagar.
“Mama mana?” soal Umairah sebaik kaki melangkah masuk ke rumah peninggalan arwah papanya itu.
“Ada kat dapurlah tu. Dari siang tadi duk memasak, suka hati sangat anak bongsu dia nak balik.” Ashraf terus landing atas kerusi panjang depan tv. Ada sedikit suara orang cemburu di situ. Mana tidaknya, dengar sahaja Umairah nak balik, mama dah sibuk suruh dia ke pasar beli ikan tongkol untuk di buat lauk kegemaran adiknya itu. Singgang ikan aya! Huh…dahlah dia tak suka ikan singgang!
Umairah berlari macam budak kecik ke dapur. Nampak sangat macam orang belum matang. Ashraf geleng kepala. Remote Xbox dicapai dan dia meneruskan game lumba kereta yang tergendala sejak maghrib tadi.
“Assalamualaikum mama…!!” umairah menjerit. Sambil tubuh ibunya yang kurus itu dipeluk erat. Mama dah masuk umur 48 tahun ini. Tapi body maintain slim macam anak dara.
“Maira…kenapa menjerit kuat-kuat macam tu? Tak elok anak dara buat perangai macam tu tau tak?” mama sempat pura-pura ingin mengetuk kepala Umairah dengan senduk di tangannya. Umairah pula pura-pura mengelak, walhal dia tahu mamanya saja mengertak.
“Maira teruja tengok mama!” pipi ibunya itu dicium, berkali-kali. Dasar anak manja!
“Hei, budak ni..jangan cium mama macam tu. Mama busuk ni tau?”
“Mana ada busuk…wangi aje maira bau…” Umairah masih memeluk pinggang mamanya. “Ma masak apa ma?” sambil terjenguk-jenguk dalam periuk yang sudah ditutup api oleh mamanya tadi.
“ Singgang ikan tongkol lah! Ke ada lauk lain lagi yang Maira nak request?”
“Hm…ada!” maira teringat pula pada pajeri nenas hasil tangan mama. Fuh sedap memang tak ada yang boleh lawan. Kuahnya pekat dan cukup rasa, masam, manis, masin.
“Maira nak makan apa?”
Tapi teringat pula yang hari dah jauh malam. Mana nak cari santan, kan? “ Er…menu yang tu Maira nak request untuk esok. So, esok sajalah Maira bagitau, ye?”
Puan Norsiah menggeleng kepala. “Macam-macamlah kamu ni Maira…Eh, ni kenapa dengan baju kamu ni Maira? Macam kerbau berkubang dalam lumpur saja?”
Umairah mencebik bibir. “Apa mama ni? Cakap Maira kerbau pulak…”
“Kan tadi mama cakap macam…”
“Mana boleh….mama samakan Maira dengan kerbau…Maira ni kan anak manja mama yang comel. Mana boleh mama samakan Maira dengan kerbau!”
Puan Norsiah menggeleng kepala tanda malas nak layan perangai manja Umairah itu. Dari dulu lagi, anak bongsu yang sorang ni selalu saja terjatuh. Itu, entah terjatuh kat manalah pula tu.
“Maira masuk bilik mandi dululah!” suara merajuk.
“Aik? Merajuk?” Puan Norsiah ketawa melihat muncung Umairah yang panjang sedepa itu.
“Tak ada maknanya nak merajuk. Maira nak mandi, solat!”
“Hah, baguslah tu. Suruh abang Ash kamu tu imamkan solat isyak kita nanti.” Laung Puan Norsiah sebaik melihat umairah sudah membuka pintu untuk masuk ke bilik tidurnya.
“Abang Ash, mama suruh imamkan solat isyak nanti!” lagi kuat laungan Umairah, kedengaran sampai ke dapur.
 Puan Norsiah usap dada, terkejut. Apa nak jadi dengan anak dara aku tu. Tak habis-habis nak menjerit. Kalau tahu Umairah nak menjerit macam tu, baik dia sahaja yang bagitahu ashraf nanti! Huh…maira…Maira…bilalah kau nak jadi dewasa, nak?


