Monday, April 15, 2013

Tag Heuer untuk My Hubby?


Esok dah 17 April 2013...wah! cepatnya masa berlalu...


apa yg mahal sangat dengan jam yg cenggini??

Esok birthday my hubby yang ke...dot...dot...dot...( rahsia!) ekekeke...
dia mintak jam tag heuer kau!
hahaha...kitorang mmg mcm ni, setiap kali birthday dia atau aku, kitorang akan bgtau apa yg kitorang nak. Bagi aku cara ni lebih sesuai kot dengan jiwa aku yg tak berapa nak romantik dan suka suprise2 bagai tu.

aku tak suka kalau dapat present yg aku tak pakai, yg bukan taste aku. So kitorang decide klau nk beli present birthday, tanya dulu. Hahaha...bunyi macam meterialistik sikit sebab yelah, nakkan hadiah! wawawa... so, aku dengan muka rileks nya senyum ajelah time dia ckp nak jam tu!

Ok. aku pun pegi kedai jam...

belek punya belek...ternganga aku kat situ!

apa tidaknya? Paling murah harganya adalah RM 2,180.00 after less 20%!

ayoyo...rabak poket aku!

dalam hati tertanya2, kat pasar malam ada tak jual yg ciplak punya?? aku nak pegi beli...hahaha

Apa2 pon, hari ni seyes aku sakit kepala! duit dahlah melayang...ada satu lagi hadiah nk kena prepare ni. untuk si anak sulong aku tu belom pikir lagi nk beli apa.

aduyai...kenapalah diorang lahir pada tarikh yang sama? pokailah aku cenggini...

si sulong dah cakap hari tu nak ipad mini. Huh, mati! ipad cina jelah aku carik lepas ni

Untuk Hubby dan Anak sulong ku...

SELAMAT ULANGTAHUN SAYANG!

p/s: hari lahir aku nanti aku dah plan nak gelang emas yg aku dh usha hari tu. itu pasallah aku sabar aje pegi beli Tag Heuer tu...hahaha..ada ubi ada batas sayang! i dah beli hadiah, u kena balas, okey??



4


BAB 4  CINTAKU TERTINGGAL DI KL






“Bro, malam ni kita keluar nak? Dah lama tak minum-minum dengan kaulah!” lewat petang itu, Irfan muncul di muka pintu pejabatnya. Berseri-seri muka sepupunya itu. Sah-sah dah dapat awek baru. Minggu lepas bukan main lagi muka Irfan cemberut kerana baru aje clash dengan Eja, si model iklan syampo itu.


“Tak naklah!” Syafiq Firdaus buat muka tak berminat. Tangannya ligat menaip di Macbook. Sedikit lagi laporan yang perlu disiapkannya untuk Tan Sri Mokhtaruddin berkenaan projek usahasama mereka dengan syarikat perkapalan dari Korea itu. Lepas ni dia nak terus pulang ke penthouse. Tentu Tania dah menunggu. Apalah yang di masak Tania hari ni? Huh, tak sabar nak balik.


“Kau ni kenapa? Lain macam je aku tengok?” Irfan tarik kerusi tanpa dipelawa dan terus duduk. “Tersenyum sorang-sorang apahal?”


Tersenyum? Pantas Syafiq memegang pipinya. Terus senyumannya mati. Hak ena...tak perasan pulak aku tersenyum. Ayo! Terus dia membetulkan duduk.


“Aku dengar kau clash dengan Irene. Betul ke?”


“Cepatnya berita tersebar!” suara macam terperanjat, tapi muka langsung tak menunjukkan reaksi. Tangannya terus menaip lagi.


“Woi, ceritalah! Apa dah jadi?” sepupunya itu memang busybody. Irfan mengetuk-ngetuk meja dengan jarinya sambil buat muka macam Naz Ahmad, wartawan meja hiburan.


“Nothing! Tak ada apa-apa yang nak aku ceritakan.”


“Betul kau dah clash dengan dia?” Irfan mencondongkan tubuhnya ke hadapan. Supaya lebih hampir dengan laptop Syafiq. Kini mukanya betul-betul di sebelah laptop.


Wah, ini dah melampau! Menganggu konsentrasi!


Syafiq mengeluh, berhenti menaip, dan memandang sepupunya di hadapan. “Yes! Aku dah clash dengan dia. Puas hati?” terus dia bersandar, tenang.


“Wow! Ini berita sensasi!” irfan teruja sampai hampir terlompat dari kerusi. Siapa yang tak tahu cerita perihal jejaka idaman Malaya kat depannya ini? Cerita pasal hubungan cinta Syafiq dan Irene pernah masuk majalah hiburan. Semuanya gara-gara Syafiq menjadi kegilaan ramai. Weh, anak tan sri Mokhtaruddin tuh! Anak seorang billionair yang namanya tersenarai antara 10 orang terkaya kat Malaysia.


“So, majalah mana kau nak pergi buat statement lepas ni?” sindir Syafiq. Tangannya disilang ke dada, berpeluk tubuh.


“Perlu ke aku buat macam tu? Aku rasa kalau aku tak bagitahu pun, diorang mesti dapat korek jugak nanti. Aku dah dengar berita ni satu hari ni di seluruh jabatan. Semua staf cawangan SFM Holdings and Co. dah sibuk bercakap pasal hal ni.”


Wah, ini dah lebih! Dari mana diorang tahu pasal ni?


“Kau ingat kenapa aku datang jenguk kau hari ni?”


Tentulah pasal berita tu! Jawab Syafiq dalam hati.


“Aku agak kau tentu tengah frust menonggeng. Cinta empat tahun tu! Alih-alih break!”


Syafiq buat muka orang tak ada perasaan. Sempat dia melirik Rolex di pergelangan tangan. Dah melewati angka enam petang. Kalau balik sekarang, jalan tentu tengah jammed. Patut ke dia call Tania dan bagitahu dia balik lambat hari ni?


“Jom, kau patut keluar minum dengan aku malam ni.” Usul Irfan lagi.

