Google+ Followers

Sunday, December 23, 2012

KEJADIAN 02 APRIL 2012, DI HOSPITAL TANAH MERAH, KELANTAN







Detik bersejarah itu adalah pada tanggal 2 APRIL 2012 yang lalu. Dimana pada tarikh itu, telah lahirnya seorang bayi comel yang kami namakan sebagai MUHAMMAD DANISH RIFQI BIN MOHD HAZRI. Tidak dapat nak diungkapkan dengan kata-kata betapa bersyukur dan gembiranya kami menyambut kehadiran si comel ini.

Semoga dengan kehadiran DANISH akan lebih mewarna warnikan dunia kami sekeluarga. 



                                     
              Sanak saudara sedang menunggu dengan sabar di ruang menunggu wad bersalin, Hospital     Tanah Merah, Kelantan.
 Debaran makin terasa kerana setelah hampir 10 jam di dalam dewan bersalin, aku masih belum bersalin lagi...nak buat macam mana, dah 5 tahun tak beranak, makanya agak susah sikit si baby ni nak keluar. sakit tu, jangan cakaplah macam mana. Rasanya, macam dah taknak bersalin lagi dah lepas ni...hehehe...( Iyeke? cam xpercayalah pulak!)


Saat-saat yang berlalu terasa sangat panjang dan meresahkan. Papa pun dah mula boring dan mulalah kerja-kerja meng 'snap' gambar-gambar ini.

Aku kat dalam tu, redha aje masa tu. kalau dah doktor cakap nak operate ke apa ke aku setuju je. sebab dah tak tahan sakit. Yang ubat penahan sakit pun dah tak berkesan apa-apa dah. dari topeng oksigen yang ditekupkan ke hidung ( yang topeng mcm org nak gi perang tu) tak tahu la pulak aku apa nama benda alah tu...tetap tak menjadi. Ubat pulak dah macam-macam si doktor suntik kat tangan. Sampai bengkak-bengkak tangan aku. Adui, sakitnya...



Sampaikan makcik jaga pon dah mula bosan. Yelah, mana taknya, dari pukul 8 pagi sampai pukul 7 malam, tak beranak-beranak lagi. Dia pun dah bosan asyik duk tengok muka anak beranak aku je yang duk menunggu kat depan dewan bersalin tu...huhuhu...




Dan, akhirnya, tepat jam 7.15 malam, saat azan Maghrib berkumandang...lahirlah seorang bakal pemimpin Islam masa depan iaitu MUHAMMAD DANISH RIFQI BIN MOHD HAZRI. Walaupun kesakitan untuk melahirkan seorang wira ini ke dunia tidaklah dapat nak diucapkan dan digambarkan dengan kata-kata, tapi aku tetap bersyukur kerana selamat juga akhirnya dalam proses bersalin itu.


Terima kasih pada suamiku, MOHD HAZRI BIN HAMZAH yang telah banyak membantu semasa detik-detik mencemaskan itu. Tanpamu sayang, rasanya tak mampu aku melalui semua itu. 


I LOVE YOU FOREVER...