BMW M6 warna merah metalik sudah sedia di perkarangan banglo mewah itu. Beberapa orang lelaki dengan pakaian sut hitam dengan kaca mata hitam, berdiri di samping kereta itu. Wajah mereka serius sahaja.
Seketika, mereka semua menunduk hormat di saat seorang lelaki berkaki panjang melangkah ke arah mereka.
“Selamat petang, Tuan!” Ucap Nick, selaku ketua di situ.
“Hm..” beg baju dicampak ke tempat duduk belakang. Hari ni dia hanya mengenakan jeans dan t shirt polo putih. Rayban yang dipakai menunjukkan dia dalam mood santai.
“Aku taknak di ganggu untuk seminggu ni. Apa-apa hal kau contact Felina kat pejabat.” Suara yang keluar sangat serius tapi sedap didengar. Semua yang berdiri, angguk. Mereka yang berada di situ adalah ketua unit pengurusan syarikatnya. Juga adalah pengawal peribadi dan drivernya.
“ Boleh aku ikut Mr Rich?” Nick menyoal. Bimbang rasa hatinya membiarkan bos kesayangannya itu keluar bercuti sendirian. Selama ini, sekalipun Mr Rich ke luar negara untuk bercuti, dia pasti akan dibawa bersama. Selama lima tahun ni, dia setia berkhidmat tanpa pernah sehari pun dia meninggalkan bosnya itu. Bukan dia suka sangat pergi bercuti, tapi dia bimbangkan keselamatan Mr Rich. Bukan dia tak tahu zaman sekarang ni banyak kes jenayah yang berlaku. Dan dia tak mahu sesuatu yang buruk berlaku pada bosnya.
Farish tepuk bahu Nick. “ Tak payah. Kali ni aku nak bercuti sendirian sahaja. Kau pun dah lama tak balik jenguk keluarga kau kan? Apa kata masa seminggu ni kau balik jumpa mereka? Aku akan ok-ok saja… apa-apa hal nanti, aku roger kau. Kau tahu apa nak buat kan?”
Nick angguk. Dia tahu yang semua kenderaan Mr rich dilengkapi dengan alat pengesan. Dan menjadi tugasnya untuk mengetahui ke mana Mr Rich pergi setiap masa, setiap saat!
Farish berpaling pula kepada Zul yang bekerja sebagai driver di darat untuknya. “ Kau pun tak payah ikut. Aku nak drive sendiri.”
Zul terpinga-pinga. Begitu juga yang lain-lain. Drive sendiri? Ah, apa ke pelik benar kelakuan Mr Rich kali ni? Ini memang tak pernah tercatat dalam sejarah. Hari ni sudahlah Mr Rich lumpuhkan semua system kawalan keselamatan peribadi untuknya, dia juga nak pandu kereta sendiri? Ini bukan Mr Rich mereka…
“Tapi tuan…”
Farish angkat tangan. Tanda dia tak mahu mendengar sebarang bantahan. Semua kecut perut, dan tunduk.
“kau dah buat reservation kat hotel untuk aku?”
“Dah Mr Rich!” Nick angguk. “ Semuanya under control, mengikut rancangan.”
“Bagus!” dan Farish terus masuk ke dalam kereta. Enjin dihidupkan, mengaum bak harimau yang garang. Dia melaraskan tempat duduk, agar selesa dengan kakinya yang panjang itu. Gps sudah sedia terpasang dan siap di setting oleh Nick. Farish lihat cermin sisi, dan terus memasang seat belt. Dia memang seorang yang mengutamakan keselamatan.
Wah, sudah terlalu lama dia tidak mempraktikkan skil pemanduan di jalan raya. Waktu lapang dia lebih suka belayar dengan kapal persendirian ke pulau-pulau yang terpencil. Dia amat sukakan keindahan alam, suka bersendirian. Namun, ini adalah buat julung-julung kalinya dia benar-benar bersendirian! Tanpa sesiapa menemaninya.
Farish angkat tangan, dan kereta terus menderum pergi meninggalkan perkarangan banglo mewah miliknya yang agak terlindung dari pandangan mata manusia di kota KL ini. Didirikan atas tanah persendirian seluas 12 ekar, agak jauh dari kesibukan Kuala Lumpur. Mempunyai lapangan pendaratan pesawat persendirian di belakang rumah, dan mempunyai padang golf sendiri. Tidak ramai yang tahu terbinanya sebuah istana di sini, walhal sudah berbelas tahun ianya tersergam di situ.
Farish Razak, adalah seorang lelaki yang sukar diramal. Pemikiran dan tindakan yang diambil, bukan boleh dipersoal oleh orang lain. Semua keputusan dan kata-kata yang keluar dari mulutnya adalah umpama arahan yang tidak boleh dibantah.
