Wednesday, January 7, 2015

Its Okay, Its Love

Jeng...Jeng....Jeng....


Ni nak tukar cerita sikit dr kisah banjir kpd kisah drama korea yg membuatkan aku tak boleh nak buat kerja sehari dua baru ni. Huhu... lama giler tak meroyan tgok korean drama. Sekali dia buat hal....Huh, mmg demam! ngadap pc jelah 24 jam...non stop!

Ok, tajuk dia ialah Its Okay, Its Love... lakonan Jo In Sun sebagai Jang Jae-yeo (Jae Yeo) dan heroin Gong Hyo Jin sebagai Ji Hae So ( Hae So). Fuh, mmg best cerita ni.


Aku tgok via dramacool. Korang yang nk tgok boleh tengok kat sini, eh?? Ada english subtitle je, so korang yg failed english tu kena buka kamus dan fahami apa yg diorang cakap. Hehe...sbb xde malay subtitle tau...


Drama ni mengisahkan Jae Yeo, iaitu seorang penulis novel thriller, juga seorang DJ radio yang popular, dipertemukan dengan Hae So, seorang pakar psikiatri dalam sebuah program talk show yg membincangkan tentang buku tulisan Jae Yeo yang disifatkan tidak elok untuk pembaca kerana mengandungi unsur-unsur ganas dan kejam.


Jae Yeo, adalah seorang lelaki kaya, kacak, tetapi sangat sombong dan berlagak, manakala Hae So seorang wanita bekerjaya, hidup sederhana dengan pinjaman biasiswa setelah tamat pengajian kedoktoran yang masih bertimbun, ditambah dengan masalah keluarga dan ayah yang sakit... dipendekkan cerita Jae Yeo jatuh cinta dengan Hae So.


Kisah mereka semakin menarik apabila Jae Yeo pindah ke rumah Hae So, iaitu apartment yang disewa beramai-ramai dengan Kwang So dan Dong Min. Hae So ada penyakit tidak boleh bercium dengan lelaki...Huhu...


Bla...bla...bla...


Diorang pon couple jgk akhirnya.



Tapi cerita tak hbs lagi, part paling sedih, Jae Yeo sebenarnya mengalamai tekanan mental akibat didera oleh bapa tiri dan abangnya semasa kecil. Abang dia yang baru keluar penjara pon mmg jahat dan cuba nak bunuh Jae Yeo. Jae Yeo selalu berjumpa dengan Kang Woo, seorang pelajar yang juga mangsa dera dan mempunyai minat menulis macam dia jugak. Mereka sangat rapat dan Jae Yeo cuba membantu Kang Woo sebagai menebus apa yg dialaminya sejak kecil.

Tapi, siapakah Kang Woo? Kenapa orang lain tak pernah jumpa dia?

Jeng...jeng...jeng...itulah yg misterinya. Klau nak tahu, korang kena tengok sdri. Ok? Apa2 pon cerita ni mmg best!

Kalau rse nak download, boleh masukkan link dari dramacool kat sini DramaDownloader...









No comments:

Post a Comment