“Aku tak laratlah. Dah penat sangat hari ni.” Mana tak penat, satu hari ni dia terpaksa menyemak laporan pasal syarikat di Abu Dhabi. Lepas tu meeting dengan semua ketua jabatan berkenaan pembelian saham Megabite dan Azro Holding. Dia bercadang nak mengambil alih pengurusan Azro Holding setelah dia berjaya membeli saham terbesar dalam syarikat itu. Benarlah macam yang dia jangka, saham Azro Holding melonjak naik setelah dia membeli sahamnya. Keputusan yang menguntungkan. Tak sia-sia dia membuat penyelidikan tentang syarikat itu selama seminggu. Azro Holdings memang berpotensi besar. Dia untung 2.5b dalam masa dua hari.


“Hei, Mr CEO...aku cakap dengan kau ni!”

“Aku dengar. Aku belum pekak lagi.” Katanya sinis.

“Jom minum dengan aku malam ni.” Pelawa Irfan sekali lagi.

“Hei, kau ajak aku keluar minum, macam ajak keluar minum teh aje kan?” Syafiq geleng kepala. Bukan dia tak tahu makna di sebalik pelawaan keluar minum itu. Irfan memang ketagih alkohol sejak mereka di Washington DC lagi. Entah bilalah sepupunya itu nak insaf.


“Oh come on, Mr CEO...satu hari dah minum teh kat office, itu meloyakan tekak aku, tau tak? Kalau dapat sesuatu yang heavy sikit, barulah release tension. Macamlah kau tak biasa.” Ifran membuat muka macam orang tak bersalah langsung. Macam dia tu bukan anak mak bapak dia saja. Anak mak bapak dia yang terang-terang adalah seorang muslim! Huh, sabar sajalah...

“Aku dah berhenti minum...” perlahan suara Syafiq.

“Oh Wow...aku terperanjat!” Irfan sekali lagi hampir terlompat dari kerusi. Seingatnya, Syafiq Firdaus bukanlah seorang yang taat sangat pun dalam agama. Sembahyang pun tak pernah nampak. Kalau hari Jumaat pun, tak pernah nampak pergi sembahyang Jumaat. Masa sama-sama menuntut di Washington, mereka sama-sama pergi minum di bar. Dan sekarang? oh...dia memang sangat terperanjat. Shocked! Kalau ada sakit jantung, dah tentu dia jatuh terlentang saat itu.


“Ekspresi kau tu melampau sangat Fan!” marah Syafiq. Dia nampak mulut Irfan yang ternganga dan nyaris jatuh dari kerusi itu.


“Putus dengan Irene telah membuat kau berubah 360 darjah ke selatan! Aku tak sangka kau jadi tabah macam ni.” Irfan tarik nafas, cuba tidak membuka dan membuat mulutnya terlopong lagi. Itu akan mengundang marah si Mr CEO!

“Aku tahulah aku bukan baik sangat. Tapi aku dah lama tak keluar dan minum air kencing syaitan tu!”

Air kencing syaitan? Oh, satu frasa kata yang membuatkan mulut Irfan ternganga sekali lagi.

“Tolong tutup mulut kau sebelum aku sumbat dengan kertas ni!” sekeping kertas digumpal dan dibaling tepat ke dahi Irfan.

Oh man...” gumam Irfan sambil menepuk dahinya yang baru sahaja mendarat dengan segumpal kertas itu. “ I’m shocked! Gosh, you’re not like yourself! Is there something happened to you?”

“No. I am not! Nothing had happened to me. I’m okay. More than what you think!”


“Oh...” Irfan memuncungkan mulutnya membentuk O. “That was great to heard that you’re okay.”

Syafiq mengangkat bahu, tersenyum tanda dia memang benar-benar tidak perlu dikhuatiri. “Aku takkan memabukkan diriku sendiri hanya kerana perempuan macam Irene tu. It would be the stupid things if i do that!


“Oh...” oh lagi. Memang dia sudah kehilangan kata-kata. Fikirnya Syafiq Firdaus akan frust setahun. Tapi nampaknya dia salah! Lelaki di hadapan ini berlagak macam dia sudah hilang ingatan pada Irene. Seolah-olah dia hanya bercinta dengan Irene selama empat hari, bukan empat tahun! Oh my God...


So, boleh aku balik sekarang? now almost at seven pm and i was exhausted! I need to rest.”

“Oh...okay! aku pun nak balik.” Irfan bangun dan cuba tersenyum. “So, malam ni aku lepak kat rumah kaulah. Okay?”


“What??” bulat mata Syafiq memandang Irfan. Dia baru sahaja hendak bangun mengemas brifcasenya sebelum cadangan Irfan itu kedengaran macam mencekik lehernya.

“Kenapa? Sejak bila aku tak boleh datang ke rumah kau ni?” Irfan mengerutkan dahi. Pelik!

“Aku nak tidur awal. Serius aku penat. Kau tahulah seharian ni aku duk settlekan pasal Abu Dhabi dan projek eksport getah ke Taiwan tu. Aku betul-betul penat!” oh tidak. Tolong jangan datang ke rumah aku. Mana aku nak sembunyikan Tania? Si cantik itu tak harus ditemui oleh lelaki kasanova ini. Itu sungguh tidak aman untuk memikirkan Irfan melihat tubuh Tania yang menggiurkan itu. Menggiurkan? Ah gila...kerana itukah aku jadi tak senang duduk sejak sebulan ini?

“Kau ada hide something dari aku ke, Mr CEO?” tembak Irfan. Jelas kelihatan riak gelisah di muka Syafiq Firdaus. Aku dah kenal lelaki ini sejak dilahirkan. Oh come on...itu bukanlah riak wajah orang yang kepenatan!

“jangan nak main betul ke bohong dengan aku sekarang ni ya!”

“Kau lain sangat sekarang ni...macam ada...”

Stop it Irfan Hakimi!” dokumen dicampak ke dalam briefcase. Nada suara naik lima volume dari biasa. Irfan tahu petanda itu.