Namun, dari satu sudut yang berbeza, dia punya sekeping hati yang penyayang. Baik hati! Hanya orang-orang tertentu sahaja yang tahu itu. Mungkin, ramai yang tahu lelaki itu sangat sombong dan ego. Tapi itu adalah lumrah bagi seorang ahli perniagaan sepertinya. Dia harus berpewatakan seperti itu untuk mempertahankan dirinya. Tanpa dia sedar, perwatakan seperti itu yang berterusan, telah menenggelamkan sifat baik dalam dirinya.
Nick terus bergegas ke bilik kawalan, tempat dia banyak menghabiskan masa dalam tugasnya. Dia telah diberi kepercayaan oleh Mr Rich untuk menjadi ketua pengawal peribadinya.satu tugas yang sangat berat, tidak boleh dipandang sebelah mata.
“Testing...testing...123...” Nick bercakap sesuatu pada microfon kecil yang terpasang pada skrin. Keadaan bilik itu agak sibuk. Bilik yang luas itu dipenuhi dengan skrin dan alat elektronik yang bermacam jenis. Sebiji macam bilik kawalan udara. Berpuluh orang pekerja sedang menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.
“Roger and out!” satu suara kedengaran di sana.
Nick kerut dahi. Aik? Terus roger and out? “Mr Rich, wait!!” tahu yang Mr Rich sedang cuba mematikan alat pengesan satu. “ Aku just nak pastikan alat tu berfungsi dengan baik. Please jangan...” belum sempat dia habiskan ayat, kedengaran bunyi berdesir yang kuat, tanda bahawa alat pengesan satu sudah dimatikan. Ya Allah, kenapa budak ni jadi degil macam ni?
“Jalil, kau check alat pengesan dua,” arah Nick pada lelaki yang sedang memerhatikannya. Bukan Jalil sahaja, semua yang ada di situ terkesima dengan tindakan Mr Rich.
Jalil menjalankan tugasnya dengan baik. “ Ok tuan. Saya dapat kesan yang Mr Rich sekarang baru melepasi plaza tol karak.”
“Karak? Plaza tol?” Nick pejam mata. Tak dapat nak bayangkan orang paling kaya itu sedang membayar tol di situ. Ya Tuhan...kenapalah lelaki itu berdegil untuk memandu sendirian? Kalau naik air wolve, agaknya sekarang mereka dahpun sampai ke sana.
Tapi, benarkah Mr Rich sekarang dah melepasi Tol Karak? Tidakkah itu terlalu laju untuk sampai ke sana hanya dalam masa 20 minit? Jarak rumah rahsia ini dengan karak, adalah dalam 50 km!
“Sambungkan aku pada pengesan dua!” Nick dah gelabah. Dia tahu yang Mr Rich sekarang sedang dalam kelajuan maksimum. Dia dapat lihat di skrin yang kereta dipandu sedang bergerak laju dengan lampu merah sedang berkelip-kelip.
“ Mr Rich, i'm so sorry for disturbing you now. But please reduce your speed, now.”
“Kau mengarah aku ke, Nick?”
“No, but...” Nick garu kepala. “I'm just give my advice.”
“Just go back and sleep!”
“Kelajuan itu mampu membunuh, Mr Rich.”
“Gangguan kau yang akan membunuh aku! So please stop disturb me!” kereta membelok di selekoh genting sepah. Farish mencabut alat yang menyala di bawah stereng keretanya. Dicampak keluar tingkap. Berkecai.
Farish fokus pada pemanduan. Sudah lama dia tidak memandu begini. Rasa sangat teruja! Rasa seperti sedang berlumba di litar!
Namun, sampai ke saat ini dia masih belum dapat percaya pada tindakan yang diambil oleh diri dia sendiri. Membahayakan nyawanya sendiri kerana seorang budak kecik? Err...apa yang ada pada gadis itu? Teringin sekali untuk lihat bagaimana suasana kampungnya.
“I ada seorang abang, dan seorang kakak. I anak bongsu dalam keluarga. My mum yang jaga kami adik beradik setelah my dad meninggal sewaktu I kecil lagi. Tapi I bersyukur, sebab kami adik beradik sentiasa bersama sehinggalah masing-masing dah besar dan punya kerjaya sendiri sekarang ni…”
terngiang-ngiang di telinganya suara ceria yang menuturkan ayat itu. Ada senyuman lebar yang terukir di bibir sesudah menyatakannya tempoh hari. Dia mungkin punya sebuah keluarga yang bahagia. Bertuahnya!
Sesaat, riak wajah farish bertukar. Sedih dan hiba. Keluarga yang bahagia? Kenapa dia tak mampu memiliki perkara yang satu itu? Kenapa? Apa yang kurang dalam hidupnya? Kenapa perkara yang terlalu ingin dia dapat itu, tidak dapat dibeli dengan wang yang dia punya?

