Wednesday, September 17, 2014

SINOPSIS - Cintaku Original Not For Sale By Wan Lina

CINTAKU ORIGINAL NOT FOR SALE
BY WAN LINA

SINOPSIS

Dunia yang berbeza antara Umairah dan Farish menggoyahkan perasaan cinta yang baru terbit. Masing-masing punya sikap angkuh dan tidak mahu mengalah. Farish, si kaya duit tak habis. Manakala Umairah budak setengah masak yang belajar tak tamat. Keduanya berjumpa dalam satu situasi yang kurang menyenangkan, dalam keterpaksaan.

Tapi siapa kita untuk menghalang cinta yang lahir dari hati paling dalam?  Seteruk mana umairah menidakkan, namun hatinya sakit juga saat Farish pergi tanpa pesan.
Bagi Umairah, hidup itu perlu diteruskan. Walau dalam hati, dia tetap berharap masih diberi peluang dan berjumpa kembali dengan si jejaka bak dewa kayangan itu.

Setelah 3 tahun berlalu, mereka akhirnya dipertemukan. Tapi keduanya saling melukakan. Bahagiakah mahligai yang dibina jika ramai yang berdendam? Antara Jiji dan Adila, siapakah yang berjaya memusnahkan cinta merpati dua sejoli ini? Dan, apakah cinta Azim yang menderita sakit buah pinggang itu berjaya meraih simpati Umairah?

Cinta atas dasar simpati atau cinta original yang lahir dari hati…yang mana mampu bertahan?

Kisah cinta suspen, ditulis dengan santai supaya pembaca mudah faham. Semoga terhibur!

Thursday, September 11, 2014

Jatuh Cinta Lagi???

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Entri pada petang Khamis yang sibuk.

Sangat busy menyiapkan tempahan banner dan banting dari pelanggan. Alhamdullilah, bisnes semakin maju jaya.

Sungguh aku tidak pernah menyangka hatta membayangkan bahawa aku akan terjebak dalam perniagaan percetakkan ini. Memang pada awalnya, aku kurang berminat. Kerana kerja-kerja men design ini adalah diluar kemahiran yang aku ada.

Sejak dibangku sekolah rendah lagi, cikgu dah 'mug' aku ni adalah pengguna otak kanan. Masa matapelajaran matematik, aku boleh bantai buat esei. Wahaha... aku memang tak suka buat perkara yang aku tak nak buat.

Tapi, semua itu tidak mustahil dengan adanya usaha yang berterusan. Aku banyak mengikuti kursus dan latihan dalam bidang rekaan grafik. Walaupun taklah sehebat mana, tapi aku akan tetap berusaha untuk memberikan hasil yang terbaik kepada semua pelanggan.

Okeylah... mukaddimah panjang2 tu sebenarnya bukan apa. Aku nak bagitau yg aku skrg ni dah mula jatuh cinta balik dengan dunia penulisan aku dulu tu. Nak pendekkan cerita lagi, semua itu berlaku apabila aku terjumpa gambar mamat ni kat google. Wahaha..terus aku berangan sampai pengsan.




Kerana dialah sekarang hidup aku kucar kacir. Tengah mendesign kad kahwin, aku teringat kat dia. tengah buat banner, aku nampak muka dia. Wah, aku dah jatuh cinta kat hero aku nilah. Nama dia Farish Razak. Kalau korang nak baca pasal dia boleh klik kat sini : http://azlinahazri.blogspot.com/2014/08/cintaku-original-not-for-sale.html

Dan kalau korang rasa korang pun dah jatuh cinta kat dia macam aku skrg ni, korang bolehlah klik link2 kat sidebar tu ek?? Aku hanya update setakat hari ni sampai bab 6 sahaja kerana aku dalam proses menyiapkannya.

So, harap korang2 yg baca ni akan enjoy membaca karangan aku yang byk typo sbb keadaan aku menaip masa tu sangatlah tidak selesa. Tak sempat nk edit2 sebab masa yg sgt terhad. Maklumlah buat banyak kerja dlm satu masa.

Insya Allah, aku nak jadikan impian aku suatu masa dahulu untuk menjadi seorang novelis menjadi kenyataan kali ini. Aku akan mencuba nasib dengan menyiapkan manuskrip ini dalam masa terdekat.

Doakan aku berjaya ek?

Bye!


Nah, layan lagi beberapa gambar hero aku ni. 






Handsome, kan?? Huhu... 