“Oh okay...maybe next time!”

“Good!” dan Syafiq terus melangkah laju ke pintu, meninggalkan Irfan dalam kebingungan.
Mr CEO marah? Marah kerana aku nak lepak kat penthouse dia? Oh, itu bukan Mr CEO yang aku kenali.

“Hello, Nia.......yes.......i’m on my way now........what?............kari kepala ikan?...........that’s sound delicious! Tak sabar nak balik!”

Kedengaran Syafiq berbual di telefon. Perlahan nada suaranya. Sementara menunggu lif terbuka, dia bersandar di dinding dengan santai. Senyuman terukir di sudut bibirnya.

Nia? Nia mana pulak? Sejak bila dia ada orang gaji nama Nia? Irfan terus diam di tepi dinding.

“Jumpa kat rumah nanti..................miss you!”

Wah, takkan dia rindu kat orang gaji pulak? Is there something wrong somewhere?

Pintu lif terbuka dan Syafiq pantas membolos masuk. Tak sabar nak balik jumpa Tania! Huk alohh....dia memang dah gila sekarang ni. Gilakan Tania. Gilakan wangi bau tubuh gadis cantik itu.



               *********************************************************************



Saat pintu rumahnya terbuka,Tania tersenyum di hadapannya. Tania memakai legging hitam dan t-shirt putih yang agak besar untuk tubuhnya yang kecil molek itu. Tapi, wait...nanti dulu, dia macam kenal dengan t-shirt putih itu. Oh, itu t-shirt dia!

“Kenapa?” tanya Tania. Spontan matanya memandang ke badannya sendiri. “Ops sorry...saya pakai baju awak!”  kedua tangannya terus melekap ke dada. Dia nampak yang mata Syafiq terarah ke situ. Semalam Syafiq telah memberikan dia tiga beg yang sarat baju. Semuanya mahal-mahal. Dia hampir rebah saat melihat tanda harga pada sehelai dress yang mencecah RM1500.00!

Syafiq sengih. “It’s okay!” dia terus masuk dan membiarkan Tania mengunci pintu. Kasut dan stoking dibuka dan disepak ke tepi dinding. Dia berjalan dan merebahkan badan ke sofa L warna merah terang itu. Briefcase di letak ke sisi sofa.


“Awak...”Syafiq berpaling ke pintu untuk bertanya kenapa Tania tak mengenakan sahaja dress yang berlambak dibelinya kelmarin. Tapi, mulutnya langsung ternganga saat melihat Tania yang membongkok membelakanginya untuk menyimpan kasut dan stoking ke dalam almari kasut tepi pintu. Wow! Satu pemandangan yang menarik.

“saya siapkan....” Tania yang berpaling ke belakang, terdiam saat melihat mulut Syafiq yang sedikit ternganga. Dia tengok apa? Tengok bontot aku ke? oh tidak! Spontan dia menarik baju ke bawah. Itulah sebabnya dia tak memakai blouse dan dress yang dibelikan Syafiq. Kerana semuanya seksi-seksi belaka. Justeru, dia memberanikan diri membuka almari pakaian Syafiq dan memakai t-shirt lelaki itu.

Syafiq tarik rambut ke belakang. Rasa sungguh tak percaya dengan diri sendiri. Kenapa aku jadi macam ni? Macam lelaki yang tak pernah tengok perempuan! Shit! Marahnya pada diri sendiri.

“Saya siapkan makan malam.” Kata Tania seraya terus berlalu ke dapur. Langsung tidak mengangkat wajah.

Ok. Tapi kata-kata itu hanya bergema dalam hati. Oh please syafiq firdaus...jangan bersikap jengkel macam ni. Inikah yang kau mahu saat kau balik ke rumah? Melihat dia takut dan gugup saat kau memandang dirinya macam salah seorang perogol yang cuba mencabulnya dulu? Tidak! Jangan buat dia takut. Itupun kalau kau benar-benar mahu dia tetap di sini! Suara hatinya membentak.

“Saya mandi dulu.” Kata Syafiq. Dia bangun dan melangkah masuk ke bilik. Bilik dia dan Tania. Sebenarnya, walaupun bilik ada empat buah, tapi dia tetap tidur di situ. Kerana bajunya ada di situ. Kerana dia lebih senang Tania tinggal di bilik utama itu. Bilik lain dia tak pernah ambil tahu, walaupun perabot lengkap dalam setiap bilik, tapi dia lebih suka Tania tinggal di biliknya.

Segera, Syafiq membuka pakaian. Dilempar kemeja putih, slack hitam, tali leher biru lembut dan seluar dalamnya ke dalam bakul baju kotor. Tuala putih miliknya yang terlipat bersih di atas rak kaca tepi bilik air dicapai. Dia ingin segera mandi dan merehatkan badannya yang terasa teramatlah penat.

Dia membuka paip air panas, memulas suhu agar tidak begitu hangat, kemudian masuk ke bawah pancutan air. Ah, hangat! Beberapa minit, dia menikmati ketenangan dari pancutan air yang jatuh ke kepala dan seluruh badannya.

Tiba-tiba, terasa ada tangan yang menyentuh belakangnya. Lembut dan perlahan mengusap tubuhnya dari belakang. Syafiq pejam mata. Terkejut,dan cuba menikmati satu perasaan aneh yang menjalar di tubuhnya saat itu. Oh God, dia tersesat dalam perasaan indah itu.

“Don’t!” syafiq menggeleng. Tangan kecil dan lembut itu semakin berani. Mengelus wajahnya dari belakang. Sungguh Syafiq tak dapat menahan perasaannya lagi. “Tania!” dia berpaling, namun tiada sesiapa pun di situ.

Tania?

Sungguh tiada sesiapa bersamanya. Hanya deruan air yang kedengaran, terus-terusan jatuh menimpa seluruh tubuh. Syafiq tarik nafas yang terasa macam mencekik lehernya. Dadanya dah berombak-ombak. Menahan satu getaran yang entah datang dari mana.

