Assalamualaikum readers yg sentiasa sabar menanti update ttg CONFOS dan juga kpd readers yg tersesat sampai ke blog i yang sentiasa terbiar tak ber-up-to-date ni...Hihi...mak sibuk sikit sejak2 msuk tahun baru ni. Harap maaflah ye. Now, baru berkesempatan nk taip entry pasal CONFOS.
Sedutan drpd Bab 40
Terimalah...Cintaku Original Not For Sale
Karya suka2 : Wan Lina Wan Ali @ Lina Hazri
“ 3 tahun I bersabar..” Luah Farish sambil bersandar pada kereta Umairah. Gadis di hadapan nampak tenang memeluk tubuh.
Umairah diam. Tak kuasa mahu bersoal jawab. Perutnya sudah kenyang dengan sikap Farish yang menjengkelkan.
“ Dari dulu lagi I memang tak suka you rapat dengan lecturer you tu. I tahu dia sukakan you.”
Umairah masih memandang ke hadapan, gelagat beberapa orang pelawat yang nampak terburu-buru masuk ke dalam kereta itu dilihat tanpa perasaan.
“ Maira, kenapa you diam?” Soal farish sambil menarik lengan Umairah supaya berpaling padanya. Sungguh hati dia tidak tenteram apabila Umairah berdiam diri. Selalunya gadis itu akan menjawab macam bertih jagung meletup nak buat popcorn.
“ You nak I jawab apa?” Umairah menghela nafas, lemah. “I tak ada tenaga nak berbalah dengan you sekarang ni. Kepala I sakit, perut I lapar, dan I benci dengan sikap you yang tadi. You are so rude!”
Farish tarik rambut. Matanya merah. Kecut perut Umairah melihat rupa Farish yang begitu. Marahkah?
“I hate to say this, but I have to tell you I was jealous of him.” Dan farish tunduk lagi setelah menyatakan itu.
“Jealous??” Matanya dihalakan pada Jiji yang dari tadi mundar mandir tidak jauh dibelakang. Dia nampak Jiji yang berwajah masam dari kejauhan. “Untuk apa you jealous dengan I? kita bukan ada apa-apa hubungan pun, kan? I’m not your girlfriend, and I also not yor wife!”
“I ajak you couple you taknak. I ajak you kahwin pun you reject. So, you nak I buat apa sekarang ni?”
“Buat apa? Buat bodoh dahlah! I taknak harapkan apa-apa dari lelaki macam you. Selfish!” degus Uamirah kasar.
“Selfish you kata? You yang selfish! You suka I buat perkara tak elok pada you, dan bila I ajak you kahwin, you taknak.”
“ Memang I taknak kahwin dengan you. Dari dulu sampai sekarang, you selalu sakitkan hati I!”
“Apa you cakap ni? Bila masa I sakitkan hati you?”
Umairah diam. Matanya terasa panas tiba-tiba. Ada air mata yang mula bergenang. “You hurt me so much! You cakap you sayangkan I, tapi you pergi ke New York tak balik-balik. Bila you balik, you buat tak kenal I dan sakitkan hati I dengan kata-kata you. But I know, I'll be able to put up with all that thing. Tapi sampai bila? Sampai bila I nak sabar dengan perangai you tu? sekejap you buat baik pada I, kemudian you berlagak macam you tak kenal I. I pun ada hati dan perasaan!”
Farish tunduk dan memejamkan mata. “I’m sorry…” Tulus suara farish. “I never apologize to anyone for all my life. But today, I want to apologize from you on what I've done. I'm sorry…”
Dan dia tunduk, mencapai tangan Umairah dengan teragak-agak. Meraba poket seluar dan mengeluarkan sebuah kotak baldu berwarna biru. Mata Umairah sudah merembeskan cecair jernih, perlahan menuruni pipinya yang gebu. Jantungnya dari tadi sudah tidak mampu berdegup secara normal. Mata mereka bertentangan, saling merenung tanpa kata.
Farish tunduk, menjatuhkan kedua belah lutut ke aspal. Terasa tangannya yang menggeletar saat itu. Sebelah tangannya masih memegang tangan Umairah manakala sebelah lagi membuka kotak baldu biru. Sebentuk cincin dikeluarkan. Sungguh cantik dengan dihiasi sebiji mutiara berkilauan.
Umairah terkedu, menutup mulut dengan sebelah tangan. Oh my…sungguh dia tidak menyangka semua ini akan terjadi hari ini. Air mata menitis lagi, terasa hangat, sehangat hatinya saat itu.
“Sayang, with this ring, I give you my heart. I promise from this day forward, you shall not walk alone. May my heart be your shelter, and my arms be your home.” Farish mengetap bibir, menahan rasa. Sungguh dia berharap saat itu, Umairah akan berlembut dengannya. “I’m sorry to say this but…Maira, lets get married.”
TAMAT entry secoet utk kali ini. Bersambung ke next entry... Bye!!
Jeng....jeng...jeng....
Showing posts with label CINTAKU ORIGINAL NOT FOR SALE!. Show all posts
Showing posts with label CINTAKU ORIGINAL NOT FOR SALE!. Show all posts
Wednesday, February 4, 2015
Cintaku Original Not For Sale! Entry secoet jaa...
Labels:
CINTAKU ORIGINAL NOT FOR SALE!
Wednesday, January 7, 2015
Cintaku Original Not For Sale! Bab 7
Assalamualaikum...
Huhu...sorry everybody sbb lama gila x update blog, kan? I busy yg amat. Komen2 pon berbulan baru reply. Hihi...sorry sekali lagi. Bagi yg nak tahu kisah Umairah dan Farish tu, ni i bagi sikit ubat untuk bab 7. Pembukaan utk tahun 2015...semoga terhibur.
p/s : di P2u, hanya update setakat bab 4 je setakat ni. Xada masa nk online...
Sesiapa yg nak baca dari bab 1-4 di P2u, boleh klik kat sini. TQVM
BAB 7
“Nick...semua yang aku nak tu, kau dah siapkan?”
Nick dihujung talian, mengangguk. “Yes, Mr Rich.”
“Hantarkan ke mari as soon as possible!”
“Yes, Mr Rich!”
“And one more thing, sebelum aku lupa... buatkan
appointment aku dengan Doktor johan sebaik aku balik dari bercuti nanti.”
“Doktor Johan?”
“ Yes, Johan Razak”
Oh...Nick angguk. Abang dia tu! Hai, nak jumpa
adik beradik pun nak kena buat appointment sekarang ni. Susah betul jadi orang
kaya.
Talian Mr Rich sudah dimatikan. Nick melihat
segala butiran surat perjanjian yang sudah siap itu. Tinggal untuk dihantar
pada Mr Rich saja. Sekejap lagi dia akan berlepas ke Kuala terengganu. Surat
ini mesti sampai segera ke sana. Kalau tidak, parah!
Nick merenung lagi sampul surat besar berwarna
coklat itu. Private And Confidential! Ya, sesungguhnya...ini memang sulit dan
persendirian! Tak boleh ada sesiapa yang tahu pasal ini. Dan tidak akan
sesekalipun dia akan pecahkan rahsia ini walaupun nyawanya bercerai dari
badan... itu perjanjian taat setia antara dia dan Mr Rich!
“Awak!” umairah menggamit lelaki yang sedang
berdiri di sisi kereta sport merah menyala itu. Lelaki itu hanya tunduk sambil
membelek telefon bimbit. Tengahari ini, lelaki itu hanya memakai seluar denim
hitam, kemeja biru laut, dan berkaca mata hitam. Sangat seksi! Rambutnya yang
lurus dan ditata rapi itu jatuh ke dahi saat dia tunduk begitu.