Saturday, September 6, 2014

Cintaku Original, Not For Sale Bab 6

BAB 6


PANTAI TELUK BIDARA.
Matahari pagi sangat ceria pada hari ini. Galak dia bersinar dan memancarkan haba ke segenap ruang alam. Bagai mengerti perasaan aku pada hari ini. Ceria! Satu perkataan sudah cukup untuk aku gambarkan betapa aku sangat gembira dapat melihat suasana di tepian pantai tempat aku membesar ini. Melihat sinaran matahari pagi yang baru terbit, membuatkan aku sangat teruja!
Alhamdulillah Ya Allah...aku bersyukur kerana masih diberi peluang untuk menghirup udara nyaman di sini. Ya Allah, masih banyak yang ingin aku capai dalam hidup ini. Walaupun nampak sukar jalan hidupku ini, tapi aku benar-benar mengharapkan pertolongan dari Mu Ya Allah... bantulah aku mencapai cita-citaku!
Umairah berteleku menghadap laut china selatan di hadapan. Banyak yang ingin dia luahkan pada laut yang setia menjadi temannya itu. Namun, dia rasa malu. Kerana sudah lama dia tidak pulang, dan merasakan bahawa laut dan alam ini sudah mula lupa akan dia.
Buktinya, dia mula alah pada udara sejuk pagi ini. Dulu, dia selalu sahaja ke pantai subuh-subuh hari dengan hanya bertshirt dan berseluar track. Okay sahaja, tidak pula badannya menggeletar begini. Tapi kali ini, udara pagi ini tidak mesra lagi dengannya. Laut pula seakan memandang sepi pada kehadirannya. Sunyi!
Mungkin kerana dia hanya berseorangan di situ.
Mana pergi orang lain ya? Dulu, pantai ini sentiasa dipenuhi orang-orang kampung yang akan beridah pada pagi hari. Ada juga pakcik-pakcik yang akan keluar memukat dipantai. Sekarang, semuanya sudah tiada. Mungkin juga kerana nelayan sudah tidak menggunakan laluan pantai ini untuk memukat. Mereka keluar menagkap ikan dengan bot menggunakan jeti yang telah disediakan oleh LKIM di kuala Dungun.
Huu...sunyi! Bisik hati Umairah.
Dia mencapai ranting kayu, dan mula mencoret sesuatu di atas pasir pantai. Agak lama dia berbuat begitu. Daripada duduk bersila, dia bangun mencangkung, kemudian membongkok pula.
Haha...siap pun.
Umairah senyum puas hati. “ Kenapa aku lukis muka dia kat sini? Ah, gila! Agaknya, dia pun sedang rindu kat aku kot?” Umairah gelak sorang-sorang. Perasanlah kau ni! Kau ingat kau tu cantik sangat? Huh...
cepat-cepat dia menyapu lakaran pasir yang sudah siap itu. Matilah kalau ada orang tengok!
Aku tak pasti, dia tu keturunan apa. Melayu ke? Kacukan mat saleh ke? Sebab muka dia tu lain sangat. Nak kata melayu tulen, nampak macam ada rupa mat saleh jugak. Hm... yang nyata, dia sangat kacak dan perfect!
Siapa kata tak ada manusia yang sempurna dalam dunia ni? Aku rasa dia tu sempurna. Kaya, kacak...apa lagi yang kurang? hm...
kalaulah alia tahu yang aku duk angau pasal Mr kaya tu, matilah aku...
dah beberapa hari aku duk ternampak muka dia kat sini. Kat rumah...kat kedai Pak mail... dan yang paling parah, aku ternampak juga muka dia masa nak mandi subuh tadi. Tak ke parah tu?
Namun aku sedar, aku hanya mampu nak berangan saja. Dia tu sekarang ni entah di bumi mana. Orang kayalah katakan. Sampaikan nak naik flight pun boleh suruh delay tunggu dia sampai. Ah, gila kaya!
Aku bukan kemaruk sangat dengan kekayaan dia tu. Dah namanya billionaire, kan? Tapi aku sungguh teruja nak tahu bagaimana dia boleh capai kejayaan macam tu dalam umur yang boleh dikatakan masih muda. Dia tak nampak macam orang berumur 34 tahun...nampak macam 24! eh, 24 tu umur akulah! Hmm...sepuluh tahun juga beza umur aku dengan dia. Banyak juga beza tu. Tapi aku belum pun lagi mulakan langkah untuk jadi jutawan. Dia pula? Sejak umur berapa dia dah terlibat dengan dunia perniagaan agaknya ya? Sejak lahir kot? Ahaha...patutlah....
kalaulah aku jumpa dia sekali lagi, banyak yang aku nak tanyakan pada dia. Kenapa mata dia tu nampak sedih? Ada duit banyak pun nak sedih-sedih juga ke? Itu soalan pertama....
soalan nombor dua, aku nak tanya macam mana dia handle syarikat yang beratus cawangan di seluruh dunia tu? Kepala dia tak sakit ke? Tak pening ke? Aku yang nak handle satu assignment pon dah migrain sekerat bulan.