Argh, dia berimaginasi! Sungguh gila.

“Shit!”

Aku sendiri dah tak boleh percaya kat diri sendiri! Dapat ke aku menahan perasaan saat melihat betapa cantik dan seksinya budak tu? Dapat ke menahan nafsu setiap kali memeluk dia yang nyata dalam ketakutan setiap malam? Tanpa berfikir yang bukan-bukan? Tanpa menghidu betapa wanginya tubuh dia?

Aku dah hilang kawalan diri!

Shower gel di capai dan dipicit ke tapak tangan.

Dia sungguh cantik! Mata yang hitam dan besar itu telah memanah tepat ke jantung hati aku! Wajah babyfacenya yang lembut...hidungnya yang mancung. Rasa macam nak gigit aje hidung budak tu. Sunguh dia tak tahu apa yang telah terjadi kepada sistem ketahanan seksualnya! Semakin hari dia semakin gila.

“Oh, shit!” shower gel dah penuh kat tapak tangan. Tumpah ke lantai tanpa disedari. Dia dah terlalu banyak memicit sabun mandi sambil berkhayal. Ini memang tak boleh jadi. Aku akan rosakkan hidup Tania kalau aku terus-terusan macam ni! Rosakkan hidup aku jugak! Ya...aku takkan dapat maafkan diri sendiri kalau sampai aku rosakkan hidup Tania dengan nafsu yang tak terkawal macam ni.

Aku harus kawal perasaan aku! Control! Control! Control!

Namun bayangan lekuk tubuh Tania menghantui fikirannya juga. Bayangan saat Tania bertuala dan baru keluar dari bilik mandi...bayangan gadis itu tidur sambil mengiring, bayangan Tania yang sedang membongkok sebentar tadi, juga bayangan Tania sedang ketawa dan menangis dalam dakapannya yang hangat setiap malam.

God! Aku kena jumpa psikiatris.

Syafiq tarik rambut yang basah dan meletakkan dahi ke dinding kaca bilik air yang masih hangat dengan pancutan air jatuh menimpa seluruh badannya. Rasa macam nak hantuk saja kepala ke dinding kaca itu!

Aku adalah lelaki biasa. Lelaki normal. Yang memang dianugerahkan dengan nafsu. Nafsu? Macamana nak kawal nafsu?

Dengan iman...

Iman? Apa tu iman? 8 tahun kat overseas, aku dah lupa semua benda pasal iman dan takwa ni. Cuba reverse balik. Aku rasa aku pernah belajar masa sekolah dulu. Tapi, ah aku tak ingat. Nak beriman apa? Sembahyang pun aku dah lupa macam mana.

Gila! Gila! Gila!

Daya imaginasi aku semakin menakutkan saban hari. Aku tak tahu selama mana dapat bertahan dengan seorang gadis cantik bertubuh seksi dalam rumah aku, tanpa aku dapat berbuat apa-apa. Tanpa berimaginasi yang pelik-pelik. Tanpa keimanan walaupun sedikit. Dan tanpa orang lain pun di sini. Hanya aku dan dia....aku dan dia....

Syafiq kocak rambut dan kepalanya. Rasa macam nak berteriak.



*************************************************


“Lama awak mandi.” Tegur Tania apabila agak lama mereka berdiam diri sejak lebih sejam yang lalu di meja makan. Suasana sunyi dan sepi. Syafiq makan dengan perlahan, tanpa memandang sekeliling. Seolah-olah dia tenggelam dalam dunianya sendiri.

“Awak nak air?” tanya Tania, apabila melihat Syafiq sudah meletakkan sudu dan garpu di pinggannya.

Syafiq geleng. Dia bangun, membawa pinggannya ke sinki. Dicapai mug yang tersangkut elok di penyangkut. Freezer dibuka, dan sebotol air dikeluarkan.

“Awak, jangan!” larang Tania, dengan suara yang sedikit kuat akibat terperanjat.

Elok sahaja Syafiq nak menuang air dalam botol kaca itu, Tania bangun dari kerusi. Hampir tertumpah air itu ke lantai, akibat terkejut dengan jeritan Tania tadi. Syafiq kerut dahi. Why?

“awak tak boleh minum air tu.”

What? Botol kaca itu diamati. Oh Shit! It’s brandy!

“kenapa simpan air tu kat sini? Awak minum?”

Syafiq geleng. No! Tapi suaranya langsung tak keluar. Itu Irfan punya. Kali terakhir Irfan datang ke sini ialah 3 bulan yang lepas, dan lelaki itu telah minum kerana tekanan kerja dari ayahnya. Irfan tertekan kerana gagal mendapat tender projek highway Kesas. Irfan minum sampai mabuk dan tertinggal sebotol di freezer. Dan dia sudah lama tidak balik ke sini, terlupa nak buang!

“Minum air ni.” Segelas oren jus dihulur.

“Thanks.” Ucap Syafiq perlahan. “Dah lama benda tu kat freezer, dan awak tak tanya saya apa-apa?” hampir sebulan Tania di sini. Kenapa Tania tak pernah bertanya?

Tania diam, berdiri di sisinya sambil memandang ke bawah dan bermain dengan jari kakinya sendiri. Bukan dia taknak bertanya, tapi rasa macam tak wajar untuk dia bertanya. Ini rumah Syafiq. Dan dia langsung tak tahu apa-apa pasal lelaki itu. Lelaki yang telah menyelamatkannya dari mati selepas dirogol. Dirogol? Ah, aku ni perempuan kotor. Aku tak berhak campur tangan dalam urusan peribadi hidup dia. Aku ni lagi hina.

“Hei, Nia...kenapa ni?” syafiq letak gelas oren jus yang baru separuh diteguk. “Itu bukan saya punya.”

Tania masih tunduk. Rambutnya yang panjang jatuh ke bahu dan dada. Aku ni hanyalah mangsa rogol yang diberi perlindungan atas belas ihsan lelaki ini. Dia terlalu baik.

