Wednesday, January 7, 2015

Emergency Couple

Review Drama Korea


Apa ni??? Asyik2 update pasal drama korea jek? Tak de cerita lain ke? Haha...Aku tak kira....nak update jugak. Hasil bersengkang mata sehari dua ni....duk layan mende ni, sampai semua kerja tak jalan.






Kisah kali ni pasal doktor2 jugak lagi. Huhu....asyik2 kisah pasal doktor kan? Tapi ni lebih pd kisah rumahtangga antara heroin Jin Hee dan hero dia Chang Min. Mereka ni di awal cerita dah kahwin lari mse tengah belajar di kolej kedoktoran. Chang Min memang pelajar cemerlang jugaklah...tapi mereka tak berjaya habiskan studi selepas kahwin tu. Mereka kahwin selama 3 tahun kalau x silap, lps tu bercerai. Biasalah kahwin muda...ibu Chang Min jahat pulak tu dengan Jin Hee. Chang Min anak orang kaya, semua keturunan doktor2 pakar. Ayah dia pun doktor pakar, manakala pak sedara dia adalah pengarah hospital terkenal di Korea.


Jin Hee pula anak orang miskin je. Ada adik yang dah kahwin dan malas kerja. Mereka bercerai secara bermusuhan ( bukan bercerai cara baik tau!) kerana tekanan yg dialami sepanjang berumahtangga. 3 tahun lepas bercerai, mereka tak berjumpa langsung. Buat hal masing-masing. Tapi suatu hari mereka berjumpa lagi di sebuah hospital dimana Jin Hee dan Chang Min jadi doktor pelatih kat situ. Dengan umur yang lebih tua dari doktor pelatih lain, sebab terpaksa mengulang belajar balik lps bercerai tu, maka Jin Hee selalu kena buli. Pelatih lain tak suka Jin Hee sebab dia lebih tua. Tapi seorang doktor pakar kat hospital tu yang menyelia doktor pelatih di bilik kecemasan iaitu Chief Cheon Soo minat pada Jin Hee.

Bermulah kisah Jin Hee yang akhirnya diburu oleh bekas suami dan doktor pakar tersebut. Chang Min pula memang tak boleh jumpa dengan Jin Hee, memang nak bertengkar je memanjang.


Tapi at the end, dua2 doktor tu berebutkan Jin Hee.

Klise.

Ayah Chang Min sebenarnya yang banyak membantu Jin Hee sampai lulus ujian, tapi tak ada seorang pun yg tahu sampailah ayah Chang Min mati.

Chang Min dapat tahu ayah dia sangat sayangkan Jin Hee....so lama2 dia rasa macam nak berbaik semula dengan Jin Hee, tetapi terpaksa pula bersaing dengan Cheon Soo.

Dot...dot...dot....

Kisah ni best mse kat bilik emergency tu...suspen je time ada kes bedah2.

Siapa yg dipilih oleh Jin Hee? Haa...kena tengok sendiri. Aku bg review sikit2 je...sbb bg aku cerita ni best. Tak boleh cerita byk2, nanti klau ada yg nak tgok, jadi x suspen...ye tak? hehe

Ni dia link kat dramacool klik sini eh? bagi yg nak tgok cerita ni. Ada 21 episod...Haha...sabar jelah nak habiskan semua episode tu nanti...

No comments:

Post a Comment