Soalan seterusnya.... aku nak tanya kat dia...Eh, yang aku sibuk-sibuk duk pikir pasal Mr Kaya tu apa pasal? Bukan aku nak pergi jumpa dia pun. Buat penat otak pikir aje.
“Hai...”
Satu suara menegur dari belakang. Suara yang lunak, macam pernah di dengar. Umairah berpaling ke belakang, melihat makhluk yang berkaki panjang itu.
“Astagfirullah halazim..!” Umiarah pejam mata. Apa yang berdiri kat belakang aku ni? Jin mana? Jin islam ke? Jin memang boleh menyerupai manusia ke? Ya Allah...menyesal aku tak dengar pesan mama. Jangan berangan kat tepi pantai, nanti dikacau zombi!ARghhh...
“ Cik Fatin...”
Fatin? Fatin mana pula ni?
“Cik Fatin Umairah, kan?”
Haa...ya! Itu memang nama aku! Umairah bangun. Rasanya, yang berdiri kat belakang ni bukan zombi dan bukan juga jin! Manusia tu! Dia tahu nama penuh aku...
Umairah mengecilkan matanya. Melihat tepat pada lelaki yang sedang berdiri santai kat belakang dia. Pagi-pagi pun nak pakai spek hitam ke? Melampau mamat ni! Siapa dia ni? Kenapa dia nampak macam Mr Kaya tu? Ah sudah...penyakit apa pula ni sampai aku nampak semua orang macam dia?
“Hai...” tangan lelaki itu diayunkan beberapa kali di hadapan muka umairah. “ Hai darling...are you still dreaming?”
“Siapa awak ni?” Umairah ketap bibir, geram. Berani dia panggil aku darling? Sudahlah muka dia tu nampak sama pula dengan si dewa kayangan tu. Huk...memang sakit dekat jantung aku saat ni!
“Ops, lupa nak kenalkan diri...saya Farish. Farish Razak!” tangan dihulur, tapi tidak bersambut.
“Err...sorry ya. Mak saya marah bersalam dengan lelaki kecuali abang saya saja...” Jujur.
Farish ketawa. “Oh, sorry. Cemburu pula saya kata bang awak tu. Hm...nice view ya?” lelaki melangkah ke hadapan sedikit, membiarkan Umairah dibelakangnya. Dia menghadap ke laut dengan kedua belah tangan dimasukkan kedalam poket seluar jeans biru yang dipakai.
Err...stail dia sama macam Mr Rich hari tulah. Tapi kali ni, kelihatannya dia sangat stylo dengan jeans dan t shirt putih begitu. Stylo? Opps! Macam tu pun nak stylo ke Maira?
“tak sangka jumpa awak kat sini, Umairah...”
Umairah? Grr...sebutan dan nada yang sama. Tembus ke jantung!
“Eh, kenapa muka awak pucat, Umairah? Awak sakit?”
Umairah lagi! Boleh tak kau jangan sebut nama aku dengan lenggok nada macam tu? Romantik sangat pula bunyinya! Jantung aku dah berhenti berdegup dah ni. Uwaa...
“Hei, whats wrong with you? Sejuk? Kenapa tak pakai sweater? hm...wait a minute!” lelaki itu berlari ke keretanya yang elok sahaja terpakir tidak jauh dari tempat mereka berdiri.
OMG! Kereta apa tu? Wow...sangat sporty. Orang kaya mana pula lah yang sesat masuk kampung aku ni? Kalaulah terlenyek tahi lembu nanti, memang menyesal tak sudahlah kau orang kaya!
Kaya? Orang kaya? Mr Rich kan memang kaya. Err...so, memang sahlah itu adalah Mr Rich? Apa dia buat kat sini? Ke aku yang dah gila? Berangan entah apa-apa aje!
Umairah pijak kaki sendiri. Ouch, sakit! Sakit aku berada di alam yang nyata! Bukan alam khayalan atau alam bunian.
“Nah, pakai ni.”
semerbak bau yang mendarat di tubuh kecilnya seraya jaket kulit berwarna coklat tua itu dipakaikan ketubuhnya oleh lelaki yang masih tidak dapat dipastikan identitinya itu.
“Who are you?” susah payah umairah cuba untuk mendongak sedikit melihat anak mata lelaki yang tinggi berada di hadapannya itu. Mata yang sama. Mata warna hazel yang mempunyai satu pandangan yang sendu. Oh my...
“saya farish...”
“Farish?” Umairah diam. Farish? Mr Rich? Orang yang samakah?
“Awak tak kenal saya?” sedih pula suara itu kedengaran.
“Mr Rich?”
Farish ketawa lagi. “YOU can call me Farish...” sengaja dia menekankan perkataan YOU itu menunjukkan bahawa panggilan itu hanya untuk orang tertentu sahaja. Tidak ada yang berani memanggilnya dengan nama itu selain keluarganya sahaja. Dan sekarang, dia memberikan hak itu pada seorang gadis kecil dihadapannya ini?kenapa? Apa yang membezakan gadis ini dengan orang lain?
Sungguh dia tiada jawapan itu sekarang.
“Jadi betullah awak ni Mr Rich??”