“Jangan menangis!” Syafiq tarik nafas.

“Saya minta maaf. Bukan niat saya nak masuk campur dalam urusan hidup awak.” Tania angkat wajah, ada air mata yang bergenang dan jatuh ke pipi. Aku ni hanyalah mangsa rogol! Itu kenyataannya. Aku tak berhak mencampuri hidup dia.

Oh shit! Dia menangis sebab aku ni seorang pemabuk? Dia ingat aku minum ke?

“Don’t get wrong, it’s not mine!”

“awak dah taknak makan lagi, kan? Saya nak kemaskan semua ni.” Tania berpaling ke meja makan dan pantas mengutip pinggan kotor. Sembunyi-sembunyi dia mengesat airmata dengan tapak tangannya. Oh, aku perempuan yang kotor! Jangan berlagak suci dan baik depan lelaki yang dah menyelamatkan kau, Nia! Biar siapa pun dia, biar seteruk mana pun dia, dia dah selamatkan kau! Jadi berhenti mencampuri hidup dia.

“Nia...” tangan gadis itu dicapai. Tapi pantas ditepis Tania.

Kau tak layak disentuh Nia. Kau kotor! Kotor dan hina! Suara hati Tania kedengaran mengejek dirinya sendiri.

“Nia,” Syafiq mendepangkan tangan, menghalang Tania dari melangkah. “Brandy tu sepupu saya yang punya. Dia datang ke sini dan minum. Tapi saya tak!”

“ oh ok...”

Just oh ok? “awak tak percaya, kan?” dia menembak ke dalam anak mata Tania.

“Saya tak kisah.”

Tak kisah? Oh shit! Then why she cries?

“Syafiq, percayalah...saya tak berniat nak mencampuri hidup awak.”

Syafiq pejam mata. Tapi saya nak awak masuk dalam hidup saya!

“Saya ni lagi hina dari awak! Saya ni...saya...saya perempuan kotor!” empangan airmatanya pecah. Diletakkan pinggan ke sinki, dan perlahan mula mencuci kotoran pada pinggan itu. Lihatlah, pinggan yang kotor dapat dicuci dengan sabun. Tapi tubuh aku yang kotor ni takkan dapat dicuci walau dengan seluruh air lautan di dunia pun!

Tuhan...apa aku dah buat ni? Syafiq mengetap bibir. Menahan sejuta perasaan. Rasa bersalah, sedih, takut kehilangan, rasa geram dan sakit hati! Rasa bersalah dan sedih kerana aku terpaksa menyembunyikan fakta bahawa Tania bukanlah mangsa rogol. Kerana aku takut dia pergi. Aku juga geram dan sakit hati, kerana dia mungkin anggap aku seorang lelaki ketagih alkohol. Dulu mungkin ya. Tapi sekarang tak lagi.

I need to see Dr Farid! I’m lost my control, and this is all about this girl. Shit!

Syafiq melangkah ke bilik kerjanya, menutup pintu dengan agak kuat. Hinggakan pinggan di tangan Tania terhempas ke sinki. Pecah menjadi dua!

Ya Allah....lelaki itu marah. Marah pada aku?

Ya, dah tentulah dia marah! Kau mencampuri urusan hidup dia dan berlagak suci!

Tania mula tersedu di birai sinki. Berkelahi dengan suara hati sendiri.