Ah, hidup ini memang tidak adil!

Friday, August 8, 2014

CINTAKU ORIGINAL, NOT FOR SALE! Bab 4

 BAB 4


Farish Razak, seorang lelaki yang sempurna. Everything about him is pecfecto! Tak ada satu pun yang kurang. Baik dari segi kekacakan, penampilan, personaliti dia yang berwibawa, aura dia yang membuatkan semua orang kagum dan tunduk hormat padanya. Juga dari segi kecekapan dia menguruskan perniagaan dan syarikatnya. Sangat membanggakan untuk punya seoarang adik macam dia!
Namun, si budak tinggi yang angkuh dan sombong itu sangat pendiam. Sukar untuk kami sekeluarga dapat tembak apa yang ada dalam hati dan perasaan dia. Nak kata tak cukup duit, dia dah jadi billionaire sekarang ni. Nak apa lagi? Semua benda dia mampu beli, apa? Nak kata tak ada girlfriend, dia nampak yang budak tinggi tu selalu juga bertukar-tukar pasangan sewaktu ke luar negara.
Sejak kecil lagi, Farish sangat berahsia. Susah betul nak bercakap-cakap dengan dia. Bahkan, mereka boleh dikatakan tak pernah bersembang normal macam adik beradik yang lain. Apa yang budak lelaki tinggi tu rahsiakan ye?
Johan duduk berteleku di meja pejabatnya. Mata merenung sekeping gambar keluarga, di ambil beberapa tahun yang lalu sewaktu mereka menyambut aidilfitri bersama. Seingatnya, itulah aidilfitri terakhir yang dia dapat jumpa farish. Selepas itu, setiap kali hari raya, Farish selalu sahaja berada di Eropah. Baru-baru ini kata Umi, Farish ada balik ke rumah. Sekadar nak jumpa Jiji, adik angkat bongsu mereka yang sekarang menuntut di tahun akhir di Uitm Shah Alam. Dia sedia maklum yang hanya Jiji sahaja yang paling rapat dengan Farish. Dengan Jiji, boleh pulak si Rich ni, panggilan semua orang untuk adiknya yang bernama Farish itu, bermesra dan bergelak ketawa. Dengan aku? Haram!
Mungkin kerjaya aku sekarang sebagai pakar psikologi yang membuatkan budak tu takut. Aku dah suspect dia ni ada kecelaruan emosi dan identiti. Maklumlah…muda-muda lagi dah handle bisnes billion-billion ringgit, kot-kotlah dia stress melampau. Aku tak boleh nak baca apa yang ada dalam hati dia, tapi aku dapat baca ada sesuatu yang cuba dirahsiakan dari geri geri budak itu.
Johan bersandar di kerusi. Mata dipejamkan. Mungkinkah, Farish masih menyimpan dendam itu dalam hatinya? Dah dapatkah dia lupakan semua tu? Sudah agak lama semua tu terjadi, mustahil peristiwa itu masih membakar jiwa adiknya itu? Hampir tiga puluh empat tahun yang lalu… tiga puluh empat tahun juga umur Farish.
Sebagai seorang abang, juga seorang pakar psikologi, rasanya dia kena membantu. Tapi bagaimana? Dia tahu ada sesuatu yang tak kena. Tengok dari mata si adik pun dia tahu, satu beban yang sangat berat sedang dipikul di bahunya itu.
Bagaimana nak bantu, kalau dari semalam dia call Farish tak angkat? Oh, geramnya. Takkan nak jumpa adik sendiri pun nak kena buat appointment kot?
“Doktor, saya dah dapat hubungi pejabat Mr Rich, tapi setiausaha dia cakap, dia sekarang ada di Brunei. Kalau doctor nak, saya akan buat appointment dengan Mr Rich.”
Johan mengeluh. “Tak apa. Nanti saya cuba call dia sendiri. Thanks Emma.”