Umairah melangkah ke depan. Yakin, panggilannya
sebentar tadi tidak didengari oleh lelaki seksi itu. Seksi? Erk...melampau
betul metafora kau Umairah. Lelaki mana ada yang seksi?
Hei, siapa kata tak ada? Ada! tu...lelaki kat
depan tu sangat seksi. Renungan matanya sangat seksi. Hidung, mulut dan suara
dia pun seksi!
“Hei, Umairah...” Farish pura-pura terkejut.
Bukan dia tak nampak Umairah yang masuk ke perkarang chalet itu tadi. Sebelum
Umairah nampak dia berdiri di situ, dia dahulu yang nampak kelibat Umairah.
Gadis itu sampai dengan menaiki skuter merah jambu. Comel sangat skuter dia tu,
macam tuannya juga!
“Amboi...sibuk betul. Tak perasan saya panggil
ye?”
Farish diam sahaja. Mana boleh tak perasan? Gadis
cantik ini sudah membuatkan hidupnya tidak lagi tenteram.
“Kalau awak sibuk, tak apalah. Saya pun saja
singgah. Nak tengok betul ke Mr Rich tinggal
kat sini.” Umairah ketap bibir, terasa hati. Rasa macam kehadirannya tidak
disenangi. Tengoklah cara dia merenung tadi. Macam nak tembus kepala aku ni.
“Eh, kenapa cakap macam tu?” tangan Umairah
dicapai, sebelum gadis itu cuba untuk beredar. “ Saya tak sibuk pun. Actually,
sedang tunggu awak.”
tangannya sudah berada dalam genggaman lelaki
itu. Ada satu rasa yang tak tahu muncul dari mana. Umairah gelisah. Memanglah
chalet ini agak terselindung dari pandangan, tapi dia tidak berhak berkelakuan
sumbang macam ni. Lebih-lebih lagi di kampung sendiri. Nak kena hempuk dengan
abang Ash? Matilah...
Tangannya ditarik, perlahan.
“Ops, sorry...” Farish angkat tangan, tanda minta
maaf. Tindakan refleks, luar jangkaan. Dia sendiri tidak sedar, kenapa dia
boleh bertindak seperti itu. Yang nyata, dia mula yakin dengan rasa yang sedang
berputik dalam hatinya saat itu. Satu rasa indah yang belum pernah dia rasakan
sebelum ini. Pelik sungguh.
“ Awak dari mana Umairah?”
“Dari rumah.” Sepatah sahaja yang keluar dari
mulut itu
“Nak keluar lunch dengan saya tak?”
Ya Allah, berbunganya rasa hati. Tapi, bila
teringatkan pajeri nenas mama, spontan dia serba salah.
“Err…tak boleh...”
“Why? Tak sudi makan dengan saya?”
“Bukan tak sudi...” Sudi sangat! “ Tapi... mama
saya dah masak.”
“Oh...mesti best, kan?” ada satu nada yang kurang
sedap kedengaran di situ.
“Eh, kalau awak sudi, marilah lunch kat
rumah saya.” beriya-iya pula Umairah mengajak. Dia yakin mama takkan marah.
Lagipun, selalu sahaja kawan-kawan abang Ash dan kak Farah datang bertandang
makan nasi kat rumah. Tinggal dia saja yang belum pernah bawa kawan. Mungkin
sebab dia adik paling kecik, dan dia memang tak pernah nak berkawan baik dengan
siapa-siapa kat kampung ni.
Bukan tak ada kawan, ada. Tapi tak adalah baik
sangat sampai nak dipelawa makan di rumah. Time-time raya tu biasalah. Tapi
dengan Mr rich ni lain. Dia pelancong kat sini. Mungkin dia tak tahu nak lunch
kat mana. Dan sebagai anak jati kampung ni, dia rasa ada patut juga dia
mempelawa lelaki itu makan tengahari di rumah.
“Tak apalah Umairah...mungkin lain kali saja.”
Segan pula Farish.
“Lah, janganlah macam tu. Saya ikhlas mengajak
ni. Tak baik tolak rezeki tau. Lagipun mama saya masak sedap.”
sorotan mata bundar itu menikam hatinya. Farish
nampak keikhlasan di situ. Spontan, dia senyum dan mengangguk. “Ok. Untuk
umairah, apa-apa saja saya turutkan!”
Yeay! Hati Umairah bersorak riang. Tak pasti
kenapa hatinya rasa begitu. Yang nyata, dia rasa bagai dunia ini dia yang
punya!!
“Eh, aku nampak kereta ni semalam masa aku nak ke
Mydin. Fuh, sikit punya berkilat! Cuba kau tengok plat kereta dia...MR1. Aku
agaklah, nombor plat pun mesti ribu riban ni.” Zahar menunjukkan gambar kereta
BMW model terbaru yang sempat dia tangkap semalam masa nak pergi beli pampers
anak dia kat Mydin.
Ashraf melihat beberapa ketika. “Kalaulah aku
dapat sebiji, memang aku tak naik tidur atas rumahlah gamaknya.”
“Dah tu? Kau nak tidur kat mana pula?”
“Tidur kat dalam kereta nilah. Dah ada kereta
mahal, tentulah tak lena tidur beb! Fuhh...kaya betul orang ni. Cuba kau google
cari berapa harga kereta ni sebijik!” ewah...macamlah dia mampu nak beli.
“Jap.” si sahabat pantas pula membuka aplikasi
google menggunakan telefon pintarnya. “ aku rasa ini model M6 ni...kejap
ya...tengah loading ni. Lambat sikitlah, sebab internet dah habis limit ni.
Lupa pula aku nak gi bayar bil semalam.” bebel Zahar pada sahabatnya yang
nampak berminat sangat itu.
Dia tahu, Ashraf memang suka cuci mata tengok
kereta mewah. Kalau tak, takkan tiap-tiap bulan dia sanggup beli buku motor
trader, semata-mata nak cuci mata?
“Wah..RM 999,800. loan bulanan RM9535 sebulan.
Mati kebulurlah kau Ash kalau kau pakai yang ni sebijik!”
Ashraf buat muka seposen. Matanya sahaja yang
terkebil-kebil. Mati hidup balik pun dia tak mampu nak beli waima sebiji tayar
kereta itu pun. Nak harapkan bisnes restoran yang dia sedang uruskan sekarang
ni, memang tak merasalah. Itupun restoran mama, dia cuma uruskan saja. Dapat
jugalah dia merasa bawak vios. Itupun, sakit kepala nak lunaskan ansuran
bulanan yang dekat 1K tu.
“Aku rasa ada orang kaya yang masuk kampung kita
ni. Entah bisnes apalah yang dia buat, sampai mampu bawa kereta macam tu.” Ulas
Zahar lagi. Dia memang dah lama pelik dengan orang yang bawa kereta
mewah-mewah. Mana diorang dapat duit ya? Dia yang kerja siang malam ni pun,
hanya mampu setakat pakai wira saja. Musykil betul.
Ashraf mengeluh panjang. Angin sepoi-sepoi bahasa
di beranda rumahnya itu terasa membosankan. Hari dah nak tengahari, kejap lagi
kena keluar pergi beli barang untuk restoran pula. Pukul 3 petang, restoran
masakan panas yang diusahakannya itu akan dibuka, hinggalah pukul 3 pagi. Begitulah
setiap hari. Penat gila! Entah bila dapat pakai BMW sebiji.