Farish sedang berkira-kira, samaada mahu mengangguk atau menggeleng. Tapi apabila tapak tangan gadis itu sudah melekap ke pipinya, Farish jadi kelu. Sejuk tapi hangat pula hatinya terasa. Oh wow...satu perasaan yang aneh mula mengalir di satu sudut hati yang paling dalam...
“Eh sorry...terpegang pulak. Eh, betullah awak ni manusia, kan? Awak ni memang Mr Rich, kan? Kan?” gadis itu sengih. Kelihatan lesung pipit di kedua-dua belah pipinya.
Farish angguk, perlahan.
Umairah ketawa, agak kuat. Aku tak gila! Haha...memang aku tak gila! Memang aku dapat jumpa dia lagi. Tapi yang anehnya, jumpa kat sini? Macam tak percaya pula. Apa dia buat kat sini? Tersesatkah dia?
“Apa awak buat kat sini Mr Rich?”
“Kan saya dah cakap tadi, panggil saya farish saja...”
“Farish? Err...rasa macam susah pula nak sebut nama tu...” komen Umairah, sambil dia duduk kembali di atas pasir pantai yang memutih. Kakinya pantas pula memadamkan sisa lakaran yang telahpun dipadam tadi di atas pasir. Fuh, nasib baik aku dah padam awal-awal tadi. Kalau tak... apa aku nak jawab kalau si tuan empunya gambar pada lakaran itu nampak? Mampuslah jawabnya...
“ Mr Rich tu lebih sesuai untuk awak...” kata Umairah lagi, berpaling ke sisi sebelah kanan, di mana lelaki yang mengenalkan dirinya sebagai Farish itiu sedang duduk.
“ awak belum cuba panggil saya dengan nama tu...mana nak tahu sesuai ke tidak?”
ya tak ya juga. Umairah sengih.
“Apa awak buat kat sini, farish?”
“Haa...macam tulah. Sedap juga nama saya bila awak yang sebut, kan?”
Ya Allah... senyuman dia tu...bikin hati aku penasaran dong! Ewah...ewah...tersasul dialog sinetron lah pulak! Cis! Memang dah sewel dah aku ni... Umairah ketuk kepala sendiri.
“ saya ada bisnes trip kat sini.”
“Bisnes trip?” Umairah pandang sekeliling. “Trip apa? Tak nampak orang lain pun?”
“bisnes trip, tak bermaksud yang saya kena berjalan ramai-ramai, kan?” farish senyum melihat Umairah yang memandangnya dengan wajah pelik. Pelik? Ya, dia pun pelik dengan diri dia sendiri. Apakah dia terlampau stress sampaikan dah tak dapat nak berfikir dengan betul? Mungkin....
Umairah buat muka selamba, walaupun banyak yang dia rasa tak kena dengan situasi sekarang ini. Ya Allah, takdir apakah ini?
“Awak pulak, apa awak buat kat sini? Makan angin?”
“makan angin?” Umairah menyoal, macam berani saja. “ Tak adalah. Saya holiday...” jujur lagi. Dia memang tak pandai menipu.
“Oh...holiday? So, you tinggal kat hotel mana?” Sekejap saya, sekejap awak...sekejap tu I and you pula. Ah, dia sendiri pun dah pening dengan pertemuan ini.
“Hotel? Nak buat apa tinggal kat hotel? Rumah saya kat sana tu aje... this is my hometown!!” menjerit, tapi dengan nada yang penuh ceria! Hometown? Ya, dia bangga dengan tempat kelahirannya ini.
Farish hanya memerhati. Berbunga hatinya melihat keceriaan itu. Bagaimana dia boleh senyum begitu? Sungguh cantik! Ya Tuhan...apa yang ada pada gadis ini? Tanpa secalit mekap, tanpa pakaian yang seksi, tapi senyuman dia mampu menggetarkan jantungku! Oh God.. tarikan apakah yang dia punya? Sampai aku sudah gagal memikirkan apa yang akan aku lakukan.
“ Farish... awak berapa lama kat sini?”
“Kenapa awak nak tahu? Penting ke?”
“Eh, tak adalah...saja je saya tanya. Sebab tak sangka boleh jumpa awak kat sini. Ini kampung, bukan bandar. Err, agak janggal pula saya tengok awak boleh tersesat kat sini.”
“Tersesat? What do you mean?” aku memang dah tersesat. Sesat dalam pencarian yang entah apa-apa ini. Tak tahu apa yang aku cari sampai aku tercampak kat sini, hari ini.
“Are you sure yang you memang ada bisnes trip kat sini?”
Farish angguk. “Yes!”
“Oh...ok.” Umairah menarik nafas yang terasa bagai tersekat dari tadi. “ Mesti ada projek besar sampaikan you sendiri yang datang ke mari.”
Yes. Definitely true! Projek yang besar...sampaikan aku rasa tak dapat nak beli dengan wang berjuta pun. Tapi, aku akan pastikan aku akan berjaya mendapat apa yang aku mahu!
Aku adalah Mr Rich...yang kemahuannya tidak dapat dibantah oleh sesiapa pun! Aku sudah terbiasa mendapat apa yang aku mahukan! Dan aku akan pastikan semuanya dibawah kawalanku.
Yes, sure!