Nick melangkah penuh yakin ke bilik Mr Rich. Sebaik sahaja diminta oleh Mr Rich untuk menjalankan tugas ini pagi tadi, dia terus sahaja menjalankan misi menjejak Mat. Nyata, si pemandu teksi itu memang bermata duitan. Minta maklumat sikit sahaja pun dah sibuk nak pau orang!
“Sebagai seorang pemandu teksi, aku tak boleh dedahkan maklumat pelanggan aku kepada orang. Itu menyalahi etika aku sebagai seorang pemandu teksi berwibawa. Kau tahu tak?”
Ceh, rasa nak bagi pelempang free aje kat mamat gigi kuning ni. Pemandu teksi berwibawa konon! Macamlah aku baru sehari dua kenal mamat nombor ekor ni!
Dua keeping not seratus diletak atas meja. Nick masih tetap buat muka selamba, walaupun dalam hati dah berbakul-bakul sumpah seranah dia hadiahkan buat Mat yang sedang duduk di hadapan. Bukan dia tak tahu ‘makanan’ mamat ni. Bagi duit, selesailah masalah.
“Kau nak rasuah aku ke? Aku tak buat kerja-kerja macam nilah!”
Hak ena… kalau aku tembak kepala dia ni dengan pistol kat dalam jaket ni, mahu mampus kat sini jugak nanti! Sejak bila pula Mat jadi solehah macam ni? Babi betul…
Empat keping not seratus ditambah lagi. “ Aku bukan nak rasuah kau. Aku cuma nak bagi ganjaran kalau kau dapat bagi maklumat yang aku nak tu. “
Mata Mat dah bulat. “ Hm..macam nilah, tambah sikit lagi…boleh?”
Ish…gila babi betul! Kan tak pasal-pasal aku mencarut pula. Tapi Nick keluarkan juga dua keeping lagi not seratus. Alah, apalah sangat nak dibandingkan dengan gaji bulanan yang dia terima dari Mr Rich setiap bulan itu. Dicampur dan didarab dengan segala pertolongan Mr rich pada diri dia dan keluarga selama ini, memang tak dapat dia nak balas semua tu. Apa yang dia dapat bantu Mr Rich, dia akan cuba bantu. Sekalipun nyawa dia sendiri yang menjadi galang gantinya!
Sejak peristiwa lima tahun yang lalu itu, dia dah nekad untuk berkhidmat sepenuh jiwa dan raga kepada Mr Rich. Takkan sesekali kesetiannya berbelah bahagi! Takkan!
Mat sengih dan terus merebut not-not warna ungu di atas meje kedai makan itu.
“Bagi aku alamat dia!” Nick selak sedikit jaket kulit warna hitam yang dipakai, kelihatan di pinggangnya tersisip sepucuk pistol.
Mat telan liur. Dia angguk laju. Pen dan kertas yang sentiasa ada di poket baju seragam putih yang dipakainya itu dikeluarkan. Dan dia terus mencoretkan alamat gadis manis yang dia hantarkan ke rumah tempoh hari. Alamak…kesian pula kat budak comel rambut ekor kuda tu. Apa bala lah yang kau buat sampai orang-orang kaya ni cari kau dik oii? Apa-apa pun aku tak dapat nak tolong. Duit lebih penting dari segala-galanya!
Nick capai kertas yang sudah siap bertanda itu. Di masukkan ke dalam poket jaket hitamnya. “ kalau maklumat yang kau beri ni salah, tahulah nasib kau! Aku cari kau sampai lubang cacing!”
Nick bangun dan menuju kea rah BMW X6 yang sedia menunggu di hadapan kedai makan itu. Masuk sahaja ke dalam kenderaan itu, dia terus menghidupkan enjin kereta. Alamat yang ditulis Mat tadi dibuka. Kalau benarlah kat sini, budak tu tinggal… senanglah kerja dia nanti. Dia akan selidik siapa budak tu seperti yang diminta!


“ Kau pasti?”
Nick angguk, yakin. “ I’m sure…very sure. Aku yang ikut dia sendiri tadi Mr Rich.”
Farish angguk, puas hati. Memang benar, dia yakin nick dah buat kerja dengan betul sebab gambar gadis yang berbaju kurung ini memang sama dengan gadis tempoh hari.
Tidak lepas matanya melihat pada beberapa keeping gambar yang diambil oleh Nick secara curi itu. Kelihatan seorang gadis sedang berjalan sambil membimbit sebuah beg pakaian. Dia memakai baju kurung entah apa fesyen, bercorak polkadot dengan latar belakang putih. Rambutnya yang panjang itu dikat ekor kuda seperti biasa. Sama seperti tempoh hari juga.
Hmm…apa yang ada pada gadis ini agaknya ya? Sampaikan aku tak boleh nak lelap mata kerana dia? Masih terbayang bagaimana dia senyum dan tertawa. Macamlah aku tak pernah tengok perempuan senyum selama ni. Dah terlalu ramai perempuan yang aku jumpa, tapi tak ada seorang pun yang punya senyuman macam dia. Senyuman yang ikhlas dan polos. Ya, gadis ini sangat polos. Gadis mentah yang selalu kelam kabut.
Mata Farish melekat pula pada sekeping gambar gadis tadi terjatuh di tangga bas. Ya Allah…macam manalah dia melangkah? Mata dia letak kat mana agaknya?
Farish ketawa melihat gambar itu. Idiot! Dan ketawanya makin kuat saat terimbau kembali peristiwa di mana kali pertama dia melihat gadis itu di muka pintu. Cermin pintu hadapan pejabatnya yang lutsinar itu membolehkan dia melihat betapa kelam kabutnya gadis itu sewaktu sampai di muka pintu tempoh hari. Gadis itu tidak menyedari gelagatnya diperhatikan. Sampailah masa dia tersembam di muka pintu, Farish awalnya ingin menolong. Tapi apabila melihat gadis itu pantas pula bangun, dia terus berpaling ke belakang. Taknak gadis itu malu jika tahu yang dia diperhatikan. Tapi dia memang tak dapat menahan ketawa sewaktu pesawat persendirian yang dia naiki berlepas ke brunei selepas kejadian itu.
Nick senyum puas. Gembira hatinya dapat mendengar bunyi ketawa itu keluar dari mulut Mr Rich nya yang sentiasa serius. Ini adalah kali kedua dia melihat wajah Mr Rich yang ceria begini. Kali pertama di atas pesawat dua hari yang lalu. Setelah hampir lima tahun dia berkhidmat dengan Mr Rich. Inilah saat yang paling bermakna. Melihat bos yang sentiasa diam itu ketawa.
Apa yang ada pada gadis itu agaknya ya? Mungkinkah gadis ini yang akan dapat menukar personaliti Mr Rich yang pendiam dan serius itu menjadi lebih baik? Mr rich yang sentiasa bersedih kala bersendirian…
“dia nak kemana ni Nick?” soalan itu tiba-tiba keluar dari mulut Farish. Baru sedar yang gadis itu sedang membimbit sebiji beg yang agak besar. Beg pakaian. Dan dia sedang menaiki bas? Bas? Ya tuhan… apa dia buat atas kenderaan panjang yang sesak itu?
“Menurut apa yang aku selidik, dia naik bas ke kuala Terengganu. Balik kampung.”
“What?? Naik bas yang kotor macam ni?” matanya tertancap pada gambar bas yang mempunya tangga yang hitam itu, tempat di mana gadis itu terjatuh tadi.
“Bukan semua orang mampu ada pesawat peribadi, bos!” kata Nick, sarkastik.
Farish terdiam. Dalam otak dia sibuk berfikir!
“kau siapkan kereta aku. Aku keluar dalam sejam lagi!"