3

 BAB 3 CINTAKU TERTINGGAL DI KL

Irene Nadia melangkah penuh gaya. Beg tangan LV hadiah Dato’ Razali di kelek bawah ketiak. Sempat pula dia mengirai-ngirai rambutnya yang panjang separas bahu itu. Semerbak bau syampo Pantene. Maklumlah baru aje selesai mandi tadi. Terus saja dia bersiap menemui kekasih hati.
Dia tahu hati Syafiq Firdaus pastinya terluka. Namun dia nekad ingin meminta maaf. Dia akan lakukan apa saja untuk mendapatkan maaf dari lelaki kacak itu. Gila apa dia nak lepaskan lelaki kacak macam Syafiq Firdaus. Sedangkan gadis-gadis lain berebut nak jadi girlfriend dia. Tapi Irene akui kesilapannya terjebak dengan Dato’ Razali. Nak buat macam mana, hanya Dato’ Razali saja batu loncatan untuk dia hidup mewah. Walaupun bangga menjadi teman wanita kepada Syafiq Firdaus yang kaya raya, tapi apalah yang boleh diharapkan dari lelaki itu kerana kewangannya dikawal rapi papanya, Tan Sri Mokhtaruddin.
Memang dia sayang pada Syafiq Firdaus, sangat sayang. Empat tahun menjalin kasih, mustahil dia dapat melupakan lelaki itu. Berada dalam pelukan kasih Syafiq Firdaus adalah impiannya, walaupun lelaki itu hanya akan berbuat begitu jika Irene sudi menjadi hakmiliknya yang sah. Lantaran itulah setahun yang lalu dia pernah menyuarakan keinginannya untuk menjadi isteri Syafiq. Tapi di mana silapnya, sewaktu Syafiq Firdaus menolak dengan alasan masih banyak impiannya yang belum tercapai, dia nekad menerima cinta Dato’ Razali. Walaupun dia tahu cinta lelaki tua itu hanyalah pada tubuh badannya semata-mata.
Bersama Syafiq Firdaus dia tidak mendapat apa yang diinginkan. Syafiq Firdaus terlalu baik dan tidak pernah mahu menikmati tubuhnya yang seksi. Itu yang dia terkilan sangat. Kalaulah dia mampu menewaskan nafsu Syafiq Firdaus sudah tentunya dia puas hati.
Kini, dia yakin Syafiq Firdaus sudah mengetahui rahsianya. Tapi Irene nekad akan lakukan apa saja untuk mendapatkan lelaki itu kembali. Apa saja!
“Maaf cik Irene, Tuan Firdaus tengah meeting sekarang. Saya diarahkan untuk tidak membenarkan sesiapa masuk.” Suzana, setiausaha Syafiq Firdaus pantas menghalang laluan Irene. Dia kenal benar akan perangai buah hati bosnya itu. Selalu meluru masuk tanpa keizinan. Tapi kali ini dia sudah menerima arahan keras dari Tuan Firdaus untuk tidak membenarkan pramugari seksi ini masuk!
Irene Nadia mengerutkan dahi. Pelik! Tapi dia yakin Syafiq Firdaus sengaja ingin mengelakkan diri. Sudah beberapa hari panggilan dan mesejnya tidak berbalas. Dia tahu Syafiq pastinya sengaja berbuat begitu.
“You janganlah nak tipu I...bukan I tak tahu bos You ada kat dalam tu. Bagilah I masuk, sekejap pun jadilah.” Dia masih cuba bertenang, lembut sahaja bunyi suaranya.
Suzana garu kepala yang tak gatal. “Err...maafkan saya Cik Irene, tapi memang Tuan tengah sibuk. Tengah meeting dengan client. Kalau nak saya buatkan appointment untuk Cik Irene besok.” Pujuk Suzana.
“I ada hal penting dengan bos You...sekejap aje. Benarkan I masuk, please...”
“Jangan macam ni cik Irene. Hari ni memang tak boleh, Tuan Firdaus memang sibuk hari ni, jadual dia pun full.”
“ I tak kira, I nak masuk jugak!” terus saja dia melangkah dan memulas tombol pintu walaupun dihalang Suzana, tapi apalah yang boleh dilakukan oleh Suzana yang jauh lebih pendek darinya itu.
“Sayang...”
Syafiq Firdaus mengangkat kepala. Irene masuk dan mendekatinya. Kelihatan Suzana serba salah di muka pintu sambil membuat muka kasihan. Syafiq tahu, pastinya setiausahanya itu telah cuba menghalang. “Tak apa Sue...you boleh keluar.”
Suzana mengangguk dan pantas menutup pintu. Perempuan perasan bagus! Detak hatinya geram. Memang selama ini dia bengkak dengan sikap Irene yang mengada-ngada. Bukan dia sahaja, tapi semua staf lain pun memang tak berkenan dengan sikap buah hati bosnya yang seksi itu. Tahulah dia cantik...tapi janganlah menggedik sangat.
“Apahal you datang?” serius bunyi suara Syafiq. Langsung tak dipandang wajah Irene di sisi. Helaian kertas kerja di hadapannya, dibelek-belek lagi. Kalau ikutkan hati, memang dia taknak jumpa lagi gadis ini.
“Fir...i minta maaf. I tahu you ada datang umah i hari tu. I memang nak berterus terang dengan you.” Tangannya merayap ke bahu Syafiq Firdaus, diurutnya perlahan. Tapi syafiq Firdaus pantas menepis tangannya.
“Tangan you tu jaga sikit. Kalau you ada hal nak dibincangkan, tolong bincang dengan mulut. Bukan dengan tangan, okey!”
Irene angkat tangan, mengalah. “Sorry...tapi i nak you tahu walau apa pun yang terjadi, i tetap sayangkan you. Bagi i masa untuk fikirkan proposal you hari tu.”
“Anggap aje i tak pernah propose you. Dan i pun dah anggap i tak pernah kenal you.”
“Sampainya hati. Kita kan dah kena lama. Empat tahun i tunggu you. I janji i akan bagi keputusan dalam masa terdekat ni. Bagi i settle masalah i dulu, then kita kahwin, okey?”
Syafiq menggeleng. Matanya masih memandang pada helaian kertas di atas meja. “I dah buat keputusan, mulai hari ni, kita putus aje!”
“Fir...jangan macam ni!”
“Kenapa? You ingat i ni apa? Pak sanggup? Kambing hitam? Yang akan terima seorang gadis yang dah kotor macam you ni? I tak sangka, dan i betul betul tak sangka you macam ni Irene! Selama ni i anggap you ni special, tak macam perempuan-perempuan lain. Tapi, apa yang tersirat adalah sangat melukakan hati i!”
Ada titisan air mata jatuh di pipi Irene. Kalaulah Syafiq tahu kenapa dia jadi begini, tentu semua ni tak sesukar ini. Memang dia kotor, dirinya tak suci lagi. Tapi yang nyata, dia sangat sayangkan Syafiq Firdaus. Kalaulah tidak kerana peristiwa hitam itu, tentunya dia tidak bertindak bodoh seperti sekarang. Tentunya dia tidak menerima Dato’ Razali menjadi sugar daddy nya.
Syafiq mengetap bibir. Geram bila Irene mula berdiam diri. Kali ini dia nekad, hubungan antara dia dan Irene akan dinoktahkan. Titik! Full stop!
“Tak payahlah you nak menagis kat sini. I tak rasa hidup you akan sengsara dengan keputusan i ni. I pun dah tahu siapa diri you, so tak payahlah you nak berdrama sangat.”
“Fir...maafkanlah I. Dato’ Razali hanya menolong I dan famili I. I terhutang budi pada dia. Kalau tak kerana dia, hidup i susah Fir.”
“ inilah orang kata, terhutang budi tergadai body! Argh sudahlah Irene baik you balik aje pada Dato’ you tu...hurm, so namanya Dato’ Razali? Okeylah, you boleh get lost dengan you punya dato’! i banyak kerja!”
“Fir...bagi i peluang kedua!”
“Peluang kedua?” syafiq ketawa sinis. “ I tak beri peluang kedua pada perempuan jijik macam you ni! I tak ambil sisa orang. Lagi pula sisa seorang dato’ tua terkutuk. Yuck..jijik!” rasakan, memang itupun yang selayak kau terima.
Irene mengogoi macam budak kecik. Inikah kesudahannya? Oh tidak...takkan semudah ini Syafiq melupakan dirinya?
“Keluarlah Irene! I taknak tengok muka you kat sini lagi. Baik you berambus saja. I pun tak selera tengok perempuan kotor macam you ni kat pejabat i. Apalah malang nasib i selama ni sebab berkenalan ngan you!” mak datuk ayat...memang benci habis! Kenyataannya memang saat itu dia sudah tiada apa-apa perasaan pada Irene lagi. Semuanya hilang macam angin.
Apakah semua rasa sakit hati dan kecewanya hilang kerana kehadiran Tania?? Tania...aduh, sebut nama saja pun dah membuatkan dirinya jadi biul sekejap. Lupa pulak pada Irene yang masih tercongok di hadapan.
“Dengar dulu penjelasan...”
“No! No! I tak ada masa nak dengar apa-apa dari mulut you. You ni tak faham bahasa melayu ke? Nak I cakap dalam bahasa apa supaya you faham? Keluarlah!”
Baik! Aku juga ada maruah diri. Walaupun penghinaan yang kau berikan, tapi aku akan pastikan suatu hari nanti kau akan melutut pada aku! Irene bingkas bangun dalam terpaksa. Dia tahu Syafiq marah. Dan apalah yang mampu dilakukan lagi jika kata-kata nista juga yang diterimanya.
“Thank you Fir...” Irene bangun.
Fikirnya, syafiq akan mengasihani dirinya namun lelaki itu hanya menunduk. tak langsung dipandang wajah Irene yang meminta simpati itu.
Syafiq diam. Hatinya telah tawar. Dia sendiri rasa kagum dengan dirinya yang langsung tak merasa apa-apa melihatkan wajah Irene waktu itu. Kesian tak, benci sangat pun tak! Entahlah...rasa macam tidak ada perasaan saja!
Sebaik pintu biliknya ditutup, Syafiq menarik nafas lega. Biarlah ini pertemuan terakhir antara dia dan Irene. Sungguh tak sangka, Irene sanggup menjual maruah diri hanya semata-mata untuk kemewahan duniawi.
“Tuan Firdaus... Tan Sri ada di talian sekarang. Boleh saya sambungkan?” suara Suzana lembut di corong interkom.
“Okey!”
Seketika talian bersambung.
“Assalamualaikum papa...”
“Waalaikumussalam...what happened to you? Dah seminggu tak balik rumah, your mum has start worried about you.”
“I’m sorry i did not inform you. But there are important things that i need to manage. Bila dah selesai semuanya nanti Fir balik, pa.”
“Apa yang papa cadangkan last month macamane? Kamu dah fikirkan? Kalau kamu setuju, papa nak uruskan semuanya kat sana.”
Syafiq mengeluh. Inilah yang dia tak tahu nak jawab ni. Memanglah, peluang ini adalah yang ditunggu-tunggunya, tapi memandangkan masalah dia dan Tania, dia rasa baik ditangguhan dulu.
“kita bincang malam ni ajelah papa...I ada meeting dengan client ni. Malam nanti i balik, kita discuss about it.”
“Ok.”
Talian diputuskan.
Syafiq meggosok rambutnya ke belakang. Rasa tidak sedap hati pula. Baru seminggu mengenali Tania, dia dapat rasakan sesuatu yang berlainan. Apakah kerana gadis bermata bulat itu sangat cantik, makanya dia jadi tak tentu arah begini? Atau dia memang sudah terkena panahan api cinta? Cinta? Cinta pandang pertama...