Bukan dia tak bersyukur dengan nikmat yang sudah
diberikan oleh Allah, tapi dia rasa macam tak puas dengan apa yang dah dia
capai.
“Mama kau mana?”
“Ada kat dapur tu..” malas dia nak jawab.
“Eh, aku dengar Maira ada balik. Betul ke?” Bunyi
macam suara gatal pun ada, si Zahar ni.
“Hei, kau jangan nak cari pasal. Kau tu anak dah
empat, kang aku bagi sebiji kang, balik nanti makan berkongsi nasi bubur anak
kau pula kang...” sebiji penumbuk dikepal tepat depan muka Zahar. Bukan Ashraf
tak tahu, dulu Zahar memang ada hati dengan Umairah. Mujurlah adiknya itu dapat
tawaran sambung belajar kat KL. Terbantut niat sahabatnya itu. Padan muka!
Zahar ketawa. Dia nampak Umairah kat kedai pak
Mail pagi tadi. Cantik pula budak tu sekarang. Yang dia geram, mulut kecik dia
tu. Nampak macam comel, tapi kalau dia menjerit, habislah! Bergegar satu
kampung! Hehe...kenangan lama. Dulu, dia suka bertandang kemari gara-gara nak
tengok lesung pipit Maira. Entah kat mana comelnya budak tu, dia tak boleh nak
jelaskan. Tapi sesiapa sahaja yang tengok Maira, gerenti jatuh hati. Sebab dia
comel sangat. Manis, dan seksi dengan cara dia sendiri! Kadang-kadang gedik
juga time dia merajuk dengan Ashraf. Suka je
dia tengok...tapi itu dululah. Sekarang dia dah ada bini dan anak empat.
Kena sedar diri sikit.
“Maira bila nak habis belajar?” soal dia lagi.
“Eh, yang kau sibuk-sibuk pasal adik aku tu
kenapa? Dah gatal sangat ke? Jangan kau mimpi nak buat adik aku tu jadi bini nombor
dua kau! Dahlah, pergi baliklah!” marah Ashraf. Dia memang pantang kalau orang
nak mengorat adik dia. Nak-nak jantan macam Zahar ni. Dah ada bini pun gatal
nak tanya adik orang lagi. Heee... ringan saja tangan ni nak luku muka miang
tu!
“ Abang Ash...”
umairah tersenyum pada abangnya yang sedang
melepak di beranda rumah. Gerun pula dia nak bayangkan bagaimana rupa abang ash
kalau nampak dia bawa Farish ke mari. Alahai...kenapalah abang ada kat rumah
hari ni?
“Haa...dah balik pun. Baru disebut-sebut tadi...”
Ashraf kerut dahi. Eh, tapi kenapa lembut benar suara Umairah memanggil namanya
tadi? Biasa kalau tak bertempik panggil dia, tak sah. Tersampuk angin pantai
kot!
“Maira...er, lama cuti?” zahar bangun, sempat dia
melirik ke luar pagar rumah Ashraf. Matanya dah mula bulat, tapi masih mampu
cover lagi. Dia tengok Ashraf masih tak perasan pada objek yang sedang bersinar
kat luar pagar rumah dia tu. Yang nilah aku nampak semalam. Kejap....
Zahar keluarkan telefon dari poket seluar jeans.
Gambar yang ditunjukkan pada Ashraf tadi dicari semula. Eh, sebijik samalah!
“Maira cuti empat hari je abang Har...” lembut
suara Umairah, sudah tidak dipedulikan oleh Zahar. Matanya sibuk menilik gambar
dengan apa yang ada diluar pagar itu. Segera, ashraf digamitnya.
“Hah, kau ni dah kenapa ni?” pelik pula Ashraf
tengok kelakuan zahar itu. Duk tertoleh-toleh ke luar. “Kau, kalau nak balik,
pergi balik cepat-cepatlah! Meluat pula aku tengok!” entah angin gatal apa pula
si zahar ni? Ish...
“ ash...cuba kau bangun kejap.”
“Ah, malaslah aku.”
“Hoi, bangunlah!” tangan Ashraf ditarik.
Buang tebiat apa pula ni?
“Abang, maira nak kenalkan abang dengan kawan
Maira...” belum pun sempat Umairah habiskan ayatnya, kedua-dua sahabat itu
sudah meluru keluar pagar.
Ya Allah, takkan belum ajak masuk lagi pun si
abang dah meluru nak pergi tumbuk? Dia bukan tak biasa dengan perangai Ashraf
yang suka bertumbuk. Pantang ada yang nak mengorat Umairah, mahu lebam biji
mata.
Mr Rich tu kawan ajelah! Mahu rasanya Umairah
bertempik, tapi mengenangkan yang farish ada kat dalam kereta itu, niatnya
mati. Oh tidak!! Umairah hanya mampu membulatkan mata dan terkaku di situ.
Wednesday, September 17, 2014
SINOPSIS - Cintaku Original Not For Sale By Wan Lina
CINTAKU
ORIGINAL NOT FOR SALE
BY WAN LINA
SINOPSIS
Dunia yang
berbeza antara Umairah dan Farish menggoyahkan perasaan cinta yang baru terbit.
Masing-masing punya sikap angkuh dan tidak mahu mengalah. Farish, si kaya duit
tak habis. Manakala Umairah budak setengah masak yang belajar tak tamat. Keduanya
berjumpa dalam satu situasi yang kurang menyenangkan, dalam keterpaksaan.
Tapi siapa
kita untuk menghalang cinta yang lahir dari hati paling dalam? Seteruk mana umairah menidakkan, namun hatinya
sakit juga saat Farish pergi tanpa pesan.
Bagi
Umairah, hidup itu perlu diteruskan. Walau dalam hati, dia tetap berharap masih
diberi peluang dan berjumpa kembali dengan si jejaka bak dewa kayangan itu.
Setelah 3
tahun berlalu, mereka akhirnya dipertemukan. Tapi keduanya saling melukakan. Bahagiakah
mahligai yang dibina jika ramai yang berdendam? Antara Jiji dan Adila, siapakah
yang berjaya memusnahkan cinta merpati dua sejoli ini? Dan, apakah cinta Azim
yang menderita sakit buah pinggang itu berjaya meraih simpati Umairah?
Cinta atas
dasar simpati atau cinta original yang lahir dari hati…yang mana mampu
bertahan?
Kisah cinta
suspen, ditulis dengan santai supaya pembaca mudah faham. Semoga terhibur!
Labels:
CINTAKU ORIGINAL NOT FOR SALE!
Thursday, September 11, 2014
Jatuh Cinta Lagi???
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Entri pada petang Khamis yang sibuk.
Sangat busy menyiapkan tempahan banner dan banting dari pelanggan. Alhamdullilah, bisnes semakin maju jaya.
Sungguh aku tidak pernah menyangka hatta membayangkan bahawa aku akan terjebak dalam perniagaan percetakkan ini. Memang pada awalnya, aku kurang berminat. Kerana kerja-kerja men design ini adalah diluar kemahiran yang aku ada.
Sejak dibangku sekolah rendah lagi, cikgu dah 'mug' aku ni adalah pengguna otak kanan. Masa matapelajaran matematik, aku boleh bantai buat esei. Wahaha... aku memang tak suka buat perkara yang aku tak nak buat.
Tapi, semua itu tidak mustahil dengan adanya usaha yang berterusan. Aku banyak mengikuti kursus dan latihan dalam bidang rekaan grafik. Walaupun taklah sehebat mana, tapi aku akan tetap berusaha untuk memberikan hasil yang terbaik kepada semua pelanggan.