Tuesday, August 5, 2014

CINTAKU ORIGINAL, NOT FOR SALE! Bab 3

BAB 3


“Nick, where are you?”
“Tengah tunggu Mr Rich kat pintu pelepasan 1. Your fligt sepatutnya dah sampai ke Brunei setengah jam yang lalu. Kami masih menunggu…atau Mr Rich nak batalkan penerbangan hari ni?”
“No. I should go now. But please arrange me one cab for a women that walking now in front of our building.”
“Women? Which women?”
“That girl yang pakai jeans and sneakers biru.”
“Oh, that’s it! Ok!” Nick angguk. Dia nampak gadis itu melalui rakaman cctv di bilik kawalan tingkat atas, tempat dia berada sekarang. Apa hal pulaklah bos aku ni? Selalu tak pernah-pernah dia lambat macam ni! Sekarang ni suruh cari teksi untuk perempuan entah mana-mana tu pulak? Hai… ikut sajalah Nick! Kau kan dibayar gaji lumayan.
“Mat, kau ambik seorang perempuan yang pakai jeans dengan sneaker biru yang baru berjalan keluar dari pintu utama tu. Hantar dia kemana dia nak pergi. Boleh?”
“Arahan sapa ni? Tak pernah aku kena ikut cakap kau selama ni. Aku ni driver teksi. Aku ada passanger sekarang ni lah!” Mat mengeluh dengan kuat. Apahal pula si Nick ni call aku lepas tu suruh aku ambik perempuan kat depan pintu utama pula? Pintu utama mana? Hak ena…
“Aku bayar kau seribu ringgit! Ini arahan pihak atasan aku. Aku nak kau ambik dia sekarang kat depan pintu utama bangunan Rich Corp. kalau kau lambat, aku suruh orang lain!”
Seribu ringgit? Oh wow… banyak tu!
“Hoi…ok! Ok! Aku pergi sekarang!”
Nick sengih. Baru cakap seribu, dah gelabah. “Aku bagi kau lima minit! Kalau kau lambat, aku call orang lain!”
“Hoi, lima minit mana sempat? Aku sekarang ni Kt PWTC oii!”
“Tak apalah, kira cancel la…”
“Jap-jap! Aku try!” Mat berhenti kereta kat lampu merah. “ Er,cik…boleh turun kat sini tak? Saya tak dapat nak hantar cik lah. Orang rumah saya call, nak beranak!” tipu mat.
Gadis cina yang sedang leka bermain telefon kat belakang itu mengerut dahi. “ Ok. Turunkan I kat depan tu.” Jarinya yang berkuku merah dan panjang menunjuk ke perhentian teksi di hadapan. Mat sengih.
“Orait! To cey miss!”
Gadis cina itu hanya mengangguk.


*****************************************
                   Teksi berhenti di hadapan rumah sewa yang disewanya bersama Alia. Dalam perjalanan tadi ada sempat call alia beritahu yang dia sudah dalam perjalanan pulang dari pertemuan dengan Mr Rich tadi. Ceria sekali bunyi suara Alia.
Umairah turun dari teksi. Sekeping not lima puluh ringgit dihulur pada si pemandu yang sepanjang perjalanan asyik tersengih-sengih itu. Ngeri dia lihat gigi lelaki itu yang kuning di saat dia tersengih. Huh…apalah malang sangat nasib aku hari ni? Macam macam hal yang pelik-pelik berlaku hari ni.
“Tak payah bayar Cik yang manis… nanti, ada yang akan bayarkan untuk cik!”
Umairah bulat mata. Eh, gila ke apa? Dahlah tadi dia suruh hantar ke stesen komuter, tapi dia ni bersungguh cakap nak hantar sampai ke rumah. Katanya, nak kira murah-murah saja tambang tu nanti. Meter pon dia tak pasang. Aku ni yang dah letih, ikut sajalah. Sekarang, dia taknak terima bayaran pula?
“Eh, sape pula nak bayarkan untuk saya?” pelik!
“kawan cik kot? Dia call saya tadi, dia juga yang suruh saya hantarkan cik sampai ke rumah.”
Oh, baiknya hati Alia…
Umairah sengih. Biasanya Alia tu kedekut tahi hidung masin! Hari ni, terbuktilah yang Alia tu ada juga sifat dermawan dan baik hati! Haha
“Ok, thanks!” pekik Umairah sebelum dia berlari masuk ke dalam rumah sewanya. Nak peluk cium budak Alia tu! Hilang segala rasa marah sebab dipaksa pergi ke perjumpaan dengan Mr Rich tadi. Lagipun, nasib baiklah Mr Rich tu kacak. Boleh juga aku cuci-cuci mata. Hehe…gatal!