Friday, August 22, 2014

Takziah buat semua penumpang dan waris MH17

Assalamualaikum Wbt

Hari ni, xde mood nak menaip. Sedih bila buka fb/ blog dan baca berita tentang ketibaan jenazah penumpang pesawat malang MH17. Mereka bukan siapa-siapa pada aku. Aku tidak pernah mengenali mereka. Namun, kisah mereka begitu menyayatkan hati. Hiba. Sebagai seorang manusia, ibu, isteri, anak...aku turut merasa betapa pedihnya kehilangan orang2 yang tersayang dengan cara seperti itu.

Sungguh, seharian aku mencari2 di google...kisah mereka2 yang terlibat dalam nahas itu. Mereka juga, semuanya...adalah sama seperti kita. Punya keluarga yang menyayangi mereka sepenuh hati. Yang mengharapkan kepulangan orang tersayang dalam dakapan hangat.

Namun, apa yang terjadi? Kepulangan mereka hari ini...adalah sekujur jasad kaku tak bernyawa.

Namun, aku yakin...semua ahli keluarga mereka redha dan tabah menghadapi dugaan ini. Sungguhpun berat mata kita yang memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Salam takziah buat semua penumpang dan keluarga mangsa. Semoga mereka yang beragama Islam, ditempatkan dalam golongan orang2 yang beriman. Amin.


Al- Fatihah....






Lirik Lagu Bila Tiba - Ungu


Saat tiba nafas di ujung hela
Mata tinggi tak sanggup bicara
Mulut terkunci tanpa suara

Bila tiba saat berganti dunia
Alam yang sangat jauh berbeda
Siapkah kita menjawab semua
Pertanyaan

Bila nafas akhir berhenti sudah
Jatung hatipun tak berdaya
Hanya menangis tanpa suara
Ooo

Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri

Mati tinggal menunggu saat nanti
Kemana kita bisa lari
Kita pastikan mengalami
Mati

Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri

Mati tinggal menunggu saat nanti
Kemana kita bisa lari
Kita pastikan mengalami
Mati

Monday, August 11, 2014

Cintaku Original Not For Sale! BAB 5

HEHE...Sebelum baca tu aku nak nasihatkan, jangan mudah terpengaruh dengan hasil khayalan aku yg kadang2 melampau ini. Ada sedikit jalan cerita yang aku belum edit lagi sbb tahap koya yang terlampau tinggi disitu. KihKihKih... So, abaikan saja jika anda semua dapat mengesan ke koya an aku yang tanpa batasan itu ye?
Peace!!
Selamat membaca!!


BAB 5

“Kau ni memang dysprexia betullah! Tengok! Macam manalah baju kau ni boleh comot macam ni? Kau jatuh kat mana ni hah?” Abang Ashraf yang hanya tua tiga tahun dari Umairah itu dah membebel macam mak nenek.
“Perkataan ‘dyspexia’ tu kau tolong jangan sebut-sebut boleh tak?” mengingatkan aku pada lelaki tinggi itu saja. Sudahlah beberapa hari ni asyik duk terbayang muka dia aje. Huh, menyampah betul! Sekarang wajah Prof azim dah tak dapat nak ingat dah…dah tenggelam dek kerana wajah dewa kayangan tu! Tolonglahhh…
“Hoi, takkan sebut perkataan tu aje pun kau dah nak angin?”
“Mana ada angin…” malas nak layan. Dahlah beg ni berat, bukan dia nak tolong angkat! Grrr…
“Dah tu, yang kau menonong ke depan tu apa kes? Kereta aku kat sini lah!” Ashraf tunjuk kereta Toyota vios dia yang elok sahaja terparking depan stesen bas itu.
Umairah tepuk dahi. Itulah…ramai sangat yang cakap aku ni dysprexia…kan dah betul-betul dyspraxia dah sekarang ni? Uwaaa…
“Angkat baju kau tu…nanti kang tak pasal-pasal kotor seat kereta aku ni.” Sempat ashraf berpesan sebaik melihat umairah dah sedia untuk duduk di kerusi keretanya yang baru sahaja dibasuh beberapa hari yeng lepas itu. Nampak macam kesan minyak hitam pada baju Umairah. Ish…tak habis-habis nak tertonggeng! Sejak kecik umairah ni agak lembik orangnya. Jalan pun selalu nak jatuh. Itulah, suruh makan calsi yum, tak nak! Huh..
“Kau ni ikhlas ke tak datang ambik aku ni abang Ash?”
“la, lagi mahu tanya? Kalau tak ikhlas, takkan aku tercongok kat sini sejak maghrib tadi lagi, tau tak?” tak mahulah dia cakap yang dia memang sengaja datang awal sebab takut ada orang yang akan ambil kesempatan kat adik dia yang comel ni kalau dia lambat sampai. Nanti, perasan pulak semek ni. Bukan dia tak tahu perangai Umairah yang perasan tahap gaban ni.
“Dah kalau ikhlas tu, senyumlah sikit! Ni tak, sejak aku sampai lagi kau tak habis-habis nak marah aku. Ni yang aku malas balik ni…” rajuk umairah. Dia suka kalau Abang ashraf pujuk dia. Untung-untung dapat makan ikan bakar kat medan selera nanti! Huhu…best nya!
“Abang kau ni, bukan taknak senyum Umairah oi. Tapi aku takut ada perempuan lain yang tengok aku senyum nanti, kang tak lena tidur pulak malam nanti. Kesian jugaklah!”
Ceh, ayat perasan tahap tak ingat!
“kau bukan tak tahu abang kau ni kacak. Tadi pun aku perasan satu awek ni sampai tertinggal bas sebab syok sangat duk tengok aku. Adui, kesian pulak aku tengok dia tadi.” Kereta membelok masuk ke jalan Yahya Ahmad.
“Uwekk…nak muntak aku dengar cerita epic kau tu abang Ash!”
“Weh, cerita epic apa ke bendanya? Cerita benar ni oi.”
“Ah, malas layan kau abang Ash. Aku penat tau tak? Enam jam dalam bas, macam nak tercabut pinggang aku ni.” Umairah menggeliat. Perjalanan dari KL ke Dungun hari ni amat perlahan. Beberapa kali bas berhenti di terminal Kuantan dan beberapa RnR. Setiap kali berhenti tu, sikit punya lama! Sakit jiwa Umairah yang tak boleh nak turun sebab baju kotor. Malu pula nak turun. Mujurlah segala pundi-pundi pembuangan air dia tidak buat hal. Kalau tak…tak tahulah macam mana.
“Eh, jalan kat sini bila siap baiki?” mata Umairah meliar ke luar tingkap kereta. Melihat pembangunan Bandar Dungun yang sudah beberapa bulan dia tinggalkan. Last dia balik, masa hari raya hari tu. Ada dalam setengah tahun jugak tu. Lama jugaklah. Sampaikan jalan yang dulu dalam proses pembinaan sudah siap sepenuhnya. Projek jalan yang terbengkalai agak lama juga.
“Tulah kau dik…kalau cuti, bukan kau nak balik jenguk mama. Sibuk nak kerja part time! Macam tak cukup aje duit yang aku ngan Kak Farah kirim kat kau setiap bulan tu.” Kereta berhenti di traffic light berhampiran TM Point. Wah, kat sini pun dah ada traffic light? Kelass…
“Bukan tak cukup, aku nak belajar berdikari. Kau pun tahu yang aku ni jenis yang tak suka bergantung kat orang, kan? Duit yang kau ngan kak farah tu kirim, ada je aku simpan. Nanti aku nak buat tambah untuk sambung belajar kat oversea pulak!”
Ashraf diam. Dia tahu cita-cita umairah. Nak belajar tinggi-tinggi dan jadi pereka grafik terkenal. Adiknya memang berbakat dalam seni reka. Dia juga berbakat dalam melukis. Semoga impian kau tu akan jadi kenyataan dik!