Okeylah... mukaddimah panjang2 tu sebenarnya bukan apa. Aku nak bagitau yg aku skrg ni dah mula jatuh cinta balik dengan dunia penulisan aku dulu tu. Nak pendekkan cerita lagi, semua itu berlaku apabila aku terjumpa gambar mamat ni kat google. Wahaha..terus aku berangan sampai pengsan.
Kerana dialah sekarang hidup aku kucar kacir. Tengah mendesign kad kahwin, aku teringat kat dia. tengah buat banner, aku nampak muka dia. Wah, aku dah jatuh cinta kat hero aku nilah. Nama dia Farish Razak. Kalau korang nak baca pasal dia boleh klik kat sini : http://azlinahazri.blogspot.com/2014/08/cintaku-original-not-for-sale.html
Dan kalau korang rasa korang pun dah jatuh cinta kat dia macam aku skrg ni, korang bolehlah klik link2 kat sidebar tu ek?? Aku hanya update setakat hari ni sampai bab 6 sahaja kerana aku dalam proses menyiapkannya.
So, harap korang2 yg baca ni akan enjoy membaca karangan aku yang byk typo sbb keadaan aku menaip masa tu sangatlah tidak selesa. Tak sempat nk edit2 sebab masa yg sgt terhad. Maklumlah buat banyak kerja dlm satu masa.
Insya Allah, aku nak jadikan impian aku suatu masa dahulu untuk menjadi seorang novelis menjadi kenyataan kali ini. Aku akan mencuba nasib dengan menyiapkan manuskrip ini dalam masa terdekat.
Doakan aku berjaya ek?
Bye!
Nah, layan lagi beberapa gambar hero aku ni.
Handsome, kan?? Huhu...
Saturday, September 6, 2014
Cintaku Original, Not For Sale Bab 6
BAB 6
PANTAI TELUK BIDARA.
Matahari pagi sangat ceria pada hari ini. Galak
dia bersinar dan memancarkan haba ke segenap ruang alam. Bagai mengerti perasaan
aku pada hari ini. Ceria! Satu perkataan sudah cukup untuk aku gambarkan betapa
aku sangat gembira dapat melihat suasana di tepian pantai tempat aku membesar
ini. Melihat sinaran matahari pagi yang baru terbit, membuatkan aku
sangat teruja!
Alhamdulillah Ya Allah...aku bersyukur kerana
masih diberi peluang untuk menghirup udara nyaman di sini. Ya Allah, masih
banyak yang ingin aku capai dalam hidup ini. Walaupun nampak sukar jalan
hidupku ini, tapi aku benar-benar mengharapkan pertolongan dari Mu Ya Allah...
bantulah aku mencapai cita-citaku!
Umairah berteleku menghadap laut china selatan di
hadapan. Banyak yang ingin dia luahkan pada laut yang setia menjadi temannya
itu. Namun, dia rasa malu. Kerana sudah lama dia tidak pulang, dan merasakan
bahawa laut dan alam ini sudah mula lupa akan dia.
Buktinya, dia mula alah pada udara sejuk pagi
ini. Dulu, dia selalu sahaja ke pantai subuh-subuh hari dengan hanya bertshirt
dan berseluar track. Okay sahaja, tidak pula badannya menggeletar begini. Tapi
kali ini, udara pagi ini tidak mesra lagi dengannya. Laut pula seakan memandang
sepi pada kehadirannya. Sunyi!
Mungkin kerana dia hanya berseorangan di situ.
Mana pergi orang lain ya? Dulu, pantai ini
sentiasa dipenuhi orang-orang kampung yang akan beridah pada pagi hari. Ada
juga pakcik-pakcik yang akan keluar memukat dipantai. Sekarang, semuanya sudah
tiada. Mungkin juga kerana nelayan sudah tidak menggunakan laluan pantai ini
untuk memukat. Mereka keluar menagkap ikan dengan bot menggunakan jeti yang
telah disediakan oleh LKIM di kuala Dungun.
Huu...sunyi! Bisik hati Umairah.
Dia mencapai ranting kayu, dan mula mencoret
sesuatu di atas pasir pantai. Agak lama dia berbuat begitu. Daripada duduk
bersila, dia bangun mencangkung, kemudian membongkok pula.
Haha...siap pun.
Umairah senyum puas hati. “ Kenapa aku lukis muka
dia kat sini? Ah, gila! Agaknya, dia pun sedang rindu kat aku kot?” Umairah
gelak sorang-sorang. Perasanlah kau ni! Kau ingat kau tu cantik sangat? Huh...
cepat-cepat dia menyapu lakaran pasir yang sudah
siap itu. Matilah kalau ada orang tengok!
Aku tak pasti, dia tu keturunan apa. Melayu ke?
Kacukan mat saleh ke? Sebab muka dia tu lain sangat. Nak kata melayu tulen,
nampak macam ada rupa mat saleh jugak. Hm... yang nyata, dia sangat kacak dan
perfect!
Siapa kata tak ada manusia yang sempurna dalam
dunia ni? Aku rasa dia tu sempurna. Kaya, kacak...apa lagi yang kurang? hm...
kalaulah alia tahu yang aku duk angau pasal Mr
kaya tu, matilah aku...
dah beberapa hari aku duk ternampak muka dia kat
sini. Kat rumah...kat kedai Pak mail... dan yang paling parah, aku ternampak
juga muka dia masa nak mandi subuh tadi. Tak ke parah tu?
Namun aku sedar, aku hanya mampu nak berangan
saja. Dia tu sekarang ni entah di bumi mana. Orang kayalah katakan. Sampaikan
nak naik flight pun boleh suruh delay tunggu dia sampai. Ah, gila kaya!
Aku bukan kemaruk sangat dengan kekayaan dia tu.
Dah namanya billionaire, kan? Tapi aku sungguh teruja nak tahu bagaimana dia
boleh capai kejayaan macam tu dalam umur yang boleh dikatakan masih muda. Dia
tak nampak macam orang berumur 34 tahun...nampak macam 24! eh, 24 tu umur
akulah! Hmm...sepuluh tahun juga beza umur aku dengan dia. Banyak juga beza tu.
Tapi aku belum pun lagi mulakan langkah untuk jadi jutawan. Dia pula? Sejak
umur berapa dia dah terlibat dengan dunia perniagaan agaknya ya? Sejak lahir
kot? Ahaha...patutlah....
kalaulah aku jumpa dia sekali lagi, banyak yang
aku nak tanyakan pada dia. Kenapa mata dia tu nampak sedih? Ada duit banyak pun
nak sedih-sedih juga ke? Itu soalan pertama....
soalan nombor dua, aku nak tanya macam mana dia
handle syarikat yang beratus cawangan di seluruh dunia tu? Kepala dia
tak sakit ke? Tak pening ke? Aku yang nak handle satu assignment pon dah
migrain sekerat bulan.
Soalan seterusnya.... aku nak tanya kat dia...Eh,
yang aku sibuk-sibuk duk pikir pasal Mr Kaya tu apa pasal? Bukan aku nak pergi
jumpa dia pun. Buat penat otak pikir aje.
“Hai...”
Satu suara menegur dari belakang. Suara yang
lunak, macam pernah di dengar. Umairah berpaling ke belakang, melihat makhluk
yang berkaki panjang itu.
“Astagfirullah halazim..!” Umiarah pejam mata.
Apa yang berdiri kat belakang aku ni? Jin mana? Jin islam ke? Jin memang boleh
menyerupai manusia ke? Ya Allah...menyesal aku tak dengar pesan mama. Jangan
berangan kat tepi pantai, nanti dikacau zombi!ARghhh...