****************************

“kau jangan nak mengarutlah Umay… aku ni dari tadi tak bangun-bangun lagi dari baring kat sini, tahu tak? Tak adanya aku nak pergi cari nombor telefon teksi, nak call suruh pergi ambik kau. Aku bukan tahu pun bila kau nak balik.”
Ha’ah….betul juga tu. Sikit punya baik timing. Aku keluar aje dari perkarangan bangunan tu tadi, terus teksi ni datang. Kalau Alia yang call, takkan teksi tu tahu-tahu aje nak ambik aku kat situ. Lagipun, dia taknak terima bayaran. Ke pemandu teksi tadi dah salah orang? Suruh ambik orang lain, dia ambik aku?
Hm… kesianlah kat perempuan yang sepatutnya dia ambik tu. Tapi nak buat macam mana? Aku pun tak tahu yang dia dah salah orang…ah, lupakan ajelah. Kalau dia datang lain kali nak tagih duit tambang, aku bayar ajelah. Lagipun tadi, aku nak bayar, apa? Dia aje yang taknak ambik.
“mana buku aku?” Alia bangun dari baringan, nampak pucat muka dia. Mesti belum baik lagi perut dia tu.
Umairah selongkar beg kulit jenama Gucci hadiah abang Ash sempena ulangtahun kelahirannya dua tahun lepas. Buku nota dan kertas-kertas yang pagi tadi alia serahkan padanya, kini dikembalikan pada tuannya semula. Bersinar-sinar mata Alia sebaik menyambut huluran itu.
“kau ni memang tak patut tau Lia…” rungut Umairah. Dia memang tak puas hati kerana Alia tak beritahu yang Mr Rich tu sebenarnya bukan orang tua.
“apa pulak?”
“kau sepatutnya beritahu aku yang Mr Rich tu masih muda orangnya!”
Alia ketawa nyaring. Tak padan dengan sakit. Nak je aku hempuk kepala dia dengan alat perakam suara yang ada kat tangan ni. Umairah ketap bibir, geram.
“Aku pun tak tahu…kalau aku tahu, aku akan suruh kau pakai cantik-cantik!”
“Cis! Kau ingat aku kemaruk sangat nak mengorat orang kaya? Tapi sekurang-kurangnya, bolehlah aku prepare apa-apa yang patut. Ni tak, aku pergi dengan pakaian macam ni…pakai kasut buruk pulak tu. Mata dia asyik-asyik pandang kasut aku tahu tak? Malu aku! Malu!” pipi Umairah dah merona merah. Marah dan malu dengan kejadian tadi. Masih dia ingat bagaimana renungan mata Mr Rich yang tajam pada kasutnya yang sedikit sudah berbulu di bahagian depan itu. OMG…kalau suruh ulang sekali lagi, mati hidup semula dia dah taknak jejak kaki ke sana! Tak nak!
“Alah…penampilan kau macam tu pun, kau masih nampak cute apa! Kalau tak, takkanlah ramai yang duk usyar kau kat kolej tu. Kau je yang jual mahal. Selama ni pun kau bukannya suka pakai daring-daring…melainkan kalau hari prof Azim yang mengajar, kan?”
Alia faham benar betapa Umairah minat pada Prof Azim. Pensyarah jurusan seni reka grafik itu masih muda dan bujang. Ramai yang minat pada prof azim. Tapi pensyarah tu jenis yang cool, semua dia layan sama rata. Sikapnya menyenangkan hati semua student termasuklah alia yang berlainan course. Prof Azim selalu juga belanja mereka kat kafe jika mereka bertembung. Itupun jika Umairah adalah. Sampaikan dalam diam-diam, alia dapat rasakan yang prof azim tu pun minat pada umairah. Tapi dia tak berani nak cakap pada umairah. Takut perasan pula temannya yang sorang tu. Umairah ni boleh tahan senget juga perangai dia.
“Apa kau conteng ni Umay?” bulat mata Alia melihat pada lakaran pada kertas kajang yang dihulur Umairah tadi.
“kenapa pula? Aku tulis jawapan Mr Kaya tu lah!” Jawab Umairah sambil meneguk air sejuk dari peti ais. Tak sempat nak duduk di kerusi pula dia ni. Nampak dek mama, tentu dah bertempek orang tua tu. Tak sopan anak dara minum berdiri kata mama. Huh…mama bukan nampak pun!
“Kau lukis gambar siapa ni Umay?”
Hah? Gambar? Lukis? Aku ada lukis apa-apa ke tadi? Bila masa pula? Erk… cepat-cepat dia masukkan balik botol air masak dalam peti. Alia yang sudahpun duduk di meja kerjanya itu dihampiri.
“Oh…ini! Ini….ini….” tergagap-gapap pula dia.
“Wah, handsome gila mamat ni? Siapa? Yang nyata ni bukan prof azim…”
“Ada ke nak samakan Mr rich ni ngan Prof kesayangan aku tu! Ceh…”
“Mr Rich??” bulat mata Alia. Jadi memang betullah ni gambar dia? Eh, mana gambar yang aku suruh kau ambik tadi? Kau ada ambik kan?”
Ah sudah…aku lupa pula nak ambik gambar dia tadi. Umairah tepuk dahi.
“Aaaaa…kau jangan cakap yang kau tak ambik gambar dia!!” Alia dah buat muka naga.
“Dah aku lupa…nak buat macam mana? Lagipun banyak sangat soalan yang kau tulis kat buku tu… Mana aku sempat nak ingat semua tu?” alasan bela diri. Umairah memang betul-betul lupa.
“Kan sebelum kau keluar tadi aku dah ingatkan?”
“Yelah…kan aku dah cakap yang aku lupa!” umairah duduk di atas katil alia. “Kau google ajelah cari muka dia tu. Kata orang kaya…mesti banyak muka dia kat google image tu. Apalah susah sangat?”
“Aku dah google dah sebelum kau suruh lagi! Dia ni memang low profil. Akhbar atau majalah memang jarang dapat hak penyiaran untuk terbitkan artikel tentang dia ni. Last artikel pasal dia keluar dua tahun lepas, tu pun dalam akhbar luar negara. Berkenaan syarikat eksport minyak dia yang berkembang di eropah. Nama dia tersenarai dalam businessman paling berjaya di dunia pun, memang tak ada gambar. Just artikel sahaja. Aku agak, dia memang sengaja ambil langkah berjaga-jaga. Maklumlah billionaire kan? Tentu ada orang jahat yang intai-intai peluang. Hm…”
Umairah tekun mendengar. Wah…so, memang susahlah orang lain nak jumpa dia kan? Aku ni kira bertuahlah dapat tengok dia depan-depan tadi. Walaupun, sebolehnya aku taknak ingat wajah tampan dia yang bisa buat jantung aku berhenti berdegup ni…tapi jauh kat sudut hati, rasa bertuah tu tetap ada. Memang layaklah kalau sukar untuk dapat tengok wajah dia tu. Sebab dia memang kacak bergaya. Kalau ramai orang dapat tengok, aku rasa ramai wanita kat dunia ni akan gila!
“Kalau sekadar lakaran macam ni… apa yang boleh aku buat?” sedih saja bunyi suara Alia.
“Aku dah tolong sikit punya banyak, bukan kau nak berterima kasih. Lagi nak mengeluh!”
Umairah buat muka. “Dah aku memang terlupa, nak buat macam mana? Itupun aku dah ambik masa dua jam untuk tanya soalan-soalan bodoh kau tu…tau tak?”
“Soalan bodoh kau kata? Itu soalan yang lecturer aku bagilah ngok!”
“kalau setakat soalan macam tu, tak payahlah kau nak susah-susah setkan appointment dengan dia. Kau jawab sajalah. Tipu-tipu…bukan lecturer kau tahu pun. Soalan budak darjah satu boleh jawab tu!” geli umairah mengingatkan soalan-soalan peribadi yang tak masuk dek akal tadi.
“Dah memang itu yang aku kena tanya…” Alia berpaling, menghadap Umairah yang sedang rilek baring atas katil dia.  “ Itu pasallah aku suruh kau ambik gambar dia…menandakan yang aku memang betul-betul dapat jumpa and interview dia! Faham?”
Umairah mengeluh. “Dah tu? Kau nak suruh aku buat apa sekarang ni? Steamboat kuah kacang kau dah janji…”
“Yang tu hold dulu selagi kau tak berjaya dapatkan gambar dia secara real!”
“Oii gila! Mana aku nak cari gambar dia secara real? Kau ni dah gila ke?”
Umairah bangun, mengekori langkah alia yang terburu-buru masuk tandas. Brdentum. Pintu tandas ditutup betul-betul seinci dari batang hidung dia yang comel itu.
“Gila tak gila…kalau kau nak suruh aku belanja steamboat kuah kacang tu selama sebulan pun aku sanggup kalau kau mampu berikan aku sekeping gambar MR Rich yang real!” laung alia dari dalam diselang seli dengan bunyi meletup-letup yang memang merupakan sound efek yang paling kotor dan jijik pernah dia dengar!
“ Kau memang munafik! Penipu…”
Tak sanggup aku nak ke sana sekali lagi! Mati hidup balik pun aku takkan pergi!
Umairah capai beg, bersedia untuk melangkah keluar. Baik aku ke kedai dobi, tolong makcik faizah lagi baik. Tolong minah ni, hampeh! Memang sah dan nyata, dia ni kedekut tahi hidung masin! Ish…geram betul!