Kereta vios putih berhenti di hadapan sebuah rumah batu setingkat. Rumah terang benderang. Macam hari raya pula. Dengan lampu berlip lap yang sengaja dipasang, dan halaman rumah yang terang benderang dengan lampu pagar.
“Mama mana?” soal Umairah sebaik kaki melangkah masuk ke rumah peninggalan arwah papanya itu.
“Ada kat dapurlah tu. Dari siang tadi duk memasak, suka hati sangat anak bongsu dia nak balik.” Ashraf terus landing atas kerusi panjang depan tv. Ada sedikit suara orang cemburu di situ. Mana tidaknya, dengar sahaja Umairah nak balik, mama dah sibuk suruh dia ke pasar beli ikan tongkol untuk di buat lauk kegemaran adiknya itu. Singgang ikan aya! Huh…dahlah dia tak suka ikan singgang!
Umairah berlari macam budak kecik ke dapur. Nampak sangat macam orang belum matang. Ashraf geleng kepala. Remote Xbox dicapai dan dia meneruskan game lumba kereta yang tergendala sejak maghrib tadi.
“Assalamualaikum mama…!!” umairah menjerit. Sambil tubuh ibunya yang kurus itu dipeluk erat. Mama dah masuk umur 48 tahun ini. Tapi body maintain slim macam anak dara.
“Maira…kenapa menjerit kuat-kuat macam tu? Tak elok anak dara buat perangai macam tu tau tak?” mama sempat pura-pura ingin mengetuk kepala Umairah dengan senduk di tangannya. Umairah pula pura-pura mengelak, walhal dia tahu mamanya saja mengertak.
“Maira teruja tengok mama!” pipi ibunya itu dicium, berkali-kali. Dasar anak manja!
“Hei, budak ni..jangan cium mama macam tu. Mama busuk ni tau?”
“Mana ada busuk…wangi aje maira bau…” Umairah masih memeluk pinggang mamanya. “Ma masak apa ma?” sambil terjenguk-jenguk dalam periuk yang sudah ditutup api oleh mamanya tadi.
“ Singgang ikan tongkol lah! Ke ada lauk lain lagi yang Maira nak request?”
“Hm…ada!” maira teringat pula pada pajeri nenas hasil tangan mama. Fuh sedap memang tak ada yang boleh lawan. Kuahnya pekat dan cukup rasa, masam, manis, masin.
“Maira nak makan apa?”
Tapi teringat pula yang hari dah jauh malam. Mana nak cari santan, kan? “ Er…menu yang tu Maira nak request untuk esok. So, esok sajalah Maira bagitau, ye?”
Puan Norsiah menggeleng kepala. “Macam-macamlah kamu ni Maira…Eh, ni kenapa dengan baju kamu ni Maira? Macam kerbau berkubang dalam lumpur saja?”
Umairah mencebik bibir. “Apa mama ni? Cakap Maira kerbau pulak…”
“Kan tadi mama cakap macam…”
“Mana boleh….mama samakan Maira dengan kerbau…Maira ni kan anak manja mama yang comel. Mana boleh mama samakan Maira dengan kerbau!”
Puan Norsiah menggeleng kepala tanda malas nak layan perangai manja Umairah itu. Dari dulu lagi, anak bongsu yang sorang ni selalu saja terjatuh. Itu, entah terjatuh kat manalah pula tu.
“Maira masuk bilik mandi dululah!” suara merajuk.
“Aik? Merajuk?” Puan Norsiah ketawa melihat muncung Umairah yang panjang sedepa itu.
“Tak ada maknanya nak merajuk. Maira nak mandi, solat!”
“Hah, baguslah tu. Suruh abang Ash kamu tu imamkan solat isyak kita nanti.” Laung Puan Norsiah sebaik melihat umairah sudah membuka pintu untuk masuk ke bilik tidurnya.
“Abang Ash, mama suruh imamkan solat isyak nanti!” lagi kuat laungan Umairah, kedengaran sampai ke dapur.
 Puan Norsiah usap dada, terkejut. Apa nak jadi dengan anak dara aku tu. Tak habis-habis nak menjerit. Kalau tahu Umairah nak menjerit macam tu, baik dia sahaja yang bagitahu ashraf nanti! Huh…maira…Maira…bilalah kau nak jadi dewasa, nak?