“ Cik Fatin...”
Fatin? Fatin mana pula ni?
“Cik Fatin Umairah, kan?”
Haa...ya! Itu memang nama aku! Umairah bangun.
Rasanya, yang berdiri kat belakang ni bukan zombi dan bukan juga jin! Manusia
tu! Dia tahu nama penuh aku...
Umairah mengecilkan matanya. Melihat tepat pada
lelaki yang sedang berdiri santai kat belakang dia. Pagi-pagi pun nak pakai
spek hitam ke? Melampau mamat ni! Siapa dia ni? Kenapa dia nampak macam Mr Kaya
tu? Ah sudah...penyakit apa pula ni sampai aku nampak semua orang macam dia?
“Hai...” tangan lelaki itu diayunkan beberapa
kali di hadapan muka umairah. “ Hai darling...are you still dreaming?”
“Siapa awak ni?” Umairah ketap bibir, geram.
Berani dia panggil aku darling? Sudahlah muka dia tu nampak sama pula dengan si
dewa kayangan tu. Huk...memang sakit dekat jantung aku saat ni!
“Ops, lupa nak kenalkan diri...saya Farish.
Farish Razak!” tangan dihulur, tapi tidak bersambut.
“Err...sorry ya. Mak saya marah bersalam dengan
lelaki kecuali abang saya saja...” Jujur.
Farish ketawa. “Oh, sorry. Cemburu pula saya kata
bang awak tu. Hm...nice view ya?” lelaki melangkah ke hadapan sedikit,
membiarkan Umairah dibelakangnya. Dia menghadap ke laut dengan kedua belah
tangan dimasukkan kedalam poket seluar jeans biru yang dipakai.
Err...stail dia sama macam Mr Rich hari tulah.
Tapi kali ni, kelihatannya dia sangat stylo dengan jeans dan t shirt putih
begitu. Stylo? Opps! Macam tu pun nak stylo ke Maira?
“tak sangka jumpa awak kat sini, Umairah...”
Umairah? Grr...sebutan dan nada yang sama. Tembus
ke jantung!
“Eh, kenapa muka awak pucat, Umairah? Awak
sakit?”
Umairah lagi! Boleh tak kau jangan sebut nama aku
dengan lenggok nada macam tu? Romantik sangat pula bunyinya! Jantung aku dah
berhenti berdegup dah ni. Uwaa...
“Hei, whats wrong with you? Sejuk? Kenapa tak
pakai sweater? hm...wait a minute!” lelaki itu berlari ke keretanya yang elok
sahaja terpakir tidak jauh dari tempat mereka berdiri.
OMG! Kereta apa tu? Wow...sangat sporty. Orang
kaya mana pula lah yang sesat masuk kampung aku ni? Kalaulah terlenyek tahi
lembu nanti, memang menyesal tak sudahlah kau orang kaya!
Kaya? Orang kaya? Mr Rich kan memang kaya.
Err...so, memang sahlah itu adalah Mr Rich? Apa dia buat kat sini? Ke aku yang
dah gila? Berangan entah apa-apa aje!
Umairah pijak kaki sendiri. Ouch, sakit! Sakit
aku berada di alam yang nyata! Bukan alam khayalan atau alam bunian.
“Nah, pakai ni.”
semerbak bau yang mendarat di tubuh kecilnya
seraya jaket kulit berwarna coklat tua itu dipakaikan ketubuhnya oleh lelaki
yang masih tidak dapat dipastikan identitinya itu.
“Who are you?” susah payah umairah cuba untuk
mendongak sedikit melihat anak mata lelaki yang tinggi berada di hadapannya
itu. Mata yang sama. Mata warna hazel yang mempunyai satu pandangan yang sendu.
Oh my...
“saya farish...”
“Farish?” Umairah diam. Farish? Mr Rich? Orang
yang samakah?
“Awak tak kenal saya?” sedih pula suara itu
kedengaran.
“Mr Rich?”
Farish ketawa lagi. “YOU can call me Farish...”
sengaja dia menekankan perkataan YOU itu menunjukkan bahawa panggilan itu hanya
untuk orang tertentu sahaja. Tidak ada yang berani memanggilnya dengan nama itu
selain keluarganya sahaja. Dan sekarang, dia memberikan hak itu pada seorang
gadis kecil dihadapannya ini?kenapa? Apa yang membezakan gadis ini dengan orang
lain?
Sungguh dia tiada jawapan itu sekarang.
“Jadi betullah awak ni Mr Rich??”
Farish sedang berkira-kira, samaada mahu
mengangguk atau menggeleng. Tapi apabila tapak tangan gadis itu sudah melekap
ke pipinya, Farish jadi kelu. Sejuk tapi hangat pula hatinya terasa. Oh
wow...satu perasaan yang aneh mula mengalir di satu sudut hati yang paling dalam...
“Eh sorry...terpegang pulak. Eh, betullah awak ni
manusia, kan? Awak ni memang Mr Rich, kan? Kan?” gadis itu sengih. Kelihatan
lesung pipit di kedua-dua belah pipinya.
Farish angguk, perlahan.
Umairah ketawa, agak kuat. Aku tak gila!
Haha...memang aku tak gila! Memang aku dapat jumpa dia lagi. Tapi yang anehnya,
jumpa kat sini? Macam tak percaya pula. Apa dia buat kat sini? Tersesatkah dia?
“Apa awak buat kat sini Mr Rich?”
“Kan saya dah cakap tadi, panggil saya farish
saja...”
“Farish? Err...rasa macam susah pula nak sebut
nama tu...” komen Umairah, sambil dia duduk kembali di atas pasir pantai yang
memutih. Kakinya pantas pula memadamkan sisa lakaran yang telahpun dipadam tadi
di atas pasir. Fuh, nasib baik aku dah padam awal-awal tadi. Kalau tak... apa
aku nak jawab kalau si tuan empunya gambar pada lakaran itu nampak? Mampuslah
jawabnya...
“ Mr Rich tu lebih sesuai untuk awak...” kata
Umairah lagi, berpaling ke sisi sebelah kanan, di mana lelaki yang mengenalkan
dirinya sebagai Farish itiu sedang duduk.
“ awak belum cuba panggil saya dengan nama
tu...mana nak tahu sesuai ke tidak?”
ya tak ya juga. Umairah sengih.
“Apa awak buat kat sini, farish?”
“Haa...macam tulah. Sedap juga nama saya bila
awak yang sebut, kan?”
Ya Allah... senyuman dia tu...bikin hati aku
penasaran dong! Ewah...ewah...tersasul dialog sinetron lah pulak! Cis! Memang
dah sewel dah aku ni... Umairah ketuk kepala sendiri.
“ saya ada bisnes trip kat sini.”
“Bisnes trip?” Umairah pandang sekeliling. “Trip
apa? Tak nampak orang lain pun?”
“bisnes trip, tak bermaksud yang saya kena
berjalan ramai-ramai, kan?” farish senyum melihat Umairah yang memandangnya
dengan wajah pelik. Pelik? Ya, dia pun pelik dengan diri dia sendiri. Apakah
dia terlampau stress sampaikan dah tak dapat nak berfikir dengan betul?
Mungkin....
Umairah buat muka selamba, walaupun banyak yang
dia rasa tak kena dengan situasi sekarang ini. Ya Allah, takdir apakah ini?
“Awak pulak, apa awak buat kat sini? Makan
angin?”