*****************************************

“Hai Maira… bukan pagi tadi mak cakap awak MC ke?”
Adi, anak makcik faizah yang bekerja sebagai arkitek kat Shah Alam itu menyapa sebaik umairah muncul di kedai dobi tepat jam 3 petang itu. Adi sedang membimbit sebeg pakaian yang sudah siap di cuci. Beberapa helai kemeja kerja yang sudah siap bergosok dan dibalut plastik berada di tangan kanannya.
“Ha’ah…pagi tadi saya sakit perut. Salah makan. Tapi sekarang dah ok.” Umairah sengih pada jejaka di hadapan. “Err…tu, nak saya tolong hantar ke kereta ke?” jari telunjuknya dihalakan pada beg kertas yang mengandungi pakaian harian Adi. Kebiasaannya Umairah akan menghantar pakaian pelanggan sampai ke kereta jika banyak ataupun pelanggan itu adalah VVip.
“Eh, tak payah! Saya boleh angkat sendiri…” Adi ketawa sambil buat gaya angkat berat sampai nampak lengannya yang berotot itu walaupun kat kiri kanan tangan ada beg dan baju. Nak tunjuk dia gagahlah tu. Huh…menyampah!
Umairah sengih dan sedia untuk berlalu masuk ke dalam. Mahu tolong apa-apa yang patut. Kasihan kak salmi dan Kak rokiah buat kerja hari ni. Biasanya, mereka memang tak menang tangan menggosok dan melipat kain baju pelanggan.
“Eh, nanti dulu…” Adi pantas meghalang langkah umairah dengan tubuh sasanya. Terus sahaja langkah Umairah terhenti, sipi-sipi sahaja tubuhnya bertembung dengan tubuh Adi yang tiba-tiba menghalang laluannya tadi.
“Kenapa pula ni bang? Abang dah ambil baju kan? Saya nak tolong bawa ke kereta, abang taknak. Abang nak apa?” nada suara umairah dah lain. Geram pula dengan tindakan adi tadi.
“Abang belanja makan nak?”
“Tak apalah bang…saya baru aje sudah makan kat restoran depan tu tadi. Lepas makan tu yang saya ke mari.” Senyum.
“Minum-minum pon jadilah…jom. Abang belanja.”
Umairah geleng sambil sengih. “lain kali jelah bang…saya nak tolong kak salmi kat dalam. Sorry ye?”
Cepat-cepat Umairah mengecilkan tubuhnya dan menyelit ke tepi untuk masuk ke dalam ruang menggosok.
“Eh, Maira….” Sapa kak Rokiah sebaik melihat gadis comel berambut kerinting perang itu masuk ke bilik menggosok. Masam saja muka Umairah. Kak rokiah kerut dahi. “ kenapa dengan kamu ni maira? Masam saja muka tu? Sakit perut lagi ke?”
Sahlah penipuan dia pada makcik Faizah pagi tu sudah diketahui umum. Semua orang percaya pula tu! Huh, dia memang tak pernah menipu sebelum ni. Itu sebablah semua orang tak percaya yang dia cuma menipu sakit perut pagi tadi. Semua tu gara-gara Alia. Alia? Mengingatkan si sahabat itu, Umairah jadi geram lagi. Melebihi perasaan geram dia pada adi yang selalu sahaja mencari peluang mengajak dia keluar.
“kalau sakit lagi…buat apa datang? Pergilah balik berehat! Kak Yah boleh uruskan kerja-kerja kat sinilah.’ Kata kak rokiah lagi.
“Tak adalah kak. Dah tak sakit dah perut ni…” Sehelai baju kemeja batik dicapai dari dalam bakul. Suis seterika di pasang. Dipulas-pulas sedikit suhu pada seterika untuk menentukan tahap kepanasan yang akan digunakan. Memang itu sudah menjadi kebiasaannya, dan sering juga diperingatkan oleh Makcik faizah dan pekerja-pekerja senior di situ. Jangan sampai baju yang nak digosok nanti berlubang! Air yang disediakan dalam spray, di sembur-sembur pula pada kemeja itu.
“kalau tak sakit, kenapa muka tu masam aje?”
“Abang Adi tu… Maira rasa tak selesalah dengan dia. Dia selalu ajak Maira keluar. Nak tolak, rasa kesian pula. Nak ikut, memang Maira taknak. Hm…serba salah!” Luah dia dengan suara perlahan. Takut pula ada orang lain yang mendengar nanti.
Kak Rokiah ketawa kecil. “Laa…takkan kamu tak tahu Maira…dia tu macam tu dengan kamu aje! Dia tu bukannnya nak menegur orang. Dengan kamu boleh pula dia mengajak keluar. Itu maknanya…dia suka kat kamulah tu!” usik kak Rokiah.
“Haa…betul tu Maira! Akak pun dah lama perasan yang adi tu suka kat kamu. Sejak kamu kerja kat sini, hari-hari pulak dia datang hantar dan ambik baju. Selalu tu, seminggu sekali pun payah nak tengok dia bertandang kat sini. Kak Faizah pun selalu cakap yang Adi tu sibuk memanjang sampai jarang balik rumah. Hm, tak ke jauh tu nak datang sini dari Shah Alam tu hari-hari? Musykil akak tau…” Kak Shima yang entah dari mana datangnya itu tiba-tiba menyampuk.
Umairah pura-pura tak dengar. Laju sahaja tangannya menggosok baju kemeja yang berada di atas papan penggosok itu.
“Perasaan akak je tu… mana ada! Bukan sebab saya. Mungkin sebab baju dia banyak kot yang nak kena basuh…”
“iyalah tu…” Kak Rokiah sibuk melipat baju di satu sudut.
“Eh, Maira…jadi ke kamu cuti hari Isnin depan ni? Dengar kata kak Faizah, kamu nak balik kampung ye?” kak Shima tiba-tiba bertanya lagi setelah suasana agak senyap seketika tadi.
“Jadi kot! Itupun kalau Makcik Faizah bagi cuti lebih sehari kat saya…” mukanya automatic jadi ceria sebaik sahaja mengingatkan yang dia akan balik kampung hari Jumaat nanti. Itupun kalau bos besar izinkan dia tambah cuti sabtu dan ahad tu jadi tiga hari, termasuk hari Isnin.
“Eh, jadilah! Akak dengar Kak Faizah cakap tadi nak kirim keropok lekor kat kamu kalau kamu balik kampung nanti.”
“Ye ke kak??” wah, syukurlah…
“Iyalah…takkan nak tipu pula.” Kak Rokiah menambah lagi. “ Akak pun nak kirim tau Maira.”
“Nak kirim apa, kak?” tanya Umairah, ceria. Dah lama dia tak balik kampung. Rindu kat mama!
“Nak kirim telur penyu! Ada jual kat sana, kan?”
“Uih…apa kak yah ni…mengidam ke?” kak Shima bertanya dengan nada curiga. Apa ke pelik sangat nak kirim telur penyu bagai? Masaklah si Maira nanti nak kena menyuluh kat tepi pantai pula! Hai…
Umairah ketawa. “Ada jual kak… hari tu saya beli RM 8 untuk 3 biji. Akak nak ke? Harga dia mahal sikit…tapi sedap tau kak!”
“Haa…itulah yang akak nak kirim dekat kamu tu! Nak try! Eh, nanti ambik duit dengan akak sebelum kamu balik ye? Akak nak beli dalam 6 biji. RM 16 kan?”
Umairah angguk. “kak Shima? Taknak kirim apa-apa? Hari ni dah selasa…InsyaAllah, lepas kerja hari khamis tu saya naik bas balik Terengganu. Sempat lagi kalau akak nak fikir apa-apa yang akak nak kirim.”
“Akak tak nak kirim apa-apalah Maira…akak cuma nak kamu balik dengan selamat aje.” Kak Shima sengih. Bukan dia taknak kirim, dia tahu yang Umairah balik dengan bas. Takut menyusahkan pula nak bawa naik bas barang-barang yang dia kirim tu nanti. Kasihan budak tu. Sudahlah dia tu kecik comel sahaja orangnya. Nanti tak larat pula nak bawa barang banyak-banyak.
“Baiknya akak…” umairah memuji. Dia suka sangat bekerja dengan Kak Shima dan Kak Rokiah sebab kedua-duanya sangat baik hati!
Dalam kepala dah terbayang nasi panas dengan lauk ikan singgang. Ada sambal belacan campur mangga muda, di makan pula dengan ulam-ulam kayu yang mama petik kat taman herba belakang rumah tu…Fuh, sedapnya!
Tak sabar nak balik kampung!!
Tinggal kau Alia kat sini sorang-sorang! Huh…steamboat kuah kacang konon…Piirah!!

Marah Umairah lagi buat kesekian kalinya.