BMW M6 warna merah metalik sudah sedia di perkarangan banglo mewah itu. Beberapa orang lelaki dengan pakaian sut hitam dengan kaca mata hitam, berdiri di samping kereta itu. Wajah mereka serius sahaja.
Seketika, mereka semua menunduk hormat di saat seorang lelaki berkaki panjang melangkah ke arah mereka.
“Selamat petang, Tuan!” Ucap Nick, selaku ketua di situ.
“Hm..” beg baju dicampak ke tempat duduk belakang. Hari ni dia hanya mengenakan jeans dan t shirt polo putih. Rayban yang dipakai menunjukkan dia dalam mood santai.
“Aku taknak di ganggu untuk seminggu ni. Apa-apa hal kau contact Felina kat pejabat.” Suara yang keluar sangat serius tapi sedap didengar. Semua yang berdiri, angguk. Mereka yang berada di situ adalah ketua unit pengurusan syarikatnya. Juga adalah pengawal peribadi dan drivernya.
“ Boleh aku ikut Mr Rich?” Nick menyoal. Bimbang rasa hatinya membiarkan bos kesayangannya itu keluar bercuti sendirian. Selama ini, sekalipun Mr Rich ke luar negara untuk bercuti, dia pasti akan dibawa bersama. Selama lima tahun ni, dia setia berkhidmat tanpa pernah sehari pun dia meninggalkan bosnya itu. Bukan dia suka sangat pergi bercuti, tapi dia bimbangkan keselamatan Mr Rich. Bukan dia tak tahu zaman sekarang ni banyak kes jenayah yang berlaku. Dan dia tak mahu sesuatu yang buruk berlaku pada bosnya.
Farish tepuk bahu Nick. “ Tak payah. Kali ni aku nak bercuti sendirian sahaja. Kau pun dah lama tak balik jenguk keluarga kau kan? Apa kata masa seminggu ni kau balik jumpa mereka? Aku akan ok-ok saja… apa-apa hal nanti, aku roger kau. Kau tahu apa nak buat kan?”
Nick angguk. Dia tahu yang semua kenderaan Mr rich dilengkapi dengan alat pengesan. Dan menjadi tugasnya untuk mengetahui ke mana Mr Rich pergi setiap masa, setiap saat!
Farish berpaling pula kepada Zul yang bekerja sebagai driver di darat untuknya. “ Kau pun tak payah ikut. Aku nak drive sendiri.”
Zul terpinga-pinga. Begitu juga yang lain-lain. Drive sendiri? Ah, apa ke pelik benar kelakuan Mr Rich kali ni? Ini memang tak pernah tercatat dalam sejarah. Hari ni sudahlah Mr Rich lumpuhkan semua system kawalan keselamatan peribadi untuknya, dia juga nak pandu kereta sendiri? Ini bukan Mr Rich mereka…
“Tapi tuan…”
Farish angkat tangan. Tanda dia tak mahu mendengar sebarang bantahan. Semua kecut perut, dan tunduk.
“kau dah buat reservation kat hotel untuk aku?”
“Dah Mr Rich!” Nick angguk. “ Semuanya under control, mengikut rancangan.”
“Bagus!” dan Farish terus masuk ke dalam kereta. Enjin dihidupkan, mengaum bak harimau yang garang. Dia melaraskan tempat duduk, agar selesa dengan kakinya yang panjang itu. Gps sudah sedia terpasang dan siap di setting oleh Nick. Farish lihat cermin sisi, dan terus memasang seat belt. Dia memang seorang yang mengutamakan keselamatan.
Wah, sudah terlalu lama dia tidak mempraktikkan skil pemanduan di jalan raya. Waktu lapang dia lebih suka belayar dengan kapal persendirian ke pulau-pulau yang terpencil. Dia amat sukakan keindahan alam, suka bersendirian. Namun, ini adalah buat julung-julung kalinya dia benar-benar bersendirian! Tanpa sesiapa menemaninya.
Farish angkat tangan, dan kereta terus menderum pergi meninggalkan perkarangan banglo mewah miliknya yang agak terlindung dari pandangan mata manusia di kota KL ini. Didirikan atas tanah persendirian seluas 12 ekar, agak jauh dari kesibukan Kuala Lumpur. Mempunyai lapangan pendaratan pesawat persendirian di belakang rumah, dan mempunyai padang golf sendiri. Tidak ramai yang tahu terbinanya sebuah istana di sini, walhal sudah berbelas tahun ianya tersergam di situ.
Farish Razak, adalah seorang lelaki yang sukar diramal. Pemikiran dan tindakan yang diambil, bukan boleh dipersoal oleh orang lain. Semua keputusan dan kata-kata yang keluar dari mulutnya adalah umpama arahan yang tidak boleh dibantah.