“makan angin?” Umairah menyoal, macam berani
saja. “ Tak adalah. Saya holiday...” jujur lagi. Dia memang tak pandai menipu.
“Oh...holiday? So, you tinggal kat hotel mana?”
Sekejap saya, sekejap awak...sekejap tu I and you pula. Ah, dia sendiri pun dah
pening dengan pertemuan ini.
“Hotel? Nak buat apa tinggal kat hotel? Rumah
saya kat sana tu aje... this is my hometown!!” menjerit, tapi dengan nada yang
penuh ceria! Hometown? Ya, dia bangga dengan tempat kelahirannya ini.
Farish hanya memerhati. Berbunga hatinya melihat
keceriaan itu. Bagaimana dia boleh senyum begitu? Sungguh cantik! Ya
Tuhan...apa yang ada pada gadis ini? Tanpa secalit mekap, tanpa pakaian yang
seksi, tapi senyuman dia mampu menggetarkan jantungku! Oh God.. tarikan apakah
yang dia punya? Sampai aku sudah gagal memikirkan apa yang akan aku lakukan.
“ Farish... awak berapa lama kat sini?”
“Kenapa awak nak tahu? Penting ke?”
“Eh, tak adalah...saja je saya tanya. Sebab tak
sangka boleh jumpa awak kat sini. Ini kampung, bukan bandar. Err, agak janggal
pula saya tengok awak boleh tersesat kat sini.”
“Tersesat? What do you mean?” aku memang dah
tersesat. Sesat dalam pencarian yang entah apa-apa ini. Tak tahu apa yang aku
cari sampai aku tercampak kat sini, hari ini.
“Are you sure yang you memang ada bisnes trip kat
sini?”
Farish angguk. “Yes!”
“Oh...ok.” Umairah menarik nafas yang terasa
bagai tersekat dari tadi. “ Mesti ada projek besar sampaikan you sendiri yang
datang ke mari.”
Yes. Definitely true! Projek yang
besar...sampaikan aku rasa tak dapat nak beli dengan wang berjuta pun. Tapi,
aku akan pastikan aku akan berjaya mendapat apa yang aku mahu!
Aku adalah Mr Rich...yang kemahuannya tidak dapat
dibantah oleh sesiapa pun! Aku sudah terbiasa mendapat apa yang aku mahukan!
Dan aku akan pastikan semuanya dibawah kawalanku.
Yes, sure!
Monday, August 11, 2014
Cintaku Original Not For Sale! BAB 5
HEHE...Sebelum baca tu aku nak nasihatkan, jangan mudah terpengaruh dengan hasil khayalan aku yg kadang2 melampau ini. Ada sedikit jalan cerita yang aku belum edit lagi sbb tahap koya yang terlampau tinggi disitu. KihKihKih... So, abaikan saja jika anda semua dapat mengesan ke koya an aku yang tanpa batasan itu ye?
Peace!!
Selamat membaca!!
BAB 5
“Kau ni memang dysprexia betullah! Tengok! Macam
manalah baju kau ni boleh comot macam ni? Kau jatuh kat mana ni hah?” Abang
Ashraf yang hanya tua tiga tahun dari Umairah itu dah membebel macam mak nenek.
“Perkataan ‘dyspexia’ tu kau tolong jangan
sebut-sebut boleh tak?” mengingatkan aku pada lelaki tinggi itu saja. Sudahlah
beberapa hari ni asyik duk terbayang muka dia aje. Huh, menyampah betul!
Sekarang wajah Prof azim dah tak dapat nak ingat dah…dah tenggelam dek kerana
wajah dewa kayangan tu! Tolonglahhh…
“Hoi, takkan sebut perkataan tu aje pun kau dah
nak angin?”
“Mana ada angin…” malas nak layan. Dahlah beg ni
berat, bukan dia nak tolong angkat! Grrr…
“Dah tu, yang kau menonong ke depan tu apa kes?
Kereta aku kat sini lah!” Ashraf tunjuk kereta Toyota vios dia yang elok sahaja
terparking depan stesen bas itu.
Umairah tepuk dahi. Itulah…ramai sangat yang
cakap aku ni dysprexia…kan dah betul-betul dyspraxia dah sekarang ni? Uwaaa…
“Angkat baju kau tu…nanti kang tak pasal-pasal
kotor seat kereta aku ni.” Sempat ashraf berpesan sebaik melihat umairah dah
sedia untuk duduk di kerusi keretanya yang baru sahaja dibasuh beberapa hari
yeng lepas itu. Nampak macam kesan minyak hitam pada baju Umairah. Ish…tak
habis-habis nak tertonggeng! Sejak kecik umairah ni agak lembik orangnya. Jalan
pun selalu nak jatuh. Itulah, suruh makan calsi yum, tak nak! Huh..
“Kau ni ikhlas ke tak datang ambik aku ni abang
Ash?”
“la, lagi mahu tanya? Kalau tak ikhlas, takkan aku
tercongok kat sini sejak maghrib tadi lagi, tau tak?” tak mahulah dia cakap
yang dia memang sengaja datang awal sebab takut ada orang yang akan ambil
kesempatan kat adik dia yang comel ni kalau dia lambat sampai. Nanti, perasan
pulak semek ni. Bukan dia tak tahu perangai Umairah yang perasan tahap gaban
ni.
“Dah kalau ikhlas tu, senyumlah sikit! Ni tak,
sejak aku sampai lagi kau tak habis-habis nak marah aku. Ni yang aku malas
balik ni…” rajuk umairah. Dia suka kalau Abang ashraf pujuk dia. Untung-untung
dapat makan ikan bakar kat medan selera nanti! Huhu…best nya!
“Abang kau ni, bukan taknak senyum Umairah oi.
Tapi aku takut ada perempuan lain yang tengok aku senyum nanti, kang tak lena
tidur pulak malam nanti. Kesian jugaklah!”
Ceh, ayat perasan tahap tak ingat!
“kau bukan tak tahu abang kau ni kacak. Tadi pun
aku perasan satu awek ni sampai tertinggal bas sebab syok sangat duk tengok
aku. Adui, kesian pulak aku tengok dia tadi.” Kereta membelok masuk ke jalan
Yahya Ahmad.
“Uwekk…nak muntak aku dengar cerita epic kau tu
abang Ash!”
“Weh, cerita epic apa ke bendanya? Cerita benar
ni oi.”
“Ah, malas layan kau abang Ash. Aku penat tau
tak? Enam jam dalam bas, macam nak tercabut pinggang aku ni.” Umairah
menggeliat. Perjalanan dari KL ke Dungun hari ni amat perlahan. Beberapa kali
bas berhenti di terminal Kuantan dan beberapa RnR. Setiap kali berhenti tu,
sikit punya lama! Sakit jiwa Umairah yang tak boleh nak turun sebab baju kotor.
Malu pula nak turun. Mujurlah segala pundi-pundi pembuangan air dia tidak buat
hal. Kalau tak…tak tahulah macam mana.
“Eh, jalan kat sini bila siap baiki?” mata
Umairah meliar ke luar tingkap kereta. Melihat pembangunan Bandar Dungun yang
sudah beberapa bulan dia tinggalkan. Last dia balik, masa hari raya hari tu.
Ada dalam setengah tahun jugak tu. Lama jugaklah. Sampaikan jalan yang dulu
dalam proses pembinaan sudah siap sepenuhnya. Projek jalan yang terbengkalai
agak lama juga.