********************************************************************

Malam itu Tania menjerit nyaring lagi. Meracau dan meminta tolong. Bersilat Syafiq di atas katil mententeramkan Tania yang macam sudah dirasuk itu.
“Nia...jangan menjerit. Awak selamat dengan saya. Awak kat rumah saya ni. Saya kan dah selamatkan awak. Awak selamat sekarang...ssyy...” jari telunjuk dilekapkan ke bibir gadis yang masih menangis hiba itu. Walaupun dia sudah tidak menjerit-jerit lagi, namun Syafiq khuatir Tania akan bertindak agresif lagi. Tubuh gadis itu dipeluk erat, takt kalau Tania bangun dan melompat macam tadi lagi.
“Kenapa buat saya macam ni? Apa salah saya?”
Syafiq bungkam. “awak tak salah Tania...awak baik. Tapi, bukan semua orang baik kat dunia ni. Awak tak tahu KL ni macam mana, awak kena kuat. Jangan mengalah.” Syafiq tergagap-gagap. Sesungguhnya dia memang failed kalau dalam bab-bab memujuk dan memberi nasihat kerana dirinya sendiri tidak ternasihat.
Tania menarik tangannya. “Terima kasih kerana awak selamatkan saya walaupun maruah diri saya dah tercemar, tapi saya bersyukur saya masih diberi peluang bernafas. Saya tahu diri saya kotor dan hina, tapi saya mohon pada awak, jangan bawa saya ke balai polis. Saya tak mahu mak dan ayah saya tahu...mereka akan malu jika tahu keadaan diri saya macam ni.”
Syafiq angguk. “Saya janji, saya takkan bawa awak ke balai polis. Lagi satu, sebenarnya saya nak beritahu awak yang awak...” patutkah aku beritahu bahawa dia sebenarnya selamat dari menjadi mangsa rogol? Yang dirinya masih suci lagi?
“Beritahu apa?”
“Err...saya nak beritahu, yang awak boleh tinggal kat sini selama mana yang awak mahu. Saya tak kisah.” Oh, damn it! Kenapa susah sangat aku nak terangkan hal yang sebenarnya ni?
“Terima kasih....” perlahan saja suara Tania. Mata dipejamkan. Ada butiran airmata yang jatuh kepipi. Airmata sekarang sudah jadi terlalu murah kerana saban waktu dia menangis dan menatap hiba.
“Tidurlah, wak...saya temankan awak. Itupun kalau awak tak kisah...”
Dan malam itu dia tidur nyenyak sekali. Walaupun hanya dapat tidur di sofa, tapi lenanya bagaikan dapat tidur disamping Tania...hehehe...crazy man!