Namun, dari satu sudut yang berbeza, dia punya sekeping hati yang penyayang. Baik hati! Hanya orang-orang tertentu sahaja yang tahu itu. Mungkin, ramai yang tahu lelaki itu sangat sombong dan ego. Tapi itu adalah lumrah bagi seorang ahli perniagaan sepertinya. Dia harus berpewatakan seperti itu untuk mempertahankan dirinya. Tanpa dia sedar, perwatakan seperti itu yang berterusan, telah menenggelamkan sifat baik dalam dirinya.
Nick terus bergegas ke bilik kawalan, tempat dia banyak menghabiskan masa dalam tugasnya. Dia telah diberi kepercayaan oleh Mr Rich untuk menjadi ketua pengawal peribadinya.satu tugas yang sangat berat, tidak boleh dipandang sebelah mata.
“Testing...testing...123...” Nick bercakap sesuatu pada microfon kecil yang terpasang pada skrin. Keadaan bilik itu agak sibuk. Bilik yang luas itu dipenuhi dengan skrin dan alat elektronik yang bermacam jenis. Sebiji macam bilik kawalan udara. Berpuluh orang pekerja sedang menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.
“Roger and out!” satu suara kedengaran di sana.
Nick kerut dahi. Aik? Terus roger and out? “Mr Rich, wait!!” tahu yang Mr Rich sedang cuba mematikan alat pengesan satu. “ Aku just nak pastikan alat tu berfungsi dengan baik. Please jangan...” belum sempat dia habiskan ayat, kedengaran bunyi berdesir yang kuat, tanda bahawa alat pengesan satu sudah dimatikan. Ya Allah, kenapa budak ni jadi degil macam ni?
“Jalil, kau check alat pengesan dua,” arah Nick pada lelaki yang sedang memerhatikannya. Bukan Jalil sahaja, semua yang ada di situ terkesima dengan tindakan Mr Rich.
Jalil menjalankan tugasnya dengan baik. “ Ok tuan. Saya dapat kesan yang Mr Rich sekarang baru melepasi plaza tol karak.”
“Karak? Plaza tol?” Nick pejam mata. Tak dapat nak bayangkan orang paling kaya itu sedang membayar tol di situ. Ya Tuhan...kenapalah lelaki itu berdegil untuk memandu sendirian? Kalau naik air wolve, agaknya sekarang mereka dahpun sampai ke sana.
Tapi, benarkah Mr Rich sekarang dah melepasi Tol Karak? Tidakkah itu terlalu laju untuk sampai ke sana hanya dalam masa 20 minit? Jarak rumah rahsia ini dengan karak, adalah dalam 50 km!
“Sambungkan aku pada pengesan dua!” Nick dah gelabah. Dia tahu yang Mr Rich sekarang sedang dalam kelajuan maksimum. Dia dapat lihat di skrin yang kereta dipandu sedang bergerak laju dengan lampu merah sedang berkelip-kelip.
“ Mr Rich, i'm so sorry for disturbing you now. But please reduce your speed, now.”
“Kau mengarah aku ke, Nick?”
“No, but...” Nick garu kepala. “I'm just give my advice.”
“Just go back and sleep!”
“Kelajuan itu mampu membunuh, Mr Rich.”
“Gangguan kau yang akan membunuh aku! So please stop disturb me!” kereta membelok di selekoh genting sepah. Farish mencabut alat yang menyala di bawah stereng keretanya. Dicampak keluar tingkap. Berkecai.
Farish fokus pada pemanduan. Sudah lama dia tidak memandu begini. Rasa sangat teruja! Rasa seperti sedang berlumba di litar!
Namun, sampai ke saat ini dia masih belum dapat percaya pada tindakan yang diambil oleh diri dia sendiri. Membahayakan nyawanya sendiri kerana seorang budak kecik? Err...apa yang ada pada gadis itu? Teringin sekali untuk lihat bagaimana suasana kampungnya.
“I ada seorang abang, dan seorang kakak. I anak bongsu dalam keluarga. My mum yang jaga kami adik beradik setelah my dad meninggal sewaktu I kecil lagi. Tapi I bersyukur, sebab kami adik beradik sentiasa bersama sehinggalah masing-masing dah besar dan punya kerjaya sendiri sekarang ni…”
terngiang-ngiang di telinganya suara ceria yang menuturkan ayat itu. Ada senyuman lebar yang terukir di bibir sesudah menyatakannya tempoh hari. Dia mungkin punya sebuah keluarga yang bahagia. Bertuahnya!
Sesaat, riak wajah farish bertukar. Sedih dan hiba. Keluarga yang bahagia? Kenapa dia tak mampu memiliki perkara yang satu itu? Kenapa? Apa yang kurang dalam hidupnya? Kenapa perkara yang terlalu ingin dia dapat itu, tidak dapat dibeli dengan wang yang dia punya?

Ah, hidup ini memang tidak adil!