“Tulah kau dik…kalau cuti, bukan kau nak balik
jenguk mama. Sibuk nak kerja part time! Macam tak cukup aje duit yang aku ngan
Kak Farah kirim kat kau setiap bulan tu.” Kereta berhenti di traffic light
berhampiran TM Point. Wah, kat sini pun dah ada traffic light? Kelass…
“Bukan tak cukup, aku nak belajar berdikari. Kau
pun tahu yang aku ni jenis yang tak suka bergantung kat orang, kan? Duit yang
kau ngan kak farah tu kirim, ada je aku simpan. Nanti aku nak buat tambah untuk
sambung belajar kat oversea pulak!”
Ashraf diam. Dia tahu cita-cita umairah. Nak
belajar tinggi-tinggi dan jadi pereka grafik terkenal. Adiknya memang berbakat
dalam seni reka. Dia juga berbakat dalam melukis. Semoga impian kau tu akan
jadi kenyataan dik!
Kereta vios putih berhenti di hadapan sebuah
rumah batu setingkat. Rumah terang benderang. Macam hari raya pula. Dengan
lampu berlip lap yang sengaja dipasang, dan halaman rumah yang terang benderang
dengan lampu pagar.
“Mama mana?” soal Umairah sebaik kaki melangkah
masuk ke rumah peninggalan arwah papanya itu.
“Ada kat dapurlah tu. Dari siang tadi duk
memasak, suka hati sangat anak bongsu dia nak balik.” Ashraf terus landing atas
kerusi panjang depan tv. Ada sedikit suara orang cemburu di situ. Mana
tidaknya, dengar sahaja Umairah nak balik, mama dah sibuk suruh dia ke pasar
beli ikan tongkol untuk di buat lauk kegemaran adiknya itu. Singgang ikan aya!
Huh…dahlah dia tak suka ikan singgang!
Umairah berlari macam budak kecik ke dapur.
Nampak sangat macam orang belum matang. Ashraf geleng kepala. Remote Xbox
dicapai dan dia meneruskan game lumba kereta yang tergendala sejak maghrib
tadi.
“Assalamualaikum mama…!!” umairah menjerit.
Sambil tubuh ibunya yang kurus itu dipeluk erat. Mama dah masuk umur 48 tahun
ini. Tapi body maintain slim macam anak dara.
“Maira…kenapa menjerit kuat-kuat macam tu? Tak
elok anak dara buat perangai macam tu tau tak?” mama sempat pura-pura ingin
mengetuk kepala Umairah dengan senduk di tangannya. Umairah pula pura-pura
mengelak, walhal dia tahu mamanya saja mengertak.
“Maira teruja tengok mama!” pipi ibunya itu
dicium, berkali-kali. Dasar anak manja!
“Hei, budak ni..jangan cium mama macam tu. Mama
busuk ni tau?”
“Mana ada busuk…wangi aje maira bau…” Umairah
masih memeluk pinggang mamanya. “Ma masak apa ma?” sambil terjenguk-jenguk
dalam periuk yang sudah ditutup api oleh mamanya tadi.
“ Singgang ikan tongkol lah! Ke ada lauk lain
lagi yang Maira nak request?”
“Hm…ada!” maira teringat pula pada pajeri nenas
hasil tangan mama. Fuh sedap memang tak ada yang boleh lawan. Kuahnya pekat dan
cukup rasa, masam, manis, masin.
“Maira nak makan apa?”
Tapi teringat pula yang hari dah jauh malam. Mana
nak cari santan, kan? “ Er…menu yang tu Maira nak request untuk esok. So, esok
sajalah Maira bagitau, ye?”
Puan Norsiah menggeleng kepala. “Macam-macamlah
kamu ni Maira…Eh, ni kenapa dengan baju kamu ni Maira? Macam kerbau berkubang
dalam lumpur saja?”
Umairah mencebik bibir. “Apa mama ni? Cakap Maira
kerbau pulak…”
“Kan tadi mama cakap macam…”
“Mana boleh….mama samakan Maira dengan
kerbau…Maira ni kan anak manja mama yang comel. Mana boleh mama samakan Maira
dengan kerbau!”
Puan Norsiah menggeleng kepala tanda malas nak
layan perangai manja Umairah itu. Dari dulu lagi, anak bongsu yang sorang ni
selalu saja terjatuh. Itu, entah terjatuh kat manalah pula tu.
“Maira masuk bilik mandi dululah!” suara merajuk.
“Aik? Merajuk?” Puan Norsiah ketawa melihat
muncung Umairah yang panjang sedepa itu.
“Tak ada maknanya nak merajuk. Maira nak mandi,
solat!”
“Hah, baguslah tu. Suruh abang Ash kamu tu
imamkan solat isyak kita nanti.” Laung Puan Norsiah sebaik melihat umairah
sudah membuka pintu untuk masuk ke bilik tidurnya.
“Abang Ash, mama suruh imamkan solat isyak
nanti!” lagi kuat laungan Umairah, kedengaran sampai ke dapur.
Puan
Norsiah usap dada, terkejut. Apa nak jadi dengan anak dara aku tu. Tak
habis-habis nak menjerit. Kalau tahu Umairah nak menjerit macam tu, baik dia
sahaja yang bagitahu ashraf nanti! Huh…maira…Maira…bilalah kau nak jadi dewasa,
nak?
BMW M6 warna merah metalik sudah sedia di
perkarangan banglo mewah itu. Beberapa orang lelaki dengan pakaian sut hitam
dengan kaca mata hitam, berdiri di samping kereta itu. Wajah mereka serius
sahaja.
Seketika, mereka semua menunduk hormat di saat
seorang lelaki berkaki panjang melangkah ke arah mereka.
“Selamat petang, Tuan!” Ucap Nick, selaku ketua
di situ.
“Hm..” beg baju dicampak ke tempat duduk
belakang. Hari ni dia hanya mengenakan jeans dan t shirt polo putih. Rayban
yang dipakai menunjukkan dia dalam mood santai.
“Aku taknak di ganggu untuk seminggu ni. Apa-apa
hal kau contact Felina kat pejabat.” Suara yang keluar sangat serius tapi sedap
didengar. Semua yang berdiri, angguk. Mereka yang berada di situ adalah ketua
unit pengurusan syarikatnya. Juga adalah pengawal peribadi dan drivernya.
“ Boleh aku ikut Mr Rich?” Nick menyoal. Bimbang
rasa hatinya membiarkan bos kesayangannya itu keluar bercuti sendirian. Selama
ini, sekalipun Mr Rich ke luar negara untuk bercuti, dia pasti akan dibawa
bersama. Selama lima tahun ni, dia setia berkhidmat tanpa pernah sehari pun dia
meninggalkan bosnya itu. Bukan dia suka sangat pergi bercuti, tapi dia
bimbangkan keselamatan Mr Rich. Bukan dia tak tahu zaman sekarang ni banyak kes
jenayah yang berlaku. Dan dia tak mahu sesuatu yang buruk berlaku pada bosnya.
Farish tepuk bahu Nick. “ Tak payah. Kali ni aku
nak bercuti sendirian sahaja. Kau pun dah lama tak balik jenguk keluarga kau
kan? Apa kata masa seminggu ni kau balik jumpa mereka? Aku akan ok-ok saja…
apa-apa hal nanti, aku roger kau. Kau tahu apa nak buat kan?”
Nick angguk. Dia tahu yang semua kenderaan Mr
rich dilengkapi dengan alat pengesan. Dan menjadi tugasnya untuk mengetahui ke
mana Mr Rich pergi setiap masa, setiap saat!
Farish berpaling pula kepada Zul yang bekerja
sebagai driver di darat untuknya. “ Kau pun tak payah ikut. Aku nak drive
sendiri.”