********************************************************************************


“Saya dah mula risau ni bang...Tania dah banyak hari tak menelefon saya.” Faridah menyuarakan rasa bimbangnya pada suami yang baru pulang dari kerja. Hashim diam seribu bahasa.
Bukan dia tak risaukan anaknya yang seorang itu. Cukup risau. Malah dalam setiap doanya sesudah solat, akan dititipkan doa agar Allah melindungi anaknya itu. Biar selamat walau di mana dia berada.
Tapi, dia yakin keizinan yang diberikan pada Tania untuk ke Kuala Lumpur tempoh hari adalah tepat. Dia yakin anaknya itu mampu menjaga diri. Di kampung ini bukan tak ada kerja yang boleh dibuat, namun dia terpaksa mengalah dengan kehendak Tania. Dia faham hati anak gadisnya itu terluka dengan kejadian sebulan yang lalu. Makanya, dia membuat keputusan untuk membenarkan Tania keluar dari kampung ini.
Kalau dia sendiri berada kat tempat Tania, pasti dia juga tak betah lagi tinggal di kampung ini. Tak sanggup mendengar fitnah orang kampung. Benarlah mulut manusia tak boleh ditutup macam mulut tempayan. Kalau boleh tutup dah lama dia tutup mulut orang kampung yang saban hari duduk bercakap pasal anaknya yang sorang itu. Apalah malang nasib Tania...
“Awak dah pulangkan periuk belanga si Kiah tu, Idah?” soal Hashim pada si isteri yang termenung di serambi rumah.
“Dah, bang...tiga hari lepas lagi saya dah pulangkan.” Lemah saja suara Faridah. Matanya masih lagi tertancap di pintu pagar. Ternampak-nampak Tania pulang ke rumah. Rindu sungguh dia pada satu-satunya anak perempuan dia itu. 20 tahun usia Tania, belum sekalipun mereka berjauhan.
“Ada lagi ke barang-barang orang kampung yang kita tak pulangkan, Idah?” Hashim memejam mata dan menyandarkan ke sofa. Terdengar bunyi berdecit lantai kayu, tanda isterinya itu berjalan masuk ke ruang tamu.
“Dah pulangkan semuanya bang. Kenapa abang tanya?”
Hashim masih pejam mata. Suara Faridah terdengar dekat di sisinya. Tentu Faridah dah tercongok kat depan.
“Kenapa bang?” tanya Faridah lagi. Kali ini nadanya benar-benar ingin tahu.
“Tak ada apa. Saya malas nak dengar orang kampung duk bercakap, mengata yang bukan-bukan.” Hashim mencelikkan matanya. Memang Faridah dahpun tercongok di hadapan. Pandangan matanya sarat dengan kesedihan.
“Apalagilah  yang diorang duk canangkan tu? Saya tak fahamlah. Kalau anak diorang yang kena macam tu, apa yang diorang akan rasa? Bukan salah Nia, si Adam tu lari sebab dia tu yang tak bertanggungjawab! Anak dengan bapak dia pun sama saja.” Marah Faridah. Pandangan matanya jatuh pada gubahan hantaran yang terletak elok di lantai. Bekas par dah dipulangkan, makanya hantaran itu terpaksalah diletak disitu.
“Sudahlah Idah...dah tak ada jodoh, nak buat macam mana?”
“Saya faham bang...saya redha. Tapi hati saya sakit bila orang duk canang kononnya Adam lari sebab dapat tahu Tania tu dah ditebuk tupai! Saya tahu anak saya macam mana, bang. Saya yang asuh dan didik dia sejak dari kecil. Saya tahu semua tu fitnah! Saya tak rasa Adam tu bodoh sangat nak percaya cerita macam tu.” merah muka Faridah. Marah benar dia. Iyalah, mak mana yang akan tahan kalau anak perempuan dia dituduh macam tu?
“Sabar sajalah Idah...mulut orang, bukan mulut tempayan. Manalah kita dapat nak tutup. Lambat laun nanti, diamlah diorang tu.”
Faridah merengus. “Abang, yang diorang duk fitnah tu anak saya, bang...”
“Anak awak, anak saya jugak!” pintas Hashim, tenang. Kepalanya masih lagi terdongak ke atas memandang atap zink yang dah mula bertukar warna coklat berkarat.
“Adam tu memang tak layak untuk Nia....saya tak fahamlah, kenapa kita boleh terima pinangan dia dulu tu.”
“Nia yang terima. Tu pilihan dia. Mereka tu dah kenal lama. Berkawan sejak kecil lagi.”
“Habis, kenapa Adam buat macam tu kat anak kita bang?”
“Dia pun termakan fitnah orang kampung....”
“Apa?” bulat mata Faridah saat itu. “Maknanya, maknanya memang sebab itulah si Adam lari?”
“Macam tulah ceritanya...”
“ Mana abang tahu?”
“Semalam, abang jumpa si Razak kat masjid. Dia minta maaf dengan tindakan anak dia si Adam tu. Adam pun sampai sekarang ni tak tahu ke mana menghilang.”
Faridah bungkam di kerusi. Nafasnya macam tersekat. Siapalah yang sanggup buat hura-hara macam ni? Adam lari di saat akad nikah. Di saat orang kampung dah memenuhi khemah dan rumahnya. Di saat Tania sedang tersenyum, anggun dengan pakaian nikahnya yang serba putih. Di saat tok kadi dah bersila menunggu pengantin tiba.
Adam lari! Lari di hari pernikahan dia dan Tania...
Hancur hatinya melihat Tania yang jatuh terjelepok di lantai saat dikhabarkan bahawa Adam lari. Dia tahu bagaimana perasaan Tania, walaupun selepas itu kelihatannya Tania tenang dan diam. Walaupun Tania tak menangis, tapi dia tahu jauh di sudut hati Tania, anaknya itu terluka parah.
Ya Allah, Kau lindungilah anakku dari bencana dan fitnah. Kau selamatkanlah dia walau dimana pun dia berada...