Zul terpinga-pinga. Begitu juga yang lain-lain.
Drive sendiri? Ah, apa ke pelik benar kelakuan Mr Rich kali ni? Ini memang tak
pernah tercatat dalam sejarah. Hari ni sudahlah Mr Rich lumpuhkan semua system
kawalan keselamatan peribadi untuknya, dia juga nak pandu kereta sendiri? Ini
bukan Mr Rich mereka…
“Tapi tuan…”
Farish angkat tangan. Tanda dia tak mahu
mendengar sebarang bantahan. Semua kecut perut, dan tunduk.
“kau dah buat reservation kat hotel untuk aku?”
“Dah Mr Rich!” Nick angguk. “ Semuanya under
control, mengikut rancangan.”
“Bagus!” dan Farish terus masuk ke dalam kereta.
Enjin dihidupkan, mengaum bak harimau yang garang. Dia melaraskan tempat duduk,
agar selesa dengan kakinya yang panjang itu. Gps sudah sedia terpasang dan siap
di setting oleh Nick. Farish lihat cermin sisi, dan terus memasang seat belt.
Dia memang seorang yang mengutamakan keselamatan.
Wah, sudah terlalu lama dia tidak mempraktikkan
skil pemanduan di jalan raya. Waktu lapang dia lebih suka belayar dengan kapal
persendirian ke pulau-pulau yang terpencil. Dia amat sukakan keindahan alam,
suka bersendirian. Namun, ini adalah buat julung-julung kalinya dia benar-benar
bersendirian! Tanpa sesiapa menemaninya.
Farish angkat tangan, dan kereta terus menderum
pergi meninggalkan perkarangan banglo mewah miliknya yang agak terlindung dari
pandangan mata manusia di kota KL ini. Didirikan atas tanah persendirian seluas 12 ekar, agak jauh dari kesibukan Kuala Lumpur. Mempunyai lapangan
pendaratan pesawat persendirian di belakang rumah, dan mempunyai padang golf
sendiri. Tidak ramai yang tahu terbinanya sebuah istana di sini, walhal sudah
berbelas tahun ianya tersergam di situ.
Farish Razak, adalah seorang lelaki yang sukar
diramal. Pemikiran dan tindakan yang diambil, bukan boleh dipersoal oleh orang
lain. Semua keputusan dan kata-kata yang keluar dari mulutnya adalah umpama
arahan yang tidak boleh dibantah.
Namun, dari satu sudut yang berbeza, dia punya
sekeping hati yang penyayang. Baik hati! Hanya orang-orang tertentu sahaja yang
tahu itu. Mungkin, ramai yang tahu lelaki itu sangat sombong dan ego. Tapi itu
adalah lumrah bagi seorang ahli perniagaan sepertinya. Dia harus berpewatakan
seperti itu untuk mempertahankan dirinya. Tanpa dia sedar, perwatakan seperti
itu yang berterusan, telah menenggelamkan sifat baik dalam dirinya.
Nick terus bergegas ke bilik kawalan, tempat dia
banyak menghabiskan masa dalam tugasnya. Dia telah diberi kepercayaan oleh Mr
Rich untuk menjadi ketua pengawal peribadinya.satu tugas yang sangat berat,
tidak boleh dipandang sebelah mata.
“Testing...testing...123...” Nick bercakap
sesuatu pada microfon kecil yang terpasang pada skrin. Keadaan bilik itu agak
sibuk. Bilik yang luas itu dipenuhi dengan skrin dan alat elektronik yang
bermacam jenis. Sebiji macam bilik kawalan udara. Berpuluh orang pekerja sedang
menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.
“Roger and out!” satu suara kedengaran di sana.
Nick kerut dahi. Aik? Terus roger and out? “Mr
Rich, wait!!” tahu yang Mr Rich sedang cuba mematikan alat pengesan satu. “ Aku
just nak pastikan alat tu berfungsi dengan baik. Please jangan...” belum sempat
dia habiskan ayat, kedengaran bunyi berdesir yang kuat, tanda bahawa alat
pengesan satu sudah dimatikan. Ya Allah, kenapa budak ni jadi degil macam ni?
“Jalil, kau check alat pengesan dua,” arah Nick
pada lelaki yang sedang memerhatikannya. Bukan Jalil sahaja, semua yang ada di
situ terkesima dengan tindakan Mr Rich.
Jalil menjalankan tugasnya dengan baik. “ Ok
tuan. Saya dapat kesan yang Mr Rich sekarang baru melepasi plaza tol karak.”
“Karak? Plaza tol?” Nick pejam mata. Tak dapat
nak bayangkan orang paling kaya itu sedang membayar tol di situ. Ya
Tuhan...kenapalah lelaki itu berdegil untuk memandu sendirian? Kalau naik air
wolve, agaknya sekarang mereka dahpun sampai ke sana.
Tapi, benarkah Mr Rich sekarang dah melepasi Tol
Karak? Tidakkah itu terlalu laju untuk sampai ke sana hanya dalam masa 20 minit? Jarak rumah rahsia ini dengan karak, adalah dalam 50 km!
“Sambungkan aku pada pengesan dua!” Nick dah
gelabah. Dia tahu yang Mr Rich sekarang sedang dalam kelajuan maksimum. Dia
dapat lihat di skrin yang kereta dipandu sedang bergerak laju dengan lampu
merah sedang berkelip-kelip.
“ Mr Rich, i'm so sorry for disturbing you now.
But please reduce your speed, now.”
“Kau mengarah aku ke, Nick?”
“No, but...” Nick garu kepala. “I'm just give my
advice.”
“Just go back and sleep!”
“Kelajuan itu mampu membunuh, Mr Rich.”
“Gangguan kau yang akan membunuh aku! So please
stop disturb me!” kereta membelok di selekoh genting sepah. Farish mencabut
alat yang menyala di bawah stereng keretanya. Dicampak keluar tingkap.
Berkecai.
Farish fokus pada pemanduan. Sudah lama dia tidak
memandu begini. Rasa sangat teruja! Rasa seperti sedang berlumba di litar!
Namun, sampai ke saat ini dia masih belum dapat
percaya pada tindakan yang diambil oleh diri dia sendiri. Membahayakan nyawanya
sendiri kerana seorang budak kecik? Err...apa yang ada pada gadis itu? Teringin
sekali untuk lihat bagaimana suasana kampungnya.
“I ada seorang abang, dan seorang kakak. I anak
bongsu dalam keluarga. My mum yang jaga kami adik beradik setelah my dad
meninggal sewaktu I kecil lagi. Tapi I bersyukur, sebab kami adik beradik
sentiasa bersama sehinggalah masing-masing dah besar dan punya kerjaya sendiri
sekarang ni…”
terngiang-ngiang di telinganya suara ceria yang
menuturkan ayat itu. Ada senyuman lebar yang terukir di bibir sesudah
menyatakannya tempoh hari. Dia mungkin punya sebuah keluarga yang bahagia.
Bertuahnya!
Sesaat, riak wajah farish bertukar. Sedih dan
hiba. Keluarga yang bahagia? Kenapa dia tak mampu memiliki perkara yang satu
itu? Kenapa? Apa yang kurang dalam hidupnya? Kenapa perkara yang terlalu ingin
dia dapat itu, tidak dapat dibeli dengan wang yang dia punya?
Ah, hidup ini memang tidak adil!
Labels:
CINTAKU ORIGINAL NOT FOR SALE!
Subscribe to:
Posts (Atom)









